Ahad, 12 Februari 2012

SEJARAH KEDATANGAN MASYARAKAT YUNAN KE ASIA TENGGARA

Sungai Mekong, yang berukuran 4180km panjang, bermula dari Tibet dan melalui Yunnan, wilayah China, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam. Pakar-pakar Antropologi menjejaki migrasi masyarakat Melayu Proto, yang merupakan pelaut, lebih kurang 10,000 tahun dahulu apabila mereka belayar menggunakan perahu di sepanjang Sungai Mekong dari Yunnan sehingga Laut China Selatan dan akhirnya mendiami di tempat-tempat berbeza.
Mekong
Yunnan
Penduduk-penduduk awal Yunnan dapat dijejaki dalam sejarah sejak 170 juta tahun dahulu dari sebuah fosil homo erectus, ‘Manusia Yuanmou’,yang dijumpai pada tahun 60-an. Pada tahun 221 SM, Qin Shihuang berjaya menakluk Yunnan dan menyatukan China dan sejak itu mula menjadi sebuah wilayah dalam China. Mereka ini terkenal dengan teknik menanam tanaman padi untuk dibuat nasi.
Teori migrasi Yunnan
Teori Melayu Proto berasal dari Yunnan disokong oleh R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan Asmah Haji Omar. Melayu Proto (Melayu asli) yang pertama sekali datang mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian sementara golongan kedua, Melayu Deutro yang tiba sekitar tahun 1500 SM dan mendiami pesisir pantai mempunyai kemahiran menangkap ikan yang tinggi. Semasa berlakunya migrasi itu, kedua-dua golongan berkahwin dengan masyarakat-masyarakat dari pulau-pulau selatan seperti Jawa, serta penduduk tempatan yang berasal dari keturunan Australasia dan Negrito. Walaubagaimanapun masih terdapat beberapa pihak yang tidak mempersetujui teori ini.
Antara bukti-bukti lain yang menyokong teori ini termasuklah:
* Alatan-alatan batu yang dijumpai di Kepulauan Melayu sama dengan alatan-alatan dari Asia Tengah.
* Persamaan adat resam Melayu dan Assam.
* Bahasa Melayu dan Bahasa Kemboja adalah serumpun kerana tempat asal orang-orang Kemboja berasal dari sumber Sungai Mekong.
Delta Mekong
Menurut sejarah Khmer, tamadun terawal ialah tamadun Khmer Funan di Delta Mekong. Empayar Khmer Angkor ialah yang terakhir sebelum mereka mencari perlindungan di pelbagai tempat. Palembang dan Melaka adalah antara tempat berkenaan. Bukti-bukti arkeologi mendapati penduduk awal Kemboja adalah penduduk dari budaya zaman Neolitik. Mereka mahir dalam kemahiran teknikal sementara kumpulan yang lebih maju yang tinggal di pesisir pantai dan lembah Delta Mekong menanam padi.
Teks Melayu Tertua
Teks Melayu Tua
Teks silam Melayu yang dijumpai di Kedukan Bukit, Palembang tahun D mempunyai persamaan dengan muka pintu Yunnan 2006.
Inskripsi Batu Bersurat Kedukan Bukit tahun 682 yang dijumpai di Palembang dan tulisan tradisional masyarakat minoriti Dai adalah berasal bahasa-bahasa Pallava. Etnik Dai Yunnan adalah salah satu penduduk asal wilayah Yunnan, China.
Hubungan Melayu – Cham
Persamaan Bahasa Cham dan Bahasa Melayu dapat ditemui pada nama tempat-tempat seperti Kampong Cham, Kambujadesa, Kampong Chhnang dan sebagainya. Sejarah Melayu dengan jelas menyebut terdapatnya komuniti Cham di Melaka sekitar tahun 1400. Pada pertengahan tahun 1400 apabila Cham tewas kepada orang-orang Vietnam, lebih kurang 120,000 orang terbunuh dan pada sekitar tahun 1600 Raja Champa memeluk Islam. Pada sekitar tahun 1700 raja Muslim terakhir Champa Pô Chien mengumpulkan orang-orangnya dan berhijrah ke selatan Kemboja sementara mereka yang tinggal sepanjang pesisir pantai berhijrah ke Terengganu dan ada yang ke Kelantan.
Persamaan Bahasa Cham dan Melayu
Klik untuk gambar besar.
Wanita Yunnan
Wanita Yunnan hari ini juga memakai kain batik dan sarong. Perkara ini adalah satu persamaan dengan para wanita Melayu.

Pendatang-pendatang Hindu awal

Kedatangan pengaruh Hindu-Buddha mula memasuki kawasan Nusantara hanya beberapa ratus tahun selepas itu. Mereka ini mula memperkenalkan kebudayaan, seni bina, bahasa, tulisan, perkataan, makanan, adat resam, agama, sistem kerajaan, pendidikan moral dan banyak lagi kepada masyarakat setempat. Mereka ini mendirikan kerajaan Melayu tempatan pertama sendiri yang dikenali sebagai Srivijaya atau Vijayanaggar yang bertahan selama 1400 tahun.
Terdapat pelbagai versi kisah-kisah mengenai kedatangan pengaruh Hindu-Buddha ke alam Nusantara dicatitkan. Ini termasuk di dalam penulisan Tun Sri Lanang – Sulalatus As-Salatin, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Hang Tuah, Kisah Raja-Raja Pasai dan sebagainya. Bagaimanapun, saya akan huraikan perkara ini kemudian.
Pada masa ini, Asia Tenggara atau Kepulauan Melayu telah terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian yang pertama adalah dari kerajaan Srivijaya yang mana kemudiannya pada era moden ini telah membentuk Malaysia, Indonesia dan Singapura. Bahagian yang kedua pula adalah dari kerajaan-kerajaan kuno Burma, Siam dan Khmer yang kemudiannya membentuk negara-negara moden Indo-China seperti Thailand, Vietnam, Kemboja dan sebagainya.
Pengaruh serta kuasa-kuasa Hindu-Buddha ini kemudian memperluaskan penggunaan bahasa serta penulisan mereka di sini. Mereka juga menggelarkan Asia Tenggara dengan nama ‘Suvarnabhumi’ yang bermaksud ‘Tanah-Tanah Emas’.

2,500 tahun dahulu – Zaman Gangsa

Semakin ramai manusia tiba, termasuklah pelaut-pelaut dan puak-puak baru. Tanah Melayu menjadi tempat persimpangan perdagangan laut pada zaman lampau. Pelaut-pelaut yang datang ke pantai Semenanjung Tanah Melayu termasuklah orang-orang India, Mesir, Timur Tengah, Jawa, dan Cina. Ptolemy menamakan Tanah Melayu sebagai Aurea Chersonesus (Semenanjung Emas) sementara Tanah Jawa pula digelar sebagai Labadius satu perkataan yang diubah dari bahasa sanskrit lama. Gelaran asal di dalam Sanskrit ialah Yavadvipa.
Peta Asia Ptolemy
Peta Asia yang dilukis oleh Ptolemy mengikut gambaran beliau. (Klik sini bagi gambar besar)
Pada ketika ini, kemahsyuran dan kemewahan yang terdapat di segenap pelusuk Asia Tenggara telah tersebar luas sejauh eropah. Kemewahan ini kebenyakkannya digambarkan sebagai ‘Kemewahan yang tidak disentuh’ oleh cerdik pandai dari barat pada zaman itu memandangkan tiada kerajaan-kerajaan besar di kawasan sekitar Asia Tenggara.
Claudius PtolemaeusMaka sememangnyalah tidak hairan apabila Claudius Ptolemaeus atau Ptolemy, seorang ilmuan dari Alexandria atau Macedonia amat berminat dengan hasil-hasil bumi di sekitar Asia Tenggara sehingga beliau melukiskan peta Asia mengikut kefahaman beliau. Beliau turut melakarkan peta dunia dalam pengajian beliau mengenai Geografi dunia.
Ini juga menunjukkan bahawa para ilmuan Eropah dan barat telah lama memerhatikan keadaan di sekitar Asia Tenggara atau Nusantara, tetapi atas beberapa sebab, mereka hanya berjaya sampai ke sini pada kurun ke-16. Tetapi disebalik fakta ini, ada beberapa pendapat mengatakan bahawa telah berlaku beberapa siri eksplorasi penjelajahan dari kalangan penduduk Iskandariah atau Alexandria yang mengikuti siri penaklukan Iskandar Zulkarnain atau Alexander The Great.

10,000 – 5,000 tahun dahulu- Neolitik

Masyarakat mula mengetahui cara-cara membina rumah yang mudah dan mereka juga sekarang sudah mengetahui cara berkeluarga. Konsep asas moral dan masyarakat mula diterjemahkan.
Pada era ini jugalah dikatakan bahawa manusia mula memasuki Benua Eropah bagi meluaskan penempatan. Walaupun terdapat penemuan rangka manusia yang berusia lebih kurang 2 juta tahun di Eropah, tetapi belum ada bukti penempatan tetap atau sesebuah penempatan besar di sana sehinggalah pada era Neolitik.
Eropah Era Neolitik
Klik untuk gambar besar.

35,000 – 10,000 tahun dahulu – Mesolitik

Pakar-pakar Antropologi berjaya menjejaki sekumpulan pendatang baru iaitu pelaut-pelaut Melayu Proto yang berhijrah dari Yunnan ke Malaysia. Masyarakat-masyarakat Negrito (Orang Asli) dan masyarakat tempatan yang lain terpaksa berpindah ke lereng-lerang bukit. Di masa inilah manusia mula mengetahui cara-cara berpakaian, memasak, memburu, dan memburu dengan senjata batu yang lebih maju. Teknik berkomunikasi juga telah berkembang.
Ada teori berpendapat, pada era ini juga berlakunya dua pertembungan besar manusia dari 2 era atau zaman di dalam satu zaman. Teori itu mengatakan bahawa manusia dari zaman Mesolitik (dari Yunnan) telah berhijrah ke kawasan Tanah Melayu lalu bertemu dengan penduduk sini iaitu masyarakat Negrito yang masih lagi hidup dalam era Paleolitik.
Manusia dari dua era ini telah berkembang lagi apabila mereka bercampur sesama mereka dan mereka inilah yang kemudiannya digelar ‘Manusia Proto Asia’ yang kemudiannya menjadi ‘Polynesia’, ‘Micronesia’ dan ‘Melanesia’. Mereka-mereka ini kemudiannya berkembang dan bertaburan di sekitar Kepulauan Hawaii, New Zealand, Papua New Gunea, Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan beberapa negara sekitar Asia Tenggara lagi. Atas dasar-dasar tersebut juga, mereka-mereka ini dikatakan adalah ‘saudara’ kepada orang-orang Melayu.

40,000 – 35,000 tahun dahulu – Paleolitik

Era Paleolitik adalah sebuah era yang hari ini kita menyebutnya sebagai era ‘zaman batu’ atau ‘ice age’. Manusia-manusia awal menjalani kehidupan yang sederhana dengan menjalankan aktiviti pemburuan. Masyarakat awal masih mendiami di kaki-kaki bukit dan pada hari ini dikenali sebagai Orang Asli. Sekarang, Orang Asli berserta dengan orang-orang Melayu dan masyarakat pribumi Sabah dan Sarawak dikenali sebagai masyarakat bumiputra. 65% populasi di Malaysia adalah dari kalangan mereka.
Pada waktu ini, mengikut kajian DNA yang dilakukan oleh Spencer Wells yang ditaja oleh National Geographic dengan tajuk ‘The Journey of Man: A Genetic Odyssey’, muka bumi keseluruhan adalah masih kosong dan belum dihuni manusia terutamanya di bahagian-bahagian Eropah serta utara muka bumi seperti Russia dan sebagainya.
Apabila berahkirnya zaman ais (ice age), ais mula cair dan membanjiri hampir separuh dari muka bumi terutamanya di bahagian utara. Manusia seperti yang kita ketahui iaitu keturunan dari Nabi Allah Adam Alaih Salam pada ketika itu banyak tinggal atau menghuni sekitar Tanah Arab dan Afrika.
Mereka-mereka ini kemudian berpindah secara nomad apabila ais mula cair. Ada di antara beberapa kumpulan yang menjalani perpindahan ini, memilih untuk tinggal di sekitar Arab, India dan ada yang berjalan terus sehingga China dan Mongolia. Kumpulan yang lain pula melintas melalui Tanah Arab, Iraq, India, Afghanistan dan beberapa negara sekitar sebelum sampai ke tanah semenanjung yang kemudiannya kita gelar, ‘Tanah Melayu’. Ada yang memilih untuk menetap terus di sekitar kawasan ini manakala kumpulan yang paling akhir sekali meneruskan perjalanan sehingga Australia dan New Zealand. Keturunan dari mereka ini kemudiannya digelar ‘native Australian’ pada hari ini.

Tamadun Awal 40,000 – 2,000 Tahun Dahulu Di Tanah Melayu

Zaman Batu
Sejarah awal tamadun manusia di Tanah Melayu telah bermula tidak kurang 200,000 tahun dahulu di mana bukti-bukti kewujudan manusia dapat di jumpai sekitar Kota Tampan di Lenggong, Perak. Anatara penemuan terbesar yang pernah di rekodkan dalam kajian sejarah Malaysia ialah penemuan rangka manusia yang berumur sekitar 11,000 tahun di Leggong yang diberi nama ‘Perak Man’ atau ‘Orang Tampan’.
Di kawasan sekitar Lenggong juga, ditemui beberapa kawasan pembuatan peralatan-peralatan batu bagi membuat andas dan tukul-tukul batu bagi kegunaan manusia pra-sejarah yang masih terpelihara dengan baik.
Selain kewujudan manusia pra-sejarah Tanah Melayu di Lenggong Perak, antara penemuan terbesar Malaysia juga terdapat di sekitar Gua Niah, Sarawak. Bukti-bukti yang berusia lebih kurang 40,000 tahun ini menunjukkan bahawa sudah ada penempatan manusia sejak sekian lama.
Salah satu bukti kewujudan manusia pra-sejarah yang terkenal ialah lukisan-lukisan di dinding Gua Tambun seperti di bawah.
Lukisan Dinding Gua Tambun

PANDUAN-PANDUAN YANG PATUT KITA DI KETAHUI

1. Banyakkan membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah  An Nahl:78, surah Al A’raf:189, dan ayat Kursi.
2. Banyakkan membaca doa-doa untuk keselamatan isteri yang sedang mengandung   dan keselamatan anak dalam kandungan.
3. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan  isteri akan memahami keinginan baik yang  terkandung dalam Al-Quran tersebut.
4. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT.
5. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dan lain-lain.
6. Suami hendaklah rajin mengerjakan solat berjemaah.
7. Dilarang memakan benda-benda haram, memberi isteri rezeki yang tidak halal serta wang riba.
8. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.
9. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.
10. Suami hendaklah menjauhi diri daripada sifat marah dan benci pada  isteri.
11. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalinkan hubungan dengan  isteri
12. Dilarang membuka aurat kerana dikhuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir kelak.

PANDUAN KESELAMATAN YANG PATUT DI PATUHI OLEH SEMUA KAKI TANGAN.

PERATURAN KESELAMATAN TEMPAT BEKERJA

1.    Sentiasa bekerja di tempat sendiri dan tidak bertukar ke tempat lain sesuka hati.
2,    Jalankan kerja-kerja khusus seperti mengasah dan menyapu bahan di tempat yang disediakan.
3,    Tempat kerja mestilah kemas semasa dan setelah selesai kerja.


PERATURAN KESELAMATAN ALATAN

1.    Pastikan alatan dalam keadaan yang selamat untuk digunakan.
2.    Pastikan alatan yang digunakan sesuai dengan kerja yang hendak dibuat.
3.    Tangan mestilah tidak bergris, berminyak atau basah semasa memegang alat-alat tangan.
4.    Bersihkan alatan setelah digunakan dan simpan di tempat yang dikhaskan.
5.    Laporkan alatan yang rosak, hilang dan berbahaya kepada guru dengan segera.


PERATURAN KESELAMATAN DIRI

1.    Sentiasa patuhi peraturan bengkel.
2.    Pastikan pakaian sentiasa kemas dan sesuai semasa bekerja di dalam bengkel.
3.    Jangan memakai barang-barang kemas.
4.    Lengkapkan diri dengan pengetahuan rawatan asas pertolongan cemas.
5.    Laporkan sebarang kemalangan kepada guru dengan segera.

PENYALAHGUNAAN DADAH

Penyalahgunaan dadah di kalangan pekerja boleh menyebabkan risiko kemalangan di tempat kerja bertambah, bukan sahaja kepada orang yang menyalahgunakan dadah, tetapi juga kepada orang lain yang sedang bekerja di sekeliling. Ini adalah kerana penyalahgunaan dadah menjejaskan daya kawal diri akibat gangguan pada sistem saraf tunjang seseorang.

Penyalahgunaan dadah memberikan kesan buruk kepada mental, otak dan emosi seseorang. Ia membuatkan seseorang sering berkhayal sehinggakan terkadang melayan blues tidak kira tempat, mengalami tekanan perasaan yang teruk, tidak dapat mengawal pergerakan badan, melemahkan daya pemikiran dan ingatan, merosakkan organ buah pinggang, hati dan jantung, melemahkan percakapan dan pengiraan dan jika dos yang diambil berlebihan, boleh membawa maut.

Badan orang yang menyalahgunakan dadah juga akan susut dengan mata lebam serta berair. Hidung menjadi berhingus dan muntah-muntah. Risiko jangkitan hepatitis dan HIV/AIDS juga tinggi dan boleh meyebabkan kematian.

Majikan mestilah peka dengan pekerja yang mula/sudah terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Tanda-tanda utama penagihan dadah di kalangan pekerja ialah;
1.       Kemerosotan kehadiran di tempat kerja.
2.       Perubahan ke atas sikap dan tingkah-laku.
3.       Kemerosotan rupa paras dan kebersihan.
4.       Hilang selera makan, kurang berat badan mendadak, mata merah dan berair serta kuyu (bukan stim).
5.       Ada parut atau bekas suntikan di lengan.
6.       Mengasingkan diri dari rakan sekerja dan program rekreasi.
7.       Suka meminjam wang atau mencuri barang-barang yang mudah dijual.
8.       Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil seperti stor, belakang tandas atau lain-lain tempat yang tidak digunakan.
9.       Selalu melakukan perbuatan yang tidak selamat semasa menjalankan tugas harian (Mungkin kerana hilang tumpuan).
Penagihan dadah adalah sejenis penyakit walaupun ianya nampak semacam sengaja dicari, oleh itu majikan perlulah membuat langkah pencegahan dengan menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan pekerja, kurangkan tekanan kerja yang tidak perlu kepada mereka, memberikan perhatian yang sewajarnya kepada pekerja dengan selalu berbincang dan berpromosi mengenai keburukan dadah. Ciptakan suasana ceria di tempat kerja!

Majikan juga perlu menyediakan ‘POLISI DADAH’ di tempat kerja, menyediakan prosedur untuk aktiviti pencegahan penyalahgunaan dadah, memberi latihan kepada penyelia dan memberi keterangan serta pengetahuan kepada semua pekerja tentang bahaya penyalahgunaan dadah.

Semoga kita semua dan orang yang kita sayangi bebas daripada penyalahgunaan dadah.

NIKAH DI SELATAN THAILAND.





Nikah Thailand. Kahwin Thailand.

Berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu dibawa untuk kahwin di Thailand, untuk memudahkan pendaftaran nikah di luar negara bila kembali ke Malaysia nanti:
  1. Pasport yang sah.
    Pasport akan diperlukan oleh Konsulat Malaysia di Songkhla. Selain itu, tanda masuk dan keluar dari Siam dalam pasport boleh digunakan sebagai bukti bahawa anda benar-benar berada di Siam pada hari pernikahan, jika disoal oleh hakim mahkamah syariah nanti (untuk pendaftaran perkahwinan di Malaysia). Pas Sempadan boleh digunakan untuk menggantikan pasport, bagi mereka yang layak. Pas Sempadan dikeluarkan kepada warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap Malaysia keturunan Thai yang menetap lebih tiga (3) tahun di Kelantan, Perlis, Kedah atau Perak sahaja. Tempoh sahlaku ialah 6 bulan dari tarikh dikeluarkan.
  2. Kad pengenalan
    Kad pengenalan akan diperlukan oleh jurunikah dan Konsulat Malaysia.
  3. Surat cerai
    Jika berkenaan
  4. Sijil mati
    Bagi balu yang ingin kahwin semula
  5. Surat izin wali
    Jika ada
Dinasihatkan membawa videocam untuk merakamkan proses perkahwinan, untuk lebih meyakinkan hakim di mahkamah syariah nanti.
Jangan lupa membawa salinan pakaian dan sebagainya untuk pernikahan anda.

