SETIAP individu mempunyai masa silam yang sudah dilalui sama ada baik
atau buruk, dosa atau pahala yang diperoleh. Namun, perkara dosa yang
telah dilakukan tidak perlu diungkit apatah lagi menyebarkan kepada
orang lain kerana berbangga dengan maksiat itu.
Islam menganjurkan umatnya melupakan masa silam yang penuh kegelapan
dengan bertaubat dan kembali ke pangkal jalan kerana semua manusia akan
melalui kesilapan dalam perjalanan kehidupan mereka.
Sabda Baginda SAW: “Sesiapa yang menghadapi masalah ini (dosa lampau), maka hendaklah memohon supaya ditutup oleh Allah SWT.” (Hadis riwayat Malik dan Hakim)
Sabda Baginda SAW lagi: “Setiap anak Adam akan melakukan kesalahan dan sebaik-baik mereka ialah yang bertaubat.”
Sabda Baginda SAW: “Sesiapa yang menghadapi masalah ini (dosa lampau), maka hendaklah memohon supaya ditutup oleh Allah SWT.” (Hadis riwayat Malik dan Hakim)
Sabda Baginda SAW lagi: “Setiap anak Adam akan melakukan kesalahan dan sebaik-baik mereka ialah yang bertaubat.”
Kita hendaklah yakin dengan rahmat dan keampunan Allah SWT kerana
kita sentiasa diberi peluang untuk berbuat demikian walaupun dalam
keadaan genting.
Firman Allah SWT: “Dan apabila mereka melakukan perkara dosa atau
menzalimi diri sendiri, lalu segera mengingati Allah dan bertaubat atas
segala kesalahan mereka.” (Surah Al-Imran, ayat 135)
Sebuah hadis qudsi dari Baginda SAW yang bermaksud: “Allah bersabda:
Wahai anak Adam, jika kamu banyak berdosa sehingga menjangkau langit
sekalipun dosamu itu, lalu kamu memohon keampunan-Ku, nescaya akan Ku
perkenankan.” (Hadis riwayat Tirmizi)
Daripada Umar, bahawa beliau sedang masuk kepada seorang Ansar yang sedang nazak dan di sisinya Baginda SAW. Baginda menyuruh dia bertaubat tetapi mulutnya sudah tidak dapat berkata-kata tetapi matanya mengarah ke langit seolah-olah menyahut seruan Baginda SAW. Lalu Umar melihat Baginda tersenyum dan Umar RA bertanya: Kenapa engkau tersenyum wahai Rasulullah? Baginda menjawab: “Pesakit ini tidak dapat bertutur tetapi memberi isyarat dengan matanya dengan hati yang tulus suci lalu beliau diampunkan.” (Durratul Majalis).
Daripada Umar, bahawa beliau sedang masuk kepada seorang Ansar yang sedang nazak dan di sisinya Baginda SAW. Baginda menyuruh dia bertaubat tetapi mulutnya sudah tidak dapat berkata-kata tetapi matanya mengarah ke langit seolah-olah menyahut seruan Baginda SAW. Lalu Umar melihat Baginda tersenyum dan Umar RA bertanya: Kenapa engkau tersenyum wahai Rasulullah? Baginda menjawab: “Pesakit ini tidak dapat bertutur tetapi memberi isyarat dengan matanya dengan hati yang tulus suci lalu beliau diampunkan.” (Durratul Majalis).
Janganlah sekali-kali kita sebarkan apa yang sudah terlanjur dalam
kehidupan kerana ia akan menimbulkan fitnah dan seterusnya melunturkan
semangat serta azam untuk maju pada masa depan. Perkara itu tidak perlu
dibanggakan kerana soal maruah dan kehormatan menyerlahkan kelemahan.
Ingatlah bahawa berbangga dengan maksiat adalah satu dosa dan inilah
fenomena yang akan berlaku ketika dunia berada di akhir zaman. Apa lagi
perkara maksiat itu dilakukan secara terang-terangan dan dianggap
perkara biasa dalam sesebuah masyarakat.
Inilah perkara dibimbangi Baginda SAW ketika datangnya peristiwa
hampirnya kiamat yang membawa petanda demikian. Melakukan maksiat secara
terang-terangan adalah salah satu petanda daripada tanda kiamat.
Baginda SAW berkata, keadaan itu kini sudah menular dalam kalangan
masyarakat di mana kita dapati maksiat menjadi perkara biasa malah
menjadi satu kebanggaan jika maksiat itu diketahui umum.
Kemajuan teknologi digunakan untuk merealisasikan penyebaran ini
dengan merakam aksi panas untuk tatapan umum atau melalui e-mel, telefon
dan lain-lain. Ini menjadi satu perkara biasa dalam masyarakat.
Sabda Baginda SAW bermaksud: “Ketika dunia berada hampir di
penghujungnya, kamu dapati maksiat dilakukan secara terang terangan.
Zina dilakukan dengan sewenang-wenangnya persis seperti perilaku haiwan.
Yang tinggal hanyalah manusia yang keji dan buruk perangainya. Ketika
itulah berlakunya kiamat.” (Hadis riwayat Muslim)
Islam adalah agama yang prihatin, menjaga serta berusaha menutup
keburukan orang lain dalam mencari keredaan Allah SWT dan sentiasa
berpegang kepada prinsip menjaga keaiban serta nasihat menasihati antara
satu sama lain.
Mereka yang berusaha menutup keaiban orang lain akan mendapat
anugerah terbaik di akhirat kelak di mana segala keburukannya akan
ditutup oleh Allah SWT.
Sabda Baginda SAW: “Sesiapa yang menutup keaiban seseorang semasa di
dunia, maka Allah SWT akan menutup keaibannya di akhirat.” (Hadis
riwayat Bukhari dan Muslim)
Ibnu Hajar berpendapat bahawa maksud hadis ini adalah berusaha
menutup keaiban orang lain supaya tidak diketahui orang ramai. Sikap
suka mencari keburukan orang lain dan menyebarkannya dengan tujuan buruk
adalah perkara dibenci Allah SWT dan haram hukumnya di sisi agama
Islam.
Daripada Nafi’ dan Ibnu Umar, Baginda SAW naik mimbar dan menyeru
dengan suara yang lantang dalam sabda: “Wahai mereka yang mengaku
dirinya beriman, janganlah kamu menyusahkan orang lain, janganlah kamu
memalukan mereka serta berusaha mencari keburukan mereka serta
menyebarkannya kerana Allah tidak akan melepaskan kamu dan keburukanmu
akan terserlah walau di mana kamu berada.” (Hadis riwayat Tirmizi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan