KRONOLOGI PERISTIWA 13 MEI 1969
Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
Dr.
Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah MENANG BESAR di kawasan Batu,
Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk BERARAK meraikan kemenangan
parti tersebut di S’gor yang menyaksikan 50:50 di S’gor. Perarakan
tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar KL. Perarakan
hingga ke Jln Campbell dan Jln Hale dan menuju ke Kg Baru. Sedangkan di
Kg Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu , berasa TERANCAM dengan
kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar
Selangor ketika itu, Dato’ Harun Idris.
Dikatakan
kaum Cina yang menang telah BERARAK dengan mengikat PENYAPU kepada
kenderaan mereka sebagai LAMBANG KEMENANGAN mereka menyapu bersih kerusi
sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu
tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu (’MENYINGKIRKAN’) orang
Melayu ke laut atau ke kampung-kampung. Dalam masyarakat Melayu, penyapu
mempunyai maksud yang NEGATIF. Ada yang MENCACI dan MELUDAH dari atas
lori ke arah orang Melayu di tepi jalan.
Perarakan kematian Cina
Di
Jinjang, Kepong, KEMATIAN seorang Cina akibat SAKIT TUA diarak
sepanjang jalan dgn kebenaran polis. Namun perarakan kematian BERTUKAR
menjadi perarakan kemenangan PILIHANRAYA dengan MENGHINA Melayu.
Pada
hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf
di atas ketelanjuran ahlinya melakukan KEBIADAPAN semasa perarakan.
Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, KL. Tapi permohonan MAAF
sudah TERLAMBAT.
Rumah Menteri Besar Selangor
Orang
MELAYU telah mengadakan PERARAKAN BALAS pada pagi 13 Mei 1969 yang
mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan
emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari ke2 pihak. Perarakan ini
tidak dirancang.
Orang
Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda
Abdul Aziz di Kampung Baru, KL. Dato’ Harun Idris selaku Menteri Besar
Selangor ketika itu CUBA mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka
yang berkumpul telah membawa SENJATA pedang dan parang pajang dan hanya
menunggu ISYARAT lampu hijau dari Dato’ Harun Idris untuk MENGAMUK.
Ketika
berkumpul, cerita-cerita tentang KEBIADAPAN orang CINA TERSEBAR dan
MELUAP LUAP. Jam 3 petang datang berita kejadian PEMBUNUHAN orang Melayu
di Setapak, hanya dua km dari rumah Menteri Besar Selangor.
4.00
petang 2 penunggang motosikal CINA yang melalui Jalan Kampung Baru
telah DIPANCUNG. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya
DIBUNUH. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari (Parti Komunis Malaya)
PKM dan kongsi-kongsi gelap telah BERTINDAK BALAS. Mereka MEMBUNUH
orang-orang Melayu di sekitar KL. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda
Cina ini LENGKAP dengan pelbagai SENJATA besi, tombak dan lembing
berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.
RUSUHAN
besar terjadi. Perintah DARURAT dikeluarkan, semua orang tidak
dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar KL.
Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan
sekitar KL.
Rejimen Renjer
Anggota
FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku. Pasukan FRU dikeluarkan dari Kampung
Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. MALANGNYA pasukan ini
terdiri dari orangorang Melayu, Iban, Cina, India, Sikh, Gurkha dan
lain-lain turut MENEMBAK orang MELAYU dan ini menyebabkan KEMARAHAN
orang Melayu semakin MELUAP LUAP. Menurut laporan, KETUA pasukan Rejimen
Renjer dikatakan berbangsa CINA.
Pemuda-pemuda
Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lainlain MENGAMUK
merasakan diri mereka TERKEPUNG antara orang Cina dengan askar Rejimen
Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke ARAH rumah Menteri Besar
Selangor.
Askar Melayu
Akhirnya
Rejimen Renjer dikeluarkan dan DIGANTIKAN dengan Askar Melayu. Beberapa
bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman
masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu.
Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas
Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut
berpakaian preman.
Ramai
orang Cina DIBUNUH dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon
ada rakaman televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di
tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti
yang sahih mengenai rakaman ini.
Panggung Odeon
Pemuda-pemuda
Cina dari kongsi-kongsi gelap telah BERTINDAK mengepung Panggung Odeon,
di Jalan Tuanku Abdul Rahman, KL. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa
Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina KELUAR dari
panggung. Penonton MELAYU di panggung tersebut ramai yang MATI. Ini
termasuklah 2 orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.
Seorang
polis bernama Rahim yang tinggal di KL yang turut menonton wayang di
Odeon terkena TETAKAN di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih
hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang
MELAYU mulai BERTINDAK BALAS, dan dikatakan kepala orang Cina yang
DIBUNUH diletakkan di atas pagar .
Abdul
Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke KL
turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak
disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat
mereka yang telah terbunuh di atas jalan.
Khabar
angin mengatakan TENTERA SABIL (baca; TS) dari Sungai Manik hendak
datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera
Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis
di Balai Polis Kajang dan Cheras.
Ada
4 kiai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal
penebat, iaitu ilmu kebal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan
boleh terbang (baca; kesahihan cerita ini masih belum dapat dipastikan).
Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di
Kampung Baru ketika itu. Mungin juga ramai yang pernah mendengar kisah
PARANG TERBANG yang terbang dan MEMENGGAL kepala orang Cina.
Namun
rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di
Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan.
Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada
sedikit di Melaka. Di Betong ada tembakan oleh PKM.
Ada
yang menyifatkan bahawa pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan
“POLITIK” dan bukanya perkauman. Kerana sebelum itu masyarakat melayu
dan cina boleh hidup dalam keadaan yang HARMONI. Seperti dinyatakan
pergaduhan x berlaku di negeri melayu kelantan, pahang dan kedah. Jika
ia merupakan isu perkauman, pastinya hari ini tiada lagi orang cina di
negeri-negeri tersebut kerana habis di bunuh oleh orang melayu.
Angka korban
Polis
dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran
rusuhan. Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan
9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai
lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California,
Berkeley menganggar seramai 2,000 orang HILANG NYAWA dalam peristiwa 13
Mei.
Di mana Tunku
Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.
6.45
petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik KL memaklumkan kejadian
pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam
7.00 malam 13 Mei 1969.
Mageran (Majlis Gerakan Negara)
Negara
diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan
Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen
dibubarkan.
Peristiwa
13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman DIPERSALAHKAN oleh orang
Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku MELETAK
jawatan pada tahun 1970.
Keadaan
akhirnya DAPAT DIKAWAL dan beberapa keputusan telah diambil bagi
mencari JALAN PENYELESAIAN termasuklah penubuhan beberapa badan seperti
Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah
diciptakan.
Ternyata
langkah Tunku Abdul Rahman MENYINGKIR Singapura dari Malaysia TIDAK
menyelesaikan masalah perkauman. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan
KEMUNCAK kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air
mereka sendiri.
Tahun
1969 PILIHANRAYA diadakan semula dan memberi KEMENANGAN 2/3 semula
kepada kerajaan yang memerintah. BARISAN NASIONAL dibentuk dan beberapa
AHLI POLITIK yang dianggap BERBAHAYA telah DITAHAN melalui AKTA
KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan