Rasa terpanggil untuk berkongsi satu artikel yang aku baca di blog Azri.my yang bersumber dari artikel asal oleh 2dayblogger
berkaitan isu kiamat berlaku pada tahun 2012 dan tanda tanda besar yang
akan berlaku pada pertengahan Ramadhan ini. Satu perkongsian menarik
untuk dibaca oleh semua sebab isu ini dah semakin besar apabila ramai
yang mula mempercayai “sesuatu” akan terjadi walhal semua yang terjadi
adalah takdir dari Allah dan perkara kiamat itu sendiri bukanlah sesuatu
didalam kemampuan kita sebagai manusia . Tidak salah kita bersedia
menghadapi segala kemungkinan kerana kiamat itu pasti akan berlaku bila
bila masa sahaja kerana tanda tanda telah ditunjukkan, seperti Bunyi Dari Langit Satu Iktibar Dan Peringatan–Mufti Perak dan Tasik Tibriyyah (Galilee) Semakin Kering Petanda Dajjal Semakin Hampir . Tetapi SALAH kita mempercayai ramalan ramalan yang tidak berasas dan dari sumber yang lemah. Semoga mendapat manfaat.
Ramalan Malapetaka Kiamat Bermula Pada Bulan Ramadhan 2012
Lebih
dari 350 judul buku menceritakan mengenai dunia akan berakhir pada
tahun 2012. Tahun 2012 merupakan tahun yang diramalkan akan berlaku
Kiamat. Khabaran ini dapat dilihat dari cerita fisyen sains yang
berjudul 2012 arahan Roland Emmerich yang telah memulakan pengambaran
pada bulan Ogos 2008 di Vancouver.
Kebanyakkan
cerita-cerita ini berpunca dari ahli astronomi dan agamawan. Realiti
yang berlaku sekarang seolah-olah memberitahu kita bahawa dunia sudah
hampir kepada penamatnya, dengan berlakunya gempa bumi dan tsunami yang
hebat di Jepun baru-baru ini.
Bagi
segelintir umat Islam pula, kedatangan Ramadhan 2012 merupakan
titik-titk bermulanya tanda Kiamat besar. Mereka percaya bahawa
peristiwa itu akan berlaku pada pertengahan bulan Ramadhan 2012 pada
hari Jumaat.
Kepercayaan
ini timbul dari beberapa riwayat yang menceritakan tentang akan
kedengaran “suara jeritan yang kuat” pada bulan Ramadhan. Salah satu
riwayat yang popular dikatakan riwayat dari Abdullah bin Mas’ud ra.
bahawa Rasulullah saw. bersabda:
عن
النبي صلى الله عليه وسلم قال إذا كان صيحة في رمضان فإنها تكون معمعة في
شوال وتميز القبائل في ذي القعدة وتسفك الدماء في ذي الحجة والمحرم وما
المحرم يقولها ثلاثا هيهات هيهات يقتل الناس فيها هرجا هرجا قال قلنا وما
الصيحة يا رسول الله قال هذه تكون في نصف من رمضان يوم جمعة ضحى وذلك إذا
وافق شهر رمضان ليلة الجمعة تكون هدة توقظ النائم وتقعد القائم وتخرج
العوائق من خدورهن في ليلة جمعة سنة كثيرة الزلازل والبرد فإذا وافق رمضان
في تلك السنة ليلة جمعة فإذا صليتم الفجر يوم جمعة في النصف من رمضان
فادخلوا بيوتكم وسددوا كواكم ودثروا أنفسكم وسدوا آذانكم فإذا أحسستم
بالصيحة فخروا لله سجدا وقولوا سبحان القدوس سبحان القدوس ربنا القدوس فإنه
من فعل ذلك نجا ومن ترك هلك .
“Apabila
kedengaran jeritan (Sayha) pada bulan Ramadhan, maka akan berlaku
huru-hara dalam bulan Syawal, dan kabilah-kabilah akan membentuk
kumpulan dalam bulan Zulkaedah, dan berlaku pertumpahan darah pada bulan
Zulhijjah dan Muharram! Apa yang dilarang/haramkan? “Berkata tiga
kali,” Oh, Oh! Rakyat akan dibunuh dalam pembunuhan beramai-ramai secara
besar-besaran “Telah berkata:” Kami berkata: “Apakah Sayha (menjerit),
Wahai Rasulullah?” Beliau berkata: “Ia akan berlaku di pertengahan
Ramadan pada pagi Jumaatnya. Berlaku pada pada Ramadan malam Jumaat,
dimana satu bunyi yang kuat (Hadda) akan berlaku, yang akan menyedarkan
orang yang sedang tidur, wanita muda akan dibawa keluar dari bilik
mereka, pada malam Jumaat dimana sepanjang tahun tersebut banyak gempa
bumi (dan sangat sejuk). Oleh itu, apabila Ramadhan bermula pada malam
Jumaat pada tahun itu, dan anda telah selesai solat Subuh pada hari
Jumaat pertengahan Ramadan, ,akan masuklah kedalam rumah, tutup pintu
anda, tutup tingkap anda, selimut diri kamu sendiri, dan sumbat telinga
anda. Apabila anda mendengar jeritan, turun sujud kepada Allah dan
berkata: “Subhanal-Quddus, subhanal-Quddus, rabbunal-Quddus (Maha Suci
kepada kemuliaan yang Maha Suci, Maha Suci, Tuhan kami yang Maha Suci).
“barangsiapa yang berbuat demikian akan kekal selamat, dan yang tidak
melakukan akan musnah” [Kitab al-Fitan, Nuaim bin Hammad]
Riwayat
ini membicarakan bahawa peristiwa ini akan berlaku pada hari Jumaat di
pertengahan bulan Ramadhan. Menurut kalendar, hari Jumaat 15 Ramadhan
dijangka jatuh pada tarikh 3 Ogos 2012.
Tahun
2012 juga menurut kalendar kaum Maya dan terbongkarnya kod rahsia
didalam kitab Injil Perjanjian lama mengatakan dunia akan berakhir pada
21 Disember 2012. Menurut kaum Maya, bumi akan berdepan dengan satu
malapetaka yang amat besar yang menyebabkan kehancurannya pada tahun
2012, dan ia akan muncul semula selepasnya.
Pada
tahun 1994 , sekumpulan penyelidik dikatakan telah menemukan kod rahsia
dari Kitab Injil Perjanjian Lama yang mengatakan bahawa bumi akan
menghadapi kehancuran, dimana akan berlakunya perlanggaran asteroid
dengan bumi.
Ada
juga dikalangan astrologi yang mempercayai bahawa PlanetX atau Nibiru
akan memberi kesan yang hebat kepada bumi, Tidak akan berlaku
perlanggaran diantara bumi dan Nibiru, akan tetapi planet ini mempunyai
kuasa magnetik kuat yang boleh mengganggu stabiliti bumi apabila ia
berada berdekatan dengan bumi.
Komen terhadap hadith
Hadith
diatas tadi (mengenai peristiwa hari Jumaat 15 Ramadhan) ini
dikeluarkan oleh Nuaim bin Hammad didalam kitab al-Fitan, dimana
sanadnya ada seorang yang bernama Ibn Lahee’ah yang sangat buruk ingatannya.
Terdapat juga didalam sanad tersebut Abdul Wahhab yang dikatakan majhul
(tidak dikenali) sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn Hajar dan
al-Hakim (Lisan al-Mizan). Terdapat juga didalam sanad tersebut individu
yang bernama Muhammad bin Thabit al-Banaani yang dianggap lemah oleh
Ibn Hibban dan Ibn ‘Adi.
Menurut
Shiekh Sulaiman bin Nasir al-Ulwan, hadith ini lemah dan terdapat
didalamnya orang-orang yang diragui, dan kita tidak boleh bergantung
kepada riwayat tersebut. Hadith yang dinyatakan diatas menurut Dr Salman
Audah, didalam ruangan fatwanya di islamtoday (2009), kesemua
hadith-hadith yang menceritakan tetang suara jeritan yang kuat pada
pertengahan Ramadan statusnya Sangat Lemah (Dhaef Jiddan) dan Palsu
(Maudu’). Menurut al-Zahabi didalam Kitabnya Siar A’lam Nubala’, hadith
ini Palsu, dan matannya (isi kandungan) pelik (gharib) dan tidak boleh
digunakan untuk berhujah. Ibn al-Jawzi juga menghimpunkan riwayat ini
didalam kitab al-Maudhuaatnya sebagai status Palsu.
Secara
teknikal didalam ilmu hadith, riwayat diatas tidak boleh dijadikan
sandaran, kerana statusnya samada sangat lemah atau palsu. Hadith ini
tidak boleh digunakan untuk menjadi kayu ukur mengenai tarikh berlakunya
kiamat.
Menafikan teori kalendar Maya dan planet Nibiru
Menurut
seorang pakar pengkaji kaum Maya, Mark Van Stone, tidak ada sebarang
petunjuk didalam kaum Maya atau Aztec yang mencadangkan wujudnya
perubahan apa-apa pada tahun 2012.
Menurut
Susan Milbrath, kurator Seni dan Arkib Amerika Latin yang berpusat di
Muzium Florida berkata : Kami tidak mempunyai rekod atau maklumat bahawa
puak Maya boleh berfikir yang dunia akan tamat pada tahun 2012. Sandra
Noble, Pengarah Eksekutif Yayasan Kajian Mesoamerican, mengatakan bahawa
perkara ini adalah satu fabrikasi dan menjadi peluang untuk orang
menjana duit. Menurut pihak NASA, malahan 21 Disember 2012 tidak wujud
didalam calendar Maya.
Pihak
NASA juga mengatakan bahawa tidak ada tanda-tanda planet akan terkeluar
dari paksinya sekurang-kurangnya untuk beberapa dekad yang akan datang.
Bumi tidak mungkin akan keluar dari orbitnya pada tahun 2012.
Memang
setiap tahun Bumi dan Matahari menyelaraskan (align) kearah kedudukan
tengah Galaksi Milky Way, akan tetapi ini merupakan kejadian tahunan
yang tidak memberi kesan kepada apa-apa..
Mengenai
apakah benar-benar Planet X atau Nibiru wujud? Pihak NASA mengatakan
bahawa ini merupakan penipuan internet. Tidak ada dasar kenyataan
mereka. Jika benar Planet X benar wujud dan menuju kearah bumi pada
tahun 2012, maka sudah tentu ramai para astronomi sudah mengenal pasti
planet ini dan planet itu sendiri dapat dilhat dengan mata kasar kerana
tahun 2012 akan muncul tidak lama lagi.
Fenomena
ini juga dikaitkan dengan kalendar Maya ini. Pernah Mei 2003 dikatakan
kiamat akan berlaku, namun tidak berlaku apa-apa dan tarikh itu telah
dipindahkan ke 2012.
Sikap orang Islam
Jika
kita di tanya dengan soalan bilakah akan berlaku kiamat? Katakan :
hanya Allah yang mengetahui. Sains tidak mungkin dapat menjangka dengan
tepat bilakah akan berlaku kiamat. Firman Allah swt :-
إِنَّ
السَّاعَةَ آتِيَةٌ أَكَادُ أُخْفِيهَا لِتُجْزَى كُلُّ نَفْسٍ بِمَا
تَسْعَى. فَلَا يَصُدَّنَّكَ عَنْهَا مَنْ لَا يُؤْمِنُ بِهَا وَاتَّبَعَ
هَوَاهُ فَتَرْدَى.
“Sesungguhnya
hari kiamat itu tetap akan datang, yang Aku sengaja sembunyikan masa
datangnya supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang dia usahakan. Maka
janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang
tidak beriman kepadanya serta dia menurut hawa nafsunya; kerana dengan
itu engkau akan binasa. Maka janganlah engkau dihalangi daripada
mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta dia menurut
hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa.” [surah Taha : 15 -
16].
Banyak sekali petanda-petanda yang menunjukkan hari Kiamat akan berlaku, akan tetapi tiada siapa yang tahu melainkan Allah.
Ramalan-ramalan
yang didapati di internet yang menunjukkan 2012 akan berlaku kiamat
adalah sama sahaja seperti ramalan kiamat yang sepatutnya berlaku pada
tahun 2000 dan jelas tiada apa pun terjadi. Ini menunjukkan bahawa hanya
Allah swt sahaja yang tahu bilakah masanya. Firman Allah swt :
يَسْأَلُونَكَ
عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ
رَبِّي لَا يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلَّا هُوَ ثَقُلَتْ فِي
السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَا تَأْتِيكُمْ إِلَّا بَغْتَةً يَسْأَلُونَكَ
كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ اللَّهِ
وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
“Mereka
bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: Bilakah masa
datangnya? Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada
di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan
kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu
amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di
bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut. Mereka
bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah:
Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah,
tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. ” [surah al-'Araaf : 187].
Bagi
kita yang beriman dengan apa yang Allah turunkan (al-Quran), seharusnya
kita tidak mudah mempercayai berita-berita yang tersebar diinternet.
Mungkin ada yang bertanya, bukankah realitinya banyak sekali berlakunya
gempa bumi disana-sini dan baru-baru ini dunia dikejutkan oleh tsunami
yang berlaku di Jepun, bukankah itu petanda kiamat?
Benar,
Islam mengajar kita akan alamat-alamat kiamat, sehinggalah turunnya
nabi Isa as. Pokok persoalan yang dibincang adalah penetapan tarikh
kiamat. Malah, kematian Nabi Muhammad :saw itu sendiri menandakan bumi
sudah sampai penghujungnya. Baginda adalah penutup segala Nabi, dan
sudah tentu kematian baginda menandakan bila-bila masa akan berlaku
kiamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan