Selasa, 30 Oktober 2012

RAMALAN KIAMAT AKAN BERLAKU PADA TAHUN 2012

Dalam kesempatan ini saya ingin ucapkan selamat tahun baru 2012 dan semoga apa yang dihajatkan pada tahun ni bakal menjadi kenyataan. Mana-mana azam yang masih lagi pending tahun lepas tu, mana yang sesuai boleh lah di bawak ke tahun ini.
Tahun 2012 ni boleh jadi merupakan satu tahun yang amat-amat kontroversi. Apa taknya, satu dunia di momokkan dengan idea, kononnya tahun 2012 ini adalah tahun berakhirnya usia dunia atau dalam kata lain inilah tahunnya Bumi bakal kiamat.
Of course ramai lagi yang masih belum puas dengan kehidupan di dunia ini. Walaupun ura-ura Bumi akan kiamat pada tahun 2012 meniti di bibir-bibir orang-orang yang kurang ilmu, namun sambutan bagi menyambut ketibaan tahun 2012 tetap sama macam tahun-tahun  sebelum ni.
Mercun, pertunjukkan bunga api, konsert, minum arak, maksiat, zina dan macam-macam lagi masih lagi tetap menjadi pengiring kepada kedatangan tahun baru. Macam ni ke persediaan kita untuk menyambut kedatangan hari besar, iaitu hari yang tiada hari lain selepasnya?
Sebenarnya, fenomena bakal berlakunya hari kiamat semuanya adalah satu ramalan berlaka, dan ianya bersumberkan satu catatan kalendar kaum Maya. Menurut pengiraan yang dilakukan berdasarkan pada kalendar tersebut, adalah diramalkan kononnya akan berlaku satu fenomena alam yang dikatakan berlaku selang 5,125 tahun.
Fenomena alam tersebut merujuk kepada satu kejadian yang mana pada tarikh itu akan berlaku jajaran galaksi di mana sistem solar kita – matahari, bumi, bulan bersama planet-planet lain, akan berada pada garisan ‘Galactic Beam’, sejajar dengan titik pusat galaksi.
Namun demikian, menurut sumber dari Pihak NASA, mereka sendiri telah menafikan bahawa kejadian seumpama ini bakal berlaku.
Sebagai penganut agama Islam, sebarang bentuk ramalan sama ada menggunakan kaedah penafsiran kalendar kaum Maya ataupun sama ada melalui persepsi manusia atas apa yang berlaku disekitarnya adalah bukan satu kewajipan dan sesuatu yang patut kita imani (percaya).
Sedangkan, apabila Nabi Muhammad s.a.w sendiri ditanyakan oleh Malaikat Jibril perihal tentang kiamat, baginda sendiri menyatakan
Yang ditanya tidaklah lebih mengetahui dari si penanya
Mendengar jawapan tersebut, lalu Jibril pun berkata, “kalau begitu khabarkanlah kepada saya tentang amarahnya (tanda-tandanya)”
Malahan dalam surah al-a’raaf melalui ayat yang ke 187, Allah s.w.t telah berfirman bahawa pengetahuan berhubung hari Kiamat hanya terdapat disisiNya. Bermakna tak ada satu makhluk, benda, mahupun alat yang boleh mengetahui, meramal dan mengesan bilakah akan berlakunya Hari Kiamat.
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: “Bilakah masa datangnya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut”. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”. surah al-a’raaf ayat 187
Mungkin jugak ada antara kita yang tak senang hati dengan huru-hara yang digambarkan oleh pengarah filem 2012, Roland Emmerich yang penah menjadi satu topik perbualan yang hangat satu masa dulu disekitar tahun 2009. Namun apa yang pasti, pengarah filem tersebut mungkin kini sedang ketawa gembira kerana filem yang diarah olehnya berjaya mengaut kutipan lebih kurang USD769 Juta. sumber
Allah s.w.t. berfirman dalam surah At-Taubah ayat yang ke 51
Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal”.  At-Taubah ayat 51
Berhubung dengan ramalan-ramalan dan hal-hal yang bersangkutan dengannya, rasulullah s.a.w. ada bersabda yang menyentuh perihal tersebut iaitu
Sesiapa yang menangguhkan hajatnya kerana al-tayrah (ramalan buruk kerana sesuatu), maka dia telah berbuat syirik. (riwayat imam ahmad)
Kesimpulannya, kita biarkanlah ramalan mengenai kiamat tu semua di imani oleh orang-orang yang tak mahu beriman dengan apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t. sahaja. Selaku penganut agama Islam, kita ada rujukan kita sendiri yang lebih baik.
Sabda Nabi seperti yang terdapat dalam kitab al-Muwattha’ oleh Malik bin Anas,
Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya Kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan