Rabu, 26 Februari 2014

AMALAN MURAH REZEKI.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini telah pun di tetapkan rezekinya samaada banyak atau sedikit sejak di dalam kandungan ibunya lagi. Keyakinan kepada rezeki yang datangnya daripada Allah SWT adalah merupakan salah satu daripada rukun iman yang ke 6 iaitu percaya kepada qada dan qadar.

Setiap rezeki manusia sudah ditetapkan oleh Allah. Jadi kita tidak perlu risau akan hal ini.

Allah SWT menyebut di dalam surah al-An’am, ayat 151 yang bermaksud :  “Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka. (yakni anak-anak)”

Walaubagaimana pun kita perlu berusaha dan bertawakal kepada Allah SWT untuk memiliki rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Terdapat beberapa amalan untuk mendapat  rezeki yang murah. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Jangan tinggalkan  beribadah kepada Allah.

Pastikan solat 5 waktu dikerjakan pada waktunya, sebaik-baiknya secara berjemaah.

Firman Allah SWT dalam hadis qudsi yang maksudnya :  "Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahku nescaya aku membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu". (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah, dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a)

2. Memperbanyakkan istighfar .

Memohon kepada Allah, merintih dan mengaku kesalahan di hadapan Allah SWT boleh menjadi sebab Allah SWT akan  bertambah kasih kepada kita.

Firman Allah SWT maksudnya :  “Mohonlah ampunlah kepada Rabb kalian, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat (melimpah ruah membawa kebaikan), dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai (yang penuh dengan kebaikan dan manfaat).” (Surah Nuh ayat 10 – 12)

Sabda Nabi S.A.W. " Barangsiapa memperbanyak istighfar maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a) 

3. Meninggalkan perbuatan dosa.

Setakat beristighfar sahaja tidak mencukupi kalau masih melakukan dosa.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tidak bertambah umur seseorang kecuali jika dia melakukan kebaikan, dan tidak akan ditolak qadar Allah (iaitu qadar al-Mu’allaq) kecuali melalui doa, dan sesungguhnya seseorang itu ditahan rezekinya disebabkan dosa-dosa yang sentiasa dilakukannya” ( Hadis Riwayat Ibn Majah, Ahmad Hadis Hasan)

Sabda Rasulullah S.A.W : "...dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya" (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

4. Banyak ingat Allah.

Sumber rezeki dalam bentuk ketenangan yang Allah SWT janjikan dalam firmannya dalam surah Ar-Ra'd, ayat 28 yang bermaksud : "...ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram"

5. Berbakti dan mendoakan kedua ibu bapa.

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad boleh memanjangkan umur dan di murahkan rezeki. “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Hadis Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud : “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Membantu orang yang memerlukan bantuan seperti orang tua, orang sakit, anak yatim, orang fakir miskin, isteri dan anak-anak. Sabda Nabi SAW yang maksudnya : “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

7. Menyampaikan hajat orang lain.

Apabila kita menyampaikan hajat saudara kita maka Allah SWT akan membalasnya dalam bentuk tertunainya pula hajat kita.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya : “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim)

8.   Banyakkan berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya. " (Hadis Riwayat Baihaqi dari Al-Khatib)

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : " Sesuatu doa terdinding (terhalang) sehinggalah seseorang yang berdoa berselawat kepada Nabi SAW. "
(Hadis Riwayat At-Tabaraani)

Dengan berselawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.

9. Buat kebajikandan membantu orang yang lemah.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Carilah untukku orang-orang lemah kerana hanya kita diberi rezeki dan dibantu sebab orang-orang lemah dari kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Ibnu Hibban, Al Hakim)

Ibnu Abbas berkata:“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Bersedekah waktu pagi meredakan murka Allah, menarik rezeki dan menolak bala.

Nabi SAW berwasiat kepada Saidina Ali k.wj maksudnya : "Wahai Ali ! Sedekah yang sembunyi-sembunyi itu dapat mereda murka Allah dan dapat menarik rezeki dan berkah yang banyak. Maka berpagi-pagilah kalau bersedekah. Kerana sesungguhnya bahaya itu turun pagi hari, sebelum bahaya turun, bersedekahlah sehingga dapat menolak bahaya di udara."

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Apabila kamu telah selesai solat subuh janganlah kamu tidur tanpa mencari rezeki.” (Hadis Riwayat Tabrani)

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Pergilah awal pagi untuk mencari rezeki dan keperluan kerana pagi membawa keberkatan dan kejayaan.” (Hadis Riwayat Tabrani, Ibnu Adi)

Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur pada waktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya, "Bangun! Apakah kamu tidur pada waktu rezeki dibahagi-bahagikan?"

11. Menjalin silaturrahim.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya (menjalini silaturahim)” (Hadis Riwayat Bukhari)

12. Sentiasa dalam keadaan berwuduk.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya :  “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid r.a)

13. Banyakkan membantu dan melapangkan kesusahan orang lain.

Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin al-Awwam maksudnya : “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Hadis Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Hormati dan melayan tetamu.

Nabi SAW berwasiat kepada Saidina Ali k.wj. maksudnya : "Wahai Ali ! Anjurkanlah berbuat baik kepada mereka yang sedang ceria wajahnya. Dan hormatilah tetamu sebab rezeki tetamu yang singgah kerumah sesaorang pun ikut singgah di situ. Dan kalau ia meninggalkan rumah itu, dosa penghuni rumah itu lenyap bersama kepergian tetamu tersebut. Lalu terhapuslah dosa-dosa itu jauh ditengah lautan."

15. Amalan Solat Duha.

Firman Allah SWT dalam hadis qudsi yang bermaksud : “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Duha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.”
(Hadis Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Syukur di atas segala pemberian Allah.

Firman Allah SWT maksudnya :  “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Surah Ibrahim ayat 7)

17. Mengamalkan ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran yang mempunyai fadhilat dalam meluaskan rezeki.

Ada riwayat menjelaskan : "Mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya Allah tidak akan merasai kepapaan".

Rasulullah S.A.W. juga bersabda maksudnya : "Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya.. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).

Mengamalkan membaca surah at-Talaq ayat 2-3 (dipanggil ayat 1000 dinar). 
Firman Allah SWT maksudnya : “Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (Surah at-Talaq ayat2-3)

Antara fadilatnya ialah mendapat rezeki yang tidak disangka bahkan memperoleh rezeki menurut jalan yang tidak pernah terfikir, melenyapkan segala bentuk kesusahan serta dijauhkan daripada keraguan dan kesusahan maut.

Menurut banyak riwayat, sebab ayat seribu dinar diturunkan Allah adalah kerana peristiwa berkaitan seorang sahabat bernama Auf bin Malik al-Asyja’i yang mempunyai anak lelaki ditawan kaum Musyrikin. Beliau mengadu perkara itu kepada Rasulullah SAW dan Baginda meminta Auf supaya bersabar sambil bersabda kepadanya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah akan memberi jalan keluar kepadamu.” Ternyata tidak lama selepas itu anaknya dilepaskan daripada tawanan pihak musuh dan dalam perjalanan ia terserempak seekor kambing kepunyaan musuh lalu dibawanya kambing itu kepada ayahnya.

Kemudian turunlah ayat yang bermaksud: “Siapa yang bertakwa kepada Allah, Dia menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka dan tidak terfikir sebelumnya.” (Hadis riwayat Ibnu Jarir)

18. Sentiasa berdoa kepada Allah.

Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah.Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Wahai Abu
Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa?” 

Jawab Abu Umamah: “Dukacita dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!” 

Jawab Rasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.” 

Abu Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” 

Baginda bersabda: “Apabila tiba waktu pagi dan petang bacalah:
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang.”

Kata Abu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan hutangku.” 

(Hadis Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri).

19. Berusaha dengan bersungguh-sungguh keluar rumah mencari rezeki.

“Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak……. ”
(Surah An Nisaa’ ayat 100)

Sebenarnya Allah sudah memberi kita pakej yang cukup lengkap kepada kita untuk berjaya dalam perkara-perkara yang telah ditetapkan untuk kita, ini adalah sunnatullah, siapa yang gigih berusaha akan terbukalah jalan-jalan mencari rezeki baginya dengan mudah kerana keluar rumah mencari rezeki juga dikira sebagai berhijrah dijalan Allah.

20. Bertawakal kepada Allah SWT.

Berserah semata-semata kepada Allah SWT setelah berusaha, maksud firman Allah SWT: “Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (Surah At-Thalaq ayat 3)

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Hadis Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Sahabat yang dimuliakan,
Hayatilah beberapa panduan dan amalan-amalan di atas sebagaimana di nyatakan oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW jalan-jalan untuk mendapatkan murah rezeki daripada Allah SWT. Pastikan rezeki yang kalian cari adalah halal dan bersih daripada perkara yang haram dan subahat. Kerana setiap ringgit wang yang kita perolehi akan ditanya nanti dihari akhirat.

JAMBATAN PULAU PINANG KEDUA BIARLAH ALLAH SWT RUNTUHKAN DAN MUSNAHKAN.

Saya sebagai hamba allah yang mulia sama taraf dengan nabi,rasul,wali dan keramat semoga jambatan pulau pinang yang kedua biarlah runtuh dan di musnahkan oleh allah swt.Saya selalu sembahyang semoga allah swt mengahancurkan bumi malaysia ini dengan kekuasaan allah swt.Pada pendapat saya kerajaan malaysia hanya menghabis duit rakyat sahaja serta kepentingan sendiri sahaja.Saya juga bersyukur kepada allah swt sekiranya di beri musibah kepada negara malaysia celaka ini.Saya juga bersyukur kepada allah swt sekiranya di beri musibah kepada negara malaysia dengan adanya angin kuat seperti mana di amerika syarikat puting beliau,taufan dan tsunami.Apa yang hamba lihat kebanyakan semua di terima musibah seperti mana negara indonesia,filipina,India,Sri langka dan lain-lain negara lagi.Saya seorang hamba yang allah yang mulia ini berdoa agar allah swt turunkan bala musibah di negara malaysia serta di tenggelamkan peta malaysia daripada peta dunia.Sebagai contoh Iran yang hendak di bomkan ke Israel dan meghapuskan israel dalam peta dunia.Jikalau allah swt turunkan bala dan musibah ke atas negara malaysia ini alhamduliah dan syukur kepada allah swt terutamanya di kuala lumpur dan putrajaya.amin.

KEPERCAYAAN PUAK SYIAH.

Rukun Imam Sunni Ada 6,Manakala Rukun Islam Sunni Pula Ada 5..Syiah Juga Mempunyai Rukun Iman Dan Rukun Islam Yang Sama Tetapi Di Akhir Rukun Imam Dan Islam Mereka Adalah Percaya Pada Imam 12..Bagi Syiah,Syarat Sah Keimanan Seseorang Adalah Mesti Beriman Dengan Imam 12..Dalam Rukun Islam Syiah,Jika Tak Percaya Solat,Puasa,Zakat Dan Haji Tak Mengapa..TETAPI Jika Tak Percaya Pada Imam 12,Kafir Kata Syiah Jika Sunni Tak Percaya..Disebabkan Rukun Islam Sunni Dan Syiah Tidak Sama,Syiah Menganggap Sunni Ini Kafir Tetapi Bukan Macam Kafir Di Luar Macam India,Cina Dan Orang Bukan Islad..Sunni Dianggap Sebagai "KUFRUN JUZIYUN", Yang Bermaksud Kafir Separuh..Mereka Menganggap Darah Orang Sunni Ini Halal Untuk Dibunuh.. Darah Orang Sunni Halal Untuk Dibunuh..Ulama Syiah Mengatakan Dalam Kitab Karangan Beliau,Jika Pengikut Syiah Berpeluang Untuk Bunuh Sunni,Bunuhlah..Jika Pengikut Syiah Terjumpa Sunni Dekat Dengan Kawasan Sungai,tasik Dan Sebagainya,Lemaskanlah Sunni..Harta Orang Sunni Ini Sama Tarafnya Dengan Kata Orang Kafir Harbi Iaitu Harta Yang Boleh Dirampas.. Syiah Juga Menganggap Bahawasanya Imam 12 Mereka Adalah Maksum Iaitu Sama Taraf Dengan Nabi Dan Rasul..Imam 12 Ini Juga Dikatakan Pergi Al-Israk Wal-Mikraj Setiap Malam Jumaat..Setahu Kita Hanya Nabi Muhammad SAW Sahaja Yang Pernah Pergi Israk Mikraj..Rasul Dan Nabi Lain Tidak Pernah Pergi.Itulah Kemuliaan Yang Allah SWT Bagi Nabi Muhammad SAW..Imam Syiah Setiap Malam Jumaat Pergi Naik Ke langit Dan Syiah Juga Kata Di Sana Para Imam Akan Semak Setiap Amalan Pengikut Syiah..Didalam Kitab Syiah Juga Ada Mengatakan Setiap Dosa Yang Syiah Lakukan,Dosa Yang Syiah Lakukan Akan Ditanggung Oleh Setiap Sunni Dan Setiap Pahala Sunni, Syiah Yang Akan Dapat.. Pengikut Syiah Begitu Mengagungkan Imam 12 Sehingga Meletakkan Imam 12 Mereka Di Tempat Yang Tertinggi..Bagi Syiah Imam 12 Mereka Ini Hebat Kerana Boleh Mengetahui Perkara Yang Telah Berlaku Dan Perkara Yang Bakal Berlaku..Perkara Yang Bakal Hanya Allah SWT...Syiah Juga Mengatakan Imam 12 Mereka Memiliki Kematian Dan Juga Imam 12 Mereka Ini Juga Memiliki Hari Akhirat dan Memiliki dunia.. Ini Dah Tahap Syirik Sebab Telah Samakan Sifat-Sifat Allah SWT Dengan Manusia..

Selasa, 25 Februari 2014

ALLAH SWT TURUNKAN BALA YANG BESAR DAN MENGHUKUM KEPADA UMAT ISLAM YANG INGKAR PERINTAHNYA.




MUTAKHIR ini, kita sering mendengar pelbagai berita tragedi di seluruh dunia. Selain bencana alam seperti gempa bumi, letupan gunung berapi, ribut taufan dan kemarau, kita dikejutkan dengan kejadian kejam seperti pembunuhan beramai-ramai, rompakan dan penculikan.

Kesan dari bencana itu, menyebabkan manusia kehilangan nyawa, kemusnahan harta benda termasuk tanaman dan ternakan dalam nilaian harta yang menjangkau jutaan atau berbillion ringgit.

Banyak tempat di mana sebelum ini tidak pernah berlaku bencana, mula dilanda pelbagai malapetaka yang tidak disangka-sangka. Kejadian yang berlaku secara mendadak itu sering kali mengundang keresahan ahli sains. Mereka agak sukar membuat telahan mengapakah bencana itu melanda di tempat yang tidak seharusnya berlaku kejadian itu.

Apa yang dapat disimpulkan pelbagai malapetaka itu disebabkan kemelut dan krisis yang sengaja diciptakan manusia sendiri. Sebahagian kita pada hari ini, seolah-olah hilang keyakinan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi Allah ini.

Disebabkan kerenah dan krisis di kalangan manusia itulah juga barangkali Allah s.w.t. sengaja menimpakan bencana ke atas segelintir hamba-Nya yang tidak pernah untuk insaf, malah secara berterusan terbabit dengan pelbagai perbuatan yang menderhaka kepada Allah s.w.t.

Semakin banyak kajian dan penyelidikan dibuat untuk membendung bencana daripada terus berlaku, semakin kerap pula Allah s.w.t. menurunkan bala dan malapetaka kepada golongan itu.

Allah s.w.t. berfirman bermaksud: “Dan apa juga yang menimpa kamu daripada kesusahan (bala bencana) maka disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu.” (Surah as-Syura, ayat 30)

Sesungguhnya hanya dengan keyakinan, iltizam, istiqamah dan keinsafan mendalam membolehkan kita mencari kekuatan dalam diri bagi mengimarahkan bumi Allah s.w.t. ini dengan perbuatan yang diredai-Nya. Ini kerana kita hanya makhluk Allah s.w.t. yang dipinjamkan sementara untuk menetap di alam fana ini.

Setiap apa juga kerakusan dan keterlanjuran yang berlaku bukanlah disebabkan pihak tertentu saja. Ia mungkin disebabkan rentetan peristiwa berpanjangan akibat keegoan manusia untuk menguasai bumi ini secara total dan sering menganggap orang lain tidak ubah seperti hamba.

Tanpa sikap toleransi dan saling faham memahami, tentu saja pelbagai kejadian negatif akan cepat meletus. Apabila tercetusnya pertelingkahan, permusuhan dan dendam, pasti akan meletuslah perbalahan yang akhirnya hanya memusnahkan sebahagian besar makhluk di muka bumi.

Dapat difahami daripada ayat di atas, Allah berhak untuk menurunkan apa juga bala ke atas hamba-Nya yang tidak bersyukur dengan nikmat dan kurniaan-Nya. Bahkan melakukan perbuatan yang sentiasa mengundang kemurkaan Allah s.w.t.

Ada waktunya Allah s.w.t. hanya menurunkan malapetaka kecil. Ia adalah amaran Allah s.w.t. agar manusia segera berhenti daripada berbuat sesuatu yang boleh mengundang kemarahan-Nya. Tetapi, apabila datang bala yang lebih besar, ia bukan lagi sebagai ingatan dan amaran, sebaliknya bencana yang sengaja diturunkan Allah s.w.t. untuk memberi pembalasan di atas kerakusan manusia.

Lebih malang, apabila berlaku bencana Allah s.w.t, ramai manusia yang tidak berdosa akan turut menjadi korban. Di sinilah pentingnya konsep ‘berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran’ sebagaimana ingatan Allah dalam Surah al-Asr.

Allah berfirman bermaksud: “Wahai kaumku, mintalah ampun daripada Tuhanmu, kemudian kembalilah mentaati-Nya agar diturunkan hujan lebat dan menambah bagi kamu kekuatan yang sedia ada dan janganlah kamu membelakangi seruan-Ku dengan terus menerus melakukan dosa.” (Surah Hud, ayat 52)

Keengganan menunaikan tuntutan agama seperti mengeluarkan zakat juga adalah salah satu hal yang boleh mengundang kemurkaan Allah s.w.t. Di antaranya melalui kemarau panjang.

Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Tidak menghalang sesuatu kaum itu daripada mengeluarkan harta mereka melainkan mereka menghalang langit daripada menurunkan hujan. Kalaulah tidak kerana binatang yang ada di muka bumi ini, nescaya langit pasti tidak akan menurunkan hujan buat selama-lamanya.” (Hadis riwayat Muslim)

Daripada Tarmidzi, daripada Ali bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah bagi Allah menimpakan bencana ke atas mereka, iaitu:

1 Apabila harta yang dirampas daripada peperangan diagihkan kepada orang tertentu saja.

2 Apabila wang zakat dikeluarkan kerana menebus kesalahan.

3 Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.

4 Apabila suami terlalu mentaati isteri.

5 Apabila anak menderhakai ibu bapa.

6 Apabila seseorang itu lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

7 Apabila kedengaran lebih banyak bunyi bising.

8 Apabila lebih ramai membicarakan hal keduniaan dalam masjid.

9 Apabila pemimpin sesuatu kaum itu dihina oleh kaumnya sendiri.

10 Apabila memuliakan orang lain kerana takutkan ancaman yang akan diambil ke atasnya.

11 Apabila arak menjadi minuman biasa dalam majlis.

12 Apabila ramai lelaki memakai sutera.

13 Apabila wanita di jemput ke dalam majlis untuk menghiburkan lelaki.

14 Apabila wanita bermain alat muzik.

15 Apabila orang terkemudian menghina orang yang terdahulu.

Maka, pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin (puting beliung) dan gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman tidak menjadi.”

Sebagai umat yang meyakini kuasa Allah Ta'ala, tidak dapat tidak, kita terpaksa akur untuk menerima hakikat bahawa segala bencana Allah s.w.t. sebenarnya bukanlah kerana sengaja Allah s.w.t. mahu menurunkannya. Ia disebabkan kerakusan dan keegoan manusia itu sendiri yang begitu lahap mengejar kuasa dan kebendaan.

Akal yang dikurnia Allah s.w.t. bagaikan tidak ada nilai dan kegunaan sedikit pun apabila nafsu mula merajai diri sendiri.

Akhirnya, marilah kita pulang ke dalam diri masing-masing, berfikir dengan kewarasan akal dan dengan kesucian iman kembali ke jalan yang hak yang syumul. Apalah gunanya wajah yang tampan dan tubuh yang kuat tetapi sukar untuk mengerjakan suruhan Allah s.w.t.

BALA DAN MUSIBAH.

Kenapa Allah SWT menurunkan bala ke atas hamba-Nya? Adakah bala yang ditimpakan itu membuktikan kemarahan Allah ke atas diri kita yang terpaksa menanggung risiko akibat perbuatan orang lain?
Apabila dilihat telatah, gelagat dan perwatakan umat Islam hari ini memperlihatkan benar-benar mereka mengundang bala daripada Allah SWT.
Kita amat berharap agar bala yang ditimpakan tidak berulang lagi dari semasa kesemasa. Hakikatnya ramai manusia yang tidak langsung mengambil I’tibar dari peristiwa bala tersebut. Sebahagian manusia masih meneruskan aktiviti keseronokan dunia mereka tanpa memikirkan persoalan hidup dan mati, dosa dan pahala, syurga mahupun neraka. Mungkin mereka ini hanya akan sedar apabila di soal oleh para malaikat di alam kubur tentang amalan silam yang mereka lakukan semasa masih hidup di dunia.
Bermacam-macam persoalan timbul mengenai bala yang merisaukan banyak pihak. Apakah sebenarnya bala itu? “Bala” yang diambil daripada perkataan Arab iaitu 'bala' bermakna hukuman daripada Allah akibat salah laku manusia kerana mengingkari sepenuhnya atau sebahagian daripada perintah Allah SWT. 






Bala ini pernah terjadi di zaman para Anbiya' sebelum Nabi Muhammad S.A.W, seperti yang diceritakan oleh Allah dalam al-Quran menerusi ayat 133 surah Al-'Araf yang bermaksud:
"Telah Kami kirimkan ke atas mereka (umat Nabi Musa) ribut taufan, belalang, kutu, katak dan darah, sebagai tanda yang cukup jelas keingkaran mereka terhadap ajaran Nabi Ibrahim, mereka menyombong diri dan sesungguhnya mereka adalah golongan penjenayah (yang melakukan kerosakan di muka bumi)".

Begitu juga Allah menceritakan mengenai kaum Nabi Luth yang melakukan perbuatan terkutuk yang disifatkan oleh Nabi Luth sendiri sebagai perbuatan yang tidak pernah berlaku di dunia sebelum itu, maka Allah musnahkan mereka tanpa memberi peluang untuk mereka bertaubat ke jalan kebenaran, sila rujuk ayat 81 surah al-'Araf~.
Kesalahan yang patut terima hukuman

Sesungguhnya bala tidak akan diturunkan oleh Allah ke atas manusia, melainkan kerana didahului dengan kesalahan yang dilakukan oleh mereka. Bezanya umat nabi-nabi terdahulu dikirimkan bala tanpa memberitahu isyarat kehadirannya, namun bagi umat Nabi Muhammad S.A.W, isyarat atau tanda-tanda kehadiran bala itu dapat dikesan oleh mereka yang kuat berpegang kepada agama dengan pelbagai kaedah, pendekatan dan bentuk tertentu. Begitu juga bentuk bala yang Allah turunkan, tidaklah seteruk dan sehebat kaum-kaum terdahulu. Kisah Kaum Ad yang ditimpakan angin puting beliung yang dasyat, kisah banjir besar sehingga menenggelamkan gunung ganang di zaman Nabi Nuh , kisah Kaum Thamud yang ditimpakan Allah halilintar dan gempa bumi yang amat luar biasa, serta pengajaran kepada kisah Kaum Luth yang diterbalikkan negeri mereka sudah pasti menginsafkan hamba-hamba Allah yang beriman dan bertaqwa kepadaNya. 




            Kehidupan seperti Kaum Nabi Luth juga wujud pada zaman sekarang 



Jelas di sini bahawa kesalahan umat terdahulu hingga ditimpakan pelbagai bentuk bala daripada Allah, kerana melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan ajaran nabi-nabi mereka, tetapi kita perlu ingat, bahawa Allah Yang Maha Berkuasa boleh mengirim bala kepada kita serupa dengan apa yang pernah berlaku pada zaman lampau dan juga mampu mengirim bala yang tidak pernah ketika itu.
Ini dapat kita lihat pada hari ini seperti penyakit HIV, selesema burung yang menggerunkan banyak pihak, penyakit kaki, tangan dan mulut dan macam-macam lagi, ia dikirimkan agar manusia kembali ke pangkal jalan. 





Sepatutnya sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W. kita berjaya meloloskan diri daripada bala-bala yang disebutkan di atas, tetapi kenapa berlaku juga? Ia merupakan satu persoalan yang patut segera mencari jawapannya Ini tidak lain kalau tidak kita melakukan perkara yang menyanggah tuntutan agama, terdapat selain kita yang sanggup menggadai maruah agama. 


Mari kita selidik secara halus tindakan manusia hari ini yang mengundang bala daripada Allah, program hiburan keterlaluan walaupun telah disanggah dan diingatkan oleh golongan ulama khususnya para mufti seperti Jom Heboh, Mentor musim kedua, Akademi Fantasia musim keempat, kelima dan banyak lagi.  



                                 Lupa dosa pahala... lupa pula harga diri. 



15 PERKARA MENGUNDANG BALA ALLAH


Ertinya:

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1.     Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu. 


2.     Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3.     Zakat dijadikan hutang.

4.     Suami memperturutkan kehendak isteri. 



5.     Anak derhaka terhadap ibunya, 





6.     Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.

7.     Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya


8.     Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9.     Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

10.   Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11.   Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat. 




12.   Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki). 




13.   Para artis-artis disanjung-sanjung. 


14.   Muzik banyak dimainkan. 


15.   Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).


Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain 


ANTARA PUNCA LAIN

·
        Umat Islam sanggup mengikuti jejak langkah Yahudi dan Nasrani dalam tindakan, teladan, pertuturan dan cara hidup mereka.


·         Muncul golong anti hadis (yang tidak dibendung). 



·         Umat Islam yang terlalu banyak bergelumang dalam keseronokan. 

·         Terlampau mewah.  

6- Menghimpun harta sebanyak mungkin (hingga lupa untuk menggarap ilmu agama).



·       Ramai yang minum arak dan menamakannya sebagai bukan arak
·         Golongan lelaki semakin sedikit dan golongan wanita semakin ramai. 


·       Golongan lelaki yang menyerupai wanita dan sebaliknya. 

·       Bangunan pencakar langit 

Apabila perkara yang disebutkan itu berlaku, maka kata Nabi, tunggulah ketika itu akan datang kepada manusia angin panas, ribut taufan, puting beliung dan bahaya-bahaya yang lain serta hingga berlaku penukaran corak dan rupa. Nau’dzubillahi min dzalik..

Berbuatlah jahat selagi mana kamu mampu menghadapi azab Allah SWT. (Mafhum Hadis Qudsi)

p/s: Sindiran Allah kepada orang yang melakukan dosa-dosa tanpa memikirkan azab Allah SWT.

BALA ALLAH SWT DI BERIKAN KEPADA HAMBA-HAMBANYA DIBUMI INI.

Hampir sekian lama saya ingin menceritakan kepada anda semua itulah, ungkapan yang di beri oleh saya di sebabkan sunyinya, kerana mencari ilmu, kerana sunyinya,disebabkan mendalami ilmu..Alhamdulillah, dengan izin tuhan dan limpah rahmatNya, kita masih berdiri , boleh berkata-kata, boleh berlari, boleh tido, dan segala amalannya harian kita boleh di buat seperti biasa..Ini kerana semua ini adalah dengan izin Allah s.w.t..Alhamdulillah, bersyukur kita kerana kurniaan nikmat yang Illahi kepada diri kita..Selawat salam kepada nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi pemimpin kita ,menjadi guru kita selama - lamanya..

muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah s.w.t..

maaf,kelihatan seperti berceramah,tetapi tajuk khas ini,memang dipilih untuk disampaikan dalam bentuk ceramah...insyaAllah..

tajuk kita hari ini, bukanlah jarang di dengar ataupon bukanlah tidak pernah di dengar..malah kita selalu dengar iaitu, bala Allah s.w.t..kepada umat manusia..apa itu bala?

bala adalah satu hukuman atau satu azab yang di turunkan oleh Allah, kepada sesuatu tempat atau umat manusia yang melakukan dosa-dosa itu dalam bentuk kemusnahan atau penyakit atau sebagainya..

mengapa bala di turunkan?
kerana adanya umat manusia,adanya diantara kita yang melkukan larangan Allah,dan juga meninggalkan suruhan Allah s.w.t..kerana juga,dosa melimpah ruah teramatnya sehingga rosaknya umat manusia..

apakah beza bala dan kiamat..
bala adalah tanda-tanda awal dan juga tanda-tanda akhir kiamat..mengapa di beri sebagai tanda..kerana, bala Allah,adalah satu bentuk hukuman yang diturunkan kepada manusia,yang mana memberi hukuman azab kepada kawasan atau manusia yang telah melanggar laranganNya..maka binasalah,umat yang bersalah..ia di sebut tanda-tanda kiamat..kiamat adalah hari pengakhiran ,di mana semua tanda-tanda kecil dan tanda-tanda besar sudah berlaku terlebih dahulu di bumi kita...sebelom kiamat terjadi,maka bala lah yang akan terjadi dahulu..atas apa yang mereka buat di dunia..

apakah jenis bala Allah s.w.t
jenis-jenis bala Allah s.w.t.. adalah dalam bentuk kemusnahan seperti hujan ribut,taufan,tsunami,gempa bumi,gunung berapi meletus dan memusnahkan bandar,kampung,banjir,tanah runtuh dan sebagainya..
jenis berpenyakit seperti hiv, aids, kusta,virus,influenza ,macam-macam virus yang berbahaya..
jenis nikmat yang ditarik contohnya, tidak hujan untuk beberapa bulan, tasik kering, sungai kering,nikmat kesihatan, nikmat makanan,nikamt cahaya,nikmat malam...dan sebagainya..

muslimin dan muslimat sekalian..
apa yang hendak di sampaikan adalah,jelas dan lebih jelas..kita lihat sekeliling kita..bukan diri kita ,tapi lihat sekeliling negara kita,malaysia...

apa yang dah jadi pada filipina?
apa dah jadi pada indonesia?
apa dah jadi pada kemboja?
apa dah jadi pada vietnam?
apa dah jadi pada thailand?..

butakah kita?
atau memang buat-buat tak nampak,
atau buat-buat tak dengar....
butakah hati kita,
butakah akal fikiran kita..

fikiran kita ni di mana,fikiran kita terletak di mana,mana akal kita,mana minda kita...di mana kebijaksanaan islam kita,?

dulu islam bijaksana,tertinggi,..
tapi kini...mana letaknya level kita,pikir-pikirkanlah..


hari ini,kita lihat,di bandar-bandar besar,habis,teruk,rosak dan sebagainya,sabab apa,..
maaf saya katakan..sekarang kita teruk , mana umat islam yang kita dulu..islam kita sekarang di mana,..nilai islam kita dimana,..agama kita letak pada nombor berapa?
hari ini wang di letak nombor 1 dalam diri kita, bukan islam..bukan Allah,bukan Rasulluah s.a.w..tetapi wang, pangkat..nauzubillah..

lihat sekarang,
sekarang remaja-remaja ,muda mudi kita,mana islamnya,mana tudungnya,mana pakaiannya,mana akhlaknya,mana solatnya,mana qurannya,mana semua tu...habis,hilang,rosak,hancur,goyah.. ...maaf saya katakan,
tengok di bandar-bandar?2x5 jg dengan di kampung-kampung..
apa mereka buat,
sapa depa?
kaum mana?
apa pekerjaan mereka?
inikah kaum islam melayu yang di sanjungi,inikah yang akan dilindungi oleh Allah s.w.t daripada azab seksaNya...inikah kita,inikah kita,..kita kah yang mngharu biru dunia kita ni,...tak yah luar negara,tapi tengok dalam negara kita..malaysia..maaf


dukacita saya katakan,namanya islam..tapi islam pada kad i/c,tapi islam yang 0,
namanya melayu islam,tapi perwatakan tak sama dengan namanya,ciri-ciri ajaran islam tiada?
tak tertunjuk islam...maaf ,dengar macam kasar..tapi itulah realiti kita, maaf..

sebab apa jadi macam ini,sebab depa tak kenal islam,tak kenal agama mereka,....sebab mereka tak mahu pegang kuat-kuat ajaran Allah s.w.t...sebab tiada ilmu,fiqah,tiada ilmu tauhid,tasauf,quran ...yang mereka kenal,wang,waang,wang,pangkat,kekayaan ,hiburan dan sebagainya..maaf ,tapi terpaksa sedarkan..

lupakah kita, negara kita ada laut kiri dan kanan?
lupakah kita negara kita ada gunung,tulang belakang negara malaysia?
lupakah kita,hujan semakin teruk?
lupakah kita,air laut semakin meninggi?
lupakah kita,cuaca semakin panas?
lupakah kita,di kampung,atau di bandar adanya sungai?
lupakah kita tanah kita di rumah ataupun bandar tidak kekal abadi?

apa maksud nya..kenapa tajuk ini dipilih..
sebab anda ,anda tidak mahu berubah,anda melakukan dosa yang akan mengundang bala..tak lama lagi...kita lupa pada Allah,dosa sana sini,wang bertimbun-timbun,pangkat ,miskin terbiar,pergaduhan,macam-macam ...inilah yang akan kita dapat..apa dia,bala..sebab apa,ada kaitan dengan soklan yang di atas
kalo anda semua masih tak percaya,masih lupa,masih alpa..

ni benar,ceq nak habq mai,cerita benar..fakta sains dan BENARNYA AL-QURAN,..
apa kaitan dengan ayat di atas tu,lupakah,lupakah,lupakah...sebab:

tidak mustahil:
1.laut kiri dan kanan naik ke negara kita..jadi apa,jadi tenggelam,hilang tanah malaysia yang kita gah ni..tak percaya,tanyalah ahli kaji bumi..
2.hujan teruk,tak mustahil,hujan berpanjangan sehingga membawa bah teruk..
3.panas ,tak mustahil,hutan-hutan,tak boleh terbakar,bila terbakar akhirnya..hancur lebur,tanaman,hutan,gas-gas beracun merata-rata,kita susah nak bernafas..
4.sungai itu boleh jadi seperti laut,memusnahkan segalanya,jika hujan berlarutan,jika dia naik melimpah,maka banjir besar berlaku,sebab tu dipanggil bah bencana,tak mustahil..
5.tak mustahil tanah-tanah di rumah kita jatuh ke bawah,jerlus,atau pun bergerak kerana gempa bumi,berpecah belah,tak mustahil...
6.tak mustahil gunung di cameron ,genting tu..yang senyap tido lamanya tu,banjaran titiwangsa kita,tak mustahil boleh kuarkan semula larva nya,magmanya yg membuak-buak...tak terpikirkah kita..

bagi yang ahli kaji bumi,depa tau,memang depa tau,
tapi berapa ramai nak percaya benda-benda ni..lebih percaya kan bende-bende karut..
bomoh sana,bomoh sini,..hasad sana ,hasad sini..masih tak sedar,..
berapa ramai kita,habiskan duit bukan untuk agamanya?
berapa ramai orang sekarang jaga solatnya?
berapa ramai orang sekarang ambil riba?
berapa ramai orang kita bersedekah tolong saudara umat islam mereka?
berapa ramai orang kita pergi ke masjid/surau berjemaah?
berapa ramai orang kita pegang al-quran dan fahami al-quran?
berapa ramai orang kita minum air syaitan..ni realiti di kota-kota besar..berapa ramai..
berapa ramai nak dengar ceramah,dok mengaji tok perbaiki diri..tak ramai,jawapannya..

jawapannya tak da..tak ramai..sedih dengan kita sekarang ni..

astaghfiruallah..istighfar banyak-banyak,

maafkan saya kerana ayat-ayat di atas kelihatan kasar,dan tak sepatutnya..tapi,tujuan saya adalah untuk sedarkan diri saya dan umat saudara islam saya..

ingatlah,bahawa,kita di akhir zaman,..
akhir zaman,
akhir zaman,
akhir zaman semua..

ingatlah kita,bahawa satu peristiwa yang kita dengar dalam quran benar iaitu kiamat bila-bila bole tiba,bila-bila bole berlaku..
ingatlah kita,kita ni semakin tua..cukupkah amalan kita,untuk bertemu Allah?
ingatlah kita,kita ada keluarga,ibu ayah,abang ,akak,adik,atuk,nenek..lupakah kita,
lupakah harapan mereka kepada kita,lupakah kasih sayang mereka terhadap kita?

ingatlah ,bala Allah,tidak pernah mengenal erti penat lelah,
ingatlah bala Allah,tidak pernah kenal sapa manusia itu,
ingatlah bala Allah, tidak pernah turun memberitahu kepada umat manusia,
ingatlah,bala Allah,tidak pernah mengenal usia tua atau muda..
ingatlah bala Allah,tidak pernah turun sekecil-kecil zarah,..
ingatlah,bala Allah,tidak pernah memilih sesiapapon..
ingatlah kita,umat islam,melayu islam,orang-orang islam,..
bala Allah,menuju kepada kita sekarang...takutkah kita,sedarkah kita,taubatlah kita semua..

sedih,melihat apa dah jadi dengan kita semua,melayu islam..berpecah belah,masalah sosialnya,akhlaknya,ho haa hoo haa,..hiburannya,minum air syaitannye...apa dah jadi kita ni...
maaf saya katakan,
tapi kesedaran pada islam ,pada agama Allah,tiada dalam hati umat melayu kita sekarang..sedih,...

pikir-pkirkanlah,

negara kita saja belom terima bala yang besar..negara kita..malaysia..
untung kita tiada gempa bumi yang besar,..kalau ada,..70% negara kita akan musnah..terutamanya di bandar-bandar besar,..
sedarlah kita,tolong sedar..
dunia ni sementara,
kaya macam mana sekalipon,kalo bala dah sampai,..bankrup juga kita..tak bernilai..
lupakah kita,sejarah nabi luth,nabi nuh,nabi musa,nabi ibrahim a.s,nabi muhammad s.a.w dengan umatnya..lupakah kita,..

pikir-pikirkanlah,bertaubat,kembali kepada jalan Allah,kembali pada ISLAM,
bertaubatlah,lihatlah jurnal,national geografi ka,sains-sains bumi di tv pada malam -malam,..lihat dan kaji,benar tak sepertti yang tertulis dalam Al-quran,..muhasabah diri,istighfar banyak-banyak..mohon petunjuk dari Allah,mohon hidayah agar kita berubah dan diterima Allah s.w.t..ubahlah diri kita,..

tidak terlambat kita,untuk bertaubat,..ayuhlah kita,kembali kepada Allah.s.w.t...

maafkan saya ,yang buruk itu datang dari saya sendiri,yang baik itu datang dari Allah s.w.t..

ORANG ALIM AKAN MASUK KE DALAM NERAKA.

Sudah berapa banyak ilmu yang sudah kita dapatkan?

Sudah berapa banyak pengetahuan yang sudah kita miliki?

Pasti sudah banyak ilmu dan pengetahuan yang kita miliki

Tapi sudahkah ilmu itu bermanfaat bagi kita?

Mari coba kita ukur,

Sudahkahkan ilmu itu barokah?

Sudahkan ilmu yang kita dapatkan bisa membimbing kita dalam kerendahan?

Atau malah sebaliknya, ilmu itu justru menuntun kita pada kesombongan dan ketakaburan, merasa aku.. aku.. dan aku? sehingga menjadi senjata untuk berdebat dan menjatuhkan orang lain?

Ingat Allah tidak melihat orang dari berapa banyak ilmu itu, akan tetapi ilmu itu apakah bermanfaat atau tidak!

Dan orang yang paling celaka di akhir zaman ini bukanlah pelacur, bukan juga seorang koruptor tapi orang yang paling celaka yaitu orang yang berilmu akan tetapi ilmunya itu digunakan sebagai alat untuk mengadu domba, sebagai alat untuk menjatuhkan orang, sebagai alat untuk membuat dirinya bangga. (Al Hadist)

Banyak sejarah mencatat bukan jaminan orang yang berilmu akan selamat, masih ingatkah sesosok ulama gadungan bernama Snouck Hurgronje? dia adalah seorang spionase dari belanda yang hafal al quran dan ribuan hadist, akan tetapi ilmu yang ia dapatkan bukan malah menjadikan hikmah untuk membangun kesadaran jiwa akan tetapi malah ilmunya sebagai penyebar finah dan mengadu domba antar umat Muslim, khususnya bagi kaum Muslimin Indonesia, terutama kaum Muslimin Aceh.

Tentang keislamannya, Snouck pernah berkomentar ringin tanpa dosa:

"Saya masuk Islam hanya pura-pura. Inilah satu-satulnya jalan agar saya bisa diterima masyarakat Indonesia yang fanatik. "

Begitupula dengan Iblis, sesosok malaikat yang sangat alim alamah, pernah menjabat sebagai pimpinan para malaikat, akan tetapi kealimannya membuat di sombong, ketika Allah memerintahkan untuk sujud kepada adam, dia menolak untuk sujud seraya berucap "Aku lebih mulia daripada adam", saat itulah ia di cap sebagai iblis laknatullah, sehingga iapun keluar dari surga.

Dan banyak lagi kisah tentang jatuhnya manusia karena ilmunya, maka tidak ada jaminan orang berilmu akan selamat, tidak ada jaminan orang alim juga akan masuk surga!

Mari kita koreksi dengan sejujur-jujurnya, dimana posisi kita saat ini?

Ingat…!!!

Ketika muncul perasaan aku, iblis siap menancapkan bendera aku didalam hatimu!

Ketika muncul perasaan bangga, iblis tak sungkan-sungkan menyesatkanmu!

Ketika muncul perasaan sombong, iblispun siap membawamu kepada kehancuran!

Maka jangan cari ulama-ulama pembimbing yang bisa membawa kepintaran, karena kepintaran itu bisa membuatmu bangga, akan tetapi carilah ulama yang bisa membimbingmu bisa membawa kerendahan, sehingga kamu tahu akan kelemahan dan cacatnya dirimu.