Selasa, 20 November 2012

KERAJAAN MALAYSIA MENZALIMI RAKYAT

Firman Allah swt: Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang Zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).

(Dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka tidak bersemangat (kerana bingung dan cemas). (Ibrahim 42,43)


Sabda Nabi saw: Tiada ketaatan terhadap Makhluk pada hal-hal maksiat kepada Allah. (Hr Ahmad, dinilai Sahih oleh Albani)


lagi Sabda Nabi saw: Tiada ketaatan dalam Kemaksiatan kepada Allah, ketaatan hanyalah dalam perkara Ma'ruf. (Hr Bukhari & Muslim)

Pada yang terlibat dengan perbuatan Zalim ini, yang masih lagi bersekongkol, bersama dengan golongan yang menghalalkan Kezaliman ini, dan yang telah menghalalkan berbagai lagi kerja-kerja Zalim, Maksiat lain. Perlu untuk kita Fikir, Nilai sedalamnya tentang perkara ini.

Terhasilnya BERSIH ini adalah apabila tiap pintu, saluran cara lain sudah tidak berkesan dan tidak diendahpun oleh Kerajaan, Sistem demokrasi yang berat Sebelah, dinafikan Hak dan banyak lagi ketidakadilan berlaku dalam Pemerintahan.

BERSIH bukan ingin menjatuhkan Kerajaan, bukan nak buat kerja Maksiat, bukan nak buat kacau, rusuhan dijalanan. Tapi ingin mengadakan Perhimpunan Aman, Perhimpunan untuk menyuarakan Suara, Hak agar dibersihkan & dilaksanakan Pilihanraya dengan Adil. Menuntut supaya Pemilihan Pemimpin dapat dilakukan secara Bersih, Adil. Dan berbagai lagi tuntutan yang perlunya ia dilaksanakan. Mudahan & Harapan dengan Perhimpunan, Cara sebegini dapatlah menyedarkan Kerajaan dan Kerajaan dapat faham dan mengambil berat, inisiatif tentang perkara ini.

Bila sudah Adilnya sistem Demokrasi ini, barulah semua dapat melihat, mendengar & membuat Penilaian sendiri dari kedua-dua belah Pihak.

Akal Manusia yang waras sudah tentu jelas dapat menilai mana yang Betul, Benar & Salah, Zalim. Kita perlu mengambil berat tentang Urusan ini. Janganlah kita termasuk dikalangan Orang yang tidak mahu mengambil tahu bila bercakap soal ini, soal Politik. Ianya juga adalah sebahagian Kesempurnaan Islam. Ada caranya yang telah diajar oleh Islam. Janganlah kita merasa tak mengapa memberikan sokongan pada Golongan-golongan yang Zalim.

Kita semua sudahpun melihat keadaan yang Berlaku di Bumi Mesir. Namun perlu difahami keadaan tersebut amat Berbeza dengan Keadaan yang dialami diNegara kita. Tapi keadaan diMesir mungkin boleh juga terhasil diNegara kita jika Kerajaan turut sama mengikut cara Pemerintahan Zalim, kukubesi Hosni Mubarak itu.

Buat Pemerintah dan yang Patuh pada kerja-kerja Zalim ini, yang Suka dengan kerja Zalim ini. Ingatlah akan suatu masa kita pasti akan Mati dan akan diBangkitkan. Seterusnya akan diAdili tiap perbuatan Zalim ini. Kes2 kezaliman ini akan diBicara kembali jika tidak bertaubat, meminta maaf, menebus dimasa Dunia ini. Jika Mangsa-mangsa ini diPukul, diTerajang, diSembur Gas dan sebagainya. Kita juga akan menerima nasib yang lebih lagi Malang diwaktu Akhirat kelak. Mungkin masih lagi boleh merasa Gembira, merasa Selamat di Dunia, tapi diAkhirat sudah Pasti tak akan dapat merasa selamat, gembira jika tak juga menginsafinya.

Firman Allah swt: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis Amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan Hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan Adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (An-Nisaa' 58)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan