Sabtu, 29 September 2012

CARA MENGGUNAKAN ALAT PEMADAM API SEMASA BERLAKUNYA KECEMASAN


Kaedah Penggunaan Pemadam Api Mudah Alih


P- PULL (CABUT)
Cabut pin untuk melepaskan tuil.


A- AIM (HALA)
Hala nozel atau hos ke dasar api.


S- SQUEEZE (TEKAN)
Tekan tuil di atas pemegang untuk
bahan pemadam. Untuk menghentikan
bahan dari keluar, lepaskan tuil.


S- SWEEP (SAPU)
Gerakan nozel atau hos kekiri kanan.
Bergerak ke arah api dengan cermat.
Sebelum Melawan Api
Sebelum melawan api, pastikan
  1. Anda tahu menggunakan pemadam api.
  2. Mengenalpasti alat pemadam api yang sesuai dengan api itu.
  3. Api itu kecil, terbatas dan tidak merebak.
  4. Terdapat tangga turun yang tidak berhalangan atau laluan keluar.
  5. Semua orang telah meninggalkan kawasan, amaran api telah dibunyikan dan jabatan bomba telah dipanggil.
Bila api telah padam, jaga kawasan api dan sedia untuk mengulangi langkah-langkah itu jika api hidup semula.
Minta jabatan bomba untuk membuat siasatan terperinci walau anda telah memadamkan api.
Pastikan anda mendapat informasi dan arahan dari pembekal berkenaan dengan penggunaan alat pemadam api sebelum anda menggunakannya. 


 






Kelas-Kelas Api
 

KELAS-KELAS API

Umumnya, terdapat lima kelas api yang berlaku di rumah. Alat pemadam api dengan simbol piawai dan huruf kelas-kelas api ia boleh digunakan.

    
 
 
 
 
Api Kelas 'A':
Bahan-bahan boleh terbakar biasa, seperti kayu, pakaian, kertas, getah, kebanyakan plastik, dan lain-lain bahan mudah terbakar.
Api Kelas 'B':
Cecair boleh terbakar. Termasuk gasolin, minyak, pelincir, tar, cat minyak, pelincir, dan gas mudah terbakar.
Api Kelas 'C':
Termasuk cecair boleh terbakar seperti minyak tanah, minyak dan sesetengah cat dan pelarut.
Api Kelas 'D':
Logam boleh terbakar. Termasuk magnesium, aluminium, lithium dan lain logam atau abuk logam boleh terbakar.
Api kelas 'E':
Peralatan bercas letrik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan