Isnin, 20 September 2010

POLIS DI RAJA MALAYSIA HARUS BERHEMAH DENGAN MASYARAKAT AMNYA.

Saya sebagai rakyat malaysia ingin menyuarakan kepada pihak polis perlu memperbaiki bahasa dari segi percakapan yang kurang sopan,Bagi pendapat saya sepatutnya polis perlu berhemah dengan masyarakat bukannya berlagak sombong,Walaupun saya sebagai bekas anggota askar wataniah saya juga mesra dengan orang awam tidak bercakap kasar dengan adanya bahasa yang sopan.Polis sepatutnya memainkan peranan yang penting kepada masyarakat bukan berlagak sombong dengan percakapan sesuka hati.Walaupun saya bekas anggota askar wataniah saya tidak kutuk kepada sesiapa pun cuma perlu mempertingkatkan lagi dispilin anggota polis dari percakapan yang kurang memuaskan yang boleh menyebabkan seseorang itu terasa sakit hati.Biarlah percakapan itu ada bahasa dan budaya.Bahasa itu menunjukkan bangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan