Ahad, 8 Januari 2012

PETUA-PETUA KAHWIN.


Bagaimana mengekalkan perhubungan bahagia?  Apakah petuanya bagi suami untuk menambat hati isteri?
·         Sentiasa berdoa agar disayangi.
·         Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
·         Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
·         Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
·         Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.
·         Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.
·         Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.
·         Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).
·         Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.
·         Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
·         Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
·         Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
·         Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
·         Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.
·         Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
·         Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.
·         Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
·         Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.
·         Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.
·         Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".
·         Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
·         Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.
·         Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.

·         Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.
·         Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
·         Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.
·         Sentiasa lakukan ibadah bersama.
·         Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.
·         Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.
·         Urut belakang isteri sekali sekala.
·         Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.
·         Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.
·         Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.
·         Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.
·         Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.
·         Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.
·         Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.
·         Lebihkan isteri daripada anak-anak.
·         Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.
·         Seeloknya masuk tidur serentak.
·         Belai isteri sebelum pergi kerja.
·         Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.
·         Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.
·         Lakukan riadah bersama isteri.
·         Pergi berkelah sekali sekala.
·         Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan