Rata-rata
orang Melayu hari ini berkulit sawo matang atau coklat kemerah-merahan. Warna
tersebut seakan-akan warna buah ciku yang sudah masak. Istilah ‘orang Melayu’
yang Penulis Blog maksudkan di sini bukan hanya sekadar meliputi orang Melayu di Malaysia sahaja, tetapi juga orang Melayu yang
terdapat di Singapura, Brunei Darussalam, Indonesia, Thailand dan juga Myanmar.
Namun begitu, apakah pendapat anda sekiranya Penulis Blog mengatakan
bahawa orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dahulukala asalnya
berkulit hitam?. Penulis Blog yakin, tentu ramai yang tidak percaya!
Mungkin ada di kalangan anda yang berfikir seperti ini - ‘bagaimana
orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dahulukala berkulit hitam,
sedangkan kita sebagai anak cucu atau keturunan mereka berkulit sawo
matang?’. Berikut adalah jawapannya...
Tarikh Patani
Selain bahasa Melayu, manuskrip Tarikh
Patani juga
kini boleh didapati dalam bahasa Inggeris
dan Thai.
|
“Adapun orang Melayu
(di Langkasuka) waktu itu rupa(nya) hitam-merah
atau hitam manis. Rupanya kecil
daripada orang Arab dan (orang) Parsi.”
Potongan ayat
di atas menyatakan kepada kita tentang bagaimanakah rupa asal orang Melayu
dahulukala di Semenanjung Tanah Melayu, khususnya di Langkasuka serta seluruh
tanah jajahannya. Mereka digambarkan sebagai bangsa yang berkulit hitam-merah
atau hitam manis. Warna kulit mereka ternyata berbeza daripada warna kulit kita pada hari ini. Jika sumber dari Tarikh Patani belum meyakinkan
anda, kita rujuk pula kepada sumber pensejarahan yang kedua.
Zhí Gòng Tú
Ilustrasi yang menggambarkan 12 orang duta
dari pelbagai negara, termasuklah Langkasuka.
|
Pada asalnya, Zhí Gòng Tú yang dihasilkan pada zaman
Maharaja Yuan ini mengandungi 25 potret yang menggambarkan duta-duta
dari pelbagai negara. Namun begitu, kini hanya tinggal 12 potret sahaja kerana
yang selebihnya sudah hilang atau tidak dapat dikesan lagi. Salah sebuah negara yang pernah menghantar duta
ke tanah besar China
ialah Langkasuka. Buktinya adalah seperti di bawah ini:
Potret yang menggambarkan seorang duta
berkulit hitam (tengah) yang berasal dari
Langkasuka.
|
Apa yang menarik mengenai gambar
atau ilustrasi di atas ialah warna kulit duta kerajaan Langkasuka di tanah
besar China.
Jika diperhatikan, kita akan mendapati bahawa warna kulit duta
tersebut ialah hitam. Sumber dari negara China ini telah membuktikan bahawa
apa yang diceritakan oleh Tuk Raja Faqih di dalam manuskrip Tarikh Patani
itu bukanlah rekaan semata-mata. Sebaliknya, ia adalah fakta sejarah!
Hitam Bertukar Sawo Matang
Empayar Langkasuka dan seluruh tanah
jajahannya.
|
“Syahdan, maka adalah
ka(h)win nikah tidak ada (di Langkasuka),
sebab itu pun bercampurlah (orang) Hindi (India), dan
(orang) Cina dan orang Melayu (Langkasuka).
Dan beranak cucu jadi orang campuran.
Dan orang Melayu (di Langkasuka) bercampurlah
keturunan zuriat. Tiada serupa dengan orang-orang Arab.”
sebab itu pun bercampurlah (orang) Hindi (India), dan
(orang) Cina dan orang Melayu (Langkasuka).
Dan beranak cucu jadi orang campuran.
Dan orang Melayu (di Langkasuka) bercampurlah
keturunan zuriat. Tiada serupa dengan orang-orang Arab.”
“Adapun orang-orang
Arab tidak bercampur. Tetapi (ada segelintir) orang-orang Arab datang ke
Langkasuka pun ada bercampur juga. Dan akhirnya adalah keturunan orang Arab (di
Langkasuka). Dan begitu juga orang-orang Parsi bercampur juga dengan
orang-orang Melayu (Langkasuka).”
“Dan banyaklah
orang-orang Arab datang berniaga dan duduk di negeri Patani (Langkasuka).
Dan orang-orang (Arab) itu bercampur kahwin dengan orang Melayu (Langkasuka).
Dan banyaklah keturunan mereka itu duduk di Patani (Langkasuka).”
Dan orang-orang (Arab) itu bercampur kahwin dengan orang Melayu (Langkasuka).
Dan banyaklah keturunan mereka itu duduk di Patani (Langkasuka).”
“Adapun orang-orang
Arab dan orang-orang Parsi itu pun banyaklah berkahwin dengan orang Melayu di
negeri Patani (Langkasuka). Dan orang Arab dan Parsi mana berkahwin itu bawa
isteri (yang berbangsa Melayu) ke negeri China dan Khemir (Khmer) kerana
berniaga ke negeri tersebut.”
“Adapun Raja Seri
Wijaya (Maharaja Srivijaya) mula masuk
(ke negeri) Langkasuka itu (lalu) berkahwin dengan anak
Raja Langkasuka. Dan (men)dapat anaknya
(yang) bernama (Raja) Bangsa.”
“Syahdan, adapun seorang puteri Raja Senggora (Raja Sanjura) itu
sangat-sangat cantik rupanya. Maka adalah saudagar orang Parsi
minta berkahwin (dengan puteri Raja Sanjura itu). Maka Raja Antirata,
raja negeri Patani (Langkasuka) (itu) pun mintalah (kepada Raja Sanjura).
Maka akhirnya berkahwin(lah) anak saudagar Parsi (itu) dengan
puteri Raja Senggora (Raja Sanjura) itu. Nama anak
saudagar Parsi itu (ialah) Sulaiman Syah.”
(ke negeri) Langkasuka itu (lalu) berkahwin dengan anak
Raja Langkasuka. Dan (men)dapat anaknya
(yang) bernama (Raja) Bangsa.”
“Syahdan, adapun seorang puteri Raja Senggora (Raja Sanjura) itu
sangat-sangat cantik rupanya. Maka adalah saudagar orang Parsi
minta berkahwin (dengan puteri Raja Sanjura itu). Maka Raja Antirata,
raja negeri Patani (Langkasuka) (itu) pun mintalah (kepada Raja Sanjura).
Maka akhirnya berkahwin(lah) anak saudagar Parsi (itu) dengan
puteri Raja Senggora (Raja Sanjura) itu. Nama anak
saudagar Parsi itu (ialah) Sulaiman Syah.”
Semua
perenggan ayat di atas telah membuktikan bahawa nenek-moyang kita
dahulukala
sudah mengamalkan perkahwinan campur dengan pelbagai bangsa asing
seperti India, Cina,
Parsi, Arab, Khmer serta Melayu Srivijaya dari Sumatera. Hasil dari
perkahwinan campur inilah, lahirnya kita semua hari ini yang
memiliki warna kulit sawo matang atau coklat kemerah-merahan.
Mungkinkah rupa asal nenek-moyang orang
Melayu
di Semenanjung Tanah Melayu seperti ini?
|
Menurut
Tarikh Patani juga, perkahwinan
campur di antara orang Melayu Langkasuka dengan bangsa asing dipercayai telah
berlaku sebelum kelahiran Nabi Isa A.S lagi. Berikut adalah petikan ayat yang
membuktikannya:
“Inilah kisah riwayat
hikayat Raja Langkasuka.
Raja (me)merintah hukumah (kerajaan) ini agamanya Hindu dan Brahman.
Raja (me)merintah hukumah (kerajaan) ini agamanya Hindu dan Brahman.
Ibu ‘ashimah (ibu kota)
(terletak) di negeri Kedah waktu sekarang.
Kita, nahnu (kami), tiada tahu bila mula,
lakin (tetapi) kata setengah-setengah orang tua,
Kita, nahnu (kami), tiada tahu bila mula,
lakin (tetapi) kata setengah-setengah orang tua,
(se)belum Nabi ‘Isa anak Mariam zahir (lahir),
orang-orang Cina (sudah) datang bertijarah (berdagang) di negeri ini.”
orang-orang Cina (sudah) datang bertijarah (berdagang) di negeri ini.”
Perenggan ayat di atas telah membuktikan bahawa amalan perkahwinan
campur di antara penduduk pribumi Langkasuka dengan bangsa asing telah
pun berlaku sejak lebih dari 2,000 tahun dahulu. Ini secara tidak
langsung telah mempengaruhi warna kulit orang
Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, yakni daripada warna asalnya (hitam)
kepada
warna sawo matang.
Sebelum
mengakhiri topik ini, Penulis ingin membuat EMPAT kesimpulan berdasarkan
bukti-bukti pensejarahan di atas iaitu:
- Nenek-moyang orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu pada asalnya berkulit hitam.
- Orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu telah mengamalkan perkahwinan campur dengan pelbagai bangsa asing sejak lebih dari 2,000 tahun dahulu, yakni sebelum kelahiran Nabi Isa A.S lagi.
- Orang Melayu di Kepulauan Sumatera dan Kepulauan Borneo sememangnya berkulit sawo matang sejak dari dahulu lagi. Ini membuktikan bahawa mereka TIDAK serumpun dengan orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu yang pada asalnya berkulit hitam.
- Ini sekaligus membuktikan bahawa orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu BUKANlah kaum pendatang dari Kepulauan Indonesia, sepertimana yang didakwa oleh pihak-pihak tertentu. Sebaliknya, orang Melayu (dan juga masyarakat Orang Asli) adalah penduduk asal di bumi Semenanjung yang bertuah ini.
Sumber Rujukan
- Pensejarahan Patani.
- Tarikh Patani.
- Zhí Gòng Tú (Potret-potret Persembahan Terbitan Berkala - Dinasti Liang).
- Laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan