"Aad" adalah nama bapa suatu suku yang hidup 
di jazirah Arab di suatu tempat bernama "Al-Ahqaf" terletak di 
utara Hadramaut antara Yaman dan Umman dan termasuk suku yang 
tertua sesudah kaum Nabi Nuh serta terkenal dengan kekuatan jasmani dalam bentuk 
tubuh-tubuh yang besar dan sasa. Mereka dikurniai oleh Allah s.w.t. tanah yang 
subur dengan sumber-sumber airnya yang mengalir dari segala penjuru sehinggakan 
memudahkan mereka bercucuk tanam untuk bahan makanan mereka dan memperindah 
tempat tinggal mereka dengan kebun-kebun bunga yang indah-indah. Berkat kurnia 
Allah s.w.t. itu mereka hidup menjadi makmur, sejahtera dan bahagia serta dalam 
waktu yang singkat mereka berkembang biak dan menjadi suku yang terbesar 
diantara suku-suku yang hidup di sekelilingnya.
Sebagaimana dengan kaum Nabi Nuh kaum Hud ialah suku Aad ini adalah penghidupan rohaninya tidak mengenal Allah Yang Maha Kuasa Pencipta alam semesta. Mereka membuat patung-patung yang diberi nama " Shamud" dan " Alhattar" dan itu yang disembah sebagai tuhan mereka yang menurut kepercayaan mereka dapat memberi kebahagiaan, kebaikan dan keuntungan serta dapat menolak kejahatan, kerugian dan segala musibah. Ajaran dan agama Nabi Idris dan Nabi Nuh sudah tidak berbekas dalam hati, jiwa serta cara hidup mereka sehari-hari. Kenikmatan hidup yang mereka sedang tenggelam di dalamnya berkat tanah yang subur dan menghasilkan yang melimpah ruah menurut anggapan mereka adalah kurniaan dan pemberian kedua berhala mereka yang mereka sembah. Kerananya mereka tidak putus-putus sujud kepada kedua berhala itu mensyukurinya sambil memohon perlindungannya dari segala bahaya dan mushibah berupa penyakit atau kekeringan.
Sebagai akibat dan buah dari aqidah yang sesat itu pergaulan hidup mereka menjadi dikuasai oleh tuntutan dan pimpinan Iblis laknatullah, di mana nilai-nilai moral dan akhlak tidak menjadi dasar penimbangan atau kelakuan dan tindak-tanduk seseorang tetapi kebendaan dan kekuatan lahiriahlah yang menonjol sehingga timbul kerusuhan dan tindakan sewenang-wenang di dalam masyarakat di mana yang kuat menindas yang lemah yang besar memperkosa yang kecil dan yang berkuasa memeras yang di bawahnya. Sifat-sifat sombong, congkak, iri-hati, dengki, hasut dan benci-membenci yang didorong oleh hawa nafsu merajalela dan menguasai penghidupan mereka sehingga tidak memberi tempat kepada sifat-sifat belas kasihan, sayang menyayang, jujur, amanat dan rendah hati. Demikianlah gambaran masyarakat suku Aad tatkala Allah s.w.t. mengutuskan Nabi Hud sebagai nabi dan rasul kepada mereka.

Sudah menjadi sunnah Allah s.w.t. sejak diturunkannya Adam Ke 
bumi bahawa dari masa ke semasa jika hamba-hamba-Nya sudah berada dalam 
kehidupan yang sesat sudah jauh menyimpang dari ajaran-ajaran agama yang dibawa 
oleh Nabi-nabi-Nya diutuslah seorang Nabi atau Rasul yang bertugas untuk 
menyegarkan kembali ajaran-ajaran nabi-nabi yang sebelumnya mengembalikan 
masyarakat yang sudah tersesat ke jalanlurus dan benar dan mencuci bersih jiwa 
manusia dari segala tahayul dan syirik menggantinya dan mengisinya dengan iman 
tauhid dan aqidah yang sesuia dengan fitrah.
Demikianlah maka kepada suku Aad yang telah dimabukkan oleh kesejahteraan hidup dan kenikmatan duniawi sehingga tidak mengenalkan Tuhannya yang mengurniakan itu semua. Di utuskan kepada mereka Nabi Hud seorang daripada suku mereka sendiri dari keluarga yang terpandang dan berpengaruh terkenal sejak kecilnya dengan kelakuan yang baik budi pekerti yang luhur dan sgt bijaksana dalam pergaulan dengan kawan-kawannya. Nabi Hud memulai dakwahnya dengan menarik perhatian kaumnya suku Aad kepada tanda-tanda wujudnya Allah s.w.t. yang berupa alam sekeliling mereka dan bahawa Allah s.w.t. lah yang mencipta mereka semua dan mengurniakan mereka dengan segala kenikmatan hidup yang berupa tanah yang subur, air yang mengalir serta tubuh-tubuhan yang tegak dan kuat. Dialah yang seharusnya mereka sembah dan bukan patung-patung yang mereka perbuat sendiri. Mereka sebagai manusia adalah makhluk Tuhan paling mulia yang tidak sepatutnya merendahkan diri sujud menyembah batu-batu yang sewaktunya dapat mereka hancurkan sendiri dan memusnahkannya dari pandangan.
Di terangkan oleh Nabi Hud bahawa dia adalah pesuruh Allah s.w.t. yang diberi tugas untuk membawa mereka ke jalan yang benar beriman kepada Allah s.w.t. yang menciptakan mereka menghidup dan mematikan mereka memberi rezeki atau mencabutnya daripada mereka. Ia tidak mengharapkan upah dan menuntut balas jasa atas usahanya memimpin dan menuntut mereka ke jalan yang benar. Ia hanya menjalankan perintah Allah s.w.t. dan memperingatkan mereka bahawa jika mereka tetap menutup telinga dan mata mrk menghadapi ajakan dan dakwahnya mereka akan ditimpa azab dan dibinasakan oleh Allah s.w.t. sebagaimana terjadinya atas kaum Nuh yang mati binasa tenggelam dalam air bah akibat kecongkakan dan kesombongan mereka menolak ajaran dan dakwah Nabi Nuh seraya bertahan pada pendirian dan kepercayaan mereka kepada berhala dan patung-patung yang mereka sembah dan puja itu.
Bagi kaum Aad seruan dan dakwah Nabi Hud itu merupakan barang yang tidak pernah mereka dengar ataupun menduga. Mereka melihat bahawa ajaran yang dibawa oleh Nabi Hud itu akan mengubah sama sekali cara hidup mereka dan membongkar peraturan dan adat istiadat yang telah mereka kenal dan warisi dari nenek moyang mereka. Mereka tercengang dan merasa hairan bahawa seorang dari suku mereka sendiri telah berani berusaha merombak tatacara hidup mereka dan menggantikan agama dan kepercayaan mereka dengan sesuatu yang baru yang mereka tidak kenal dan tidak dapat dimengertikan dan diterima oleh akal fikiran mereka. Dengan serta-merta ditolaklah oleh mereka dakwah Nabi Hud itu dengan berbagai alasan dan tuduhan kosong terhadap diri beliau serta ejekan-ejekan dan hinaan yang diterimanya dengan kepala dingin dan penuh kesabaran.
Berkatalah kaum Aad kepada Nabi Hud: "Wahai Hud! Ajaran dan agama apakah yang engkau hendak anjurkan kepada kami? Engkau ingin agar kami meninggalkan persembahan kami kepada tuhan-tuhan kami yang berkuasa ini dan menyembah tuhan mu yang tidak dapat kami jangkau dengan pancaindera kami dan tuhan yang menurut kata kamu tidak bersekutu. Cara persembahan yang kami lakukan ini ialah yang telah kami warisi dari nenek moyang kami dan tidak sesekali kami tidak akan meninggalkannya bahkan sebaliknya engkaulah yang seharusnya kembali kepada aturan nenek moyangmu dan jangan mencederai kepercayaan dan agama mereka dengan memebawa suatu agama baru yang tidak kenal oleh mereka dan tentu tidak akan direstuinya."
Wahai kaumku! jawab Nabi Hud, "Sesungguhnya Tuhan yang aku serukan ini kepada kamu untuk menyembah-Nya walaupun kamu tidak dapat menjangkau-Nya dengan pancainderamu namun kamu dapat melihat dan merasakan wujudnya dalam diri kamu sendiri sebagai ciptaanNya dan dalam alam semesta yang mengelilingimu beberapa langit dengan matahari bulan dan bintang-bintangnya bumi dengan gunung-ganangnya sungai tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang yang kesemuanya dapat bermanfaat bagi kamu sebagai manusia. Dan menjadi kamu dapat menikmati kehidupan yang sejahtera dan bahagia. Tuhan itulah yang harus kamu sembah dan menundukkan kepala kamu kepada-Nya, Tuhan Yang Maha Esa tiada bersekutu tidak beranak dan diperanakan yang walaupun kamu tidak dpt menjangkau-Nya dengan pancainderamu, Dia dekat daripada kamu mengetahui segala gerak-geri dan tingkah lakumu mengetahui isi hati mu denyut jantungmu dan jalan fikiranmu. Tuhan itulah yang harus disembah oleh manusia dengan kepercayaan penuh kepada keesaan-Nya dan kekuasaan-Nya dan bukan patung-patung yang kamu perbuat pahat dan ukir dengan tangan kamu sendiri kemudian kamu sembah sebagai tuhan padahal ia suatu barang yang tidak dapat berbuat sesuatu yang menguntungkan atau merugikan kamu. Alangkah bodohnya dan dangkalnya fikiranmu jika kamu tetap mempertahankan agamamu yang sesat itu dan menolak ajaran dan agama yang telah diwahyukan kepadaku oleh Allah Tuhan Yang Maha Esa itu."
Wahai Hud! jawab kaumnya, "Gerangan apakah yang menjadikan engkau berpandangan dan berfikiran lain daripada yang sudah menjadi pegangan hidup kami sejak dahulu kala dan menjadikan engkau meninggalkan agama nenek moyangmu sendiri bahkan sehingga engkau menghina dan merendahkan martabat tuhan-tuhan kami dan memperbodohkan kami dan menganggap kami berakal sempit dan berfikiran dangkal? Engkau mengaku bahawa engkau terpilih menjadi rasul pesuruh oleh Tuhanmu untuk membawa agama dan kepercayaan baru kepada kami dan mengajak kami keluar dari jalan yang sesat menurut pengakuanmu ke jalan yang benar dan lurus. Kami merasa hairan dan tidak dapat menerima oleh akal kami sendiri bahwa engkau telah dipilih menjadi pesuruh Tuhan. Apakah kelebihan kamu di atas seseorang daripada kami, engkau tidak lebih tidak kurang adalah seorang manusia biasa seperti kami hidup makan minum dan tidur tiada bedanya dengan kami, mengapa engkau yang dipilih oleh Tuhanmu? Sungguh engkau menurut anggapan kami seorang pendusta besar atau mungkin engkau berfikiran tidak sihat terkena kutukan tuhan-tuhan kami yang selalu engkau ejek hina dan cemuhkan."
"Wahai kaumku" jawab Nabi Hud, "Aku bukanlah seorang pendusta dan fikiran ku tetap waras dan sihat tidak kurang sesuatu pun dan ketahuilah bahawa patung-patungmu yang kamu pertuhankan itu tidak dapat mendatangkan sesuatu gangguan atau penyakit bagi badanku atau fikiranku. Kamu kenal aku, sejak lama aku hidup di tengah-tengah kamu bahawa aku tidak pernah berdusta dan bercakap bohong dan sepanjang pergaulanku dengan kamu tidak pernah terlihat pada diriku tanda-tanda ketidak wajaran perlakuanku atau tanda-tanda yang meragukan kewarasan fikiranku dan kesempurnaan akalku. Aku adalah benar pesuruh Allah s.w.t. yang diberi amanat untuk menyampaikan wahyu-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang sudah tersesat kemasukan pengaruh ajaran Iblis laknatullah dan sudah jauh menyimpang dari jalan yang benar yang diajar oleh nabi-nabi yang terdahulu kerana Allah s.w.t. tidak akan membiarkan hamba-hamba-Nya terlalu lama terlantar dalam kesesatan dan hidup dalam kegelapan tanpa diutuskan seorang rasul yang menuntun mereka ke jalan yang benar dan penghidupan yang diredhai-Nya. Maka percayalah kamu kepada ku gunakanlah akal fikiran kamu berimanlah dan bersujudlah kepada Allah s.w.t., Tuhan seru sekalian alam, Tuhan yang menciptakan kamu menciptakan langit dan bumi menurunkan hujan bagi menyuburkan tanah ladangmu, menumbuhkan tumbuhan bagi meneruskan hidupmu. Bersembahlah kepada-Nya dan mohonlah ampun atas segala perbuatan salah dan tindakan sesatmu, agar Dia menambah rezekimu dan kemakmuran hidupmu dan terhindarlah kamu dari azab dunia sebagaimana yang telah dialami oleh kaum Nuh dan kelak azab di akhirat. Ketahuilah bahawa kamu akan dibangkitkan kembali kelak dari kubur kamu dan dimintai bertanggungjawab atas segala perbuatan kamu didunia ini dan diberi ganjaran sesuai dengan amalanmu yang baik dan soleh mendapat ganjaran baik dan yang hina dan buruk akan diganjarkan dengan api neraka. Aku hanya menyampaikannya risalah Allah s.w.t. kepada kamu dan dengan ini telah memperingati kamu akan akibat yang akan menimpa kepada dirimu jika kamu tetap mengingkari kebenaran dakwahku."
Kaum Aad menjawab: "Kami bertambah yakin dan tidak ragu lagi bahawa engkau telah mendapat kutukan tuhan-tuhan kami sehingga menyebabkan fikiran kamu kacau dan akalmu berubah menjadi tidak siuman. Engkau telah mengucapkan kata-kata yang tidak masuk akal bahawa jika kami mengikuti agamamu, akan bertambah rezeki dan kemakmuran hidup kami dan bahawa kami akan dibangkitkan kembali dari kubur kami dan menerima segala ganjaran atas segala amalan kami.Adakah mungkin kami akan dibangkitkan kembali dari kubur kami setelah kami mati dan menjadi tulang. Dan apakah azab dan seksaan yang engkau selalu menakutkan kami dan mengancamkannya kepada kami? Semua ini kami anggap kosong dan ancaman kosong belaka. Ketahuilah bahawa kami tidak akan menyerah kepadamu dan mengikuti ajaranmu kerana bayangan azab dan seksa yang engkau bayangkannya kepada kami bahkan kami menentang kepadamu datangkanlah apa yang engkau janjikan dan ancaman itu jika engkau betul-betul benar dalam kata-katamu dan bukan seorang pendusta."
"Baiklah" jawab Nabi Hud," Jika kamu meragukan kebenaran kata-kataku dan tetap berkeras kepala tidak menghiraukan dakwahku dan meninggalkan persembahanmu kepada berhala-berhala itu maka tunggulah saat tibanya pembalasan Tuhan di mana kamu tidak akan dapat melepaskan diri dari bencananya. Allah s.w.t. menjadi saksiku bahawa aku telah menyampaikan risalah-Nya dengan sepenuh tenagaku kepada mu dan akan tetap berusaha sepanjang hayat kandung badanku memberi penerangan dan tuntunan kepada jalan yang baik yang telah digariskan oleh Allah s.w.t. bagi hamba-hamba-Nya."

Pembalasan Allah s.w.t. terhadap kaum 
Aad yang kafir dan tetap membangkang itu diturunkan dalam dua perinkat. Tahap 
pertama berupa kekeringan yang melanda ladang-ladang dan kebun-kebun mereka, 
sehingga menimbulkan kecemasan dan kegelisahan, kalau-kalau mereka tidak 
memperolehi hasil dari ladang-ladang dan kebun-kebunnya seperti biasanya. Dalam 
keadaan demikian Nabi Hud masih berusaha meyakinkan mereka bahawa kekeringan itu 
adalah suatu permulaan seksaan dari Allah s.w.t. yang dijanjikan dan bahawa 
Allah s.w.t. masih lagi memberi kesempatan kepada mereka untuk sedar akan 
kesesatan dan kekafiran mereka dan kembali beriman kepada Allah s.w.t. dengan 
meninggalkan persembahan mereka yang bathil kemudian bertaubat dan memohon ampun 
kepada Allah s.w.t. agar segera hujan turun kembali dengan lebatnya dan 
terhindar mereka dari bahaya kelaparan yang mengancam. Akan tetapi mereka tetap 
belum mahu percaya dan menganggap janji Nabi Hud itu adalah janji kosong belaka. 
Mereka bahkan pergi menghadap berhala-berhala mereka memohon perlindungan dari 
musibah yang mereka hadapi.
Tentangan mereka terhadap janji Allah s.w.t. yang diwahyukan kepada Nabi Hud segera mendapat jawapan dengan datangnya pembalasan tahap kedua yang dimulai dengan terlihatnya gumpalan awan dan mega hitam yang tebal di atas mereka yang disambutnya dengan sorak-sorai gembira, kerana dikiranya bahawa hujan akan segera turun membasahi ladang-ladang dan menyirami kebun-kebun mereka yang sedang mengalami kekeringan. Melihat sikap kaum Aad yang sedang bersuka ria itu berkatalah Nabi Hud dengan nada mengejek: "Mega hitam itu bukanlah mega hitam dan awam rahmat bagi kamu tetapi mega yang akan membawa kehancuran kamu sebagai pembalasan Allah s.w.t. yang telah ku janjikan dan kamu ternanti-nanti untuk membuktikan kebenaran kata-kataku yang selalu kamu sangkal dan kamu dusta."
Sejurus kemudian menjadi kenyataanlah apa yang dikatakan oleh Nabi Hud itu bahawa bukan hujan yang turun dari awan yang tebal itu tetapi angin taufan yang dahsyat dan kencang disertai bunyi gemuruh yang mencemaskan yang telah merosakkan bangunan-bangunan rumah dari dasarnya membawa berterbangan semua perabot-perabot dan milik harta benda dan melempar jauh binatang-binatang ternak. Keadaan kaum Aad menjadi panik mereka berlari kesana sini mencari perlindungan Suami tidak tahu di mana isterinya berada dan ibu juga kehilangan anaknya sedang rumah-rumah menjadi sama rata dengan tanah. Bencana angin taufan itu berlangsung selama lapan hari tujuh malam sehingga sempat menyampuh bersih kaum Aad yang congkak itu dan menamatkan riwayatnya dalam keadaan yang menyedihkan itu untuk menjadi pengajaran dan ibrah bagi umat-umat yang akan datang.
Adapun Nabi Hud dan para sahabatnya yang beriman telah mendapat perlindungan Allah s.w.t. dari bencana yang menimpa kaumnya yang kacau bilau dan tenang seraya melihat keadaan kaumnya yang kacau bilau mendengar gemuruhnya angin dan bunyi pohon-pohon dan bangunan-bangunan yang berjatuhan serta teriakan dan tangisan orang yang meminta tolong dan mohon perlindungan. Setelah keadaan cuaca kembali tenang dan tanah "Al-Ahqaf " sudah menjadi sunyi senyap dari kaum Aad pergilah Nabi Hud meninggalkan tempatnya berhijrah ke Hadramaut, di mana ia tinggal menghabiskan sisa hidupnya sampai ia wafat dan dimakamkan di sana dimana hingga sekarang makamnya yang terletak di atas sebuah bukit di suatu tempat lebih kurang 50 km dari kota Siwun dikunjungi para penziarah yang datang beramai-ramai dari sekitar daerah itu, terutamanya dan bulan Syaaban pada setiap tahun.

Selesailah kisah 
kaum Nabi Nuh dalam sejarah. Majoriti di antara mereka yang mendustakan 
ajarannya telah dihancurkan oleh taufan. Sedangkan minoriti antara mereka dapat 
kembali memakmurkan bumi sebagai wujud dari sunatullah dan janji-Nya: Sedangkan 
janji Allah SWT kepada Nabi Nuh adalah:            
        
"Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang takwa." (QS. 
al-Qashash: 83) 
Dan janji Allah SWT juga kepada Nabi Nuh adalah: 
"Difirmankan: 'Hai Nuh, turunlah dengan selamat dan penuh 
keberkatan dari Kami atasmu dan atas umat-umat (yang beriman) dari 
orang-orang yang bersamamu. Dan ada pula umat-umat yang Kami 
beri kesenangan pada mereka (dalam hehidupan dunia), kemudian 
mereka akan ditimpa azab yang pedih dari Kami. " (QS. Hud: 48) 
Berputarlah roda kehidupan dan datanglah janji Allah SWT. Setelah 
datangnya taufan, tiada yang tersisa dari manusia di muka bumi kecuali 
orang-orang yang beriman. Tiada satu hati yang kafir pun berada di muka 
bumi dan syaitan mulai mengeluhkan pengangguran. 
Berlalulah tahun demi tahun, lalu matilah para orang tua dan anak-anak, 
dan datanglah anak dari anak-anak. Manusia lupa akan wasiat Nabi Nuh 
dan mereka kembali menyembah berhala. Manusia menyimpang dari 
penyembahan yang semata-mata untuk Allah SWT. Akhirnya, tipuan kuno 
berulang kembali. Para cucu kaum Nabi Nuh berkata: "Kita tidak ingin 
melupakan kakek kita yang Allah SWT selamatkan mereka dari taufan." 
Oleh kerana itu, mereka membuat patung-patung orang-orang yang 
selamat itu yang dapat mengingatkan mereka dengannya. Dan 
pengagungan ini semakin berkembang generasi demi generasi, namun 
akhimya penghormatan itu berubah menjadi penghambaan. Patung-
patung itu berubah - dengan bisikan syaitan - menjadi tuhan selain Allah 
SWT. Dan bumi kembali mengeluhkan kegelapan. Lalu Allah SWT 
rnengutus junjungan kita Nabi Hud di tengah-tengah kaumnya. 
Al-Qur'an menyingkap ceritanya setelah diutusnya Nabi Hud untuk 
membawa agama kepada manusia. Nabi Hud berasal dari kabilah yang 
bernama 'Ad. Kabilah ini tinggal di suatu tempat yang bernama al-Ahqaf. 
la adalah padang pasir yang dipenuhi dengan gunung-gunung pasir dan 
tampak dari puncaknya lautan. Adapun tempat tinggal mereka berupa 
tenda-tenda besar dan mempunyai tiang-tiang yang kuat dan tinggi. 
Kaum 'Ad terkenal dengan kekuatan fisik di saat itu, dan mereka juga 
memiliki tubuh yang amat tinggi dan tegak sampai-sampai mereka 
mengatakan seperti yang dikutip oleh Al-Qur'an: 
"Mereka berkata: 'Siapakah yang lebih kuat daripada kami.'" (QS. 
Fushilat: 15) 
Tiada seorang pun di masa itu yang dapat menandingi kekuatan mereka. 
Meskipun mereka memiliki kebesaran tubuh, namun mereka memiliki 
akal yang gelap. Mereka menyembah berhala dan membelanya bahkan 
mereka siap berperang atas namanya. Mereka malah menuduh nabi 
mereka dan mengejeknya. Selama mereka menganggap bahawa kekuatan 
adalah hal yang patut dibanggakan, maka seharusnya mereka melihat 
bahawa Allah SWT yang menciptakan mereka lebih kuat dari mereka. 
Sayangnya, mereka tidak melihat selain kecongkakan mereka. Nabi Hud 
berkata kepada mereka: 
"Wahai kaumku, sembahlah Allah yang tiada tuhan lain bagi kalian 
selain-Nya. " (QS. Hud: 50) 
Itu adalah perkataan yang sama yang diucapkan oleh seluruh nabi dan 
rasul. Perkataan tersebut tidak pernah berubah, tidak pernah berkurang, 
dan tidak pernah dicabut kembali. Kaumnya bertanya kepadanya: 
"Apakah engkau ingin menjadi pemimpin bagi kami melalui dakwahmu 
ini? Imbalan apa yang engkau inginkan?" Nabi Hud memberitahu mereka 
bahawa ia hanya mengharapkan imbuhan dari Allah SWT. Ia tidak 
menginginkan sesuatu pun dari mereka selain agar mereka menerangi 
akal mereka dengan cahaya kebenaran. Ia mengingatkan mereka tentang 
nikmat Allah SWT terhadap mereka. Bagaimana Dia menjadikan mereka 
sebagai khalifah setelah Nabi Nuh, bagaimana Dia memberi mereka 
kekuatan fisik, bagaimana Dia menempatkan mereka di bumi yang penuh 
dengan kebaikan, bagaimana Dia mengirim hujan lalu menghidupkan 
bumi dengannya. 
Kaum Hud membuat kerosakan dan mengira bahawa mereka orang-orang 
yang terkuat di muka bumi, sehingga mereka menampakkan 
kesombongan dan semakin menentang kebenaran. Mereka berkata 
kepada Nabi Hud: "Bagaimana engkau menuduh tuhan-tuhan kami yang 
kami mendapati ayah-ayah kami menyembahnya?" Nabi Hud menjawab: 
"Sungguh orang tua kalian telah berbuat kesalahan." Kaum Nabi Hud 
berkata: "Apakah engkau akan mengatakan wahai Hud bahawa setelah 
kami mad dan menjadi tanah yang beterbangan di udara, kita akan 
kembali hidup?" Nabi Hud menjawab: "Kalian akan kembali pada hari 
kiamat dan Allah SWT akan bertanya kepada masing-masing dari kalian 
tentang apa yang kalian lakukan." 
Setelah mendengar jawaban itu, meledaklah tertawa dari mereka. 
Alangkah anehnya pengakuan Hud, demikianlah orang-orang kafir berbisik 
di antara mereka. Manusia akan mati dan ketika mati jasadnya akan 
rusak dan ketika jasadnya rusak ia akan menjadi tanah kemudian akan 
dibawa oleh udara dan tanah itu akan beterbangan, lalu bagaimana 
semua ini akan kembali ke asalnya. "Kemudian apa pengertian adanya 
hari kiamat? Mengapa orang-orang yang mati akan bangkit dari 
kematiannya?" Hud menerima pertanyaan-pertanyaan ini dengan 
kesabaran yang mulia. Kemudian ia mulai menerangkan pada kaumnya 
keadaan hari kiamat. Ia menjelaskan kepada mereka bahawa 
kepercayaan manusia kepada hari akhir adalah satu hal yang penting 
yang berhubungan dengan keadilan Allah SWT, sebagaimana ia juga 
sesuatu yang penting yang juga berhubungan dengan kehidupan manusia. 
Nabi Hud menerangkan kepada mereka sebagaimana apa yang 
diterangkan oleh semua nabi berkenaan dengan hari kiamat. 
Sesungguhnya hikmah sang Pencipta tidak menjadi sempurna dengan 
sekadar memulai penciptaan kemudian berakhirnya kehidupan para 
makhluk di muka bumi ini, lalu setelah itu tidak ada hal yang lain. Ini 
adalah masa tenggang yang pertama dari ujian. Dan ujian tidak selesai 
dengan hanya menyerahkan lembar jawaban. Harus juga disertai dengan 
koreksi terhadap lembar jawaban itu, memberi nilai, dan menjelaskan 
siapa yang berhasil dan siapa yang gagal. 
Manusia selama hidup di dunia tidak hanya mempunyai satu tindakan; 
ada yang berbuat kelaliman, ada yang membunuh, dan ada yang 
melampaui batas. Seringkali kita melihat orang-orang lalim pergi dengan 
bebas tanpa menjalani hukuman. Cukup banyak orang-orang yang jahat 
namun mereka mendapatkan fasilitas yang mewah dan mendapatkan 
penghormatan serta kekuasaan. Ke mana orang-orang yang teraniaya 
akan mengadu dan kepada siapa orang-orang yang menderita akan 
mengeluh? 
Logika keadilan menuntut adanya hari kiamat. Sesungguhnya kebaikan 
tidak selalu menang dalam kehidupan, bahkan terkadang pasukan 
kejahatan berhasil membunuh dan memperdaya para pejuang kebenaran. 
Lalu, apakah kejahatan ini berlalu begitu saja tanpa mendapatkan 
balasan? Sungguh suatu kelaliman besar terhampar seandainya kita 
menganggap bahawa hari kiamat tidak pernah terjadi. Allah SWT telah 
mengharamkan kelaliman atas diri-Nya sendiri, dan Dia pun 
mengharamkannya terjadi di antara hamba-hamba-Nya., maka adanya 
hari kiamat, hari perhitungan, hari pembalasan adalah sebagai bukti 
kesempurnaan dari keadilan Allah SWT. Sebab hari kiamat adalah hari di 
mana semua persoalan akan disingkap kembali di depan sang Pencipta 
dan akan di tinjau kembali, dan Allah SWT akan memutuskan hukum-Nya 
di dalam-nya. Inilah kepentingan pertama tentang hari kiamat yang 
berhubungan langsung dengan keadilan Allah SWT. 
Ada kepentingan lain berkenaan dengan hari kiamat, yang berhubungan 
dengan perilaku manusia sendiri. bahawa keyakinan dengan adanya hari 
akhir, mempercayai hari kebangkitan, perhitungan amal, penerimaan 
pahala dan siksa, dan kemudian masuk surga atau neraka adalah perkara-
perkara yang langsung berkenaan dengan perilaku manusia, di mana 
konsentrasi manusia dan had mereka akan tertuju dengan alam lain 
setelah alam ini. Oleh kerana itu, mereka tidak akan terbelenggu oleh 
kenikmatan dunia, kerakusan kepadanya, dan egoisme untuk 
menguasinya. Mereka tidak perlu gelisah saat mereka tidak berhasil 
melihat balasan usaha mereka dalam umur mereka yang pendek dan 
terbatas. Dengan demikian, manusia semakin meninggi dari tanah yang 
menjadi asal penciptaannya ke roh yang ditiupkan oleh Tuhannya. 
Barangkali persimpangan jalan antara tunduk terhadap imajinasi dunia, 
nilai-nilainya, dan pertimbangan-pertimbangannya dan ketergantungan 
dengan nilai-nilai Allah SWT yang tinggi dapat terwujud dengan adanya 
keimanan terhadap hari kiamat. Nabi Hud telah membicarakan semua ini 
dan mereka telah mendengarkannya namun mereka mendustakannya. 
Allah SWT menceritakan sikap kaum itu terhadap hari kiamat: 
"Dan berkatalah pemuka-pemuka yang kafir di antara kaumnya dan 
yang mendustakan pertemuan dengan hari kiamat (kelak) dan yang 
telah Kami mewahkan mereka dalam kehidupan dunia: 'Orang ini 
tidak lain hanyalah manusia seperti kamu, dia, makan dari apa yang 
kamu, makan, dan meminum dari apa yang kamu minum. Dan 
sesungguhnya jika kamu sekalian menaati manusia yang seperti 
kamu, niscaya bila demikian itu, kamu benar-benar menjadi orang-
orang yang merugi. Apakah ia menjanjikan kepada kamu sekalian, 
bahawa bila kamu telah mati dan telah menjadi tanah dan tulang 
belulang, kamu sesungguhnya akan dikeluarkan (dari kuburmu)?, 
jauh, jauh sekali (dari kebenaran) apa yang diancamkan kepadamu 
itu, kehidupan tidak lain hanyalah kehidupan kita di dunia ini, kita 
mati dan hidup dan sekali-kali tidak akan dibangkitkan lagi. " (QS. al-
Mu`minun: 33-37) 
Demikianlah kaum Nabi Hud mendustakan nabinya. Mereka berkata 
kepadanya: "Tidak mungkin, tidak mungkin." Mereka keheranan ketika 
mendengar bahawa Allah SWT akan membangkitkan orang-orang yang 
ada dalam kuburan. Mereka bingung ketika dibe-ritahu bahawa Allah SWT 
akan mengembalikan penciptaan manusia setelah ia berubah menjadi 
tanah, meskipun Dia telah menciptakannya sebelumnya juga dari tanah. 
Seharusnya para pendusta hari kebangkitan itu merasa bahawa 
mengembalikan penciptaan manusia dari tanah dan tulang lebih mudah 
dari penciptaannya pertama kali. Bukankah Allah SWT telah menciptakan 
semua makhluk, maka kesulitan apa yang ditemui-Nya dalam 
mengembalikannya. Kesulitan itu disesuaikan dengan tolok ukur manusia 
yang tersembunyi dalam ciptaan., maka tolok ukur manusia tersebut 
tidak dapat diterapkan kepada Allah SWT. kerana Dia tidak mengenal 
kesulitan atau kemudahan. Ketika Dia ingin membuat sesuatu, maka Dia 
hanya sekadar mengeluarkan perintah: 
"Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak (untuk 
menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan 
kepadanya: "Jadilah."Lalu jadilah ia." (QS. al-Baqarah: 117) 
Kita juga memperhatikan firman-Nya: 
"Dan berkatalah pemuka-pemuka yang kafir di antara kaumnya." (QS. 
al-Mu^minun: 33) 
Al-Mala' ialah para pembesar (ar-Ruasa'). Mereka dinamakan al-Mala' 
kerana mereka suka berbicara dan mereka mempunyai kepentingan 
dalam kesinambungan situasi yang tidak sehat. Kita akan menyaksikan 
mereka dalam setiap kisah para nabi. Kita akan melihat para pembesar 
kaum, orang-orang kaya di antara mereka, dan orang-orang elit di antara 
mereka yang menentang para nabi. Allah SWT menggambarkan mereka 
dalam firman-Nya: 
"Dan yang telah Kami mewahkan mereka dalam kehidupan dunia. " 
(QS. al-Mukminun: 33) 
kerana pengaruh kekayaan dan kemewahan hidup, lahirlah keinginan 
untuk meneruskan kepentingan-kepentingan khusus, dan dari pengaruh 
kekayaan dan kekuasaan, muncullah sikap sombong. Para pembesar itu 
menoleh kepada kaumnya sambil bertanya-tanya: "Tidakkah nabi ini 
manusia biasa seperti kita, ia memakan dari apa yang kita, makan, dan 
meminum dari apa yang kita minum? Bahkan barangkali kerana 
kemiskinannya, ia sedikit, makan dari apa yang kita, makan dan ia 
minum, menggunakan gelas-gelas yang kotor sementara kita minum dari 
gelas-gelas yang terbuat dari emas dan perak., maka bagaimana ia 
mengaku berada dalam kebenaran dan kita dalam kebatilan? Ini adalah 
manusia biasa, maka bagaimana kita menaati manusia biasa seperti kita? 
Kemudian, mengapa Allah SWT memilih manusia di antara kita untuk 
mendapatkan wahyu-Nya?" 
Para pembesar kaum Nabi Hud berkata: "Bukankah hal yang aneh ketika 
Allah SWT memilih manusia biasa di antara kita untuk menerima wahyu 
dari-Nya?" Nabi Hud balik bertanya: "Apa keanehan dalam hal itu? 
Sesungguhnya Allah SWT mencintai kalian dan oleh kerananya Dia 
mengutus aku kepada kalian untuk mengingatkan kalian. Sesungguhnya 
perahu Nuh dan kisah Nuh tidak jauh dari ingatan kalian. Janganlah 
kalian melupakan apa yang telah terjadi. Orang-orang yang menentang 
Allah SWT telah dihancurkan dan begitu juga orang-orang yang akan 
mengingkari-Nya pun akan dihancurkan, sekuat apa pun mereka." Para 
pembesar kaum berkata: "Siapakah yang dapat menghancurkan kami 
wahai Hud?" Nabi Hud menjawab: "Allah SWT." 
Orang-orang kafir dari kaum Nabi Hud berkata: "Tuhan-tuhan kami akan 
menyelamatkan kami." Nabi Hud memberitahu mereka, bahawa tuhan-
tuhan yang mereka sembah ini dengan maksud untuk mendekatkan 
mereka kepada Allah SWT pada hakikatnya justru menjauhkan mereka 
dari-Nya. Ia menjelaskan kepada mereka bahawa hanya Allah SWT yang 
dapat menyelamatkan manusia, sedangkan kekuatan lain di bumi tidak 
dapat mendatangkan mudarat dan manfaat. 
Pertarungan antara Nabi Hud dan kaumnya semakin seru. Dan setiap kali 
pertarungan berlanjut dan hari berlalu, kaum Nabi Hud meningkatkan 
kesombongan, pembangkangan, dan pendustaan kepada nabi mereka. 
Mereka mulai menuduh Nabi Hud sebagai seorang idiot dan gila. Pada 
suatu hari mereka berkata kepadanya: "Sekarang kami memahami rahasia 
kegilaanmu. Sesungguhnya engkau menghina tuhan kami dan tuhan kami 
telah marah kepadamu, dan kerana kemarahannya engkau menjadi gila." 
Allah SWT menceritakan apa yang mereka katakan dalam firman-Nya: 
"Kaum 'Ad berkata: 'Hai Hud, kamu tidak mendatangkan kepada kami 
suatu bukti yang nyata, dan kami sekali-kali tidak akan meninggalkan 
sembahan-sembahan kami kerana perkataanmu, dan kami sekali-kali 
tidak akan mempercayai kamu. Kami tidak mengatakan melainkan 
bahawa sebagian sembahan kami telah menimpakan penyakit gila 
atas dirimu. " (QS. Hud: 53-54) 
Sampai pada batas inilah penyimpangan itu telah terjadi pada diri 
mereka, sampai pada batas bahawa mereka menganggap, bahawa Nabi 
Hud telah mengigau kerana salah satu tuhan mereka telah murka 
kepadanya sehingga ia terkena sesuatu penyakit gila. Nabi Hud tidak 
membiarkan anggapan mereka bahawa ia gila dan mengigau, naniun ia 
tidak bersikap emosi tetapi ia menunjukkan sikap tegas ketika mereka 
mengatakan: "Dan kami sekali-kali tidak akan meninggalkan sembahan-
sembahan kami kerana perkataanmu, dan kami sekali-kali tidak akan 
mempercayai kamu. " 
Setelah tantangan ini tiada lain bagi Nabi Hud kecuali memberikan 
tantangan yang sama. Nabi Hud hanya pasrah kepada Allah SWT. Nabi 
Hud hanya memberikan peringatan dan ancaman terhadap orang-orang 
yang mendustakan dakwahnya. Nabi Hud berkata: 
"Sesungguhnya aku jadikan Allah sebagai saksiku dan saksikanlah 
olehmu bahawa Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu 
persekutukan dari selain-Nya. Sebab itu, jalankanlah tipu dayamu 
semuanya terhadapku dan janganlah karnu memberi tangguh 
kepadaku. Sesungguhnya aku bertawakal kepada Allah, Tuhanku dan 
Tuhanmu. Tidak ada suatu binatang melata pun melainkan Dialah 
yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan 
yang lurus. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku telah 
menyampaikan kepadamu apa (amanat) yang aku diutus (untuk 
menyampaikan)nya kepadamu. Dan Tuhanku akan mengganti (kamu) 
dengan kaum yang lain (dari) kamu; dan kamu tidak dapat membuat 
mudarat kepada-Nya sedikit pun. Sesungguhnya Tuhanku adalah 
Maha Pemelihara segala sesuatu. " (QS. Hud: 54-57) 
Manusia akan merasa keheranan terhadap perlawanan kepada kebenaran 
ini. Seorang lelaki menghadapi kaum yang kasar dan keras kepala serta 
bodoh. Mereka menganggap bahawa berhala-berhala dari batu dapat 
memberikan gangguan. Manusia sendiri rnampu menentang para tiran dan 
melumpuhkan keyakinan mereka, serta berlepas diri dari mereka dan 
dari tuhan mereka. Bahkan ia siap menentang mereka dan menghadapi 
segala bentuk, makar mereka. Ia pun siap berperang dengan mereka dan 
bertawakal kepada Allah SWT. Allah-lah yang Maha Kuat dan Maha Benar. 
Dia-lah yang menguasai setiap makhluk di muka bumi, baik berupa 
binatang, manusia, maupun makhluk lain. Tidak ada sesuatu pun yang 
dapat melemahkan Allah SWT. 
Dengan keimanan kepada Allah SWT dan dengan kepercayaan pada janji-
Nya serta merasa tenang dengan pertolongan-Nya, Nabi Hud menyeru 
orang-orang kaflr dari kaumnya. Nabi Hud melakukan yang demikian itu 
meskipun ia sendirian dan merasakan kelemahan kerana ia mendapatkan 
keamanan yang hakiki dari Allah SWT. Dalam pembicaraannya, Nabi Hud 
menjelaskan kepada kaumnya bahawa ia melaksanakan amanat dan 
menyampaikan agama. Jika mereka mengingkari dakwahnya, niscaya 
Allah SWT akan mengganti mereka dengan kaum selain mereka. Yang 
demikian ini berarti bahawa mereka sedang menunggu azab. Demikianlah 
Nabi Hud menjelaskan kepada mereka, bahawa ia berlepas diri dari 
mereka dan dari tuhan mereka. la bertawakal kepada Allah SWT yang 
menciptakannya. 
Ia mengetahui bahawa siksa akan turun di antara para pengikutnya yang 
menentang. Beginilah hukum kehidupan di mana Allah SWT menyiksa 
orang-orang kafir meskipun mereka sangat kuat atau sangat kaya. Nabi 
Hud dan kaumnya menunggu janji Allah SWT. Kemudian terjadilah masa 
kering di muka bumi di mana langit tidak lagi menurunkan hujan. 
Matahari menyengat sangat kuat hingga laksana percikan-percikan api 
yang menimpa kepala manusia. 
Kaum Nabi Hud segera menuju kepadanya dan bertanya: "Mengapa 
terjadi kekeringan ini wahai Hud?" Nabi Hud berkata: "Sesungguhnya Allah 
SWT murka kepada kalian. Jika kalian beriman, maka Allah SWT akan 
rela terhadap kalian dan menurunkan hujan serta menambah kekuatan 
kalian." Namun kaum Nabi Hud justru mengejeknya dan malah semakin 
menentangnya., maka masa kekeringan semakin meningkat dan 
menguningkan pohon-pohon yang hijau dan matilah tanaman-tanaman. 
Lalu datanglah suatu hari di mana terdapat awan besar yang menyelimuti 
langit. Kaum Nabi Hud begitu gembira dan mereka keluar dari rumah 
mereka sambil berkata: "Hari ini kita akan dituruni hujan." Tiba-tiba 
udara berubah yang tadinya sangat kering dan panas kini menjadi sangat 
dingin. Angin mulai bertiup dengan kencang. Semua benda menjadi 
bergoyang. Angin terus-menerus bertiup malam demi malam, dan hari 
demi hari. Setiap saat rasa dingin bertambah. 
Kaum Nabi Hud mulai berlari. Mereka segera menuju ke tenda dan 
bersembunyi di dalamnya. Angin semakin bertiup dengan kencang dan 
menghancurkan tenda. Angin menghancurkan pakaian dan 
menghancurkan kulit. Setiap kali angin bertiup, ia menghancurkan dan 
membunuh apa saja yang di depannya. Angin bertiup selama tujuh 
malam dan delapan hari dengan mengancam kehidupan dunia. Kemudian 
angin berhenti dengan izin Tuhannya. 
Allah SWT berfirman: 
"Maka tatkala mereka melihat azab itu berupa awan yang menuju ke 
lembah-lembah mereka, berkatalah mereka: 'Inilah awan yang akan 
menurunkan hujan kepada kami.' (Bukan)! Bahkan itulah azab yang 
kamu minta supaya datang dengan segera (yaitu) angin yang 
mengandung azab yang pedih, yang menghancurkan segala sesuatu 
dengan perintah Tuhannya." (QS. al-Ahqaf: 24-25) "Yang Allah 
menimpakan angin itu kepada mereka selama tujuh malam dan 
delapan hari terus-menerus;, maka kamu lihat kaum 'Ad pada waktu 
itu mati bergelimpangan seakan-akan mereka tunggul-tunggul pohon 
kurma yang telah kosong (lapuk). " (QS. al-Haqqah: 7) 
Tiada yang tersisa dari kaum Nabi Hud kecuali pohon-pohon kurma yang 
lapuk. Nabi Hud dan orang-orang yang beriman kepadanya selamat 
sedangkan orang-orang yang menentangnya binasa. 
Pengajaran Dari Kisah Nabi Hud 
a.s. 
     
Nabi Hud telah memberi contoh dan sistem yang baik yang patut ditiru 
dan diikuti oleh juru dakwah dan ahli penerangan agama.Beliau 
menghadapi kaumnya yang sombong dan keras kepala itu dengan penuh 
kesabaran, ketabahan dan kelapangan dada. Ia tidak sesekali membalas 
ejekan dan kata-kata kasar mereka dengan serupa tetapi menolaknya 
dengan kata-kata yang halus yang menunjukkan bahawa beliau dapat 
menguasai emosinya dan tidak sampai kehilangan akal atau kesabaran.
Nabi Hud tidak marah dan tidak gusar ketika kaumnya mengejek dengan 
menuduhnya telah menjadi gila dan sinting. Ia dengan lemah lembut 
menolak tuduhan dan ejekan itu dengan hanya mengata:"Aku tidak gila 
dan bahawa tuhan-tuhanmu yang kamu sembah tidak dapat 
menggangguku atau mengganggu fikiranku sedikit pun tetapi aku ini 
adalah rasul pesuruh Allah kepadamu dan betul-betul aku adalah 
seorang penasihat yang jujur bagimu menghendaki kebaikanmu dan 
kesejahteraan hidupmu dan agar kamu terhindar dan selamat dari 
azab dan seksaan Allah di dunia mahupun di akhirat."
Dalam berdialog dengan kaumnya.Nabi Hud selalu berusaha mengetuk 
hati nurani mereka dan mengajak mereka berfikir secara rasional, 
menggunakan akal dan fikiran yang sihat dengan memberikan bukti-bukti 
yang dapat diterima oleh akal mereka tentang kebenaran dakwahnya dan 
kesesatan jalan mereka namun hidayah iu adalah dari Allah, Dia akan 
memberinya kepada siapa yang Dia kehendakinya. 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan