Sejarah realiti peperangan di medan perang
Tanah Merah Daerah Pendang, Kedah Darul Aman, Malaysia pada tahun 1876 Masihi
di antara tentera Raja Buddha Thailand Rama V Chakri Sukho Thai Chulalongkorn
dengan tentera Raja Islam Melayu Siam Malacca Benua Siam Kedah Nai Long Sultan
Jaafar Muadzam Shah.
Kesan-kesan bukti sejarah realiti
nama tempat-tempat berbahasa Melayu Siam Malacca Benua Siam Kedah.
Dinamakan Tanah Merah Pendang Kedah
pada tahun 1876M. Tanah Merah Pendang Kedah - tanah menjadi merah di
tempat tersebut oleh kerana banyaknya darah manusia mangsa peperangan tersebut
tumpah ke bumi 'Tanah Merah Pendang Kedah'. Pendang dalam bahasa Siam bermakna
'bunyi senapang'.
Dalam peperangan tersebut, Raja
Melayu Siam Malacca Benua Siam Kedah dibantu oleh tentera Islam Majapahit
Indonesia maka tempat penempatan tentera Majapahit tersebut digelar Kampung
Majapahit Tanjong Radin daerah Pendang Kedah. Tentera Islam Patani ditempatkan
di Kampung Patani Guar Kepayang Tanah Merah daerah Pendang Kedah. Tentera Islam
Melayu Siam Malacca Benua Siam Kedah ditempatkan di Pelabuhan Tok Pija Nai Long
Sultan Jaafar Muadzam Shah di Padang Besar Kweng We Tobiar Mukim Tobiar daerah
Pendang Kedah.
Di sini terdapat sebuah tongkang
purba telah ditemui oleh ahli Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Kedah Darul
Aman, Malaysia. Tempat tersebut digelar dengan bahasa Melayu pelat Siam sebagai
'Alor Berala' bermaksud Alor Berhala Buddha Thailand. Dan tidak jauh dari
kawasan tersebut digelar dalam bahasa Siam 'Bang Ba Rak' bermaksud 'Kuala Gila
Mencantas' dalam bahasa Melayu.
Pada zaman ini tahun 1876M, Perdana
Menteri Melayu Siam Malacca Benua Siam Kedah ialah Sultan Muhammad I Kelantan
Nik Diah @ Paduka Seri Sultan Ngah Haji Muhammad Diah yang bersemayam di
Kampung Alor Pak Ngah, Mukim Tajar, Kota Star, Kedah atau beliau dikenali
sebagai Keramat Tok Bai @ Tak Bai. Permaisurinya bernama Dato' Nai Mariam binti
Syeikh Abdul Latif ulamak Nusantara, putera kepada Paduka Seri Sultan Iskandar
Riau Johor @ Koya Fai mangsa Musuh Bisik 1821M yang mana makam al-marhum berada
di dalam Kota Mengkuang, Wang Tepus, Kubang Pasu Kedah.
Pada tahun 1876M tentera Raja Buddha
Thailand telah membunuh Raja Melayu Siam Malacca Benua Siam Kedah di Gurun,
Kedah Darul Aman, Malaysia. Maka negeri Kedah dijajah oleh tentera Raja Buddha Thailand
selama 5 tahun kemudian mereka mewujudkan negeri Kedah Darul Aman dan Sultan
Abdul Hamid Halim Shah dilantik menjadi Sultan Kedah darul Aman yang pertama di
tahun 1881M.
Hubungan persaudaraan di antara
Sultan Abdul Hamid Halim Shah dengan Sultan Muhammad I Kelantan ialah Sultan
Abdul Hamid Halim Shah berketurunan Paduka Seri Sultan Abdullah Mukaram Pulau
Pinang dan Sulatan Muhammad I Kelantan berketurunan Tengku Long Putra Sultan
Legeh, yang bersemayam di Kampung Raja Legeh, Ayer Lanas, Kelantan. Manakala
Paduka Seri Sultan Abdullah Mukaram pula bersemayam di Istana Bukit Gelugur,
Pulau Pinang semasa menjadi Raja Daerah Pulau Pinang Siam Malacca Benua Siam
Kedah. Pada tahun 1786M Paduka Seri Sultan Abdullah Mukaram 'belot' dengan
menyerahkan daerah Pulau Pinang Siam Malacca Benua Siam Kedah kepada penjajah
Inggeris. Manakala Paduka Seri Dato' Raja Long Putra kekanda Abdullah Mukaram
menjadi Raja Legeh Siam Malacca Benua Siam Kedah dibunuh pada tahun Musuh Bisik
1821M di Kepala Bendang, Mukim Tualang, Kedah oleh tentera Raja Buddha Thailand
Rama V Chakri Sukho Thai.
Pada tahun 1881M pihak penjajah
Thailand mewujudkan negeri Kedah Darul Aman dan Chulalongkorn melantik
menantunya yang berkahwin dengan Mak Enchik manjalara Raja Perempuan Thai
Negeri Kedah darul Aman iaitulah Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Sultan Abdul
Hamid Halim Shah dipaksa oleh penjajah Thailand supaya menceraikan dam membunuh
isterinya yang bernama Nai Sofea @ Syarifah Sofea yang merupakan anak saudara
Maharaja Islam Melayu Sultan Jaafar Muadzam Shah, Sultan Melayu Siam Malacca
Benua Siam Kedah. Dan puteranya ialah Tunku Badlishah, tetapi Che Wan Muhamad
Arsyad menyerahkan kepada Sultan Muhammad I Kelantan Nik Diah, akhirnya Wan
Muhamad Arsyad lari ke India. Wan Muhmad Arsyad ditangkap di India dan dibawa
pulang ke negeri Kedah serta di paksa menulis sejarah Negeri Kedah darul Aman
secara imaginasi dan metos. Sejarah Imaginasi Negeri Kedah Darul Aman
dihasilkan oleh Wan Muhamad Arsyad secara paksa untuk mengelak dirinya dibunuh
oleh penjajah Buddha Thailand.
Apabila Raja Kubang Pasu Nai Sim @
Nai Hashim Ibni al-marhum Nai Cau Doi dibuang ke Kulim Kedah pada zaman Sultan
Abdul Hamid Halim Shah maka Syarifah Sofea lari berlindung di Kulim Kedah
bersama keluarga Nai Sim dan berkahwin di sana. Manakala puteranya Tunku
Badlishah dipelihara oleh nenek saudaranya Dato' Nai Mariam isteri kepada
Sultan Muhammad I Kelantan di Kampung Alor Pak Ngah Mukim Tajar, Kota Star
Kedah. Pada zaman Kedah Darul Aman di tahun 1881M Raja Kubang Pasu masih wujud
di bawah pemerintahan Paduka Seri Sultan Nai Sim Ibni al-marhum Nai Cau Doi
yang bersemayam di istana Paduka Seri Sultan Dato' Paduka Maharaja di Kampung
Pulau Maharaja, Tunjang Kubang Pasu, Kedah Darul Aman. Nai Sim ialah Raja
Kubang Pasu Kedah dan beliau ialah cicit kepada Sultan Syarif Yang Dipertuan
Yang Maha Mulia.
Nai Sim ialah adik pupu kepada
Maharaja Melayu Siam Malacca Benua Siam Kedah Nai Long Sultan Jaafar Muadzam
Shah waris mutlak Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Siam Malacca Benua Siam
Kedah. Di dalam buku Cempaka Sari muka surat 140 dan 148 sejarah Negeri Perak
Darul Ridzuan, Malaysia ada mencatitkan Sultan Jaafar melantik Che Ngah Ibrahim
menjadi menteri di Larut, Perak dan Putera Raja dari Kedah Raja Alang pula
dilantik menjadi Bendahara oleh Sultan Mudzaffar Shah Ibni Pho Chan Koya Long
Raja Siam Kemboja tahun 1758M. Raja Alang @ Sultan Syed Alang Alauddin Dato' Ku
Raja Chenak @ Raja Siam Songkla ada di catitkan di muka surat 43 buku
Undang-Undang Kedah yang diselenggara oleh Dewan Bahasa dan Pustaka 2005.
Putera Raja dari Kedah Raja Alang @
Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang @ Dato' Ku Chenak @ Raja Chenak
ialah ayahnda Nai Long Sultan Jaafar Muadzam Shah. Kubang Pasu pada zaman
Maharaja Melayu Siam Malacca Benua Siam Kedah Sultan Jaafar Muadzam Shah ialah
cicit kepada Maharaja Melayu Siam Dinasti Ayuthia ke-33 Boromoraja V Ekataat
Syarif Yang Dipertuan @ Raja Ligor tahun 1767M yang diusir oleh tentera Burma
dari Ayuthia Siam Malacca Benua Siam Kedah. Paduka Seri Sultan Nai Sim Raja
Siam Kubang Pasu dilantik oleh Sultan Jaafar Muadzam Shah pada tahun 1862M
dengan Che Ngah Ibrahim menjadi menteri di Larut, Perak. Paduka Seri Sultan
negeri Kubang Pasu ini dibuang atau dilucutkan jawatan Raja Kubang Pasu oleh
Sultan Abdul Hamid Halim Shah pada tahun 1881M apabila penjajah Thailand
mewujudkan Negeri Kedah Darul Aman dicantumkan dengan negeri Kubang Pasu Siam
Malacca Benua Siam Kedah.
Menarik perhatian keturunan Raja
Kubang Pasu "Dato' Paduka Maharaja" Koya Abu Kasim @ Nai Cau Doi @
Megat Manja masih ada hingga sekarang seperti YB Dato' Johari Baharum Timbalan
Menteri Pertanian Malaysia, Dato' Dr. Afifuddin Haji Omar pekan Napoh dan
lain-lain menjadi bukti. Dengan wujudnya Negeri Kedah Darul Aman pada tahun
1881M dan Raja Melayu Siam negeri Kubang Pasu dibuang jawatan oleh penjajah
Thailand serta dibuang daerah ke Kulim, Kedah Darul Aman Malaysia. Kewujudan
Kedah di tahun 1881M bersamaan pembinaan Wat Buddha di Negeri Kedah Darul Aman
bergelar Wat Buddha Bakar Bata Kanchut, Alor Setar Kedah Darul Aman Malaysia.
Wat Buddha ini berada di belakang Muzium Negeri Kedah sekarang.
Apabila Raja Muda Kedah meninggal
dunia iaitu Tunku Sulong @ Tunku Aziz diganti oleh Tunku Badlishah, dari
sinilah bermulanya keturunan Syarif Shah Raja Ligor mendapat tempat dalam
urusan Negeri Kedah Darul Aman. Nai Long Mahmud Ibni Nai Long Haji Yasin
cucunda kepada Sultan Jaafar Muadzam Shah pula dilantik menjadi penghulu di
mukim Tajar daerah Kota Star Kedah. Baginda adalah abang pupu kepada DYMM
Sultan Badlishah sebelah bondanya Syarifah Sofea. Pada tahun 1909M pihak
penjajah Thailand menyerahkan Semenanjung Malacca Benua Siam Kedah (Malaya)
kepada penjajah Inggeris. Pada tahun 1941M, Tunku Badlishah dan Nai Long Mahmud
Penghulu mukim Tajar Kota Star telah membawa masuk tentera Jepun melalui Bukit
Kayu Hitam untuk mengusir penjajah Inggeris dari Malaya, usaha tersebut berjaya
menyebabkan Sultan Abdul Hamid Halim Shah kehilangan kuasa dan magkat
digantikan oleh Tunku Badlishah menjadi Sultan Kedah Darul Aman Malaysia.
Bukti kenyataan ahli sejarah
Inggeris James low dari buku Sejarah Kedah Sepintas Lalu, catitan Raja Penjajah
Thailand Rama V Chakri Sukho Thai Chulalongkorn mengarahkan tenteranya
menghapus dan membakar habis-habisan kesan bukti sejarah Raja Melayu Siam
Dinasti Ayuthia Boromoraja V ke-33 Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia
Malacca Benua Siam Kedah :-
1. Termasuk Istana Raja Melayu Siam
Islam ke-33 Kota Mengkuang mukim Wang Tepus Kubang Pasu Kedah.
2. Istana Raja Muhammad Hatta Raja
Siam Pertama Perlis @ Istana Raja Melayu Siam Syburi Sultan Kaifa Tabim Sheikh
Ali di Bukit Raja, Utan Aji, Perlis.
3. Istana Raja Melayu Siam Dinasti
Ayuthia Rama Tibodi II Sultan Rijaluddin di Kota Naga dan Kota Siputih daerah
Kubang Pasu Kedah.
4. Istana Kota Serjana Alor Ganu
Kota Star Kedah Darul Aman Raja Melayu Siam ayahnda Maharaja Siam Dinasti
Ayuthia Rama Tibodi I Ananda Pagan Ibni Sultan Muhammad Yang Adil, baginda
mereka cipta wang syiling emas, sekarang ada buktinya disimpan oleh Muzium
Kedah.
5. Istana Dato' Paduka Maharaja
tempat bersemayam Raja Melayu Siam Kubang Pasu, Nai Sim Ibni al-marhum Nai Cau
Doi di Kampung Pulau Maharaja Tunjang Kedah.
6. Istana Raja Melayu Siam Kedah di
Pelabuhan Kota Kuala Kedah.
7. Istana Sultan Sheikh Abdul Kadir
Ibni Husin Shah Alirah di Kota Raja Pekan Langgar Kedah.
8. Istana Raja Melayu Siam Islam
Husin Shah Alirah di Kota Pagar Ayer mukim Limbong Kota Star Kedah.
9. Istana Sultan Saidina Ali Ibnu
Sultan Saidina Jamalulalam Badrul Munir di Bukit Choras, Pendang Kedah. Perigi
Raja masih wujud di kampung tersebut.
10. Istana Maharaja Melayu Siam
Islam Phodiset @ Sultan Saidina Jamalulalam Badrul Munir di Kampung Kota Pinang
Tunggal, Kulim Kedah.
11. Istana Merong Maha Wangsa @
Sultan Muzaffar Shah I (700 Masihi) di Kampung Sungai Mas Kuala Muda, Kedah.
12. Candi-candi kubu tentera Islam
Raja Iskandar Zulkarnain di Lembah Bujang, Kuala Muda, Kedah.
13. Istana Majlis Iskandar
Zulkarnain di Pulau Tiga, Sungai Merbok Kuala Muda, Kedah dan gok arang Raja
Melayu Siam Nai Long Sultan Jaafar Muadzam Shah di Pulau Tiga, Kedah. Catatan
bukti di muka surat 49 buku Undang-undang Kedah Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala
Lumpur 2005.
14. Pusat pembuatan senjata api Raja
Melayu Siam Nai Long Sultan Jaafar Muadzam Shah atau tempat melebur besi di
Merbok, Kedah.
15. Istana Maharaja Melayu Siam
Kedah Bukit Meriam, Merbok Kedah.
16. Istana Raja di Bendang Raja,
Kubur Panjang daerah Pendang Kedah ialah istana Sultan Muzaffar Shah III Raja
Melayu Islam Siam Koya Long @ Pho Chan Raja Kemboja tahun 1788M.
17. Istana Raja Legeh Tunku Long
Taha Ibni Tunku Long Putra di Kampung Raja Kota Burha Che Long, mukim Padang
Kerbau Pendang, Kedah.
18. Istana Raja Melayu Siam Patani,
Raja Idris Jammu Patani di kampung Kota Oo Pelantek, Sik Kedah.
19. Kota Istana Raja Melayu Siam
Patani Raja Idris Jammu Patani di Kota Ruman, Sik Kedah.
20. Kota Istana Bukit, Nai Long
Sultan Jaafar Muadzam Shah di Jeniang Kedah.
21. Istana Raja Melayu Siam Kemboja
Pho Chan @ Koya Long Sultan Muzaffar Shah III di Kampung Dusun Raja, Padang
Terap Kedah.
22. Istana Raja Melayu Siam Songkla,
Nai Long Sultan Alang Alauddin di kampung Nai Lang, Durian Burung sebelah
Thailand.
23. Istana Raja Melayu Siam Dinasti
Ayuthia ke-31 Sultan Syed Maharaja Boromokot Muhiyuddin Mansor Shah Ibni Sultan
Mahmud Shah Siam Malacca di Padang Mat Sirat, Pulau Langkawi Kedah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan