Berasa terpanggil untuk ajar semua perempuan
bagaimana untuk tukar tayar. Walaupun perempuan never ever akan tukar
tayar sendiri kalau ada kehadiran lelaki sekali, dan even kalau takde
lelaki, still never ever tukar sendiri sebab akan mengada dan terus call
siapa-siapa (kebarangkalian tinggi jantina lelaki juga) untuk datang
dan tolong. Tapi still, haruslah belajar menjadi independent woman.
Kalau taknak belajar kerja lelaki, takyah sibuk minta hak sama rata apa
jadah.
Walaupun
diri sendiri takde kereta takde lesen dan tak pernah drive sendirian
(eh ye ke? heh), tapi telah dibaling ke dalam situasi di mana tayar
kereta pancit, sebanyak dua kali. Kali pertama adalah bernasib baik
kerana ada Daddy, Khairi dan diri ini. Sudah tentu dua yang terlibat
merupakan Daddy dan Khairi. Namun nasib tidak selalu menyebelahi diri
kita.. Jadi kini saya akan ajar langkah senang nak tukar tayar. Sematkan
dalam hati, nanti suami pulang, anda dah boleh berlagak I dah pandai tukar tayar. Suami: Eh bila tayar you pancit? Isteri: Tak lah, I belajar kat belog Hanis. Hoh.
Mari Belajar Cara Tukar Tayar!
Gambar-gambar dari website ini.
1.
Langkah pertama, anda perlukan tayar yang pancit. Tiada tayar pancit
tidak perlulah anda bersusah payah nak tukar. Ini bukan macam spender
nak kena tukar selalu. Untuk memancitkan tayar bolehlah susun kulit
durian di atas jalan raya dan gerakkan kereta ke arahnya. Lagi satu cara
untuk pancitkan tayar ialah jadi seorang guru dan buat anak murid
bengang. Boleh cuba juga.
2.
Langkah dua, setelah dapat bentuk tayar yang diidamkan, anda perlukan
Jack dan juga Jill. Keropok untuk makan sambil tengok suami anda tukar
tayar. Kalau takde suami, anda perlukan jack sahaja.
3. Langkah ketiga, loose the screws for your tyre dulu (guna wheel brace),
kemudian masukkan jack bawah kereta berdekat dengan tayar. Pusing
batang jack tuh clockwise supaya kereta ternaik. Kena estimate
ketinggian sehingga anda rasa, tayar baru (yang bulat dan penuh angin)
muat untuk direplace.
4. Langkah empat, buka terus semua skru dan keluarkan tayar. Ambil tayar spare dan pasang.
5.
Langkah lima, untuk memasang tayar spare anda perlukan pertolongan
orang lain, kalau tak bersenamlah anda kat situ sorang2 sebab nak kena
balance tayar dan pada masa yang sama nak kena ketatkan skru. Gigih.
6. Langkah 6, dah habis ketatkan skru, habislah proses pemasangan tayar. Tapi jangan eksaited sangat sampai terus drive nak blah dari situ bagi melupakan kenangan pahit. Anda kena cabutkan jack dan simpan peralatan dulu. Selesai semua, make your way to the nearest kedai tayar untuk beli tayar baru atau tampal tayar.
* Dengan common sense,
skru takleh ketatkan masa kereta masih tinggi dijackkan ya. Kalau tak
selitkan info ini orang cam ingat saya taktau sebab tak percaya saya
pernah tukar tayar sendiri plak -_-
Warning! Bila tayar pancit jangan cuak, drive perlahan-lahan ke bahu jalan. Bahaya sebenarnya duduk melepak kat bahu jalan, jadi anda kena letak menatang tiga segi merah reflect cahaya tuh sejauh 50 meter dari belakang kereta, anda. Kalau takde benda tuh, gunalah dahan2 pokok ya.
Macam
yang terjadi pada saya kali kedua pengalaman tayar pancit. Waktu itu
keluar dengan Daddy dan Mama. Dua orang terlibat pastilah saya dan
Daddy. Memang derhaka kalau anak ada, tapi mak yang kena tolong tukar
T_TWarning! Bila tayar pancit jangan cuak, drive perlahan-lahan ke bahu jalan. Bahaya sebenarnya duduk melepak kat bahu jalan, jadi anda kena letak menatang tiga segi merah reflect cahaya tuh sejauh 50 meter dari belakang kereta, anda. Kalau takde benda tuh, gunalah dahan2 pokok ya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan