Rabu, 26 September 2012

TUHAN MELARANG KAUM UMATNYA MEMBUNUH BINATANG


  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mukmin yang sempurna dikalangan orang yang beriman ialah orang yang baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya." (HR Ahmad)


Persoalan Agama: Larang lakukan seksaan bunuh binatang
Bersama Ustaz Zahazan Mohamed

SAYA selalu menangkap tikus menggunakan perangkap besi. Kerana takut digigit, saya lazimnya membunuh tikus berkenaan dengan menyimbah air panas atau menenggelam tikus itu di dalam baldi dipenuhi air. Apakah perbuatan saya ini berdosa?


AH,

Kuala Lumpur. IMAM an-Nawawi rahmatullah �alaih meletakkan satu tajuk di dalam kitabnya Riyadus Solihiin iaitu: �Pada menyatakan haram menyeksa binatang dengan api.� "Sesungguhnya Allah SWT sudah menetapkan agar berlaku ihsan kepada semua. Apabila kamu hendak membunuh, maka perelokkanlah cara membunuh dan apabila kamu hendak menyembelih, hendaklah perelokkan cara menyembelih..."

Riwayat Muslim Di antara hadis yang terkandung dalam tajuk itu ialah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, daripada Abu Hurairah yang berkata, �Rasulullah SAW pernah mengutus kami dalam satu pasukan dan Baginda bersabda, �Apabila kamu sekalian mendapatkan Fulan dan Fulan iaitu dua orang Quraisy yang Baginda sebutkan namanya, maka bakarlah dengan api.� Kemudian ketika kami hendak berangkat, Baginda bersabda, �aku tadi menyuruh kalian untuk membakar Fulan dan Fulan, tetapi sesungguhnya tidak selayaknya menyeksa dengan api kecuali Allah SWT. Oleh itu, apabila kamu menemui kedua-duanya, maka bunuhlah mereka.� (Riwayat al-Bukhari no.2853)


Begitu juga sebuah hadis riwayat Abu Daud, daripada Ibn Masud, beliau berkata: �Ketika kami bersama Rasulullah SAW dalam satu perjalanan dan Baginda berhajat (ke belakang), tiba-tiba kami melihat seekor burung yang mempunyai dua anak, kemudian kami mengambil kedua-dua anaknya itu, lantas ibunya datang dengan terbang berputar-putar. Kemudian Nabi SAW datang dan bersabda, �Siapakah yang mempermainkan burung itu dengan mengambil anaknya?� Kembalikan anak burung itu kepadanya.�


Baginda melihat ada sarang semut yang kami bakar, kemudian Baginda bertanya, �Siapa yang membakar sarang ini?� Kami menjawab: �kami�. Baginda bersabda: � Sesungguhnya, siapa pun tidak layak menyeksa sesuatu dengan api kecuali Tuhan api itu sendiri.� (Riwayat Abu Daud no.6277)


Kesimpulannya, jika saudara hendak membunuh haiwan itu, carilah cara yang boleh mematikannya dengan cepat dan tidak menyeksa.

Ini kerana Allah SWT sudah memerintahkan agar berlaku ihsan pada makhluk-makhluk-Nya sebagai mana sebuah hadis, daripada Syaddad bin Aus, daripada Nabi SAW bersabda, �Sesungguhnya Allah SWT sudah menetapkan agar berlaku ihsan kepada semua. Apabila kamu hendak membunuh, maka perelokkanlah cara membunuh dan apabila kamu hendak menyembelih, hendaklah perelokkan cara menyembelih�� (Riwayat Muslim no.5167). Wallahua�lam.

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Sila lawati ke halaman utama untuk membaca lebih 1967 artikel yang terdapat disini. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila email kami di admin[at]mukmin.com.my, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan