Jumaat, 27 Januari 2012

SEMBAHYANG JENAZAH

Cara Meletak Jenazah
1     Lelaki  - bujurkan mayat  ke khiblat dengan kepala di sebelah kiri Imam.
2     Perempuan - bujurkan mayat ke khiblat dengan kepala di sebelah kanan Imam
Rukun Sembahyang Jenazah
1     Niat sembahyang jenazah (akan dihuraikan dibab seterusnya)
2     Berdiri tegak bagi yang berkuasa
3     Empat kali takbir termasuk takbir ratul ihram
4     Baca Surah Al-Fatihah selepas takbir yang pertama
5     Selawat ketas Nabi Muhammad SAW selepas takbir kedua
6     Mendoakan bagi mayat
7     Memberi salam
Syarat Sah Sembahyang Atas Jenazah
1     Hendaklah mayat di mandikan  atau di tayamumkan  dan dikafankan  sebelum sembahyang.
2     Makruh jenazah disembahyang tanpa dikafankan.
3.    Disyaratkan lagi seperti  syarat sembahyang yang lain seperti berwuduk sebelum sembahyang, menutup aurat dan menghadap khiblat.
Sunat-Sunat Sembahyang Jenazah
1     Dilakukan  solat jenazah itu didalam Masjid.
2     Berjemaah sekurang-kurangnya 3 saf
3     Berdiri Imam dikepala jika mayat lelaki dan dipinggang jika mayat perempuan
4     Angkat keduaa-dua tangana ketika melakukan 4 takbir
5     Baca  Surah A-Fatihah selepas takbir pertama
6     Ditambah selawat atas Nabi dengan Selawat Ibrahimiah
7     Berdoa sebelum berdoa keatas mayat
8     Berdoa selepas takbir keempat.
9     Salam  yang kedua
Orang Yang Aula Sembahyang Jenazah
1     Bapa, datuk, anak, cucu, saudara,anak saudara, bapa saudara dipihak bapa, ibu dan sepupu
2     Pemerintahnya
3     Imam atau penggantinya
4     Kaum keluarga
Beberapa Hukum Yang Bertkaitan Dengan Sembahyang  Jenazah
1     Harus wanita sembahyang mayat lelaki
2     Sah sembahyang ghaib apabila diyakini bahawa mayat telah dimandikan
3     Sah sembahyang mayat dikuburnya
4     Harus sembahyang mayat beberapa kali
Urutancara Sembahyang Jenazah
1     Tunaikan solat  secara berjemaah
2     Jadikan saf yang berbilang ganjil
3     Diikuti dengan susunan rukun yang seterusnya seperti yang dinyatakan diatas.
Niat Sembahyang Jenazah
1.    Rujuk  lafaz didalam bahasa Arab. Niat didalam bahahsa Melayu ialah: Sahaja aku sembahyang diatas mayat lelaki/perempuan ini empat takbir ardu kifayah  imam/makmum kerana Allah Taala.
2.    Rujuk lafaz niat didlam bahasa Arab. Niat didalam bahawa Melayu ialah: Sahaja aku sembahyang  mayat kanak-kanak lelaki/perempuan ini 4 takbir fardu kifayah  imam/makmum kerana Allah Taala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan