Buddha
Pendekatan medium 漫画 (Manga) dalam 
memudahkan pemahaman orang lain bukan suatu perkara yang ganjil dalam 
masyarakat Jpon sehingga berjaya menarik minat orang ramai tanpa mengira
 usia.. Pelbagai genre buku daripada sejarah, matematik, geografi, malah
 topik agama juga boleh didapati dalam bentuk 漫画! Konsep hiburan 
disamping mendapat ilmu bermanfaat boleh dikatakan asas dalam masyarakat
 Jpon kerana artis @ pelawak sering dihimpunkan dengan para akademik 
dalam satu rancangan TV bercorak informasi..    
漫画 Buddha
 merupakan salah satu hasil karya Osamu Tezuka yang agak terkenal kerana
 menceritakan kisah hidup Buddha dari perspektif yang agak unik.. Ia 
mempunyai 8 jilid dan telah dilukis bermula tahun 1972 sehingga tahun 
1983.. Agama @ ajaran Buddha
 merupakan salah satu ajaran yang terkenal di Asia dan dikhabarkan mula 
berkembang sejak abad ke 6~4 BC.. Ajaran ini diasaskan oleh Siddhartha Gautama,
 atau lebih dikenali sebagai Buddha (The Awakened One)~ Pengikut ajaran 
Buddha pada masa kini dilaporkan melebihi 1 bilion dan Jpon juga boleh 
dikatakan mempunyai pengikut Buddha paling ramai.. 
Menurut 漫画 ini, Siddhartha 
dilahirkan di sebuah tempat bernama Lumbini (kini Nepal) sekitar tahun 
563 BCE dan dibesarkan di Kapilavastu.. Ibu bapa Siddhartha merupakan 
raja bagi negeri tersebut dan di khabarkan mereka telah mendapat mimpi 
konon nya Siddhartha itu bakal menjadi "Raja Dunia" suatu hari nanti.. 
Perwatakan Siddhartha dilaporkan berbeza berbanding orang lain di mana 
ketika kecil, dia tidak berminat dengan senjata dan menguasai ilmu 
mempertahankan diri.. Malah Siddhartha juga mempunyai tubuh badan yang 
lemah jadi lebih gemar kepada bidang falsafah.. 
Hidup dikalangan masyarakat yang
 mengamalkan sistem kasta, Siddhartha berasa ada sesuatu yang tidak kena
 dengan sistem tersebut memandangkan mereka semua adalah manusia yang 
dilahirkan dengan cara yang sama.. Dipendekkan cerita, Siddhartha 
melarikan diri daripada Istana dan memilih untuk menjadi seorang pertapa
 meskipun sudah berkahwin dan mempunyai anak di dalam kandungan 
isterinya.. Sepanjang tempoh pertapaan, Siddhartha mengenal pelbagai 
jenis pertapa yang kebanyakannya berfikir cara yang sesuai untuk 
membersihkan jiwa ialah dengan menyeksa diri.. 
Pelbagai jenis pertapaan yang 
telah Siddhartha sendiri lalui dan alami bertahun-tahun sehinggalah dia 
memilih untuk bertapa mengikut caranya tersendiri.. Hasilnya "wahyu" itu
 datang ketika dia sedang duduk di bawak sebuah pokok Bodhi.. Brahman 
memunculkan diri dan meletakkan tanda di dahi Siddhartha sebagai tanda 
"kesedaran" lantas memberikan nama samaran "Buddha" kepada Siddhartha.. 
Setelah itu, Buddha mula meluaskan ajarannya ke setiap tempat dan 
menambah pengikut setiap kali Buddha singgah ke suatu kawasan.. Dalam 
漫画, Buddha dikatakan mempunyai kuasa misteri yang boleh berinteraksi 
dengan jiwa seseorang termasuk binatang.. 
Jalan cerita 漫画 begitu menarik 
kerana menunjukkan bagaimana Buddha meluaskan pengaruh ke suatu kawasan,
 kemudian reaksi pengikut yang berpecah-belah setelah Buddha maju ke 
negeri yang lain, bagaimana pengikut terawal Buddha sendiri mengendahkan
 ajaran semata-mata ingin melunaskan dendam yang tersimpan sejak lama, 
gambaran mengenai kerajaan awal India dsb.. Malah "pengikut" Buddha 
sendiri ada yang merancang untuk membunuhnya kerana sifat benci.. 
Ajaran Buddha
Buddha
 mengajar bahawa setiap benda hidup (manusia, binatang, tumbuhan) di 
dunia ini mempunyai ikatan antara satu sama lain.. Dunia ini berfungsi 
kerana setiap benda hidup itu saling bantu-membantu antara satu sama 
lain.. Jika seseorang itu berbelas kasihan dengan sesuatu, maka sesuatu 
itu akan membantu orang itu sebagai balasan.. Buddha juga mengajar 
supaya mengamalkan cara hidup yang betul dan bermoral.. Berikut 
merupakan "rukun" Buddha:
- Buddha - The teachings of heaven
- Dharma - The teachings of truth
- Sangha - The gatherings of righteous
Sesungguhnya setiap ajaran itu 
mempunyai pelbagai "mazhab" dan hal yang sama juga boleh didapati dalam 
ajaran Buddha.. Ada pendapat yang mengatakan Buddha itu sendiri jelmaan 
tuhan dan ada juga yang mengaggap Buddha itu sebagai "Nabi".. Dalam 漫画, 
Buddha menemukan jawapan kepada segala persoalan tentang kehidupan 
apabila melihat senyuman pada muka seorang pesakit; konon nya senyuman 
pesakit itu seperti senyuman Tuhan dan kesimpulannya setiap manusia 
boleh menjadi Tuhan?.. Buddha dikatakan mati dalam keadaan berbaring 
secara mengiring setelah "menyempurnakan" tugasnya pada sekitar tahun 
483 BC..     
p/s Hari Wesak merupakan salah satu hari istimewa bagi penganut Buddha di Malaysia.. Bagi sesiapa yang berminat untuk membaca 漫画 Buddha, boleh melihat melalui sini~





Tiada ulasan:
Catat Ulasan