Budaya politik ganas atau budaya politik kurang ajar bukannya perkara
baru dalam negara kita. Ianya telah dipelopori oleh DAP sejak tahun 1969
lagi. Kerana budaya politik kurang ajar yang dibawa DAP itulah wujudnya
peristiwa 13 Mei 1969.
Orang ramai masih ingat bagaimana DAP nak sapu melayu di Kampung Baru serta bagaimana orang-orang DAP kencing depan pelajar-pelajar perempuan.
Belajar dari kesilapan dan keghairahannya pada tahun 1969 membuatkan DAP diam seketika. Sejak tahun 1969 hingga tahun 1998 budaya politik ganas atau politik kurang ajar boleh dikatakan tiada langsung sehinggalah Anwar dipecat pada tahun 1998.
Dari tahun 1998 itulah bermulanya kembali budaya politik kurang ajar
atau politik ganas. Sebelum itu orang ramai nak tengok kenderaan meriam
air FRU pun susah. Tetapi selepas tahun 1998 kenderaan tersebut bukan
lagi sesuatu yang pelik. Budak-budak kecil pun dah kenal. Budaya kurang
ajar dikalangan rakyat Malaysia dan sikap tidak menghormati pihak
berkuasa semakin menjadi-jadi sekarang ini. Semuanya kerana didikan dari
pembangkang.
Jika dulu orang ramai kalau lihat polis mereka ada perasaan hormat dan
sebagainya. Tetapi selepas tahun 1998 orang yang ditahan polis pun
berani maki polis. Mereka tak takut atau tak hairan kerana jika kena
tangkap pasukan-pasukan peguam PKR, PAS dan DAP sudah bersiap sedia
untuk membela mereka.
DAP kembali menunjukkan belangnya selepas PRU 2008 dan kini ianya semakin menjadi-jadi. Mereka menjadi semakin berani kerana setiap tindakan mereka akan dipertahankan oleh PAS serta PKR.
DAP kembali menunjukkan belangnya selepas PRU 2008 dan kini ianya semakin menjadi-jadi. Mereka menjadi semakin berani kerana setiap tindakan mereka akan dipertahankan oleh PAS serta PKR.
Minggu lepas heboh diperkatakan tentang gambar sekumpulan orang yang
menyambut malam Merdeka yang dianjurkan parti pembangkang memijak-mijak
gambar PM.
Sebelum ini anda pernah dengar budaya politik pijak-pijak gambar seperti itu ?
Saya tidak tahu anda pernah dengar atau tidak , tetapi saya sendiri
tidak pernah dengar dan lihat. Kali pertama saya dengar dan saya lihat
budaya politik pijak memijak gambar semasa berlaku pertukaran kerajaan
di Perak tahun 2009.
Bunting-bunting yang digantung di Bandar Ipoh yang memaparkan Datuk
Najib mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina telah diturunkan dan
dipijak-pijak oleh penyokong pembangkang.
Ipoh awal 2009 |
Hujung tahun 2009 pula gambar tiga Adun Perak yang keluar parti
dilekatkan di lantai pintu masuk dewan untuk majlis Kovensyen DAP Perak
telah dipijak-pijak oleh orang-orang DAP termasuk Lim Kit Siang
sendiri.
Ipoh hujung 2009 |
Benda-benda yang dimulakan oleh DAP itulah yang menjadi ikutan oleh
pihak-pihak lain pula tidak kira sebelah sana atau sebelah sini. Kalau
tiada pihak yang mulakan ianya tidak akan menjadi satu budaya.
Dalam kes seorang wanita cina di Johor yang memijak gambar PM pada malam Merdeka, siapa yang tukang membelanya ?
Tidak lain tidak bukan adalah DAP.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan