Sabtu, 21 November 2009

MASALAH SOSIAL SEMAKIN MENINGKAT DI KALANGAN REMAJA

Kepada ibu bapa haruslah menjaga anak-anak serta memberi didikan agama dengan secukupnya kepada anak-anak.Kebanyakan di negara malaysia semakin meningkat masalah sosial dari segi ponteng sekolah,melepak,menghisap rokok di kawasan sekolah dan lain-lain tempat.Kita sebagai ibu-bapa harus menitik berat kepada anak-anak dan memeriksa beg sekolah sekiranya lepas waktu sekolah.Anak-anak muda sekarang sudah pandai melepak,mencuri,merokok dan lain-lain,kita sebagai ibu bapa harus mengawasi pergerakan setiap anak-anak ke mana mereka pergi.Guru juga harus mengambil tindakan merotan kepada pelajar-pelajar yang bermasalah dispilin di sekolah,Bagi pandangan saya sepatutnya ibu-bapa tidak boleh mencampuri urusan guru-guru untuk memukul anak-anak kerana guru adalah untuk memberi kebaikan bersama.Kita sebagai ibu-bapa harus memahami keadaan guru-guru sekolah.Kebanyakkan remaja masa kini banyak menghabiskan masa di tempat-tempat hiburan,karaoke,dan lain-lain tempat.Kita sebagai ibu-bapa harus mengawasi pergerakan anak-anak kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan