Rabu, 11 April 2012

KITAR HAID

Apakan itu ovulasi?

Ovulasi berlaku apabila satu telur atau lebih dilepaskan dari salah satu ovari anda. Ini adalah masa yang paling subur dalam kitaran haid anda. Setiap bulan, 15 hingga 20 telur matang dalam ovari. Telur yang paling matang dilepaskan ke dalam kaviti pelvis dan ditarik masuk ke dalam tiub falopio. Tiada ketepatan ovari mana yang akan melepaskan telur. Ovulasi tidak semestinya berlaku secara bergilir-gilir antara ovari bagi setiap kitaran.

Bagaimanakah ovulasi menentukan bila saya boleh hamil?

Untuk hamil secara natural, satu telur dan satu sperma mestilah bertemu dalam tiub falopio sebelum telur itu mati. Sesuatu telur itu boleh hidup tidak lebih dari 24 jam selepas ovulasi; kecuali, ia di senyawakan oleh sperma. Walau bagaimanapun, sperma boleh hidup lebih lama dalam salur genital anda (vagina, uterus atau tiub falopio. Adalah didapati bahawa sperma boleh hidup dalam badan anda sehingga tujuh hari. Walau bagaimanapun, sperma mempunyai motiliti terbaik (bergerak pantas, lazimnya mengikuti jalan lurus) dihasilkan apabila seorang lelaki itu secara purata mengeluarkan mani setiap tiga atau empat hari sekali.

Ini bermakna anda tidak perlu menjadualkan hubungan seks tepat pada masa ovulasi untuk menjadi hamil. Adalah lebih realistik untuk bergantung kepada "ruang subur terbuka" selama lebih kurang empat atau lima hari bila sperma hidup dan sihat boleh bertemu telur ovulasi yang baru.

Bagaimana hendak menentukan bilakah saya paling subur?

Ovulasi selalunya berlaku 12–16 hari sebelum haid anda bermula semula. Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid 28 hari (hari pertama haid adalah Hari 1), ovulasi berlaku sekitar Hari 13 hingga ke 15. Panjang kitaran haid normal, walau bagaimanapun, adalah antara 23 hingga 35 hari, jadi ovulasi boleh berlaku lebih awal atau lebih lewat dalam kitaran itu.

Cara yang paling mudah untuk menentukan masa subur anda ialah dengan memberi perhatian kepada badan anda dan belajar mengawasi tanda-tanda yang ovulasi itu akan berlaku. Cubalah kalkulator ovulasi kami untuk membantu anda menentukan bila masanya "ruang subur" anda. Kemudian eloklah anda membiasakan diri dengan kitaran perubahan hormon dan fizikal yang berlaku pada diri anda setiap bulan.

Perubahan mukus serviks. Beberapa kajian mendapati bahawa mengesan perubahan mukus serviks adalah cara yang tepat dan berguna bagi wanita untuk meramalkan hari yang paling subur mereka. Apabila kitaran anda berjalan, volum mukus serviks anda meningkat dan bertukar tekstur. Volum yang banyak dan perubahan tekstur menunjukkan peningkatan tahap hormon estrogen dan memberitahu anda bahawa ovulasi akan berlaku dalam sedikit masa. Anda dianggap paling subur apabila mukus itu menjadi jernih, licin dan anjal. Peranan mukus ini adalah bagi memelihara, melindungi dan mempercepatkan sperma dalam perjalanannya naik melalui uterus dan masuk ke dalam tiub falopio untuk pertemuan dengan telur anda. Ramai wanita mengatakan yang mukus yang berlebihan dan berair pada tahap ini sama seperti putih telur.

Sakit pinggang. Sebanyak seperlima wanita dapat merasa aktiviti ovulasi, yang merangkumi sakit-sakit dari yang ringan kepada sakit tajam dan menusuk. Ada wanita yang menggambarkannya sebagai "sakit pinggang sebelah" atau keradangan di tempat spesifik. Kondisi ini, bergelar mittelschmerz (sakit di tengah), berlanjutan dari beberapa minit hingga ke beberapa jam. Jika anda perasan sakit serupa pada masa yang agak sama setiap bulan, periksalah kondisi mukus serviks anda juga. Sakit ovulasi boleh menjadi panduan berguna bagi setengah wanita untuk mengetahui ruang subur mereka.

Mungkin ada tak menyedarinya, tapi mungkin ada tanda-tanda lain yang menunjukkan yang anda berada di masa yang paling subur. Kajian-kajian tentang perubahan penampilan dan perlakuan sepanjang kitaran haid telah menjadi lebih popular kebelakangan ini. Fikirkan kembali kitaran haid anda dan anda mungkin dapat mengesan bahawa separuh daripada yang berikut menjadi lebih ketara apabila anda mendekati ovulasi.

Rasa seksi dan suka memikat. Libido meningkat, perasaan riang dan lebih sosial adalah tanda-tanda yang anda berada di masa paling subur. Anda mungkin sedar akan peningkatan perasaan berahi semasa anda berada dalam fasa ovulasi di kitaran haid anda. Samada berkahwin atau tidak, semasa berada dalam ruang subur wanita suka keluar rumah, terutama ke tempat-tempat di mana mereka boleh bersosial dengan lelaki lain, bergurau dan cuba memikat. Jika berkahwin, anda mungkin sedar yang pada masa ini suami menjadi lebih cemburu dan lebih memberi perhatian.

Kelihatan bergetah, bergetah, bergetah! Kajian mendapati bahawa kedua-dua aspek iaitu perasaan berahi dan kecantikan diri iaitu daya-tarik meningkat semasa anda mendekati ovulasi. Kajian baru-baru ini melaporkan yang wanita menyatakan mereka merasakan diri lebih menarik dari segi rupa dan bentuk badan pada masa subur ini. Anda juga akan kelihatan menarik kepada orang lain sebab wanita lebih mengambil berat tentang kecantikan diri semasa mereka subur. Dengan tidak disedari, anda mungkin memilih baju yang menambahkan daya-tarik anda dan lebih berusaha berdandan dan menghias diri; dan wanita kelihatan lebih bergetah lebih hampir kepada ovulasi. Walaupun kita tidak fikir kita juga menggunakan peragaan seksual, seperti terdapat di dunia haiwan, namun, kita tetap menggunakan muslihat feminin kita untuk menarik perhatian jejaka yang utama dalam hidup kita.

Bau yang membuat lelaki gila. Anda bukan saja kelihatan cantik, bau anda juga amat, amat menghairahkan! Adalah didapati bahawa wanita berbau secara lebih menggodakan lelaki apabila mereka dalam fasa ovulasi berbanding masa-masa ruang subur telah berlalu. Anda mungkin menyangka yang tiada siapa mengetahui yang anda sedang ovulasi, tetapi feromon yang sememangnya ada, membuka rahsia.

Bagaimana untuk meningkatkan kebarangkalian konsepsi

Jika anda melakukan seks tanpa perlindungan setiap dua atau tiga hari, sperma yang mempunyai motiliti baik akan berada di tempat yang sesuai bila saja anda melalui ovulasi. Seks secara teratur sepanjang kitaran anda adalah kaedah yang pakar-pakar kesuburan syorkan untuk menambah kebarangkalian menjadi hamil. Jika melakukan hubungan asmara semasa mukus serviks anda berair dan licin, ini paling menggalakkan sperma, dan menambahkan kebarangkalian konsepsi. Anda akan merasa senang hati sebab mengetahui yang peluang untuk berjaya amat baik.

Bagi pasangan yang subur normal, terdapat 20 hingga 30 peratus kebarangkalian hamil bagi setiap kitaran. Ini bermakna di sekitar 84 peratus wanita yang melakukan seks teratur tanpa menggunakan kawalan kelahiran akan hamil dalam tempoh satu tahun. Jika mereka terus mencuba, separuh dari yang tidak berjaya akan hamil pada tahun berikutnya, menjadikan jumlah besar 92 peratus pasangan yang berjaya konsepsi dalam tempoh dua tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan