Pengguna - 
pengguna jalan raya adalah dinasihatkan supaya lebih berhati hati ketika
 memandu untuk pulang ke kampung sempena menyambut Hari Raya dan 
Deepavali . Pengguna - pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi 
hadlaju dan bersabar ketika memandu . Mereka juga hendaklah memastikan 
kenderaan mereka dalam keadaan baik umpamanya brek , tayar , lampu dan 
sebagainya sebelum memulakan perjalanan yang jauh .
Seterusnya adalah diharapkan tindakan-tindakan yang diambil oleh Jabatan Kerja Raya akan dapat mengurangkan kemalangan jalanraya semasa musim perayaan .
 
 Mereka hendaklah berhenti untuk berehat 
seketika di tempat-tempat persinggahan yang disediakan jika terlalu 
letih dan mengantuk . Disamping itu beberapa langkah telah diambil oleh 
JKR bagi meningkatkan tahap keselamatan jalan raya kepada pengguna 
pengguna sempena perayaan yang akan tiba .
Langkah-Langkah Keselamatan Jalanraya Sempena Perayaaan- Melaksanakan Program Pembaikan Kos Rendah ke atas lokasi lokasi kawasan jalan raya merbahaya yang telah dikenalpasti . Program ini melibatkan pemasangan papan tanda , pembaikan persimpangan , mengecat semula garisan jalan dan lain-lain lagi . Kesemua lokasi terlibat adalah seperti di Lampiran A
- Aktiviti pembinaan di jalan raya diberhentikan agar tidak mengganggu aliran trafik ketika musim perayaan . Papan tanda amaran dan 'blinker' akan dilletakkan dikawasan pembinaan untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya . Papan tanda tunjuk arah akan diletakkan ditempat-tempat yang sesuai bagi membantu pengguana-pengguna jalanraya melalui dan melepasi kawasan pembinaan tersebut
- Kawasan yang berpotensi mengalami cerun runtuh , pihak JKR Negeri / Syarikat Konsesi diarah meletakkan papan tanda amaran yang mencukupi dan pengawasan berterusan dilakukan sepanjang musim perayaan .
- Menjalankan rondaaan ke atas semua jalan bagi mengenal pasti kerosakan atau kawasan yang berisiko tinggi .
Seterusnya adalah diharapkan tindakan-tindakan yang diambil oleh Jabatan Kerja Raya akan dapat mengurangkan kemalangan jalanraya semasa musim perayaan .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan