Batu
sempadan adalah artifak yang amat penting berkaitan sejarah negara
kita. Kerajaan Malaysia haruslah memelihara artifak ini supaya generasi
akan datang dapat mempelajari subjek sejarah dengan lebih yakin bahawa
wujudnya kerajaan Siam di negeri Kedah sebelum penjajahan British.
Gambar di atas adalah Batu Sempadan antara Kerajaan British dengan
Kerajaan Siam dahulu yang terletak di sempadan negeri Pulau Pinang
dengan Kedah berhampiran dengan tebing Sungai Muda dekat dengan Kg.
Terat Batu, lebih kurang 100 km dari Bukit Kayu Hitam.
Batu
sempadan tersebut menunjukkan bahawa kaum Siam di Malaysia bukannya
pendatang tetapi orang asal yang menduduki tanah air sendiri sebelum
diserahkan kepada British ekoran pergolakkan politik. Kaum Siam
merupakan kaum Bumiputera di Kedah dan seluruh rakyat Kedah memahaminya
tetapi di peringkat kebangsaan kaum Siam merupakan kaum bukan Bumiputera
berdasarkan Perlembagaan Malaysia Perkara 160 (2).
Baru-baru
ini Perdana Menteri menyatakan kaum Siam adalah serumpun dengan kaum
melayu di Malaysia semasa Perhimpunan Agung UMNO tetapi kaum Siam Kedah
menganggap kenyataan tersebut tidak lebih daripada kenyataan politik
semata-mata yang tidak mendatangkan apa-apa makna kepada kaum Siam Kedah
selagi Perlembagaan Malaysia Perkara 160 (2) tidak dipinda.
Kaum
Siam di Kedah tidak dilayan seperti kaum Bumiputera selama ini. Kaum
Siam hanya dapat melabur dalam ASB dan hanya menjadi ahli UMNO sahaja.
Lain-lain kemudahan seperti diskaun 5% beli rumah, peluang melanjutkan
pelajaran di IPTA, kontraktor kelas F dan banyak lagi tidak diperolehi
oleh kaum Siam Kedah yang didakwa sebagai serumpun dengan kaum
bumiputera Melayu.
Selagi tiada kenyataan
secara berdokumen dan selagi Perlembagaan Malaysia Perkara 160 (2) tidak
dipinda, kenyataan mana-mana ahli politik yang menyatakan kaum Siam
adalah Bumiputera, kaum Siam adalah serumpun dengan kaum Melayu tidak
mendatangkan apa-apa faedah kepada kaum Siam di Kedah. Bertindaklah
dengan bijak bagi membela kaum Siam supaya sokongan kaum Siam kepada
parti pemerintah tidak berbelah bahagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan