Khamis, 3 Februari 2011

SURAH AL FATIHAH

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [2]Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. [3]Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [4]Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). [5]Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. [6]Tunjukilah kami jalan yang lurus. [7]Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan