Selasa, 28 Ogos 2012

CHIN PENG ADALAH PENGKHIANAT NEGARA DAN TIDAK BERHATI PERUT KEJAM DAN ZALIM




Sahabat pembaca obeyone.com, Syukur Alhamdulillah, Ketua pengkhianat dan pengganas yang telah membunuh ramai orang-orang Melayu yang tidak berdosa, telah tidak dibenarkan pulang dan menetap di negara ini apabila makamah Persekutuan menolak rayuannya. Sapertimana kita tahu Chin Peng membawa kesnya di mahkamah Pulau Pinang agar dia diterima pulang ke Malaysia.

Penerimaan Chin Peng kembali ke Malaysia ditentang hebat oleh ramai sanak saudara mangsa kekejaman Parti Komunis Malaya termasuk polis dan tentera yang cedera dan terkorban.Chin Peng juga merupakan orang yang bertanggung jawab dengan kegagalan Rundingan Baling dengan berkeras menuntut agar Parti Komunis Malaya diterima sebagai sebuah parti politik, walaupun telah ditawarkan pengampunan sebelumnya.
Chin Peng berhutang darah dengan orang Melayu dan sejarah hitam itu sentiasa diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi supaya sentiasa menjadi ingatan dan berwaspada agar orang Melayu tidak dicincang dan direbus sekali lagi. Penolakkan ini adalah satu penghormatan kepada bangsa Melayu.
Walaupun secara dasarnya aku tidak lah terlibat secara lansung dengan PKM ini baik melaui Ching Peng @ Ng Heng, Rashid Maidin ,Chin Tien,Musa Ahmad,Shamsiah Fakeh dan sebagainya tetapi kebanyakkan keluarga sebelah Ibu Dan Ayah aku banyak yang telibat dengan memerangi kegiatan mereka.
yup..benar keluarga sebelah Ibu dan Ayah ramai yang berkhidmat dengan pasukan Keselamatan baik POlis mahu pun Tentera dan ramai diantara mereka hanya tinggal nama dan kenangan sahaja. Banyak perkara kegiatan PKM ini di kongsi kan dengan aku semasa mereka hidup diketika aku kecil dahulu, yang akan memberi pengajaran kepada aku untuk meneruskan sisa sisa perjuangan mereka menegakkan keamanan cuma pada waktu,zaman dan cara yang berbeza.
Demi mu Malaysia, bangsa ku Melayu dan Agama Islam ku, Biar badan ku tinggal sekerat kan ku pegang sumpah janji ku dengan Erat.. InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan