Pada
malam 30 Ogos 1957, di Padang Kelab Selangor wakil-wakil UMNO, Pemuda
Perikatan, MCA dan MIC datang dari seluruh negara berarak dengan
menyibarkan bendera UMNO dan bendera negeri masing-masing. Di
tengah-tengah padang itu ada 3 batang tiang yang mengibarkan bendera
Umno di kanan, Union Jack di tengah, dan bendera perikatan di kiri.
Pada
malam menjelang 31 Ogos diadakan upacara menurunkan bendera Union Jack
dan menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu. Apabila jam besar
membunyikan locongnya sebagai tanda pukul 12 tengah malam semua lampu
ditutup. Kemudian dipasangkan semula bagi menandakan saat menjelangnya
kelahiran tarikh 31 Ogos 1957.
Tunku
Abdul Rahman diringi 30 motosikal oleh pasukan Pemuda Perikatan lalu
dibawa mengadap 3 tiang bendera itu. Ketika itu bendera Union Jack yang
menjadi simbol penjajahan British yang dijulang beratus-ratus tahun di
Tanah Melayu mulai diturunkan dengan iringan lagu kebangsaan Bristish
'God SAve The Queen' diiringi pekikan 'MERDEKA' yang gemuruh memecah
ruang angkasa.
Ucapan
Tunku : "Inilah ketika yang sehabis besar ertinya kepada umat Malaya;
kerana apabila berbunyi sahaja pukul 12 tengah malam, lahirlah sebuah
negara baru, satu bangsa yang akan berdiri bebas dan merdeka. Kepada
sekalian orang Malaya, inilah satu ketika yang amat bersejarah, satu
ketika yang sudah lama kita tunggu-tunggu. Kita berdoa ke hadrad Tuhan
SWT untuk kesejahteraan semua keturunan yang ada dalam negeri ini.
Inilah satu ketika untuk kita menyambutnya dengan perasaan syukur, riang
gembira. Marilah kita sekalian sujud menyembah Tuhan sama ada di masjid
bagi orang Isla atau di gereja bagi orang Kristian atau di mana-mana
rumah berhala mengikut kepercayaan masing-masing. Bersyukurlah kita
kepada Tuhan keana limpah rahmat yang dikurniakan kepada kita. Akhirnya
satu bintang baru yang bersinar telah terbit menerangi satu bangsa Asia
yang merdeka"
Kemudian
Tunku meneruskan ucapannya, "Kita telah berjuang untuk mencapai
kemerdekaan ini bukan dengan kekerasan tetapi dengan jalan perundingan
secara aman sehingga tercapai sebuah perlembagaan yang dipersetujui
bersama. Satu bangsa yang lahir dalam dunia ini dengan kemuliaan dan
kehormatan, insyaallah akan berkekalan dengan penuh kemakmuran,
kesenangan, dan kebahagian yang besar." Sebagai sebuah negara yang
merdeka dan berdaulat, Persekutuan Tanah Melayu akan bersekutu dengan
komenwel dan setaraf dengan negara-negara lain yang bebas.
Ucapan
ini disaksikan oleh beribu-ribu manusia ditamatkan dengan doa selamat
yang dibacakan oleh Tuan Haji Masud Hayati dan kemudian berisan
kehormatan berjalan dihadapan pentas memberi hormat kepada Tunku.
Satu
peristiwa yang didorong oleh semangat perwira kemerdekaan telah
berlaku, ketika semua yang hadir sedang menumpukan perhatian kepada
upacara menurunkan bendera Union Jack, seorang pemuda Melayu telah
meluru kebangunan sekretariat negeri Selangor yang berhadapan dengan
Padang Kelab Selangor yang kemudiannya memanjat tempat tergantungnya
bendera Union Jack dan serta merta merentap turun bendera itu daripada
tempatnya. Perbuatan itu berlaku tanpa disedari oleh sekelian yang
hadir, kecuali yang berdekatan dengan tempat tersebut.Walaubagaimanapun,
peristiwa itu telah menarik perhatian seorang wartawan Indonesia yang
berada disitu. Takala melihat gelagat pemuda itu, wartawan wanita
INdonesia itu berpaling kepada En Ibrahim Mahmood, pengarang MERDEKA dan
Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, yang kebetulan sedang berada
disebelahnya lalu bertanya, "Apa ini juga termasuk dalam acara
ini?"Maksudnya, adakah perbuatan menurunkan bendera Union Jack yang
tergantung di antara bendera-bendera yang menjadi hiasan bangunan
sekretariat negeri Selangor itu termasuk dalam upacara menurunkan Union
Jack secara rasmi. En. Ibrahim menjawab, "Itu adalah dorongan semangat
perwira hatinya sendiri. "Wah, aneh sekali," jawab wartawan wanita
Indonesia itu sambil mencatat peristiwa itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan