Ilustrasi pelukis mengenai operasi Curiosity di permukaan planet Marikh pada 5 Ogos lalu. Imej kredit : KOSMO.
Gambar-gambar yang dihantar kenderaan robotik Curiosity menunjukkan Marikh kelihatan seperti sebuah planet mati, lapor akhbar The Sun kelmarin. Berdasarkan gambar-gambar berwarna yang dihantar kenderaan itu, permukaan planet tersebut tandus dan berbatu-batu.
Gambar-gambar itu dihantar ke sebuah makmal Pentadbiran Aeronautik dan
Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat di sini. Tiada pokok
kelihatan di permukaan Marikh berdasarkan gambar-gambar yang dihantar
Curiosity. Bukit-bukau yang terdapat di planet itu menunjukkan ia
digambarkan mirip Gurun Mojave di California, Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, para saintis percaya permukaan tanah di planet tersebut
tidak tebal sekali gus membolehkan kenderaan itu menggerudi dengan
mudah. Menurut seorang saintis, John Grotzinger, tujahan roket kenderaan
robotik itu menyebabkan terbentuk parit sepanjang 0.5 meter di
permukaan Marikh.
"Ia kelihatan seperti kami dapat menyaksikan batuan dasar planet
Marikh," katanya yang merupakan saintis dari Institut Teknologi
California yang berkhidmat untuk misi NASA itu. Kenderaan robotik itu
mendarat di Marikh pada 5 Ogos lalu dengan misi selama dua tahun untuk
mencari sebarang tanda kewujudan kehidupan.
Gambar pemandangan tandus berlatarbelakangkan banjaran gunung di planet Marikh yang diedarkan oleh NASA paad 9 Ogos lalu. Kredit : NASA.
Ia mendarat di Kawah Crater yang mempunyai pemandangan Gunung Sharp dan
jerebu. Kos projek yang dikendalikan NASA itu ialah AS$2.5 bilion
(RM7.8 bilion). Kenderaan robotik berkuasa nuklear itu mengharungi
penerbangan sejauh 566 juta kilometer selama lapan bulan sebelum tiba di
Marikh.
Gambar-gambar itu dihantar menerusi dua satelit NASA yang mengorbit
Marikh selepas dirakamkan Curiosity. Setakat ini, pihak kawalan misi
robotik percaya kenderaan robotik itu bertindak balas terhadap setiap
arahan yang telah diberikan. Pengarah misi Curiosity, Michael Watkins
memberitahu, selepas tiga hari kenderaan tersebut berada di Marikh, ia
melakukan setiap aktiviti tanpa sebarang halangan.
Selain mencari kewujudan benda hidup di Marikh, kenderan robotik
sebesar sebuah kereta itu akan menganalisis tanah dan sampel organik
selain mengesan kehadiran air serta mengenal pasti unsur-unsur kimia pad
batu-batu dan tanah.
Pada Julai lalu, sekumpulan ahli astronomi yang menggunakan teleskop
NASA dilaporkan telah menemui satu sistem suria yang hampir sama dengan
Bumi. Sistem itu mempunyai beberapa buah planet yang mengelilingi
Matahari. Ia terletak kira-kira 10,000 tahun cahaya dari Bumi - Agensi
|
||
KERAJAAN MALAYSIA MEMANG ZALIM KEPADA RAKYAT SATU MALAYSIA TIDAK MEMBERI PELUANG KEPADA RAKYAT MALAYSIA MENGGUNAKAN PARABOLA TVRO DI UTAMAKAN KEPADA MAHARAJA FIRAUN,MENTERI,HOTEL DAN KEDUTAAN ASING.MALAYSIA ADALAH SEBUAH NEGARA CELAKA DAN HARAM JADAH.ALLAH SWT PATUT TURUNKAN BALA DAN LAKNAT DI NEGARA MALAYSIA HARAM JADAH.MALAYSIA ADALAH SEBUAH NEGARA SYAITAN DAN IBLIS PENGHISAP DARAH RAKYAT MALAYSIA.BENDERA MALAYSIA PATUT DI BAKAR DAN DI PIJAK.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan