|
Nikah Thailand. Kahwin Thailand.
Berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu dibawa untuk kahwin di Thailand, untuk memudahkan pendaftaran nikah di luar negara bila kembali ke Malaysia nanti:
- Pasport yang sah.
Pasport akan diperlukan oleh Konsulat
Malaysia di Songkhla. Selain itu, tanda masuk dan keluar dari Siam dalam
pasport boleh digunakan sebagai bukti bahawa anda benar-benar berada di
Siam pada hari pernikahan, jika disoal oleh hakim mahkamah syariah
nanti (untuk pendaftaran perkahwinan di Malaysia).
Pas Sempadan
boleh digunakan untuk menggantikan pasport, bagi mereka yang layak. Pas
Sempadan dikeluarkan kepada warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap
Malaysia keturunan Thai yang menetap lebih tiga (3) tahun di Kelantan,
Perlis, Kedah atau Perak sahaja. Tempoh sahlaku ialah 6 bulan dari
tarikh dikeluarkan.
- Kad pengenalan
Kad pengenalan akan diperlukan oleh jurunikah dan Konsulat Malaysia.
- Surat cerai
Jika berkenaan
- Sijil mati
Bagi balu yang ingin kahwin semula
- Surat izin wali
Jika ada
Dinasihatkan membawa videocam untuk merakamkan proses perkahwinan, untuk lebih meyakinkan hakim di mahkamah syariah nanti.
Jangan lupa membawa salinan pakaian dan sebagainya untuk pernikahan anda.
Pengiraan Kos Kahwin di Thailand Harga kami: RM1,x00)
Untuk menilai kos nikah di Thailand yang sebenar melalui pakej-pakej
yang berlainan dari agen yang berlainan, dapatkan maklumat samada kos
pakej termasuk semua yang berikut. Jika tidak, dapatkan kos tambahan
yang diperlukan untuk mendapat semua yang berikut:
- Kos perjalanan pergi-balik dari sempadan Malaysia ke Siam
- Kos keseluruhan, termasuk bayaran kepada jurunikah, saksi dan mendapatkan dokumen berkaitan
- Kos untuk mendapatkan surat dari Majlis Agama Islam Wilayah berkenaan
- Adakah surat dari Majlis Agama berkenaan didapati pada hari yang
sama atau perlu diambil dari tempat tertentu pada hari lain? Jika perlu
diambil pada hari lain, berapa kos perjalanan pergi-balik dan lain-lain
belanja untuk mendapatkannya?
- Adakah agen membawa anda ke Konsulat Malaysia di Selatan Thailand
pada hari yang sama untuk memohon Surat Pengesahan Nikah dari Konsulat?
Berapa lama untuk mendapatkan surat dari Konsulat?
Surat dari Konsulat adalah penting bagi pendaftaran nikah di
Malaysia. Surat ini adalah pengesahan wakil sebuah jabatan dalam
Kerajaan Malaysia bahawa nikah Thailand itu adalah sah. Tanpa surat dari
Konsulat, ada kemungkinan hakim mahkamah Syariah akan meminta
bukti-bukti lain, termasuk meminta saksi-saksi hadir dalam mahkamah.
Pemilihan Tarikh Nikah
Pilih mana-mana tarikh yang difikirkan sesuai. Hujung minggu pun
boleh. Konsulat Malaysia ditutup pada hujung minggu dan cuti am, dan ini
akan melewatkan sedikit untuk mendapatkan surat pengesahan nikah dari
Konsulat Malaysia di Songkhla, tapi sedikit tambahan wang, kami boleh
dapatkan dan hantar melalui Pos Laju. Surat ini diperlukan untuk
pendaftaran nikah luar negeri di Malaysia nanti. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan