Ahad, 31 Januari 2010

MANSUHKAN SEMUA TEMPAT-TEMPAT HIBURAN YANG BERUNSURKAN MAKSIAT.

Saya sebagai rakyat membantah supaya pihak berkuasa dapat menghapuskan semua tempat-tempat hiburan yang berunsurkan maksiat dan gejala yang tidak sihat.Saya juga berharap supaya tempat-tempat hiburan,kelab malam,bar atau lain-lain tempat harus di gantungkan lesen perniagaan atau di batalkan serta merta lesen perniagaan,saya sebagai rakyat ingin berkongsi bersama dengan mana-mana pihak,sepatutnya kerajaan tidak harus memberi lesen kepada perniaga kerana kurang baik di malaysia.Kebanyakkan kelab-kelab malam,bar,karaoke dan lain-lain tempat sentiasa buka 24 jam ada sesentengah tempat pukul 2.00 pagi baru di tutup.Saya berharap supaya pihak berkuasa dapat mengambil satu tindakan kepada perniaga kelab-kelab malam yang tidak mengikuti peraturan-peraturan yang telah di tetapkan.

KERAJAAN MALAYSIA HARUS DI BERI LAYANAN YANG BAIK KEPADA RAKYAT SATU MALAYSIA.

Saya sebagai rakyat menyuarakan kepada pihak kerajaan supaya kerajaan dapat di tunaikan janji dan dilaksanakan permintaan rakyat kepada kerajaan tidak kira sama ada berkenaan masalah air,banjir,tanah runtuh,parabola dan lain-lain lagi.Sepatutnya pihak yang berwajib mesti mengambil berat mengenai masalah rakyat jangan di ibaratkan kacang lupakan kulit,malah rakyat pun membayar hasil cukai kepada kerajaan sepatutnya kerajaan memberi satu keadilan kepada rakyat satu malaysia.Bagi pandangan saya sepatutnya kerajaan malaysia mahu memberi satu komitmen kepada rakyat serta menerima cadangan-cadangan yang di kemukakan oleh rakyat melalui halaman blog masing-masing.Kerajaan harus memainkan peranan yang sangat penting kepada rakyat,kerana rakyat juga ada hak mengundi serta membayar hasil cukai kepada kerajaan malaysia.Saya berharap kepada kerajaan malaysia supaya cadangan saya dapat di terima oleh kerajaan dengan sebaik-baiknya pada masa yang akan datang.

KEBANYAKKAN ANAK-ANAK MUDA MASA KINI MUDAH TERJEREBAK DENGAN GEJALA SOSIAL TERUTAMANYA BERBANGSA MELAYU.

Saya sebagai rakyat ingin menyuarakan perbincangan isu yang hangat mengenai masalah remaja masa kini semakin berleluasa dengan adanya merempit,meragut beg,merogol,dadah,judi dan minuman keras(arak).Saya berasa terharu melihat anak-anak muda yang masih bersekolah dengan pakaian seragam sekolah,saya berasa sedih walaupun bukan anak atau adik beradik tapi sebagai rakyat bersimpati mengenai sikap remaja masa kini sanggup merempit bertaruh nyawa demi duit dan sanggup mati,samalah pengedaran dadah demi duit sanggup menjual dadah dengan bayaran yang tinggi dan mahal tidak mengambil peduli adakah perkerjaan ini sesuai atau tidak untuk perkerjaan diri aku?.Remaja masa kini tidak mempunyai fikiran yang rasional dan tidak boleh berfikir sama ada positif atau negatif,asalkan dapat duit gaji mahal dan sanggup menjual sebarangan apa sahaja untuk mewah dan menjadi kaya raya.Bagi saya remaja masa kini mempunyai daya fikiran yang baik serta tidak mudah percaya terpengaruh ajakan rakan-rakan atau orang luar yang tidak di kenali.Kebanyakan remaja masa sekarang anak -anak muda terutamanya bangsa melayu sanggup minum arak,judi,merempit,gangster,menghisap dadah dan lain-lain demi wang walaupun perkerjaan itu sama ada halal atau haram.Cuba kita lihat dan berfikir bangsa yang mana paling ramai di malaysia?.Baru-baru ini saya pergi ke bukit bintang kebanyakkan semua adalah gadis melayu dan beragama islam yang berkerja sebagai GRO,pelacur dan sebagainya,memakai pakaian seksi serta melayan pelanggan,kesemuanya adalah terpengaruh dengan budaya barat dan yang menjadi bos semua adalah berbangsa cina.

Sabtu, 30 Januari 2010

KEBAIKAN BLOG.

Saya sebagai peminat blog ingin berkongsi bersama kepada anda semua,blog ini adalah untuk kebaikan kita bersama jangan mengambil kesempatan mengutuk serta memperkatakan sesuatu perkara yang tidak elok dan sopan di dalam kandungan blog.Biarlah di dalam kandungan blog ini percakapan yang baik serta memberi bermanfaat kepada masyarakat dan tidak menyakiti hati pembaca blog yang lain.Kerajaan malaysia telah banyak memberi kemudahan kepada kita semua untuk menggunakan blog ini,tapi ada sesentengah pihak yang mengambil kesempatan untuk menggunakan blog ini sebagai ruangan mengutuk,mengata dan sebagainya.Bagi saya blog ini untuk memberi satu kebaikan kepada kita semua,serta memberi bermanfaat kepada kita semua gunakanlah sebaik-baiknya blog ini jangan di salah gunakan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.Bab kata pepatah kerana setitik nila satu susu menjadi biru.Ini pantun khas untuk anda,
Paku dulang paku serpih,
orang mengata dia yang lebih,
Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama dengan kucing belang,
orang yang sembahyang mendapat pahala,
orang yang tak sembahyang mendapat bala,
Gunakanlah sebaik-baik blog ini,jangan di salah gunakan.Kerajaan banyak membantu serta memberi kemudahan kepada rakyat untuk memberi kebaikan kepada rakyat satu malaysia.

MALAYSIA SEBAGAI NEGARA ISLAM.

Saya sebagai rakyat warganegara malaysia ingin menyuarakan kepada pihak yang berkenaan terutamanya kepada Jabatan Agama Islam termasuk kepada menteri-menteri kerana di beri kebebasan dengan adanya disko,kelab malam,karaoke, minum arak secara terang-terangan.Sebagai negara islam mesti mengikut agama islam tidak semestinya ada tempat-tempat yang boleh membawa kemaksiatan,tempat-tempat yang boleh melalaikan seperti disko,kelab malam dan lain-lain tempat lagi.Bagi pandangan saya sepatutnya Malaysia sebagai negara Islam menonjolkan satu tauladan kepada dunia bahawasanya malaysia sebagai agama rasmi dan negara islam.Malaysia sebagai negara islam dan maju bertamadun mesti mengubah undang-undang yang baru.Baru-baru ini saya terbaca di dalam surat khabar kosmo kebanyakkan perempuan pelacur yang menjalankan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral di samping itu ada mengambil kesempatan menjual tubuh secara haram,Bagi saya sepatutnya negara kita sebagai negara islam lebih ketatkan lagi undang-undang yang berat berkenaan dengan syariah islam.Bagi saya sebagai umat islam untuk memberi berkongsi bersama bukan saya hendak kutuk atau mana-mana pihak pun cuma saya memberi pendapat kepada semua satu malaysia untuk kebaikan kita bersama.

REMAJA MASA KINI HARUS DI BERI PERHATIAN OLEH IBU BAPA.

Sebagai ibu bapa harus mengambil berat terhadap anak-anak tidak kira sama ada di rumah atau di sekolah,Ibu-bapa harus memainkan peranan yang sangat penting serta mengambil masa untuk melayan anak-anak dan meluangkan masa untuk anak-anak.Sebagai ibu-bapa harus mengambil berat mengenai masalah anak-anak yang suka balik lewat malam serta ponteng sekolah,Sebagai ibu-bapa harus memeriksa beg sekolah sama ada membawa bahan-bahan yang terlarang seperti dadah,rokok,judi,arak dan gambar lucah.Pastikan anak-anak kita tidak terlibat dengan gejala sosial seperti gangster,judi,arak,rokok dan lain-lain.Sekarang semakin menjadi-jadi gejala meragut beg,merogol dan lain-lain.Pada pandangan saya ibu-bapa harus memainkan peranan yang sangat penting bagi mendidik anak seorang yang baik dan berdispilin.Remaja sekarang semakin berani melawan guru serta menconteng kereta guru di sebabkan guru merotan pelajar.Sepatutnya ibu-bapa dan menteri pendidikan harus mengambil perhatian yang serious mengambil satu tindakan seperti membenarkan guru merotan,cuba kita lihat pada tahun 1940an kebanyakan guru-guru boleh merotan pelajar tapi kita sebagai pelajar takut untuk menceritakan kepada kedua orang tua kerana di pukul oleh kedua orang tua di sebabkan kesalahan kita.Sepatutnya menteri pendidikan membenarkan guru merotan pelajar yang bermasalah dispilin sekolah.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MELAYARI BLOG CINRAI.

Assalamualaikum,Salam Sejahtera Dan Salam Satu Malaysia.

Saya mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua yang melayari laman blog cinrai.Di Samping itu juga saya mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan anda semua.Sekian Terima Kasih.Wassalam.

Jumaat, 29 Januari 2010

SEPATUTNYA PIHAK BERKUASA MEMBERI KELONGGARAN UNDANG-UNDANG KEPADA RAKYAT KEDUA-DUA NEGARA.

Saya sebagai rakyat malaysia menyeru kepada pihak berkuasa tidak kira sama ada Kastam,Maritim Malaysia supaya dapat memberi kelonggaran undang-undang kepada rakyat kedua-dua negara.Saya sebagai rakyat tidak berpuas hati di atas sikap pihak berkuasa kerana tidak memberi keutamaan kepada rakyat malaysia untuk membeli barangan buatan thailand serta merampas seperti beras pulut,minyak dan lain-lain sepatutnya pihak berwajib harus memberi satu kelonggaran undang-undang yang baru kepada rakyat malaysia dan thailand untuk membeli barangan yang tidak mengenakan hasil cukai.Ini tidak semua di rampas tidak kira sama ada gula,garam dan lain-lain turut di rampas termasuk dengan parabola.Bagi saya sepatutnya pihak berwajib boleh berfikir dengan sebaik-baiknya.Saya berharap supaya pandangan saya dapat diterima dan di ambil perhatian oleh semua pihak.Sepatutnya pihak kastam dan maritim dapat melongarkan peraturan-peraturan kedua-dua negara,supaya rakyat dapat membeli barangan tanpa sebarangan cukai yang tinggi.

Jumaat, 22 Januari 2010

KAPAL PERANG.

Kapal perang (warship) merupakan kapal yang dibina bagi tujuan peperangan. Lazimnya ia dibina mengikut garis panduan yang berbeza dari kapal-kapal awam. Selain dilengkapi senjata pemusnah , kapal perang juga berupaya menangkis serangan kapal lawan atau setidaknya menyerap sedikit kerosakan akibat serangan. Ia juga lazimnya lebih laju dan lincah dari kapal dagang atau kapal-awam yang lain. Kapal-kapal perang selalunya dioperasikan oleh pihak tentera laut, bagaimanapun, kadangkala terdapat pihak lain seperti syarikat atau individu yang memiliki dan mengoperasikannya.

Isi kandungan

[sorok]

[sunting]Evolusi kapal perang

sebuah trireme Yunani

Kapal perang mempunyai sejarah yang panjang. Bermula apabila manusia mampu menerokai lautan untuk tujuan kegiatan perikanan, diikuti dengan aktiviti perdagangan dan akhirnya membawa kepada perluasan kuasa di seberang laut, memerlukan penubuhan angkatan laut dan kapal-kapal perangnya. Ini semua bagi melindungi rakyat dan ekonomi negara tersebut.

[sunting]Era ghali

Pertempuran Lepanto, 1571, diantara Uthmaniyyah dan kuasa-kuasa Kristian masih menggunakan ghali

Ketika zaman ketamadunan Yunani, Empayar Parsi dan Empayar Rom, jenis kapal perang yang wujud ialah ghali (English: galley). Ia berbentuk tirus dan digerakkan menggunakan dayung. Terdapat tiga jenis ghali yang digunakan di era Yunani dan Rom, iaitu bireme, trireme dan quinquereme. bireme mempunyai dua tingkat pendayung, trireme, tiga tingkat dan quinquerememempunyai empat. Ghali-ghali jenis ini biasanya hanya mempunyai satu tiang layar empat segi untuk pelayaran menggunakan kuasa angin. Di kala pertempuran tiang layar boleh ditanggalkan dan disimpan. Taktik yang biasa digunakan ialah merempuh kapal-kapal lawan untuk meneggelamkannya. Laskar-laskar yang berada diatas kapal juga boleh menyerbu kapal musuh yang dirapati. Taktik ini digunakan sehinggalah perkembangan penciptaan manjanik pada kurun keempat sebelum masihi membolehkan pertempuran dilakukan dari jarak jauh. Sekitar 900 Masihi Empayar Rom Timur atau Bizantin telah menggunakan sejenis ghali yang dikenali sebagai dromon. Dromon masih bergantung pada kuasa pendayung tetapi juga dilengkapi tiga layar tiga segi. Ia juga dilengkapi Greek Fire atau "Api Yunani", senjata pelontar api yang menggerunkan. Ghali masih digunakan sehingga Zaman Pertengahan, dan nama ghali diguna untuk kapal-kapal yang masih menggunakan kuasa dayung. Ketika era ini manjanik telah diganti dengan berbagai jenis meriam dan mortar



[sunting]Era layar

Pertempuran Trafalgar

Pada kurun ke 14 senjata kapal perang mula mengalami peningkatan dengan penciptaan meriam. Disebabkan keperluan memuatkan meriam di sisi kapal dan saiz kapal yang semakin besar, beransur-ansur, tenaga pendayung tidak digunakan dengan berkesan lagi. Kapal-kapal pada zaman ini bergantung kepada kuasa angin dari layar untuk menggerakkannya. Bermula dengan geliung (English:galleon) pada kurun ke 16 dan berubah ke rekaan ship of the line yang lebih stabil untuk penjelajahan lautan dan aturan meriam. Nama ship of the line ataupun lengkapnya ship of the line of battle diguna kerana zaman ini menyaksikan kapal-kapal bertempur dalam barisan panjang dari haluan ke buritan iaitu line of battle supaya sebanyak mungkin meriam di sisi dapat digunakan. Nama ini akhirnya diringkaskan menjadibattleship iaitu yang kita kenali sebagai kapal tempur kini. Taktik merapati dan menyerbu kapal musuh juga banyak digunakan terutama setelah kapal musuh hampir lumpuh. Era ini juga berlaku pertempuran-pertempuran yang masyhur seperti Pertempuran Sungai Nil, Pertempuran Cape St Vincent dan Pertempuran Trafalgar.Tentera Laut Diraja British telah mencipta pengkelasan kapal-kapal perang pada pertengahan abad ke 17 dan membahagikan kepada tujuh kategori (first rate, second rate, third rate, fourth rate, fifth rate, sixth rate, unrated)mengikut bilangan meriam yang dibawa.

Jenis-jenis kapal perang yang terdapat ketika era layar adalah:-

Kapal First Rate HMS Victory1884. Kapal ini masih dipelihara dan boleh dilawati di Portsmouth, England
  • Ship of the line of Battle/Ship of the Line
    • First rate-100 meriam atau lebih pada 3 tingkat dek
    • Second rate-90 ke 98 meriam pada 3 dek
    • Third rate-64 ke 80 meriam (lazimnya 74 meriam) dengan dua dek
    • Fourth rate-46 ke 60 meriam dengan dua dek meriam
  • Frigate
    • Fifth rate-32 ke 44 meriam pada dua dek
    • Sixth rate-20 ke 28 meriam, kadangkala dipanggil corvette atau frigate kecil
  • Sloop
    • (unrated) -sehingga 18 meriam

[sunting]Era kuasa wap

Kurun ke 19 menyaksikan terciptanya enjin kuasa wap dan propulsi atau pendorongan kapal mengalami revolusi sekali lagi. Penciptaan besi keluli juga memungkinkan kapal-kapal perang dilengkapi perisai tebal. Keperluan ini timbul akibat kapal era ini memuatkan meriam yang lebih moden dan berkuasa yang menembak peluru letupan tinggi. Era ini bermula dengan pelancaran La Gloire oleh Perancis yang masih mengekalkan rekabentuk era layar tetapi dilapisi perisai waja dan mempunyai enjin kuasa wap. Secara beransur-ansur ship of the line dan frigate diganti dengan kapal tempur dan penjajap (English: cruiser) berkuasa wap. Dan, buat pertama kali meriam dimuatkan dalam turet atau perumah yang boleh berputar. Berlaku pula Pertempuran di Hampton Roads diantara tentera laut Union dan Confederate pada 1862 melibatkan kapal berperisai kedua belah pihak. Dengan penciptaan torpedo pada akhir kurun tersebut membolehkan bot-bot torpedo dihasilkan, satu konsep baru ketika itu. Bot torpedo bukan sahaja laju malahan juga murah dan menawarkan alternatif kepada pembinaan kapal tempur yang mahal.

Model kapal berperisai PerancisLa Gloire

[sunting]Era Dreadnought

HMS Dreadnought

Era ini bukan hanya kesinambungan dari era sebelumnya, tetapi mempunyai cerita tersendiri. Boleh dikatakan era ini kemuncak bagi kapal tempur sebagai kapal utama tentera-tentera laut sebelum diambil alih oleh kapal pengangkut pesawat. Ketika ini juga berlangsungnya Perang Dunia Pertama yang mengandungi Pertempuran Jutland. Bermulanya abad ke 20, Britain sebagai kuasa laut yang unggul, melancarkan kapal tempur HMS Dreadnought pada tahun 1906. Kapal ini mempunyai propulsi turbin wap membolehkannya mengatasi kelajuan kapal-kapal lain dan dilengkapi meriam dan perisai yang lebih maju. Sekaligus pelancarannya menjadikan kapal-kapal perang lain ketinggalan zaman lantas mencetuskan perlumbaan senjata di antara kuasa-kuasa besar ketika itu. Ini kerana, di zaman itu kekuatan sesebuah negara dan kebolehannya meluaskan pengaruh diukur dari bilangan kapal tempur yang dimiliki. Generasi awal Dreadnought dilengkapi sekitar meriam 12 inci, perisai sekitar 12 inci tebal yang mampu menyerap hentaman dari kapal tempur lain pada jarak 10,000 ela. Kemuncak program Dreadnought ialah dengan terhasilnya battlecruiser HMS Hood pada tahun 1918. Kapal ini dilengkapi lapan meriam 15 inci dan perisai sehingga 12 inci. Serentak dengan pembangunan Dreadnought, pembinasa bot torpedo dibina untuk melindungi kapal-kapal utama dari ancaman bot-bot torpedo

[sunting]Evolusi ketika Perang Dunia Kedua

Perang Dunia Kedua menyaksikan beberapa perkembangan penting iaitu keutamaan kuasa udara yang menyebabkan pembinaan kapal pengangkut pesawat dan penggunaan kapal selam secara meluas. Pertempuran laut ketika ini berlaku disetiap penjuru lautan dengan berbagai strategi dan taktik baru diperkenalkan.

[sunting]Pembangunan kapal selam

U-Boat, U-47

Kapal selam mula dibangunkan sebelum Perang Dunia Kedua lagi, bagaimanapun penggunaan yang paling berkesan disaksikan ketika itu hampir melumpuhkan ekonomi Britain dan mengakibatkan kehilangan yang teruk kepada pihak Bersekutu. Kapal selam dicipta lewat kurun ke-19, tetapi hanya menimbulkan kesan setelah digabungkan dengan senjata torpedo. Tugas kapal selam pada awalnya terhad kepada anti kapal berkembang dengan pembangunan periuk api laut, sistem sonar dan torpedo pencari. Kegerunan terhadap armada U-Boat (German: unterseeboot) memaksa pula kapal pengiring direka, antaranya pembinasa pengiring (English: destroyer escort), frigat (frigate) dan korvet (corvette). Nama-nama frigat dan korvet ini kekal digunakan sehingga hari ini.

[sunting]Pembangunan kapal pengangkut pesawat

Kapal pengangkut pesawat USSSaratoga sekitar tahun 1935

Bermula dengan melancarkan kapal terbang amfibia, kapal pengangkut pesawat mencapai kematangan ketika Perang Dunia Kedua dengan keupayaan melancarkan dan mendaratkan kapal terbang konvensional menggunakan landasan. Setelah terbuktinya keupayaan ofensif kapal pengangkut pesawat dalam serangan Taranto danPelabuhan Pearl, ia terus menjadi kapal utama dalam armada angkatan laut. Kebolehannya melancarkan serangan pada jarak jauh di luar jangkauan penglihatan menyebabkan kapal ini mengambil peranan utama, lantas menurunkan kapal tempur kepada peranan sekunder.







Selain dari pembangunan dua jenis kapal tersebut, ketika era ini juga definisi jenis-jenis kapal perang tampak kejelasan dan mudah dikenalpasti. Jenis-jenis kapal era ini mengikut susunan menurun ialah:-
  • Kapal utama (capital ship)
    • Kapal pengangkut pesawat
    • Kapal tempur
    • Kapal kruiser tempur (battlecruiser)
  • Kapal kruiser
    • Kruiser berat (heavy cruiser)
    • Kruiser ringan (light cruiser)
  • Kapal pengiring
    • Pembinasa
    • Frigat
    • Korvet
  • Kapal selam
  • Kapal-kapal lain
    • Kapal penyapu ranjau
    • Kapal bantuan
    • Kapal pendarat

[sunting]Kapal perang moden

Frigat kelas La Fayette, FSSurcouf merupakan antara termoden di dunia menampilkan teknologi halimunan

Kapal perang moden boleh dikategorikan kepada tujuh kumpulan utama iaitu pengangkut pesawat, kruiser (penjajap), pembinasa, frigat, korvet, kapal selam dan kapal serangan amfibia. Kapal tempur pula dianggap kategori kelapan, tetapi ia tidak terdapat di dalam mana perkhidmatan aktif mana-mana tentera laut di dunia ketika ini dan hanya Amerika Syarikat yang mengekalkannya dalam simpanan (kelas Iowa). Dalam era moden definisi kapal perang utama (capital ship) telah mengalami perubahan. Kini kapal pembinasa dan ke atas dianggap kapal utama mana-mana armada dan hanya dimiliki negara-negara yang mampu dan mempunyai komitmen tinggi terhadap angkatan laut dan negara-negara yang berhasrat meluaskan pengaruh dan mengunjurkan kuasa.

Masa kini, perbezaan tugas dan ciri-ciri penting antara kruiser, pembinasa, frigat dan korvet tidak lagi ketara dan kadangkala kabur. Sebuah kelas kapal mungkin dikategorikan sebagai frigat oleh satu pihak manakala satu pihak yang lain menggelarnya pembinasa. Ini disebabkan kepelbagaian fungsi dan kebolehan kapal-kapal perang moden. Pengkelasan kapal melalui sesaran juga tidak lagi berkesan kerana di zaman ini sebuah frigat mungkin mempunyai berat sehingga 5800 tan (kelasAlvaro de Bazán) (seberat sebuah kruiser Perang Dunia Kedua) dan sebuah pembinasa hanya seberat 3600 tan (kelas Audace). Tambahan pula kebanyakan negara mengambil sikap mengelakkan provokasi dengan menarafkan kapal mereka ke taraf lebih rendah, Kruiser sebagai pembinasa, kapal pembinasa mereka sebagai frigat, dan frigat sebagai korvet. Malah kadangkala korvet juga dipanggil OPV.

Walaupun tiada konsensus yang menyeluruh, secara mudah sebuah kruiser dianggap kapal yang mampu menangani ancaman ketiga-tiga dimensi peperangan maritim iaitu, peperangan permukaan, peperangan bawah air dan anti udara. Pembinasa pula dilengkapkan bagi menghadapi dua dari tiga dimensi dengan peranan sekunder untuk dimensi yang ketiga. Frigat ialah kapal yang dikhususkan untuk mengatasi hanya satu dimensi ancaman dengan peranan sekunder yang lain. Korvet pula dianggap frigat yang kecil.

Kapal-kapal perang moden bergantung kepada teknologi peluru berpandu dan radar pengesan. Pertempuran berlaku dalam jarak yang menjangkau beratus-ratus batu nautika tanpa menyaksikan armada lawan. Penggunaan peluru berpandu juga mencepatkan tempo peperangan memaksa reaksi yang cepat dari kedua-dua pihak yang berlawan. Di era moden ini juga penggunaan perisai tidak lagi praktikal untuk menahan serangan peluru berpandu menyebabkan kapal-kapal moden menggunakan pengumpan chaff dan flare.

[sunting]Designasi kapal perang moden

Bagi memudahkan klasifikasi kapal-kapal perang moden NATO telah mencipta designasi sebagai rujukan. Designasi ini sebahagian dari Standard Agreement ataupun STANAG. Sistem ini diikuti banyak negara kerana didapati lebih bermaklumat. Designasi-designasi ini biasanya dapat dilihat pada awalan nombor pennant kapal.


Designasi umumNATO STANAG1Naval Ensign of Russia.svg
Tentera Laut Rusia
Naval Ensign of the United Kingdom.svg
Tentera Laut Diraja
Civil and Naval Ensign of France.svg
Tentera Laut Perancis
Kapal pengangkut pesawatCV - Aircraft carrier, general and multi-roleTAKR - Tyazholyi Avianesushyi KreyserR - Aircraft carrierR - Aircraft carrier
Kapal pengangkut pesawat nuklearCVN - Aircraft carrier, as CV but with nuclear propulsionTAKR - Tyazholyi Avianesushyi KreyserR - Aircraft carrierR - Aircraft carrier
Kapal pengangkut pesawat ringanCVS - Aircraft carrier, anti submarine warfare, ASWPKR - Protivolodochny KreyserR - Aircraft carrierR - Aircraft carrier
Kapal pengangkut helikopterCVH - Helicopter carrierPKR - Protivolodochny KreyserR - Aircraft carrierR - Aircraft carrier
Kapal tempurBB - BattleshipB - BattleshipB - Battleship
KruiserCG - Guided missle cruiserRKR - Raketny KreyserC - CruiserC - Cruiser
Kruiser nuklearCGN - Guided missle cruiser with nuclear propulsionARKR - Atomnyi Raketny KreyserC - CruiserC - Cruiser
PembinasaDD - DestroyerEM - Eskadrenny MinonosetsD - DestroyerD - Frégate
PembinasaDDG - Guided missle destroyerBRK/EM - Bolshoy Raketny Korabl/Eskadrenny MinonosetsD - DestroyerD - Frégate
Pembinasa pengiringDDE - Destroyer escort (Canada)D - DestroyerD - Frégate
Pembinasa berhelikopterDDH - Destroyer, helicopter carrying (Canada)D - DestroyerD - Frégate
PembinasaDDK - Destroyer (Japan)D - DestroyerD - Frégate
Pembinasa anti kapal selamBPK - Bolshoy Protivolodochny KorablD - DestroyerD - Frégate
Pembinasa anti kapal selamBPK - Bolshoy Protivolodochny KorablD - DestroyerD - Frégate
FrigatFF - FrigateSKR - Storozhevoy KorablF - FrigateF - Frégate
FrigatFFG - Frigate, guided missleSKR - Storozhevoy KorablF - FrigateF - Frégate
FrigatFFH - Frigate, helicopter carrying (Autralia)F - FrigateF - Frégate
KorvetFS - CorvetteMRK - Maly Raketny KorablK - CorvetteF - Aviso
KorvetFSG - Corvette, guided missleMRK - Maly Raketny KorablK - CorvetteF - Aviso
Korvet anti kapal selamMPK - Maly Protivolodochny KorablK - CorvetteF - Aviso
Kapal selamSS - SubmarinePL - Podvodnaya LodkaS - SubmarineS - Sous-Marin
Kapal selam penyerangSSK - Patrol submarine, non nuclear long rangePL - Podvodnaya LodkaS - SubmarineS - Sous-Marin
Kapal selam penyerang nuklearSSN - Attack submarine, nuclear poweredPLA - Atomnaya Podvodnaya LodkaS - SubmarineS - Sous-Marin
Kapal selam penyerang nuklearSSGN - Attack submarine, nuclear poweredPLARK - Atomnaya Podvodnaya Lodka Raketnaya KrylatayaS - SubmarineS - Sous-Marin
Kapal selam balistik nuklearSSBN - Attack submarine, nuclear powered, ballistic misslePLARK - Atomnaya Podvodnaya Lodka Raketnaya KrylatayaS - SubmarineSNLE - Sous-Marin Nucléaire Lanceur d'Engins
Kapal pendaratLL - Amphibious vessel, generalL - Amphibious vesselL - Amphibious vessel
Kapal pendaratLCC - Amphibious command shipL - Amphibious vesselL - Amphibious vessel
Kapal pendarat anggotaLCP - Landing craft, personnelL - Amphibious vesselL - Amphibious vessel
Kapal pendaratLHA - Amphibious assault ship, generalL - Amphibious vesselL - Amphibious vessel
Kapal pendaratLHD - Amphibious assault ship, using helicopters, landing craft with v/stol aircraft and/or ASW helocoptersBDK - Bolshoy Desantny KorablL - Amphibious vesselL - Amphibious vessel
Kapal pendarat anggotaLPA - Amphibious transport, personnel, carries LCPsBDK - Bolshoy Desantny KorablL - Amphibious vesselL - Amphibious vessel
Kapal pendaratLPD - Amphibious transport, dock with helicopter operations platformL - Amphibious vesselL - Amphibious vessel
Kapal pendaratLPH - Amphibious assault ship, helicopter carrierL - Amphibious vesselL - Amphibious vessel
Kapal pendaratLST - Landing ship, tankMDK - Maly Desantny KorablL - Amphibious vesselL - Amphibious vessel
HoverkrafLCAC - Landing craft, air cushionMDK - Maly Desantny Korabl na Vozdushnoy PodushkeL - Amphibious vesselL - Amphibious vessel
Kapal penyapu ranjauMM - Mine warfare vessel, general
Kapal penyapu ranjauMCM - Mine countermeasures vesselTSh - Tral'shikM - MinehunterM - Minehunter
Kapal penyapu ranjauMSO - Minesweeper, oceanMTSh - Morskoy Tral'shikM - MinehunterM - Minehunter
Kapal penyapu ranjauMSC - Minesweeper, coastalRT - Reydovy Tral'shikM - MinehunterM - Minehunter
Kapal periuk apiML - MinelayerZM - Minny i Setevoy ZagraditelML - MinelayerML - Minelayer
Kapal ronda lajuPC(F) - Patrol craft, general (fast)PelbagaiP - Patrol craftP - Patrol craft
Kapal ronda lajuPG(F)(G) - Patrol gunship, (fast) (guided missle)PelbagaiP - Patrol craftP - Patrol craft
Kapal ronda luar pantaiOPV - Offshore patrol vesselP - Patrol craftP - Patrol craft
HidrofoilPHM - High speed hydrofoil with SSM capability

