Tak ada bakal pengantin yang inginkan majlis yang ala-ala
atau nak tak nak. Mungkin ada diantara anda yang inginkan majlis yang indah dan
juga nampak mewah tetapi tak mahu menanggung hutang yang tinggi. Yalah, kalau
nak majlis yang gilang gemilang, mestilah kosnya juga gilang gemilang. Jadi
bajet perkahwinan itu sangat penting dan biarlah bajet itu mengikut kemampuan.
Elakkan berhutang atau membuat pinjaman yang tak masuk akal kerana kehidupan
selepas berkahwin itu lebih penting.
Kami ingin kongsikan panduan untuk menjimatkan kos
perkahwinan anda, meriah tapi kos rendah.
1. Tetapkan jumlah tetamu yang bakal hadir supaya anda dapat
rancang bajet perkahwinan dengan baik. Bila anda sudah tetapkan bilangan
tetamu, anda dapat mengira bajet untuk makanan, cenderamata, kad kahwin dan
sebagainya.
2. Majlis yang diadakan secara gotong royong lebih baik. Ia
dapat menjimatkan kos kerana anda hanya perlu mengeluarkan wang membeli bahan
basah dan dapat menguatkan tali silaturahmi bersama jiran anda. Tetapi,
sekarang ini sudah banyak pameran perkahwinan dan katering yang menyediakan
pakej bajet untuk perkahwinan, rajin-rajinlah buat survey beberapa bulan atau
tahun sebelum melangsungkan majlis anda.
3. Elakkan membuat majlis ketika cuti sekolah. Memang
seronok kerana pada cuti sekolah, ramai saudara-mara yang akan hadir. Tetapi
tahukah anda barang ketika ini agak mahal. Atau jika anda telah memilih tarikh
pada cuti sekolah, seeloknya buat persiapan dan beli barang-barang perkahwinan
lebih awal. Persedian 1-2 tahun sebelum kahwin juga adalah normal.
4. Hantaran dan hiasan pelamin dari bunga segar lebih indah
dan kosnya juga tinggi. Tapi tak salah jika anda gunakan bunga tiruan tetapi
gubahnya secara kreatif. Lagipun dengan bunga tiruan, anda dapat terus
gunakannya sebagai hiasan untuk kediaman anda.
5. Buat tempatan perkhidmatan fotografi, katering dan kad
jemputan semasa promosi atau di pameran perkahwinan. Biasanya diskaun hebat
akan diberikan.
6. Elakkan menempah pakaian yang baru kerana khidmat menyewa
pakaian lebih murah. Sekarang ini ada juga perkhidmatan dimana anda boleh
menempah pakaian perkahwinan yang baru tetapi cuma sewa sahaja. Maknanya
selepas pakai, anda kena pulangkan pada butik perkahwinan dan harganya jauh
lebih rendah daripada beli terus pakaian perkahwinan itu.
7. Elakkan berbalas hantaran dengan jumlah yang tinggi. Ada
juga antara anda yang tak mahu kalah dengan saudara mara atau kawan-kawan.
Orang lain letak hantaran 5, anda letak 10 supaya nampak lebih gah. Kebiasaanya
hantaran adalah 5 berbalas 7. Pilih barangan yang akan digunakan, bukan sekadar
cantik sahaja.
8. Majlis akad nikah dan persandingan diadakan pada satu
hari. Untuk menjimakan kos, akad nikah dilakukan pada waktu pagi manakala
persandingan dan kenduri dilakukan pada waktu tengahari. Jika anda tetap mahu
melakukan majlis akad nikah dan persandingan secara berasingan, hadkan jumlah
tetamu untuk majlis akad nikah ( saudara mara dan rakan terdekat sahaja ).
9. Jangan tempah kad perkahwinan yang terlalu mahal kerana
ingin kad yang cantik saja. Percayalah, tak ramai yang mahu simpan kad kahwin
anda buat kenangan melainkan ia betul-betul unik. Untuk menjimatkan kos, anda
boleh menggabungkan majlis persandingan pihak lelaki dan perempuan dalam satu
kad sahaja. Selain itu, sekarang pun sudah popular dimana bakal pengantin
menjemput tetamu melalui Facebook sahaja.
10. Untuk hiburan halwa telinga pula, daripada mengupah
pemuzik, band atau kugiran, sekarang ini sudah banyak perkhidmatan DJ yang
boleh memainkan CD lagu yang menarik serta acara karaoke. Lebih meriah dan
murah
11. Salah satu cara untuk menjimatkan kos perkahwinan adalah
dengan membuka akaun khas untuk perkahwinan anda. Ini dapat memastikan anda tak
menggunakan semua wang simpanan anda dan seterusnya BERHUTANG. Sentiasa elakkan
membeli barang perkahwinan dengan menggunakan KAD KREDIT.
12. Jika anda mahu jimat lagi, anda boleh menggubah sendiri
hantaran perkahwinan atau upah saja saudara mara dan kawan-kawan. Pastinya kos
lebih rendah daripada membeli sendiri hantaran di kedai. Hantaran yang dijual
di kedai biasanya berharga RM80 ke atas untuk satu bekas hantaran sahaja. Jika
anda ada 7 hantaran, sudah berapa pula?
13. Jangan lupa survey mengenai khidmat katering, pelamin,
pakaian perkahwinan ataupun cenderamata yang murah dari kawan-kawan atau saudara
mara. Selalunya mereka mempunyai cadangan yang bernas dan tahu mana
perkhidmatan yang murah dan bagus.
14. Akhbar dan majalah selalunya mempunyai peraduan yang
menghadiahkan pakej berbulan madu. Jadi jangan lepaskan peluang untuk
menyertainya. Manalah tahu, rezeki anda kan? Honeymoon free lagi!
15. Yang terakhir, checklist atau senarai semak adalah amat
penting sekali. Ia perlu ditulis awal-awal supaya anda tidak lupa atau
tertinggal perkara yang penting. Melalui senarai semak ini anda juga boleh mengetahui
jumlah wang yang dibelanjakan dan anda boleh memantau bajet perkahwinan anda
jika ‘terlebih’ atau ‘terkurang’.