Di
 era manusia sekarang sedang sibuk membincangkan pelbagai masalah yang 
dihadapi oleh seluruh masayarakat hari ini seperti perkahwinan sesama 
jenis, masalah sumbang mahram, perzinaan dan kelahiran anak luar nikah 
yang semakin banyak, Islam tampil sebagai solusi kepada semua masalah 
yang menimpa umat manusia waktu ini kerana Islam adalah suatu agama yang
 cukup ampuh dan bersedia untuk menghadapi segala jenis masalah di 
setiap zaman dan setiap keadaan masyarakat. Ini kerana, salah satu sifat
 Islam itu sendiri iaitu bersifat anjal atau murunah. 
“Keanjalan 
manhaj hidup Islam (atau fleksibel) memberikannya daya untuk menghadapi 
aneka permasalahan hidup yang datang silih berganti. “Sibghah” atau ciri
 ini memberikan Islam kebolehan berijtihad menyimpulkan hukum-hukum 
terhadap hal-hal yang tidak ada nas, samada melalui qias atau maslahah 
mursalah, ihtihsan dan sebagainya.”  
Allah berfirman: 
صِبۡغَةَ ٱللَّهِۖ وَمَنۡ أَحۡسَنُ مِنَ ٱللَّهِ صِبۡغَةً۬ۖ
“ Itulah corak (celupan) Allah, maka siapakah yang lebih baik pencoraknya dari Allah.” 
Jesteru,
 untuk memghadapi masalah-masalah yang umat Islam hadapi sekarang 
terutamanya di Malaysia  iaitu seperti perzinaan, mencabul kehormatan 
dan pergaulan bebas, Islam telah menyediakan satu solusi yang cukup baik
 iaitu berkahwin kepada mereka yang sudah mampu.
Perkahwinan Menurut Perspektif Islam
Memang
 sudah tidak dapat dinafikan lagi bahawa dengan melalui perkahwinan 
sahajalah segala kehendak rohani dan jasmani, fizikal dan mental manusia
 yang berlainan jantina dapat disempurnakan mengikut jalan yang sah lagi
 diredhai Allah SWT. Inilah sunnatullah yang telah menjadikan 
perkahwinan sebagai jambatan untuk hamba-hambaNya yang berlainan jantina
 untuk menyempurnakan fitrah sebagai seorang manusia dengan satu 
matlamat iaitu mengharapkan keredhaanNya hasil dari perkahwinan yang 
sah.
Jesteru, perlulah kita mengetahui serba sedikit apakah 
keistimewaan perkahwinan pada perspektif Islam sehinggakan Nabi SAW 
pernah bersabda: “Jika seorang hamba telah menikah, bererti dia telah 
menyempurnakan setengah dari agamanya. Maka hendaklah dia bertaqwa 
kepada Allah pada setengah lainnya.” 
Perkahwinan adalah ibadah
Ibadah
 dalam Islam adalah sangat luas pegertian dan skopnya. Ibadah di dalam 
Islam bukanlah hanya tertumpu kepada ibadah seperti solat, puasa, zakat 
dan haji sahaja, tetapi konsep ibadah dalam Islam mencakupi seluruh 
hidup kita sebagai seorang Muslim. Suatu ibadah itu akan diterima oleh 
Allah sekiranya ibadah yang dilakukan ikhlas semata-mata kerana Allah 
SWT. 
Begitu juga dengan perkahwinan, ia juga dikira sebagai ibadah 
dalam Islam bahkan setiap suapan nasi yang diberikan suami kepada 
isterinya dengan ikhlas, rela dan senang hati akan memperoleh pahala 
sebagaimana sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Sa’ad bin Abi Waqqas 
yang bermaksud:
“Nafkah apa yang engkau berikan dengan harapan 
memperolehi keredhaan Allah, pasti engkau akan mendapat pahalanya, 
bahkan apa yang engkau suapkan ke mulut isterimu.” 
Perkahwinan 
Merupakan Cara Untuk Mendapatkan Pengampunan Allah, Peningkatan Darjat 
dan Istiqamah (Kemantapan Iman dan Kelurusan Sikap)
Abu Amamah 
Al-Bahili r.a mengatakan, Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa 
membiayai penghidupannya sendiri dengan niat isti’faf ( tidak 
meminta-minta belas kasihan orang lain), itu adalah sedekah, dan barang 
siapa yang membiayai isteri, anak-anak dan sekalian ahli rumahnya juga 
adalah sedekah.” 
Daripada hadith di atas dapatlah kita mengambil 
sedikit input bahawa perkahwinan merupakan salah satu jalan perjuangan 
bagi sang suami untuk melawan kehendak nafsu dengan mementingkan 
kehendak orang lain, ikhlas, sabar dalam mendidik anak-anak dan isteri 
supaya sentiasa berada di landasan Islam yang lurus, sentiasa berusasa 
mencari nafkah yang halal untuk keluarga dan sabar dengan kerenah 
anak-anak dan isteri. 
Semua amal ini amat besar ganjaran pahalanya. 
Tetapi, amalan-amalan yang mulia ini hanya dapat dilaksanakan oleh 
mereka yang beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya dan menjadikan 
amalan-amalan ini sebagai medium untuk terus berubudiah kepada yang Maha
 Kuasa lagi Maha Perkasa. Hanya dengan cara ini sahaja, seseorang suami 
itu dapat menjadi pemimpi  keluarga yang baik lagi adil.
Perkahwinan Merupakan Suatu Cara Untuk Memperbaiki Akhlak dan Budi Pekerti 
Di
 dalam Islam, perkahwinan merupakan suatu cara yang mampu menyelamatkan 
orang Islam terutamanya golongan muda daripada terjerumus ke dalam 
kancah kemaksiatan kerana antara fungsi utama perkahwinan ialah untuk 
menjadikan seseorang itu lebih bertaqwa. 
Rasulullah SAW bersabda: 
“Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kamu telah mampu menanggung 
beban rumah tangga hendaklah segea berkahwin, kerana hal ini lebih dapat
 memejamkan mata (yakni tidak memandang perempuan) dan lebih dapat 
menjaga kesuciaan diri ( dari perbuatan zina). Sesiapa yang belum mampu 
sebaiknya ia berpuasa, kerana puasa baginya adalah penjagaan diri.” 
Perkahwinan Dari Sudut Kemasyarakatan
Menurut
 perspektif Islam, perkahwinan merupakan jambatan yang menghubaungkan 
antara dua keluarga. Sebagai contoh, apabila tiga orang lelaki yang 
bersaudara berkahwin dengan tiga orang wanita yang berasal dari keluarga
 yang berlainan, suku kaum yang berlainan atau mungkin dari negara yang 
berlainan, maka secara tidak lansung jaringan kekeluargaan semakin 
meluas dan dapat memberi peluang untuk berkenalan antara satu dengan 
yang lain.
Apa yang penting untuk kita ketahui ialah, selain dari 
ikatan silatulrahim dan persaudaraan antara ahli kerabat yang baru 
terjalin, ukhwah Islamiah antara sesama Islam juga semakin utuh dan 
kukuh dan ini dapat mengukuhkan lagi hubungan di antara ahli masyarakat 
dan seterusnya melahirkan satu kelompok masyarakat yang saling 
sayang-menyayangi kerana Allah SWT.
Perkahwinan dari Sudut Kesihatan
Islam
 memandang serius proses membina rumah tangga yang berdasarkan jalan 
yang mengikut syarak kerana hanya dengan cara ini sahaja, ia dapat 
menyelamatkan kaum lelaki khasnya dari terjebak kepada keburukan dan 
bahaya yang tersembunyi, penyelewengan seks dan segala jenis kemaksiatan
 yang merosakkan fizikal, rohani dan jasmani.
Rasulullah SAW memberi 
peringatan kepada umatnya khasnya kepada mereka yang ingin melakukan 
perbuatan keji dengan sabdanya: “Ada tujuh golongan orang yang pada hari
 kiamat kelak Allah SWT tidak sudi melihat mereka dan tidak akan 
membersihkan mereka dari dosa, bahkan kepada mereka Allah berfirman: 
“Masuklah kamu ke dalam neraka bersama orang-orang lain yang dimasukkan 
kedalamnya!” Tujuh golongan itu ialah: 1) Kaum homoseks, 2) Orang-orang 
yang melakukan melancap. 3) Orang-orang yang memuaskan nafsunya dengan 
haiwan. 4) Mereka yang menyetubuhi dubur isterinya. 5) Mereka yang 
mengahwini perempuan dengan anak tirinya. 6) Mereka yang berzina dengan 
perempuan jirannya. 7) Mereka yang menganggu tetangganya sehingga ia 
dikutuk olehnya.”  
Ditambah pula dengan penemuan penyakit AIDS yang 
merebak akibat penzinaan menguatkan lagi hujah bahawa mereka yang 
mengamalkan perbuatan yang dilaknat oleh Allah ini pasti akan mendapat 
azab yang buruk walaupun masih di dunia lagi.
Perkahwinan Dari Sudut Politik
“Keutuhan
 dan kemuliaan suatu umat atau bangsa tidak mungkin tercapai kecuali 
jika umat atau bangsa itu memiliki persediaan dan kemampuan yang 
secukupnya sebagai suatu cara untuk mencapai kekuatan dan keutuhan 
tersebut. Kekuatan tersebut tidak akan terlepas dari dua bentuk asas, 
iaitu kekuatan spiritual dan kekuatan metarial. Umat atau bangsa yang 
memiliki dua kekuatan ini dengan sempurna maka umat atau bangsa itu 
pasti akan dapat menguasai dunia.”  
Dengan kedatangan Islam, 
kekuatan spiritual itu lahir dari keiman kepada Allah SWT sedangkan 
unsure kekuatan material yang terpenting pula ialah kaum pemuada yang 
memiliki semangat perjuangan. Kerana itulah Rasulullah SAW menyeru 
umatnya supaya melaksanakan perkahwinan dan dapat melahirkan anak cucu 
keturunan yang soleh, sihat dan kuat jasmaninya, sanggup bekerja keras 
dan berjuang. Mereka itulah yang akan membela dan mempertahankan umat 
dan bangsanya, melindungi negerinya dari serangan musuh dan menyebar 
luaskan agama Allah.  
Perkahwinan Adalah Sunnah Rasulullah SAW
Menolak
 dan mengabaikan perkahwinan merupakan suatu perkara yang menyimpang 
dari sunnah Rasulullah SAW kerana pada dasarnya perkahwinan merupakan 
sebahagian dari fitrah kejadian manusia yang ingin hidup berpasangan dan
 berkasih sayang antara satu sama lain. Perkahwinan juga merupakan 
sunnatullah (ketetapan Allah) di alam nyata ini. 
Rasulullah SAW 
mencela orang yang menentang dan tidak menyukai sunnah baginda SAW 
dengan sabdanya: “Barangsiapa yang tidak menyukai sunnahku, ia bukan 
dari aku (yakni bukan dari umatku). Berkahwin adalah sunnahku kerana itu
 sesiapa yang mengasihiku hendaklah ia melaksanakan sunnah ku.” 
Memang
 tidak dinafikan lagi bahawa orang yang lambat berkahwin dan yang 
membujang adalah golongan yang paling banyak melakukan penyelewengan 
terhadap larangan-larangan agama berbanding ornag yaang sudah beristeri.
 Amat jarang ditemui mereka yang membujang mempunyai hidup yang tenteram
 sekalipun seseorang itu menunaikan solat dan perintah Allah yang lain, 
namun kegagalannya menolak bisikan syaitan dan dorongan nafsu syahwat 
sedikit sebanyak membawanya melawan fitrah yang ditetapkan Allah SWT 
kepada hambanya. 
Isu: Masalah Moral Remaja dan Belia 
Zina
Diriwayatkan
 daripada Anas r.a, Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya:” Di 
antara tanda-tanda datangnya hari kiamat ialah 1) Ilmu agama akan 
diambil kembali (dengan meninggalnya para ulama’) 2) ketidaktahuan 
(terhadap agama) merajalela 3) Meminum minuman beralkohol (telah menjadi
 kebiasaan) 4) Zina dilakukan secara meluas dan terbuka.” 
Di
 era globalisasi ini, perzinaan sudah merupakan fenomena yang biasa kita
 dengar dan lihat. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja berita yang 
terpapar di dada-dada akhbar arus perdana memaparkan kes-kes perzinaan 
ataupun lebih dikenali sebagai sumbang mahram. “Penyakit” ini bukan 
sahaja menyerang golongan remaja dan pemuda di kawasan bandar sahaja, 
malah sekarang penyakit ini sudah merebak ke setiap ceruk kawasan luar 
bandar. 
Jika kita menyelidiki masalah-masalah yang menyebabkan 
berlakunya banyak kes-kes perzinaan yang melibatkan majoriti umat Islam 
di negara ini, maka kita akan menemui pelbagai punca berlakunya 
perzinaan seperti kemudahan mengekses bahan-bahan pornografi dari 
internet, penjualan video-video lucah di merata tempat dan persekitaran 
yang sudah kabur cahaya Islamnya. Ramai perempuan Islam memakai tudung 
tetapi tidak menutupi dada. Apabila berpakaian pula, ramai dari kalangan
 golongan hawa mengenakan pakaian yang ketat dan seksi dan ini telah 
menaikkan nafsu syahwat para pemuda yang kebanyakan belum berkahwin. 
Sedikit sebanyak, ia telah mendorang berlakunya kes seperti perempuan 
yang diperkosa dan sumbang mahram.
 “Seks yang halal lagi mendamaikan
 mengikut Islam adalah seks yang berasaskan perkahwinan yang sah. 
Perkara ini dijelaskan oleh Nabi dalam hadis yang bermaksud, 
“Sahabat-sahabat nabi bertanya, ‘Wahai Nabi Muhammad, adakah jika salah 
seorang daripada kami memuaskan nafsu syahwatnya secara halal maka dia 
diganjarkan pahala?’ Kata nabi, ‘Tidakkah jika kamu memuaskan nafsumu 
secara haram maka kamu berdosa? Jesteru, jika kamu melakukannya secara 
halal kamu memperoleh pahala’.” 
 “Couple”
“Couple” ataupun dengan
 makna yang sinonim dengannya ialah bercinta sebelum berkhawin merupakan
 suatu perbuatan yang banyak membawa ke arah kemaksiatan walaupun orang 
yang terlibat dengan cinta jenis ini selalu memberi hujah atas nama 
fitrah sebagai seorang manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi, tetapi
 hujah ini tidaklah memadai untuk “menolak” perintah Allah dalam 
firmannya:
وَلَا تَقۡرَبُواْ ٱلزِّنَىٰٓۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ فَـٰحِشَةً۬ وَسَآءَ سَبِيلاً۬ (٣٢)
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” 
Daripada
 ayat di atas jelaslah kepada kita bahawa bukan perbuatan zina sahaja 
dilarang oleh Allah, tetapi perbuatan yang menghampirkannya kepada zina 
juga dilarang oleh Allah SWT. 
Pada pandangan Islam bercinta sebelum 
berkahwin tidaklah salah di sisi Islam kerana kehendak untuk saling 
cinta-menyintai adalah sebahagian dari fitrah manusia. Firman Allah:
فَأَقِمۡ
 وَجۡهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفً۬اۚ فِطۡرَتَ ٱللَّهِ ٱلَّتِى فَطَرَ ٱلنَّاسَ
 عَلَيۡہَاۚ لَا تَبۡدِيلَ لِخَلۡقِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ ٱلدِّينُ 
ٱلۡقَيِّمُ وَلَـٰكِنَّ أَڪۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ (٣٠)
“Maka 
hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) 
fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak 
ada peubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi 
kebanyakan manusia tidak mengetahui.” 
Said Qutb telah mentafsirkan 
ayat ini seperti berikut di dalam tafsirnya iaitu Fi Zilaalil Quran: 
“Demikianlah Allah mengikatkan di antara fitrah manusia dengan fitrah 
agama Islam ini. kedua-duanya dari ciptaan Allah. Kedua-duanya sesuai 
dengan undang-undang alam al-wujud. Kedua-duanya bersesuaian antara satu
 sama lain, sama ada dari segi tabiat atau tujuannya. Allah yang telah 
menciptakan hati manusia itu. Dialah juga yang telah menurunkan agama 
ini untuk mengaturkan tindak-tanduknya, mengubati penyakitnya dan 
membetulkannya dari penyelewengan. Allah Maha Mengetahui 
kehendak-kehendak makhluk yang diciptaknNya.”  
“Agama Islam  memang 
sesuai dengan fitrah manusia. Ia menggalakkan perkahwinan, mengizinkan 
manusia menikmati keseronokan dunia, menekankan aspek jiwa dan 
ketenangan hati, mementingkan keharmonian keluarga, mengizinkan hiburan 
yang tidak melekakan.”  
Tetapi yang menyebabkan cinta sebelum 
berkahwin ini menjadi haram apabila cinta “kelas kedua” ini telah 
terkeluar dari landasan cinta “kelas pertama” iaitu cinta Allah. 
Cukuplah dengan melihat kepada realiti masayarakat Islam di waktu ini, 
kebanyakan dari golongan yang bercinta sebelum berkahwin ini telah 
menterjemahkan cinta mereka dengan keluar berdua-duaan antara bukan 
mahram, duduk di tempat yang gelap lagi sunyi berdua-duaan tanpa ada 
rasa segan dan malu kepada yang Maha Melihat dan minum air dari gelas 
yang sama bagaikan orang yang sudah berkahwin. 
Jika seseorang itu 
ingin bercinta sebelum berkahwin, pastikan cinta sesama hamba ini 
didasari dengan cinta “kelas pertama” iaitu cinta Allah. Apabila cinta 
kita berpaksikan kepada cinta Allah, maka jalan cinta sesama hamba yang 
kita bakal tempuhi itu akan terang dengan petunjuk dari nur hidayah 
Allah kerana matlamat atau ghayah cinta itu telah betul, maka jalan yang
 ditempuhi itu pasti akan betul juga. Dengan kata lain, cinta kelas 
kedua ini telah dinaikkan martabat kepada cinta “kelas pertama.” 
Apabila
 pasangan yang membina rumah tangga atas nama cinta kerana Allah, maka 
rumah tangga yang dibina akan dipenuhi dengan mawaddah dan rahmat 
daripada Allah SWT. Suami isteri akan saling faham memahami dan yang 
lebih penting lagi ialah, perkahwinan ini akan sentiasa utuh sehingga ke
 akhirat sana walaupun ditimpa taufan dan badai. 
Berbeza pula dengan
 mereka yang “berkahwin” sebelum berkahwin. Rumah tangga yang dibina 
tidak akan bertahan lama sebagaimana masjid yang dibina di atas tanah 
yang haram. Rumah tangga pasangan seperti ini dipenuhi dengan prasangka 
di antara suami isteri yang boleh membawa kepada kemusnahan sesebuah 
institusi kekeluargaan. Ini adalah azab Allah SWT di dunia lagi kepada 
mereka yang mempuat perkara yang tidak layak dibuat oleh mereka yang 
belum berkahwin.
Pergaulan Bebas 
“Islam menjamin kesejahteraan 
kerana ia menghalalkan perkara yang baik dan mengharamkan segala yang 
keji. Arak dan judi, sebagai contohnya, diharamkan oleh Islam kerana ia 
merosakkan individu, keluarga serta masyarakat. Demikian juga dengan 
pergaulan bebas. Jalan alternatif yang dianjurkan Islam adalah meminum 
minuman yang berkhasiat, menjalankan peniagaan yang sihat serta 
melansungkan perkahwinan.”  
Firman Allah:
وَيُحِلُّ لَهُمُ ٱلطَّيِّبَـٰتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيۡهِمُ ٱلۡخَبَـٰٓٮِٕثَ
“Dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk.” 
Sebenarnya,
 budaya pergaulan bebas ini bukanlah budaya yang sinonim dengan 
masayarat timur yang penuh dengan adab dan kesopanan. Jika kita membuka 
kembali lembaran sejarah kaum melayu pada suatu ketika dahulu, muda-mudi
 diajar supaya menjaga adab sebagai seorang anak dara. Seorang anak dara
 mestilah berteman jikalau hendak keluar ke mana-mana dan mereka 
sentiasa mengenakan kain batik sarung sebagai “tudung” yang menutup 
rambut mereka. 
Tetapi semuanya berubah tatkala dunia semakin laju 
lariannya di era dunia tanpa sempadan mengejar kemewahan metarial dan 
kecantikan “luaran” berbanding kecantikan “dalaman” seperti yang dititik
 beratkan oleh Islam. Segala yang baik dan buruk yang ada di Barat 
dibawa masuk ke dalam negara yang penuh dengan adat ketimuran seperti 
Malaysia tanpa sebarang tapisan dan sekatan. Akibatnya, ramailah di 
kalangan remaja sekarang ini yang semakin “miskin” untuk membeli baju 
dan seluar yang longgar dan “malu” jika terus mengikut adab Melayu yang 
penuh dengan nilai Islamnya kerana tidak mahu ketinggalan zaman. 
Amatlah
 banyak kesan negatif yang akan menimpa mereka yang terjebak dengan 
pergaulan bebas ini. Kemungkinan besar perempuan yang terlibat dengan 
pergaulan bebas ini pasti sudah tercemar maruahnya akibat perasaan malu 
yang sudah hilang dari dalam diri. Gejala tidak sihat seperti merokok, 
menghidu gam dan mengambil dadah sudah menjadi lumrah.
Semua ini hanyalah propaganda-propaganda Yahudi dan sekutunya untuk merosakkan umat Islam terutamanya golongan pemuda.
Menonton Aksi Lucah
Di
 era maklumat berada di hujung jari ini, banyak perkara-perkara yang 
befaedah boleh kita perolehi terutamanya melalui internet. Selari dengan
 banyaknya maklumat yang boleh kita perolehi dalam masa yang singkat dan
 mudah, terdapat juga banyak unsur negatif yang menyerang 
pemikiran-pemikiran pemuda dan remaja Islam pada waktu kini.
“Mengikut
 Internet Filter Reviews 2006, di bawah tajuk Internet Pornography 
Statistics, terdapat 4.2 juta laman web dengan 372 juta helaian 
keseluruhannya (pages) yang memaparkan adegan-adegan lucah di seluruh 
dunia. Dalam masa setahun, jumlah mereka yang menziarahi laman-laman web
 lucah ini mencecah 72 juta orang. Kebanyakan pelanggan yang menziarahi 
laman-laman iniadalah remaja dalam lingkungan umur 12 hinga 17 tahun.”  
Kesan
 dari menonton gambar dan video pornografi ini, ramai dari golongan 
remaja dan belia “mengaplikasikan” apa yang mereka tonton dan lihat di 
alam nyata.
“Kajian yang dilakukan oleh i-Kon Berita Harian 
membabitkan 100 remaja di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam mendapati 
31 peratus daripada mereka mengaku sudah melakukan seks dan 23 peratus 
daripada kelompok ini melakukan perbuatan itu sebelum mencecah usia 15 
tahun. Hal ini dilaporkan di bharian.com.my pada 30 Julai 2005, di bawah
 tajuk Seks Luar Nikah oleh Diyanah Anuar.”  
Amat benarlah apa yang 
disabdakan oleh Rasulullah SAW: “Akan muncul daripada umatku mereka yang
 menghalalkan perbuatan zina, menghalalkan sutera bagi lelaki, meminum 
arak dan lagu-lagu yang melalaikan.” 
Masalah Anak Luar Nikah
Anak
 luar nikah adalah anak yang lahir hasil dari persetubuhan pasangan yang
 belum bernikah secara sah. Sekarang, isu ini menjadi isu yang hangat 
diperkatakan dan dibincangkan oleh pelbagai pihak yang melihat masalah 
ini sebagai masalah yang menyentuh moral sebagai seorang manusia yang 
mempunyai perasaan dan hak asasi seorang anak yang dilahirkan dalam 
keadaan yang sebegitu rupa. 
Jika masalah ini dilihat dari perspektif
 Islam, ia adalah masalah yang cukup bahaya kepada umat Islam kerana 
dengan lahirnya anak luar nikah ini bermakna, ia telah merosakkan 
salasilah keturunan kerana terdapat banyak kes yang melibatkan kes anak 
luar nikah ini, ramai lelaki melepaskan tanggungjawab sebagai seorang 
bapa terhadap anak hasil cinta terlarang itu. 
Disebabkan inilah, 
aspek pemeliharaan keturunan adalah amat penting di sisi Islam. “Syariat
 Islam memeliharanya dengan mengizinkan pergaulan serta percampuran 
antara lelaki dan perempuan melalui perkahwinan yang sah. Sebaliknya 
mereka yang berzina dihukum dengan keras oleh agama.”   
“ 
Sebenarnya, alat kelamin adalah amanah. Jesteru, ia perlu dipelihara 
berpandukan landasan syariat. Berhubung dengan ini sahabat Abdullah bin 
Amr bin al-As berkata, “Amanah adalah alat kelamin manusia. Sekiranya 
manusia mampu menjaga amanah ini Allah akan memelihara dirinya dan 
keturunannya.”  
Cabaran: Perihal Masalah yang Dihadapi oleh Remaja dan Belia yang Hendak Berkahwin Awal
Apabila
 kita menyelak kembali lembaran kitab sejarah Melayu dalam lingkungan 50
 tahun sebelum ini, kita pasti selalu mendengar akan cerita dari 
orang-orang tua kita tentang perkahwinan mereka di usia yang cukup muda 
jika dibandingkan dengan budaya masa kini. Ada yang sudag berkahwin pada
 usia seawal 17 tahun. Apabila kita mendengar, terasa macam janggal jika
 remaja sekarang berkahwin pada usia seawal ini.
Inilah kekurangan 
zaman sekarang berbanding zaman dalam tahun 1950an dahulu. Remaja dan 
golongan muda sekarang rata-rata tidak mampu untuk berkahwin awal 
disebabkan pelbagai faktor yang menghalang. Disebabkan perkahwinan yang 
berlansung agak lambat, maka banyaklah perkara yang tidak diingini 
terjadi kepada golongan muda sekarang. Kes sumbang mahram, perzinaan dan
 kelahiran anak luar nikah semakin bertambah tahun ke tahun dan kaum 
yang banyak menyumbang kepada masalah sosial ini tidak lain ialah 
golongan Melayu yang maroritinya beragama Islam.
Bagaimana boleh 
terjadi perkara seperti ini? Adakah silap Islam yang syumul atau silap 
penganutnya yang tidak mengamalkan Islam yang syumul?
Masalah Ibu bapa yang Tidak Membenarkan
 Pada waktu kini, negara kita semakin laju mengorak langkah ke hadapan 
supaya tidak menjadi sebuah negara yang ketinggalan dalam pelbagai 
bidang yang penting seperti industri berat dan akademik. Disebabkan 
bahana tuntutan realiti sekarang yang lebih menumpukan akademik dan 
kerjaya daripada perkahwinan, maka semakin ramai golongan remaja dan 
belia kini berkahwin pada usia yang agak lambat seperti dalam lingkungan
 umur 25 tahun. 
Tetapi tanpa disedari, kita sekarang sedang 
menghadapi pelbagai kesan negatif disebabkan ramai remaja kini berkahwin
 lambat. Antara sebab yang menyebabkan ramai remaja dan belia berkahwin 
lambat kerana kebanyakan ibu bapa melarang berkahwin semasa belajar 
kerana takut akademik terabai. Boleh jadi betul dan salah. Untuk masalah
 seperti ini, kita perlulah berbincang dan beri kefahaman dengan kedua 
ibu-bapa kita mengapa kita hendak berkahwin awal. 
“Jika anda tetap 
berada dalam suatu keadaan yang hanya perkahwinan jalan penyelesaiannya,
 maka bawalah berbincang dengan baik. Buktikan yang anda cukup dewasa 
untuk berumah tangga dengan mengambil langkah berdikusi dengan ibu bapa 
secara dewasa, atau mungkin juga dengan meminta bantuan orang tengah 
yang boleh membantu kepada rundingan.”  
Tetapi, jika kedua ibu-bapa 
kita tidak membenarkan kita untuk berkahwin awal, maka janganlah 
sesekali kita melanggar perintah mereka kerana Rasulullah SAW bersabda: 
“Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah 
bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” 
“Jika ibu bapa sudah 
memberi amaran bahawa perkahwinan adalah persoalan yang tiada ruang 
perbincangan hingga tergenggam ijazah di dalam tangan, maka hindarkanlah
 dari perbuatan menyeksa diri dengan mencari cinta di alam metrikulasi, 
atau tahun praklinikal bagi pelajar perubatan kerana anda mencari rasiko
 yang amat membebankan.”  
 “Jujurnya, saya melihat kebanyakan mereka
 yang berkahwin semasa belajar dapat mengekalkan prestasi cemerlang. 
Hanya segelintir yang kecundang.”  
Masalah Kewangan dan Perancangan untuk Berkeluarga.
Ini
 adalah suatu masalah yang agak besar membelengu para remaja khususnya 
mereka yang masih belajar kerana perkahwinan bukanlah sekadar untuk 
mendapatkan “sijil halal” dari perkara-perkara yang sebelummya haram. 
Tetapi perkahwinan adalah sebuah institusi yang cukup besar peranannya 
dalam usaha untuk melahirkan anak yang soleh dan solehah. 
Jika 
masalah seperti ini membelengu para belia yang hendak berkahwin, carilah
 jalan untuk mengatasi masalah-masalah ini. jika mampu bekerja sambilan 
semasa belajar, itu lebih baik. 
“Keperluan mengadakan perbincangan 
tentang peraturan-peraturan kewangan, wajar dibincangkan bersama bakal 
suami dan bakal isteri yang bakal mendirikan rumah tangga. Terutamanya 
beban di pihak lelaki yang terpaksa menyediakan belanja yang besar dalam
 urusan perkahwinan. Bincanglah dengan baik untuk berpakat dan mencari 
penyeleaian. Jika bakal suami mahu membantu, berpakatlah dengan baik dan
 jaga maruahnya dengan tidak mengaibkan ketidakmampuannya mencapai 
ketetapan yang diputuskan.”  
Bagi para belia khususnya pelajar yang 
ingin melangsungkan perkahwinan, “keperluan untuk berbincang secara 
jelas tentang perancangan untuk berkeluarga mesti dilakukan. 
Tanggungjawab utamanya pada si suami.”  
Mungkin si bakal isteri 
malu-malu untuk membincangkan perkara ini, maka si bakal suamilah yang 
perlu memulakan dulu perbincangan perkara ini. adakah pasangan bersedia 
untuk mengandung dalam tempoh pembelajaran, atau setahun hendak final? 
Apakah kesan yang akan dihadapi oleh pasangan jika mendapat cahaya mata 
di waktu belajar? Semua ini eloklah dibincangkan. 
“Jika mengandung 
pada situasi seperti ini terlalu berat untuk ditempuh, maka lanjutkanlah
 perbincangan kepada kaedah yang ingin diguna pakai untuk mencegah 
kehamilan. Ia boleh dicegah daripada pihak lelaki juga di pihak 
perempuan.”  
Perbincangan perkara ini teramatlah penting kerana 
dibimbangi apabila pasangan dikejutkan dengan kehamilan si isteri dalam 
keadaan pasangan tidak mempunyai persediaan untuk menyambut cahaya mata 
di waktu belajar, situasi ini pasti mencetuskan pelbagai masalah bermula
 dengan masalah stres dan kemurungan sehingga membawa kepada masalah 
yang lebih serius seperti masalah kewangan dan masalah akademik. 
Rasulullah
 SAW bersabda: “Ada tiga golongan orang yang wajib bagi Allah untuk 
menolong mereka: 1. Seorang mujahid (yang sedang berperang) di jalan 
Allah, 2. Orang yang menikah kerana ingin menjaga kehormatan, 3. Dan 
mukatab (hamba yang mempunyai perjanjian dengan tuannya untuk menebus 
dirinya sehingga merdeka) yang ingin membayar tebusan dirinya.” 
Mas kahwin yang Mahal  
Abdullah
 bin Mas’ud berkata: “Ketika kami muda, kami berada bersama-sama Nabi 
SAW dan kami tidak mempunyai apa-apa harta. Baginda berkata kepada kami:
 “Wahai para pemuda! Jika kamu mampu hendaklah kamu berkahwin, 
sesunguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan menjaga kemaluan. 
Sesiapa yang tidak mampu hendaklah berpuasa kerana puasa itu adalah 
pendinding baginya.” 
Daripada hadith ini, kita dapat memetik sedikit
 input bahawa Rasulullah SAW menggalakkan golongan muda sepaya berkahwin
 jika sudah mampu. 
Malah, di dalam Islam perkahwinan itu adalah 
sunnah para nabi. Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa 
tidak menyukai sunnahku, ia bukan dari aku (yakni bukan dari umatku). 
Berkahwin adalah sunnahku kerana itu sesiapa yang mengasihiku hendaklah 
ia melaksanakan sunnahku.” 
Tetapi keadaan semasa waktu kini mendesak
 para pasangan untuk membuat persediaan dari segi pembelanjaan yang 
secukupnya untuk menghadapi alam perkahwinan seperti pembelanjaan untuk 
kenduri. Tetapi hakikatnya sekarang, matlamat menganjurkan walimah sudah
 banyak menyimpang daripada syariat Islam. 
Jika kita mengkaji 
fenomena ini dengan teliti, banyak “budaya membazir” yang sudah menjadi 
budaya masyarakat Islam sekarang. Banyak perbelanjaan untuk kenduri 
kahwin dihabiskan untuk menyewa baju pengantin, pelamin dan untuk 
hiasan. Malah ada yang lebih teruk dari itu, pendedahan aurat oleh si 
“raja sehari” juga selalu berlaku.
Matlamat kenduri yang asalnya 
untuk menghebahkan perkahwinan telah bertukar kepada untuk 
menunjuk-nunjuk akan gahnya kenduri perkahwinan yang mereka adakan itu. 
Semua ini hanyalah perkara yang menjauhkan berkatnya sesebuah institusi 
kekeluargaan yang hendak dibina. Malah menyusahkan para belia 
terutamanya yang miskin untuk berkahwin awal hanya kerana masih tidak 
mempunyai wang yang cukup untuk berkahwin disebabkan trend yang tersasar
 dari syariat Islam. 
Jesturu, marilah kita kembali kepada Islam yang mudah dan memudahkan. Nabi SAW pernah bersabda mengenai mas kahwin;
“Sesungguhnya perkahwinan yang paling besar keberkatannya ialah yang paling mudah mas kahwinnya.” 
“Apakah keberkatan yang diperolehi oleh mereka yang melipat gandakan mas kahwin?” 
 “Saidina Umar bin al-Khattab r.a berkata: Janganlah kamu melampau dalam
 meletakkan mas kahwin. Sekalipun mereka (perempuan) adalah orang yang 
dipandang tinggi di dunia, ataupun bertaqwa. Orang yang paling layak 
kamu contohi ialah Rasulullah SAW. baginda tidak pernah memberikan mas 
kahwin kepada isteri-isterinya dan meminta mas kahwin untuk anak-anak 
perempuannya lebih daripada 12 auqiah (480 dirham).” 
Solusinya ialah
 meletakkan mas kahwin yang terlalu tinggi adalah makruh dari segi 
syarak. Memudahkannya adalah sunat dan menjadi sebab untuk lelaki, 
perempuan dan masyarkat mendapat keberkatan dan  kebaikan.” 
Kesimpulan
Daripada
 apa yang dibincangkan di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa segala 
masalah sosial yang membelengu umat Islam terutama pemuda-pemudi Islam 
adalah disebabkan oleh kesilapan kita sendiri yang tidak mahu 
mengamalkan sistem Rabbaniah yang kamil lagi syamil iaitu sistem 
perkahwinan dan kekeluargaan Islam. Janganlah kita terhidu sedikit pun 
budaya-budaya Barat yang datang ke tanah umat Islam semata-mata untuk 
merosak dan memusnahkan umat Islam.   
Penutup
Apa yang sedang 
berlaku ke atas umat Islam iaitu masalah-masalah yang membelengu umat 
Islam terutamanya masalah dari segi sosial sekarang adalah disebabkan 
oleh kealpaan dan kesilapan orang Islam sendiri yang tidak mahu 
mengamalkan Islam secara menyeluruh. Oleh itu, marilah kita kembali 
menghayati dan mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh kerana dengan 
cara ini sahaja kita dapat mengubati segala jenis penyakit yang sedang 
menyerang umat Islam sekarang. Wallahu a’lam.