Pengiraan Kos Kahwin di Thailand Harga kami: RM1,x00)

Untuk menilai kos nikah di Thailand yang sebenar melalui pakej-pakej yang berlainan dari agen yang berlainan, dapatkan maklumat samada kos pakej termasuk semua yang berikut. Jika tidak, dapatkan kos tambahan yang diperlukan untuk mendapat semua yang berikut:
  1. Kos perjalanan pergi-balik dari sempadan Malaysia ke Siam
  2. Kos keseluruhan, termasuk bayaran kepada jurunikah, saksi dan mendapatkan dokumen berkaitan
  3. Kos untuk mendapatkan surat dari Majlis Agama Islam Wilayah berkenaan
  4. Adakah surat dari Majlis Agama berkenaan didapati pada hari yang sama atau perlu diambil dari tempat tertentu pada hari lain? Jika perlu diambil pada hari lain, berapa kos perjalanan pergi-balik dan lain-lain belanja untuk mendapatkannya?
  5. Adakah agen membawa anda ke Konsulat Malaysia di Selatan Thailand pada hari yang sama untuk memohon Surat Pengesahan Nikah dari Konsulat? Berapa lama untuk mendapatkan surat dari Konsulat?
Surat dari Konsulat adalah penting bagi pendaftaran nikah di Malaysia. Surat ini adalah pengesahan wakil sebuah jabatan dalam Kerajaan Malaysia bahawa nikah Thailand itu adalah sah. Tanpa surat dari Konsulat, ada kemungkinan hakim mahkamah Syariah akan meminta bukti-bukti lain, termasuk meminta saksi-saksi hadir dalam mahkamah.

Pemilihan Tarikh Nikah

Pilih mana-mana tarikh yang difikirkan sesuai. Hujung minggu pun boleh. Konsulat Malaysia ditutup pada hujung minggu dan cuti am, dan ini akan melewatkan sedikit untuk mendapatkan surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia di Songkhla, tapi sedikit tambahan wang, kami boleh dapatkan dan hantar melalui Pos Laju. Surat ini diperlukan untuk pendaftaran nikah luar negeri di Malaysia nanti.

MENAIKKAN TARAF PEMBANGUNAN DI BUKIT KAYU HITAM KEDAH SEBELUM MENCAPAI 2020

Saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan thai ingin memberi cadangan saya kepada kerajaan malaysia supaya menaikkan taraf pembangunan di Bukit Kayu Hitam kedah seperti di jitra dan changlun dengan pembangunan yang pesat.Kebanyakkan semua yang berkerja di bukit kayu hitam turun ke changloon,Justeru itu saya minta kepada kerajaan malaysia supaya menaikkan taraf pembangunan seperti supermarket,tnb,telekom, klinik,bank dan lain-lain lagi.Apa yang saya lihat sekarang iaitu balai bomba,polis,kem tentera dan sekolah ada kecuali bank,kedai motor dan lain-lain lagi.Saya minta kepada kerajaan malaysia terutamanya Perdana Menteri Malaysia Y.A.B Dato Sri Najib supaya mengambil perhatian menaikan taraf pembangunan di Bukit Kayu Hitam,Kedah.Saya harap agar kerajaan malaysia dapat mengambil perhatian sebelum menjelang 2020 negeri kedah sebagai negeri yang maju dan pesat yang bersempadan dengan negara thailand.Saya berasa kasihan kepada penduduk yang tinggal di bukit kayu hitam setiap hari pergi ke pekan changloon mengambil duit dan sebagainya.Saya berharap agar kerajaan malaysia dapat menaikkan taraf pembangunan di bukit kayu hitam sebagai bandar atau pekan yang maju dan pesat seperti jitra dan changloon.Saya harap agar kerajaan malaysia dapat mengambil perhatian dari hati suara rakyat negeri kedah

MASALAH PUNCA CERAI DAN TIPS RUMAH TANGGA.

Masalah perceraian kini semakin menunjukkan peningkatan dari sehari ke sehari, malah semakin teruk. Berikut adalah beberapa masalah yang paling biasa berlaku dalam kalangan pasangan hari ini yang menyebabkan perceraian serta tips bagaimana untuk menyelamatkan perkahwinan anda daripada berlakunya perceraian.

 Lebih Mengutamakan Kerjaya

Kerjaya sering kali menjadi faktor yang menjejaskan hubungan rumahtangga seseorang. Sentiasa sibuk dengan kerjaya dan mengabaikan tanggungjawab untuk meluangkan masa bersama pasangan atau menjadikan pasangan sebagai tempat melepaskan tekanan kerjaya akan menyumbang kepada punca masalah perkahwinan.
Hubungan suami isteri akan menjadi renggang dan semakin berlarutan sehingga membawa kepada perceraian. Teramatlah penting untuk anda menghabiskan masa bersama pasangan dengan sekerap mungkin agar hubungan anda bersama pasangan sentiasa hangat dan bahagia. Ketika bersama, elakkan daripada berbual tentang topik yang boleh menyebabkan pertengkaran dan pastikan ianya tidak menyusahkan pasangan anda.

Sentiasa Bercanggah Pendapat dan Sering Bergaduh

Perkongsian dan persefahaman dalam membuat sebarang keputusan dalam perhubungan amat penting untuk menjamin rumahtangga yang bahagia. Sebenarnya, masalah dalam perkahwinan itu biasa dan menjadi lumrah kepada setiap pasangan.
Bagaimana anda mengawal, apa cara yang perlu digunakan untuk menyelesaikan masalah itulah yang menjadi tanda aras  kepada perkahwinan anda. Segeralah cari penyelesaian kepada masalah anda dan jangan biarkan hari-hari sentiasa penuh dengan pertelingkahan dan perselisihan faham. Normal untuk setiap pasangan berselisih faham, namun ia akan menjadi tidak normal untuk bergaduh dan berselisih faham setiap saat, setiap masa malah terbawa-bawa sehingga ke bilik tidur.
Pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan perkahwinan anda sekiranya ia berlaku dan perceraian mungkin akan menjadi jalan terakhir jika anda tidak segera menyelesaikannya. Jadi, sentiasalah bertolak-ansur antara pasangan dan sentiasa berusaha untuk memahami budi pekerti, kehendak dan kemahuan pasangan kita agar ianya tidak membawa kepada pertelingkahan.
perceraian

Bersikap Terlalu Mudah untuk Bercerai

Jika dulu, perceraian merupakan perkara yang paling tidak disukai keluarga dan masyarakat umumnya. Namun, keadaan pada hari ini jauh berbeza kerana kebanyakan orang kini semakin terbuka dan menganggap perceraian itu perkara biasa dan tidak perlu diambil berat.
Perceraian diterima sebagai pilihan atau jalan yang paling mudah untuk menyelesaikan masalah, bukannya sebagai jalan terakhir. Kini, rakan-rakan sendiri yang banyak kali menyokong dan menggalakkan perceraian, sedangkan perceraian merupakan perkara yang cukup dibenci oleh Allah SWT.
Kepada setiap pasangan yang sedang dalam dilema dan sentiasa memikirkan perceraian sebagai penyelesaian masalah mereka, fikirlah berkali-kali lagi sebelum membuat keputusan sebegitu!
Adakah keputusan itu dibuat kerana perasaan marah, atau adakah anda benar-benar sudah berhenti mencintai dia? Kadang-kadang dengan bersikap lebih sabar dan tabah, sesuatu masalah pasti dapat diselesaikan dan perceraian pasti tidak akan  berlaku semudah itu.
Sebab-sebab ini adalah salah satu daripada banyak sebab yang menyumbang kepada jumlah perceraian yang tinggi. Berusahalah dan berjanjilah kepada diri anda bahawa anda sekali-kali tidak akan berfikir untuk bercerai jika berlaku sebarang masalah dalam perkahwinan. Katakan tidak kepada perceraian!

KEMATIAN MENGEJUTKAN SATU IKTIBAR.

Kadang-kadang kita tidak menyangka tentang kematian seseorang. Dan yang lebih utama kita sendiri tidak akan menyangka bilakah berlaku kematian pada kita. Tapi itulah ketentuan Allah. Seharusnya kita mengambil iktibar dari kematian mereka. Apakah persediaan yang harus kita lakukan sekiranya kematian mengejut berlaku pada kita? Di sini diringkaskan beberapa perkara yang wajib kita lakukan sebelum kematian datang menjemput kita dari perspektif perancangan kewangan peribadi.
CARI ILMU DAN SEGERA BERAMAL
Dalam kehidupan kita yang serba sibuk ini, kadang-kadang kita melupakan ilmu agama dan kurang beramal. Kita lupa janji pada Allah dan lupa tentang hisab akhirat. Sedangkan bekalan kita di akhirat adalah semua bentuk perbuatan yang direhdai Allah di dunia. Oleh itu segeralah mencari ilmu agama dan mengamalkannya
MEMBUAT SEBAHAGIAN SIMPANAN WANG YANG BOLEH DIAKSES OLEH WARIS
Sekiranya kematian mengejut berlaku kepada kita pastikan ada waris yang boleh akses tempat kita menyimpan wang atau akaun kita. Wang tersebut adalah untuk  perbelanjaan dan pengurusan terhadap musibah yang telah menimpa  kita. Sekiranya akaun kita tidak dapat diakses maka ia akan dibekukan dan menjadi harta pusaka.
MEMBUAT PELAN JAMINAN KEWANGAN UNTUK KETENANGAN  WARIS
Inilah perkara yang sering kita lupakan. Sekiranya berlaku kematian / musibah, maka waris kita bukan sahaja kehilangan kita bahkan hilang punca pendapatan kita. Sedangkan dalam surah Al-Baqarah ayat 240 menyeru agar kita menyediakan waris kita bekalan makanan, pakaian dan tempat tinggal selama sekurang-kurangnya setahun setelah kita meninggal dunia. Katakan perbelanjaan sebulan keluarga kita RM4,000 maka kalau setahun ialah RM 48,000.  Wajib bagi kita sediakan pelan ini kerana ini perintah Allah. Sebab itu kita wajib mengambil takaful untuk menyediakan bekalan secukupnya kepada waris yang kita sayangi.
MENYEDIAKAN PELAN MELANGSAIKAN HUTANG
Zaman ini memang tidak boleh kita mengelak daripada berhutang. Hutang pembiayaan peribadi, kad kredit, kereta, ansuran beli keperluan dan rumah. Bayangkan sekiranya berlaku kematian mengejut pada kita bagaimana caranya waris kita boleh melangsaikan segala hutang piutang tersebut. Sudah pasti menyusahkan mereka. Jadi disinilah kepentingan pelan takaful, Ia juga untuk tujuan melangsaikan hutang piutang kita sendiri.
MEMBUAT WASIAT / HIBAH
Sekiranya kita melihat dalam kita keluarga dan sanak saudara kita ada yang suka mengambil kesempatan dan hanya mementingkan diri dan wang maka wajib kita membuat wasiat / hibah. Ditakuti harta kita akan beralih pada mereka yang tidak amanah bukan pada orang yang kita sayangi. Ini biasa berlaku. Oleh itu buatlah wasiat untuk kebaikan semua waris kita.

CARA ANDA MENGELAKKAN DARI GEJALA PENYAKIT AIDS ATAU HIV.

AIDS merupakan satu penyakit yang amat berbahaya pernah melanda umat manusia sejagat. Ketiadaan vaksin dan ubat untuk mencegah dan menghapuskan penyakit AIDS menyukarkan usaha untuk mengawal AIDS. Tambahan pula jangkitan HIV berkait rapat dengan tingkahlaku dan cara hidup individu yang amat sensitif dan peribadi
AIDS telah mewujudkan pelbagai fenomena sejak melanda dunia. Pelbagai implikasi sosio-budaya, ekonomi dan politik telah timbul akibat wabak ini. Jangkitan HIV bermula sejak 1970 dan penyakit AIDS akibat jangkitan HIV mula dikenalpasti pada tahun 1981.
AIDS bermaksud (Acquired Immuno Deficiency Syndrome) atau Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit
Acquired: Jangkitan yang dipindahkan daripada individu kepada individu lain dan bukan daripada keturunan.
Immuno: Keupayaan semulajadi badan melawan penyakit atau jangkitan.
Deficiency: Kurang atau lemah tubuh badan.
Syndrome: Gabungan tanda-tanda dan gejala-gejala.
APA ITU HIV
HIV bermaksud Human Immunodeficiency Virus. Sejenis virus daripada kumpulan retrovirus yang menghasilkan jangkitan sepanjang hayat pesakit. Kuman virus ini boleh menyebabkan kerosakan sistem daya tahan tubuh secara perlahan-lahan.
APA ITU HIV POSITIF
Adalah seseorang yang telah disahkan mempunyai HIV dalam tubuh mereka tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda dan gejala penyakit serta boleh merebakkan kepada orang lain. Individu yang menunjukkan HIV positif digelar Pembawa HIV. Pembawa HIV kelihatan sihat dan dapat menjalankan aktiviti harian seperti orang biasa untuk satu jangkamasa yang panjang (5 – 10 tahun).
APA ITU AIDS
AIDS merupakan peringkat terakhir jangkitan HIV iaitu sistem daya ketahanan badan melawan jangkitan telah dilumpuhkan. Pelbagai tanda dan gejala penyakit oppurtunis seperti kandidiasis, kayap, jangkitan paru-paru, kanser akan wujud dan berakhir dengan kematian.
TANDA-TANDA DAN GEJALA AIDS
  • Susut berat badan melebihi 10% tanpa sebab tertentu.
  • Cirit-birit berlarutan.
  • Demam yang berpanjangan.
  • Batuk-batuk yang berterusan.
  • Penyakit kandisiasis di bahagian mulut.
  • Barah kulit (Kaposi’s Sarcoma).
  • Penyakit herpis simplex(sejenis kayap) merebak dan berulangan.
  • Jangkitan Paru- Paru (Pneomocystitis carinii pneumonia)
  • Sejenis protoaza boleh menyebabkan kematian 10-30% pesakit jika tidak dirawat.
CARA-CARA AIDS MEREBAK
Virus HIV boleh didapati di dalam darah, air mani dan cairan faraj. Virus ini juga terdapat dalam tisu badan, organ, bendalir dalam tulang belakang dan juga otak. HIV juga dapat dikenal pasti dalam kadar yang sedikit melalui tinjaun dalam air mata, air liur, air kencing dan susu badan.
VIRUS HIV BOLEH DIPINDAHKAN MELALUI;
  • Hubungan seks dengan seseorang yang telah dijangkiti HIV seperti dengan pelacur atau berbilang pasangan yang tidak diketahui status kesihatan mereka.berbilang pasangan yang tidak diketahui status kesihatan mereka.
  • Menerima darah yang telah dicemari atau hasilan darah daripada  orang yang telah dijangkiti HIV seperti semasa pemindahan darah, pada jarum suntikan atau pada alat-alat penembus kulit seperti bertindik  telinga, tato, pisau cukur dan berkhatan.
  • Melalui ibu yang telah dijangkiti kepada bayinya sebelum, semasa atau selepas bersalin.
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
  • Jangan lakukan hubungan seks luar nikah atau dengan orang yang tidak dikenali dan anda tidak mengetahui status kesihatannya.
  • Bersifat setia terhadap pasangan.
  • Gunakan kondom dengan cara yang betul untuk suami yang telah dijangkiti HIV.
  • Jangan menggunakan jarum suntikan yang telah dicemari.
  • Amalkan cara hidup yang sihat.
SESEORANG ITU TIDAK DIJANGKITI HIV MELALUI;
  • Berpegang tangan dan bersalaman.
  • Berkongsi kemudahan awam misalnya telefon.
  • Berkongsi menggunakan cawan, gelas dan sudu.
  • Melalui makanan atau minuman.
  • Ciuman/pelukan.
  • Gigitan serangga seperti nyamuk dan kutu.
  • Pergaulan di sekolah atau di tempat kerja.
  • Berkongsi buku (sekolah).
  • Berkongsi menggunakan bilik mandi dan tandas

PENDIDIKAN SEKS PERLU DI AJAR OLEH SEKOLAH.

Pendidikan seksualiti yang diajar secara menumpang mata pelajaran lain sebelum ini akan diajar secara berasingan mulai tahun depan dengan mengekalkan penggunaan istilah Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS).
Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, melalui pelaksanaan di bawah transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) itu, kementerian tersebut menetapkan subjek tersebut diajar selama 40 minit, dua kali sebulan di Sekolah Menengah dan 30 minit setiap minggu di Sekolah Rendah.
Seperti yang dirancang, kira-kira 500,000 murid Tahun Satu sesi persekolahan 2011 telah pun menjadi kumpulan pertama diajar pendidikan seks yang diperkenalkan menerusi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun ini. Langkah ini diambil kononnya sebagai langkah penyelesaian masalah sosial, terutamanya dalam isu buang bayi. Namun, timbul persoalan, adakah benar ini merupakan jalan penyelesaian bagi masalah sosial ini, atau langkah ini sebenarnya timbul dek idea pemikiran sekular berkiblatkan barat!
Tujuan Pendidikan Seks di Malaysia
Menurut statistik rasmi, sejumlah 472 kes buang bayi dilaporkan sejak 2005 sehinggalah ke Ogos 2010. Daripada jumlah tersebut, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin mengatakan bahawa 214 bayi yang ditemui masih hidup manakala 258 lagi sudah meninggal [UM16/08/10]. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dalam reaksi kepada isu yang semakin serius ini mengatakan bahawa punca sebenar permasalahan ini adalah daripada bidang pendidikan. Dan penyelesaiannya juga turut membabitkan sektor tersebut. Nah, di sinilah idea pendidikan seks yang telah lama diketengahkan oleh golongan liberal menjadi lebih kuat  apabila pemimpin nombor satu  Malaysia meletakkan kegagalan sistem pendidikan sebagai punca utama kerosakan akhlak remaja.
Sehubungan dengan itu perkara ini telah dikaji dan telah mendapat pelbagai respond  baik daripada pelbagai pihak. Menurut  Azriani Ab Rahman, Pensyarah Perubatan Jabatan Perubatan Masyarakat Pegajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia, langkah ini bertujuan menyedarkan remaja tentang implikasi hubungan seks sebelum berkahwin dan supaya mereka berkata ‘TIDAK’ kepada seks sebelum berkahwin. [Utusan Malaysia Online-Rencana-04/05/2010]
Media massa  pula terus menerus mempromosikan pendidikan seks agar diterima rakyat di negara ini. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bersama wartawan Metro turut menjelaskan “hasrat murni” kerajaan tentang tujuan pendidikan seks dilaksanakan. Menurut beliau, tujuan Pendidikan seks diadakan adalah untuk memberi maklumat kepada pelajar dan mengelakkan mereka dari terjebak dalam gejala sosial. Bagi membantu usaha berkenaan, kementerian menyediakan draf Garis Panduan Pendidikan Seksualiti Kebangsaan bagi menangani salah laku dan jenayah seksual yang membimbangkan di kalangan remaja.  Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, draf berkenaan dihasilkan sebagai keprihatinan kementerian berkaitan isu sosial seperti rogol, sumbang mahram, penderaan seksual dan hubungan seks bebas. [Harian Metro, 7 April 2005]
Jika dilihat daripada mata kasar, niat beberapa pihak tertentu yang menyokong dan bersama-sama berusaha dalam pelaksanaan pendidikan seks ini kelihatan sangat suci. Mereka tampak seperti mahu memastikan remaja hari ini menjaga pergaulan dan menjauhi zina, seterusnya dapat mencegah jenayah buang bayi. Namun, adakah benar langkah ini merupakan penyelesaian tuntas bagi segala masalah melibatkan zina dan pembuangan bayi? Adakah kita perlu terhantuk sekali lagi, baru mahu terngadah seperti yang berlaku dalam isu PPSMI? Atau para pelajar  kita akan terus menjadi mangsa….?
Propaganda Kapitalis
Tatkala pemerintah sedang berusaha melaksanakan pendidikan seks di sekolah-sekolah pada tahun ini, sumber bahan-bahan lucah masih terus menular dengan mudahnya di seluruh negara tanpa ada satu penguatkuasaan undang-undang untuk menghalang atau mencegah penularannya. Saranan pihak-pihak ini berkaitan penularan bahan lucah ini adalah ibu bapa perlu memantau aktiviti anak-anak mereka terutamanya semasa mengakses bahan daripada internet. Saranan ini seolah-olah melihatkan pada kita bahawa hanya ibu bapa sahaja pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini. Namun, sejauh manakah ibu bapa mampu mengawal pergerakan anak-anak mereka sedangkan ibu bapa hari ini disibukkan dengan urusan sekular kapitalis yang menuntut mereka mencari sumber pendapatan lebih untuk menanggung perbelanjaan keluarga? Saranan ini melihatkan juga kepada kita bahawa barisan pemerintah di negara kita  seolah-olah tidak mampu menyekat penyebaran bahan-bahan lucah ini. Pembuat dan pengedar video lucah masih berleluasa dan tiada tindakan yang diambil untuk menyekat orang ramai termasuk kanak-kanak melihat laman web lucah. Golongan yang kerap dipersalahkan adalah individu itu sendiri, ibu bapa dan pihak sekolah yang dikatakan kurang mengambil berat terhadap pergaulan anak-anak, kurang memberikan didikan agama, penyebaran video lucah secara haram dan sebagainya. Melihatkan senario ini, adakah benar golongan sekular ini mahu  membanteras masalah sosial atau sebenrnya ini adalah salah satu idea untuk mempromosikan seks. Kelihatan sangat janggal apabila pendidikan seks dilaksanakan di sekolah-sekolah kononnya sebagai langkah menyelesaikan masalah zina dan kes buang bayi, tetapi dalam masa yang sama, penularan bahan lucah di internet terus dibiar. Pemerintah Negara ini boleh menyekat sumber bahan lucah di internet jika mereka benar-benar mahu melakukannya.
Jika ditelusuri sejarah pendidikan seks yang telah lama diperkenalkan di kebanyakan Negara Barat, sejarah ini telah membuktikan kegagalan pendidikan seks dalam menyekat masalah zina dan pembungan bayi. “Setelah diperkenalkan pelajaran seks di sekolah-sekolah dan kolej, kadar penyakit dan kematian akibat berpunca dari gejala seks meningkat mendadak. Ini kerana berkemungkinan setelah didedahkan di kelas, pelajar-pelajar akan mempraktikkannya di luar kelas. Kesannya mereka semakin ‘maju’ mengamalkan seks bebas kerana masyarakat barat sememangnya tidak bermoral dan menyanjung tinggi kebebasan bertingkahlaku. Satu kajian terbaru yang diadakan di UK mendedahkan kehamilan dikalangan remaja adalah yang tertinggi di kawasan yang giat aktif dan agresif dalam mempromosi pendidikan seks”[LifeSiteNews.com 15 Mac 2004].
British Medical Journal pula mengatakan bahawa pendidikan seks sebaiknya dimulakan secepat mungkin, misalnya seawal usia lima tahun. Menurut Journal tersebut, walau bagaimanapun pendidikan seks sebenarnya gagal mencegah kehamilan remaja, malah pendidikan seks tidak mengurangi kadar kehamilan remaja menurut hasil kajian berbeza yang dilakukan di Britain dan Kanada.
Menurut Adam Marcus, seorang wartawan berita kesihatan, dalam artikelnya yang bertajuk Teen Sex Education A Total Failure Study telah mengupas bahawa pendidikan seks yang dilaksanakan telah gagal melambatkan aktiviti seksual remaja, gagal meningkatkan penggunaan kontrasepsi dan gagal mengurangkan kadar kelahiran sebelum nikah di Kanada.
Ironinya, sangat aneh apabila masyarakat di negara yang majoriti muslim seperti di Malaysia masih lagi terikut-ikut dengan segala percubaan penyelesaian yang telah dijalankan di barat walaupun ternyata gagal menyelesaikan masalah ini. Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda dalam hadis riwayat Abu Said al-Khudri:
“Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun, kamu akan mengikuti mereka”, Sahabat bertanya, ‘Ya Rasulullah, adakah Yahudi dan Nasrani yang kamu maksudkan?’. Jawab Nabi: “Siapa lagi kalau bukan mereka?”. (HR Muslim)
Ternyata benar, segala yang datang dari Barat kita ikuti walaupun ternyata barat sebagai sang pencipta idea pendidikan seks ini sendiri gagal memastikan objektif pendidikan seks ini dapat dipenuhi. Namun, barat sangat berjaya membuatkan umat Islam hari ini terpaksa memilih idea bobrok mereka sehingga umat Umat Islam tidak sedar penyelesaian sebenar yang sudah ada di depan mata. Umat Islam terus berkiblatkan barat dan mengenepikan al-Quran dan sunnah. Nah, racun liberalism kapitalisme sememangnya telah menyerap masuk dalam sendi umat Islam dan sedang memamah-mamah setiap inci daging umat Islam dan hanya menanti untuk rebah. Betapa berjayanya propaganda kapitlisme ini!
Islam sebagai Penyelesaian
Islam telah menetapkan bahawa tanggungjawab utama untuk mendidik anak-anak terletak di atas bahu ibu bapa. Ini meliputi juga tanggungjawab pendidikan seks kepada anak-anak. Maka, adalah sangat penting untuk ibu bapa, khasnya para wanita muslimah yang merupakan madrasah pertama bagi anak-anak mereka untuk memahami hakikat pendidikan seks menurut Islam. sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam yang bermaksud:
“Tidak ada seorang anakpun yang baru lahir kecuali dilahirkan dalam keadaan suci. Kedua orang tuanyalah yang menyebabkan anak itu menjadi Yahudi, Nasrani atau Musyrik”.[HR Muslim].
‘Pendidikan seks’ yang dimaksudkan di dalam Islam bukanlah sesempit kefahaman masyarakat barat yang hanya memfokuskan kepada aspek hubungan jenis, atau masalah kesihatan reproduksi. Islam mengatur hubungan lelaki dan wanita bukan mahram melalui sistem pergaulan (Nizhamul Ijtimaie) yang merangkumi asas akidah, pembentukan akhlak (contohnya sifat malu), aspek aurat dan cara berpakaian, sehinggalah ke isu ikhtilat, perkahwinan dan perceraian, nasab keturunan serta kewajiban suami isteri. Penyelesaian masalah sosial menurut Islam tidak meletakkan sistem pendidikan sebagai sasaran utama untuk diperbaiki, tetapi melalui penerapan hukum Islam secara kaffah dalam sesebuah Negara. Negara, masyarakat dan individu itu sendiri mempunyai peranan masing-masing yang wajib dipenuhi dan sekaligus dapat mencegah segala perilaku yang bertenatangan dengan syarak.
Khatimah
Kegagalan sistem Kapitalisme dalam menyelesaikan masalah seksual (seperti yang termaktub di atas) seharusnya membuatkan umat Islam bertindak segera untuk tidak mengambil hukum dengan merujuk kepada barat serta menghancurkan serangan pemikiran kapitalis dan sekular yang hanya menimbulkan kerosakan kehidupan manusia. Firman Allah swt:
“Tidakkah kamu melihat orang-orang yang mengira dirinya beriman kepada apa sahaja yang diturunkan kepadamu serta apa sahaja yang diturunkan sebelummu? Mereka ingin berhukum kepada ‘Taghut’, sedangkan mereka diperintahkan agar menolaknya. Dan sesungguhnya syaitan ingin menyesatkan mereka dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya” [ TMQ An-Nisa’ : 60]
Berhukum kepada ‘Taghut’ di dalam terjemahan ayat di atas bermaksud berhukum dengan hukum selain Allah. Iaitu selain daripada apa yang telah diajarkan di dalam Al Quran dan Sunnah. Dalil di atas dengan jelas mengecam orang-orang yang menggantikan hukum Allah swt dengan yang lain.
Penyelesaian masalah sosial yang melibatkan zina dan pembuangan bayi menurut Islam akan dibincangkan panjang lebar pada keluaran.

TATACARA MENGHORMATI BENDERA

Teknik melipat bendera dan membentang bendera dibagi menjadi 2, yaitu :
1. Teknik lipat 3
2. Teknik lipat Genap
Dibawah ini akan dijelaskan tata cara melipat bendera dengan teknik lipat genap.
Teknik lipat genap sering digunakan karena kemungkinan kesalahannya sangat kecil. Maksudnya genap disini adalah jumlah lupatannya dapat 4, 6, 8, 10, asalkan genap dan disesuaikan dengan panjang bendera.
Cara melipat Bendera
1. Patokan memegang bendera warna putih di tangan sebelah kanan dan warna merah di tangan sebelah kiri
2. Pembentang memegang bendera warna merah di tangan sebelah kanan dan warna putih di tangan sebelah kiri
3. Bendera direntangkan, kemudian dilipat menjadi dua bagian, bagian putih menghadap ke atas
4. Kemudian dilipat memanjang menjadi dua bagian lagi, warna putih berada di dalam tertutup warna merah
5. Pembentang melipat bendera menjadi beberapa bagian yang genap dengan arah zig – zag
6. Setelah menjadi beberapa bagian yang genap, lipat menjadi 2 bagian dengan arah horizontal ke dalam.
Cara Membentang Bendera
1. Pembentang, tangan kanan memegang bendera warna merah, tangan kiri memegang bendera warna putih
2. Patokan, tangan kanan memegang bendera warna putih, tangan kiri memegang bendera warna merah
3. Setelah itu pembentang mundur 3 (tiga) langkah, tangan masih dlam keadaan lurus
4. Setelah mundur 3 langkah, pembentang membentangkan bendera sedangkan patokan diam
TATA CARA PENGIBARAN & PENURUNAN BENDERA
Yang terlibat langsung dalam pengibaran terdiri dari tiga orang , yaitu :
1. Pengerek ( sebelah kiri pasukan )
2. Pembawa Bendera ( ditengah )
3. Pembentang Bendera ( sebelah kanan pasukan )
1. Pengerek dan pembentang bendera memegang tali bersama – sama, bukan memegang tiangnya, punggung tangan yang memegang tali menghadap ke depan.
2. Kemudian pengerek bendera mulai membuka tali pada tiang, perhatikan cara membuka talinya.
3. Pengerek melihat keatas untuk menchek apakah talinya sudah benar ataukah terbelit.
4. Setelah posisi tali benar berikan / serahkan salah satu tali pada pembentang bendera.
5. Pengerek melakukan tindakan penyelamatan gaya tindakan penyelamatan ini bebas, yang penting adalah tali tersebut tidak terlepas dari tangan pengerek.
6. Selanjutnya pengerek bendera memasang catok pada bendera, catok yang sebelah atas ke bagian warna merah dan catok yang satu lagi ke bendera warna putih.
7. Kemudian pembentang menyerahkan tali yang dipegangnya ke pengerek.
8. Langkah selanjutnya adalah pembentangan
Pembentang mundur 3 langkah ke belakang, setelah tiga langkah ke belakang baru bendera dibentangkan.
Bersamaan dengan mundurnya pembentang, pengerek menarik tiga kali ( kondisikan )
Selanjutnya pembentang menolehkan kepala ke arah Pemimpin Upacara dan memberikan isyarat dengan lantang dan keras “ Bendera Siap “. Pemimpin Upacara memberi aba – aba penghormatan pada bendera merah putih.
9. Tindakan selanjutnya adalah pengerekan bendera
Pembentang maju kedepan dengan langkah yang tegap dan tangan yang masih membentangkan bendera, langkahnya tidak kaku, tidak santai, tidak asal – asalan, setelah sampai didepan tiang lemparkan ujung bendera berwarna putih ke arah belakang pembentang yang sesuai dengan arah angin.
Bendera dikerek seirama dengan lagu Indonesia Raya, posisi telapak tangan pengerek, pengulur, dan pembentang menggenggam. Keadaan tangan Pengerek dan pembentang pada saat pengerekan terlihat seperti cermin.
Bendera harus sudah sampai dipuncak tiang pada kata “ Hiduplah ……” bait terakhir dari Lagu Indonesia Raya.
Ketika aba – aba “ TEGAK = GERAK “ dari Pemimpin Upacara, maka Pengerek dan Pembentang langsung mendekatkan tangan pada tiang, dan tali dari Pembentang langsung diambil oleh pengerek.
10. Langkah yang terakhir adalah pengikatan tali pada tiang.
Pengikatan tali ini dilakukan oleh Pengerek
Yang harus diperhatikan dalam pengikatan tali ini adalah posisi bendera yang telah berada diatas tidak boleh turun kembali, sehingga bagian tali yang berada di tangan pengerek harus diikatkan terlebih dahulu dengan kuat, kemudian kedua tali diikatkan sampai tali tersebut habis.
Catatan :
Kata yang dicetak tebal dan digaris bawahi 10 tahapan penaikan bendera yang harus tersusun dan tidak boleh terlewat.
10 Tahap Penurunan Bendera
1. Memegang tali
2. Membuka tali
3. Penggerek melihat keatas
4. Serahkan tali dari pengerek ke pembentang
Pembentang memberikan isyarat dengan lantang dan keras “Bendera Siap”
5. Penurunan Bendera
Pembentang menarik tali dan pengerek mengulur dengan sedikit menahannya agar tidak terlalu cepat turun ke bawah
6. Serahkan tali dari pembentang ke orang yuang ditengah.
Pembentang mengambil ujung bendera, dan mulai mundur sampai bendera terbentang.
7. Membentangkan bdenra sampai aba – aba dari Pemimpin Upacara “ TEGAK =GERAK “. Pembentang dan Pembawa bendera melipat bendera menjadi dua bagian dengan warna putih menghadap ke arah pasukan.
8. Pembawa Bendera melakukkn tindakan penyelamatan pada tali.
9. Pembawa Bendera ( satu orang ditengah ) membuka catok tali dan bendera.
10. Serahkan tali tersebut kepada pengerek untuk diikat
Ketika pengerek mengikat tali pada tiang, pembawa bendera dan pembentang melakukan pelipatan bendera.