[sunting]Komposisi armada laut moden

[sunting]Kapal pengangkut pesawat

Kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier) ialah kapal perang terbesar yang berada dalam perkhidmatan di seluruh dunia. Kapal ini dibina untuk melancarkan dan mendaratkan jet-jet pejuang apabila sesebuah negara itu tidak dapat mengoperasikan sebuah pangkalan udara dalam jarak operasi.

[sunting]Kapal tempur

Kapal tempur (battleship) merupakan sebuah jenis kapal perang yang aktif pada era Perang Dunia Ke-2. Kini tidak lagi dioperasikan atas sebab-sebab tertentu. Kapal perang induk yang besar dan digunakan untuk mencari dan memusnahkan kapal perang lain dalam armada musuh.

[sunting]Kruiser

Penjajap (cruiser) merupakan sebuah kapal perang yang bersaiz lebih kecil berbanding sebuah kapal perang. Kebanyakkan kapal penjajap yang berada dalam perkhidmatan tentera laut dunia ini digunakan untuk tujuan pertahanan udara sebagaimana dalam armada Tentera Laut Amerika Syarikat dan Rusia.

[sunting]Kapal pembinasa

Kapal pembinasa (destroyer) ialah sebuah kapal perang yang lebih kecil saiznya berbanding sebuah Kruiser namun lebih besar berbanding sebuah frigat.

[sunting]Frigat

Sebuah kapal perang bersaiz kecil dan merupakan jenis kapal perang kebanyakan tentera laut serata dunia. Mampu menguruskan situasi ancaman taraf rendah dan sederhana dan masih merupakan satu platform yang mahal

[sunting]Korvet

Kapal yang lebih kecil berbanding frigat, selalunya digunakan dalam keadaan situasi ancaman tahap rendah dan sering digunakan sebagi kapal peronda.

[sunting]Kapal selam penyerang

Pemburu atau dalam terma Tentera Laut Amerika Syarikat, Hunter-Killer merupakan sebuah platform yang dibina khusus untuk mencari dan memusnahkan kapal selam lain.

[sunting]Kapal selam penyerang peluru berpandu

Kapal selam yang khusus dibina untuk membawa peluru berpandu yang mampu menyerang dan membinasakan sasaran dari jauh.

[sunting]Kapal selam balistik

Pembawa peluru berpandu berpeledak nuklear.

[sunting]Kapal sokongan

Bagi membolehkan armada sesebuah tentera laut beroperasi dengan lebih efisyen dan mantap, kebanyakkan tentera laut serata dunia mempunyai pelbagai kapal sokongan dalam armadanya.

Secara amnya terdapat beberapa jenis lagi kapal sokongan.

  • Kapal MCMV (Mine Counter Measure Vessel) - Pemburu periuk api
  • Kapal Hidrografik
  • Kapal Hospital
  • Kapal Amfibi Pendarat Kereta Kebal
  • Kapal Platform Pendarat Helikopter
  • Kapal Platform Pendarat Anggota

[sunting]Nota

1 Hanya perbandingan, United Kingdom dan Perancis menggunakan designasi mereka sendiri walaupun anggota NATO

[sunting]Rujukan

  1. The Encyclopedia of Ships, Silverdale Books, 2004
  2. Jane's Warship Recognition Guide, Anthony J. Watts, Harpers Collins Publishers, 2006
  3. Battle at Sea- 3000 Years of Naval Warfare, R G Grant, Dorling Kindersley Limited, 2008