Rabu, 15 Jun 2011

TIPS PENJAGAAN TAYAR KERETA.

APABILA
cengkaman tayar kenderaan mula berkurangan atau botak, itu menandakan
sudah tiba masanya pemilik menukarnya dengan yang baru.
Bagaimanapun, sebelum menukar yang baru ada beberapa faktor yang perlu
diberikan perhatian pemilik supaya tayar baru dibeli bersesuaian dengan
kenderaan dan bukan sudah luput tarikh atau lama disimpan penjual.
Sebagai pemilik kenderaan dan pengguna anda perlu mengetahui beberapa
kod penting terdapat pada bahagian sisi tayar sebagai rujukan.
Ia untuk memastikan anda membeli tayar berkualiti dan tahan lama.
Setiap tayar mempunyai maklumat terperinci berhubung jenis, saiz,
keupayaan, minggu dan tahun keluarannya.
Sesiapa saja boleh memahami maklumat ini untuk membuat pilihan tayar
yang sesuai dan selamat bagi kenderaan masing-masing. Cara paling mudah
dengan memilih satu contoh tayar dan menelitinya sedikit demi sedikit.
Ikuti makna nombor penting bagi sesebuah tayar:
- Untuk mengetahui usianya sila periksa bahagian tepi tayar yang
terdapat kod nombor minggu dan tahun. Contohnya kod 2206 bermaksud
tayar berkenaan dihasilkan di kilang pada minggu ke 22 pada 2006.
Kebanyakan pengeluar mengesyorkan jangka hayatnya ialah selama lima
tahun dan jika lebih bermakna sudah luput tarikh dan dinasihatkan tidak
gunakan pada kenderaan.
- Pengguna juga perlu memahami nombor berikut yang terdapat di bahagian sisi tayar contohnya - 175/70R13 82H.
Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar tayar itu dalam
milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. Biasanya, jika lebih
besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu.
Nombor 70 ialah nisbah aspek (aspect ratio) tayar atau ketinggian tayar
berbanding lebarnya. Maksudnya ketinggian tayar adalah 70 peratus
kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 ke bawah
diklasifikasi sebagai tayar profil rendah.
Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin terjejas sedikit.
Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan ke semua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu.
Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus.
Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan
tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar diameter lebih besar
anda perlu menukar rim kepada diameter yang sama.
Nombor 82 melambangkan indeks keupayaan mengangkut berat tayar itu.
Untuk mengetahui berat maksimum berlambangkan nombor "82" kami perlu
merujuk kepada carta "Indeks Keupayaan Mengangkut Berat Tayar" yang
ditetapkan di peringkat antarabangsa.
Sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikul berat maksimum
475kg. Berat maksimum merujuk kepada setiap tayar, kita perlu
mendarabkan empat kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat
kenderaan dengan empat tayar. (Contoh: 475 x 4 = 1,900kg)
Huruf H terakhir menyatakan kelajuan maksimum sesebuah tayar yang direka.
Taraf kelajuan "H" dalam contoh, bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j.
Di bawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.
- S - 180 km/j
- T - 190 km/j
- U - 200 km/j
- H - 210 km/j
- V - 240 km/j
- Z - melebihi had laju 240 km/j
- W - 270 km/j
- Y - 300 km/j
Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 ksj, huruf ZR akan digunakan.
Sumber: Harian Metro
Bookmark and Share

Tips servis kereta, luar dan dalam.

May 29th, 2008 by sgianto
Sebut
pasal servis kereta ni sure ramai yang tahukan? Especially pada
pemilik-pemilik kereta, tak kira saiz besar ke saiz kecik, semuanya nak
kena servis bila sampai masanya. Lagi besar kereta, lagi mahal
servisnya, normal la tu.
So, kat sini aku nak share beberapa tips dengan warga KOL sekalian
supaya kita tidak mudah tertipu dengan mekanik-mekanik kedai servis.
Penipuan semasa servis banyak berlaku dan kalau kita baca di dalam
akhbar, saban waktu berlaku penipuan servis, baik dari segi harga atau
alat-alat ganti.
Sebab tu amat penting dan sangat-sangat penting bagi kita sebagai
pemilik kereta supaya sentiasa menunggu apabila kereta kita diservis.
kebiasaannya kita hantar kereta dan petang baru kita ambik kan? Tetapi
pernah tak korang bertanya berapa harga bagi setiap alat-alat ganti
itu? Berapa harga pasaran minyak hitam, oil filter, air filter dan
sebagainya.
Kita sebagai pengguna perlu ambik tahu harga alat-alat ganti kerana ada
sesetengah kedai menipu kita dengan menaikkan harga alat-alat ganti itu
untuk keuntungan mereka tanpa disedari oleh pemilik kereta. Sebab itu
penting bagi kita menyimpan kesemua resit-resit servis untuk rujukan
dan simpanan. Amat penting kita membuat senarai harga bagi setiap
barang dan disimpan di dalam wallet atau purse kita untuk rujukan
dimasa hadapan.
Mari kita tengok kejadian yang biasa berlaku semasa servis selain menaikkan harga alat-alat ganti tanpa pengetahuan kita.
Kes 1:
Pemilik perodua kancil ini menghantar kereta untuk servis tetapi
apabila diperiksa sebenarnya, keretanya belum diservis langsung dan
keadaan enjin adalah sama seperti masa dihantar untuk servis. Oleh itu
penting bagi kita untuk memeriksa enjin didepan mekanik apabila hendak
mengambil kereta. Kita ada hak untuk meminta mekanik tersebut untuk
membersih keadaan atas enjin selepas servis.
Kes 2:
Pemilik KIA Spectra menghantar kereta untuk membuat alignment dan
balancing tayar. Selepas menunggu beberapa jam, kereta pemilik siap
untuk diambil tetapi tidak berapa lama selepas itu pemilik kereta
mendapati, nat dan ibu nat telah ditukar dengan bahan tempatan
sedangkan nat yg asli itu telah dicuri oleh pemilik bengkel kereta
tersebut.
Kes3:
Pemilik perodua kancil juga menghantar keretanya untuk servis biasa,
tukar minyak hitam dan sebagainya. Harga servis seperti biasa tetapi
selepas beberapa bulan, pemilik menghantar keretanya untuk servis
seterusnya dan mendapati oil filter tidak ditutup dengan rapat sehingga
minyak hitam menitis keluar. Kata mekanik servis, encik bernasib baik
kerana cepat hantar servis, kalau tidak, minyak hitam kering, habis
la…
Itu antara beberapa kes yang pernah berlaku dan mungkin pernah terjadi kepada kita sahabat atau saudara mara.
Begitu juga untuk menukar tayar. Kalau kita ke kedai tayar, sudah pasti
tokey kedai kata tayar kita sudah botak padahal tayar kereta kita boleh
tahan lagi untuk tempoh sebulan. Bunga tayar masih ada dan ada tokey
kedai yang menjual balik tayar untuk keuntungan sementara.
Minyak hitam pula harganya berbeza-beza mengikut kedai. Oleh itu bijak
bagi kita jika membuat survey harga minyak hitam itu di merata kedai
dan supermarket. Di Carrefour, Tesco atau Giant mungkin murah sedikit
tetapi kalau setahun dihitung cuba kira berapa kita untung? Sebenarnya
kita boleh membawa minyak hitam yang dibeli sendiri untuk tujuan
menukar minyak hitam. Tidak menjadi kesalahan tetapi kita perlu
berhati-hati kerana minyak hitam tidak sama kelikatannya. Ada nombor
siri yang perlu kita ingat.
Kelikatan minyak hitam itu akan mengekalkan deruman enjin dan kekuatan enjin. Berhati-hatilah.
Kita perlu ingat, harga alat-alat ganti tidak sama di semua kedai dan
perlu bagi kita untuk membuat senarai harga alat-alat ganti itu.
Kenapa? Nanti kita boleh tanya balik kepada mekanik kenapa harga naik
atau sebagainya.
Setengah kedai ada mempunyai sebutharga alat-alat ganti yang diletakkan
didinding kedai mereka. Perhatikan dan jika tiada pandai-pandaila
bertanya kerana mengikut Kementrian Pengguna, adalah menjadi satu
kesalahan jika tidak memaparkan senarai harga alat-alat ganti.
Dan akhir sekali, sentiasa perhatikan kerja-kerja mekanik dan pastikan
mereka tidak menukar barang tanpa kebenaran kita sebagai pemilik
kereta. Tak pasal-pasal nanti kita kena charge lebih. Berhati-hati.
Bookmark and Share

Amalan Asas Penjagaan Kereta

May 29th, 2008 by sgianto
MEMANG terbukti kereta yang terjaga mendapat nilai yang lebih baik
apabila anda ingin menjual atau menukar ganti (trade-in) kereta itu.
Berikut antara amalan penjagaan asas yang boleh anda lakukan.
- Elak pengubahsuaian yang terlampau. Kereta yang diubah suai dengan
ekzos besar, pemecah angin (spoiler) atau kit badan (bodykit) yang
ekstrim atau air brush yang terlalu menonjol menimbulkan perasaan
kurang selesa kepada bakal pembeli.
Orang ramai biasanya meminati kereta yang berada dalam keadaan asal.
Penjual kereta terpakai juga tidak mengambil kira nilai aksesori
tambahan dan mungkin ada yang memberi harga lebih rendah kerana mereka
terpaksa memulihkan kereta berkenaan kepada keadaan asal.
- Elak daripada membawa muatan besar dan berat kerana ini boleh
merosakkan bahagian dalaman dan juga sistem penyerap hentak kereta.
Membawa muatan berlebihan di dalam kereta penumpang juga satu kesalahan trafik.
- Jangan cuba membuat kerja membaiki kereta anda sendiri. Kerja
teknikal yang rumit elok diserahkan kepada mekanik. Kerja yang kurang
kemas atau tidak betul menjatuhkan nilai kereta anda. Lainlah jika anda
seorang mekanik bertauliah.
- Jika anda terpaksa meletakkan kereta di tempat terbuka dan panas
pastikan anda meletakkan penghadang cahaya pada cermin hadapan kereta.
Ini mengurangkan tahap haba dalam kereta. Suhu terlampau menyebabkan
keretakan pada bahagian papan pemuka serta komponen plastik di ruang
dalaman kereta.
Amalan penjagaan yang mudah ini membolehkan anda mendapat nilai terbaik
untuk kereta anda. Bukan itu saja ia memastikan kereta anda selesa dan
terjaga.
Sumber: Harian Metro
Bookmark and Share

Senggara enjin kenderaan anda apabila..

May 29th, 2008 by sgianto
Semakin
ramai di kalangan wanita yang memandu sendiri kenderaan sama ada ke
tempat kerja atau untuk urusan harian seperti menghantar anak ke
sekolah. Satu hal yang perlu diambil berat bagi yang memiliki kereta
sendiri ialah menyelia dan menyenggaranya supaya ia sentiasa berkeadaan
baik. la perlu dilakukan mengikut peraturan yang telah ditetapkan bagi
memastikan kereta selamat digunakan.

Biasanya, buku jadual senggaraan disertakan apabila seseorang membeli
kereta. Saya akan membawa anda mengikuti peraturan senggaraan sistem
utama sesebuah kereta iaitu enjin. Enjin memainkan peranan untuk
menukarkan kuasa haba kepada kuasa mekanikal.
Perkara-perkara yang perlu diseng-garakan pada bahagian enjin ialah:
+ Menukar minyak enjin
+ Menukar penapis minyak enjin
+ Menukar penapis udara
+ Menukar tali sawat injap
+ Melaras tali sawat
+ Enjin coolant (air radiator)
+ Melaras kelegaan injap (valve clearance)
+ Sambungan paip dan hose radiator
+ Pemegang enjin (engine mounting).
Terdapat beberapa sub-sistem pada enjin kereta:
+ Sistem penyejukan (cooling system)
+ Sistem pelinciran (lubrication system)
+ Sistem bahan api (fuel system)
+ Sistem nyala (ignition system)
+ Sistem mekanisme injap (valve mechanism system)
+ Sistem pemula (starting system).
Enjin perlu disenggara mengikut spesifikasi yang disyorkan oleh pengeluar
enjin agar ia boleh beroperasi dengan sempurna. Perkara asas senggaraan pada sesebuah enjin adalah:
Menukar minyak enjin
Penukaran minyak enjin (orang panggil ‘minyak hitam’) dibuat setiap
5000 km atau tiga bulan atau yang mana sampai dahulu. Jarak dan bulan
penukaran ini tidak sama antara satu kenderaan dengan kenderaan dan ia
juga bergantung kepada keadaan atau tempat di mana kenderaan itu
digunakan serta mutu minyak yang dipakai.
Menukar penapis minyak enjin (oilfiller)
Kebiasaannya ia ditukar sekali pada setiap dua kali penukaran minyak
enjin. Pastikan jenis penapis yang disyorkan adalah tulen dan mengikut
spesifikasi.
Menukar penapis udara (air filter)
Kebiasannya ia akan diperiksa pada setiap 10,000 km atau enam bulan
atau yang mana dahulu. Keadaan penapis itu akan menentukan sama ada ia
perlu ditukar atau dibersihkan. Menggunakan penapis udara yang kotor
atau tersumbat boleh mengakibatkan penggunaan bahan api yang tinggi dan
ia juga boleh mengakibatkan kerosakan pada piston dan jara (dinding
silinder). Pastikan penapis yang ditukar adalah tulen dan mengikut
spesifikasi.
Menukar tali sawat injap (timing belt)
Penukaran ini dibuat pada setiap 100,000 km perjalanan. Kegagalan
menukarnya boleh mengakibatkan ia putus dan akan memudaratkan mekanisme
injap, juga piston.
Melaraskan kelegaan injap masukan dan injap ekzos (inlet dan exhaust valve)
Pelarasan ini hanya akan dibuat:
1. Selepas rombakan
2. Apabila bunyi terialu bising.
Melaras tali sawat
3. Apabila menggantikan tali sawat yang barn
4. Setelah perkakas yang dipacu herubah dari kedudukan asal
5. Berbunyi.
Oleh: Kamaruzaman Mohammad
(Penolong Pengurus Latihan Metro Driving Academy)
Sumber: Anis 5, 2005
Bookmark and Share

Petua Membeli Kereta Terpakai

May 29th, 2008 by sgianto
Perkara
yang paling utama semasa membeli kereta terpakai pastikan keadaan cuaca
ketika memeriksa kenderaan itu adalah terang. Jangan sekali-kali
memeriksa kenderaan di waktu gelap.
A. PEMERIKSAAN LUARAN
Sila periksa pemegang pintu
Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan senang
Pastikan ‘bumper’ belakang tidak calar dan karat
Pastikan sistem ekzos tidak berkarat
Pastikan rim tidak bengkok dan berkarat
Pastikan semua lampu berfungsi dengan baik
B. PEMERIKSAAN ENJIN
Pastikan keadaan enjin mestilah bersih
Pastikan enjin tidak diubahsuai
Pastikan keadaan enjin dan pastikan tiada bocoran. Bagi menunjukkan
ada kebocoran pada enjin, anda boleh meletakkan sekeping kotak putih
di bawah enjin selepas menguji pandu kenderaan tersebut.
Tiada kebocoran pada radiator dan sistem penyejuk
Pastikan semua ‘belt’ berada dalam keadaan baik
C. PEMERIKSAAN DALAMAN
Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan mudah
Pastikan semua cermin berada dalam keadaan baik
Pastikan karpet kereta berada dalam keadaan baik
Pastikan lantai tidak berkarat
Pastikan ‘dashboard’ tidak retak
Pusingkan setering ke kiri dan ke kanan
Tiada masalah dengan pedal brek dan clutch
Pastikan penghawa dingin berfungsi dengan baik
Pastikan tali pinggang boleh dipakai
Pastikan ‘jeck’ clan tayar simpanan berada dalam keadaan baik
4. CUBA MEMANDU DALAM MASA 30 MINIT
Cuba hidupkan ’switch’ tetapi jangan hidupkan enjin
Pastikan meter suhu bergerak
Pastikan lampu minyak enjin menyala
Pastikan lampu bateri menyala
Cuba hidupkan enjin
Pastikan semua meter berfungsi dengan baik
Pastikan tiada masalah dengan sistem gearbox
Cuba matikan enjin dan hidupkan semula
Pastikan tiada kebocoran minyak enjin berlaku di bawah
Semasa memandu kenderaan tersebut, pastikan tiada bunyi dan gegaran
Tiada masalah semasa penukaran gear
Cuba pusingkan stering 360 darjah.Adakah ia mengeluarkan sebarang bunyi?
Cuba anda pandu kenderaan tersebut dan lalui kawasan yang ada bonggol
kerana ianya akan menguji sistem suspension. Cuba biarkan enjin
kenderaan itu hidup dalam beberapa minit dan pastikan suhu kepanasannya
berada dalam keadaan stabil.
5. PEMERIKSAAN TERAKHIR
Perkara paling penting ialah periksa nombor casis dan nombor enjin.
Pastikan nombor tersebut sama dengan dokumen pendaftaran kereta
Tip ini dipetik dari AAM Drive magazine.
Bookmark and Share

Langkah sebelum mulakan perjalanan

May 29th, 2008 by sgianto
1.Rancang perjalanan anda
Anda dikehendaki mengenalpasti laluan yang akan diambil untuk mengelak
memandu dalam keadaan teragak-agak. Tentukan terlebih dulu kawasan
rehat menggunakan peta.
2. Dapatkan rehat mencukupi
Elakkan diri memandu di tengah malam ataupun awal pagi kerana ketika
itulah tubuh memerlukan masa rehat. Perjalanan jauh selepas bekerja
atau makan menyebabkan anda letih dan mengantuk.
3. Elak mengambil minuman atau ubat yang beri kesan mengantuk
4. Hindarkan perasaan negatif seperti marah, kecewa dan teragak-agak sebelum memandu
Perbuatan berkenaan boleh mendorong untuk melanggar peraturan jalan raya seperti memandu laju dan secara berbahaya.
5. Periksa kenderaan terutama sebelum memulakan perjalanan jauh
Periksa bahagian enjin seperti minyak pelincir, bateri, tali kipas dan
air radiator. Selain itu periksa bahagian lampu utama, lampu isyarat,
lampu brek dan lampu isyarat kecemasan.
Anda juga dikehendaki memeriksa bahagian penting tayar seperti tekanan
angin, keadaan tayar dan tayar gantian. Periksa bahagian brek seperti
minyak brek, brek tangan dan keberkesanan brek serta
memeriksa getah pengelap cermin.
- Sumber Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus)
Bookmark and Share

Bateri rosak boleh dibaiki

May 29th, 2008 by sgianto
BATERI
adalah antara komponen yang cukup penting pada bahagian enjin
kenderaan. Bateri yang lemah, rosak dan kekurangan air bateri boleh
menyebabkan enjin sukar dihidupkan. Malah, kereta yang tidak dihidupkan
selama tiga atau empat hari juga boleh menyebabkan bateri lemah.
Oleh itu, pemeriksaan bateri, air dan kabelnya adalah beberapa perkara yang perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Lazimnya, kerosakan pada bateri kenderaan kadang kala boleh dibaiki,
tetapi tidak menjamin berapa lama hayat kuasa bateri anda akan
bertahan. Antara sebab kerosakan itu tidak tahan lama ialah kerana
bahagian dinding yang merekah itu akan diresapi asid bateri, sekali gus
sukar melekatkan sebarang pelekat yang disapukan kepadanya.
Selain itu, anda sering menghadapi risiko apabila menggunakan bateri
yang sudah retak terutama boleh menyebabkan enjin kereta anda sukar
dihidupkan kerana kehilangan kuasa bateri.
Bagaimanapun, jika anda ingin menggunakan bateri yang bahagian
dindingnya sudah retak dengan membaiki semula, boleh berbuat demikian
dengan mengambil beberapa langkah tertentu.
Peringkat pertama, pindahkan bateri itu dan diletakkan pada lapikan
plastik. Bersihkan bahagian luar bateri itu dengan bahan pencuci
seperti sabun serbuk untuk menghilangkan tompokan berminyak dan gris.
Kemudian renggangkan sedikit bahagian retak menggunakan pisau sebelum
memasukkan simen khas ke dalamnya untuk menampung kerosakan ini. Simen
khas dikenali sebagai Batrepair ini boleh dibeli di kedai
aksesori kereta.
Tunggu sehingga simen yang disapukan pada permukaan retak itu kering sebelum mengambil tindakan lain.
Setelah kerja membaiki keretakan itu selesai, masukkan cecair asid ke
dalam lubang disediakan pada paras ditentukan. Bagaimanapun, anda
disyorkan membawa bateri yang dibaiki itu ke bengkel kereta untuk ujian
daya kuasa menggunakan alat pengecas khas.
Sesetengah bateri yang baru dibaiki boleh dipulihkan kuasa elektriknya
ketika enjin kereta dihidupkan. Terlalu lama mengecas bateri itu juga
boleh merosakkan bahagian kepingan plumbum seperti retak.
Keretakan plumbum akan menyebabkan daya kuasa bateri menjadi
berkurangan dan sekali gus, petanda anda perlu menukar kepada bateri
baru. Bagaimanapun, sesetengah kereta memerlukan alat pengecas khas
yang mungkin mengambil masa kira-kira sejam sebelum ia boleh digunakan.
Pastikan selaput asid yang melekat pada terminal negatif dan positif
bateri dibersihkan dari semasa ke semasa sebagai langkah kuasa bateri
bertahan lama.
Cara mudah menghapuskan selaput asid itu ialah dengan menuangkan air panas ke kedua-dua terminal itu.
Bagaimanapun, anda perlu berhati-hati ketika menuangkan air panas ke
bahagian terminal itu agar tidak terkena pada komponen lain. Kesan
sampingan jika selaput asid memenuhi terminal ialah akan menyebabkan
arus elektrik tidak sampai ke beberapa komponen yang memerlukan.
Selain itu, kesan selaput asid itu juga boleh menyebabkan kabel bateri berkarat dan mudah terputus.
Bookmark and Share

Cuci Kereta

May 26th, 2008 by sgianto
PEMILIK kenderaan suka melihat kereta bersih dan berkilat manakala
bahagian enjin pula tidak comot. Untuk membersihkan enjin, jangan menggunakan air kerana pada permukaan enjin ada banyak kesan minyak yang tidaK dapat dihilangkan dengan air.
Penggunaan air juga boleh menyebabkan litar pintas dan kereta akan meragam. Seelok-eloknya gunakanlah bahan yang paling klasik iaitu minyak tanah untuk menghilangkan minyak dan gris pada permukaan enjin.
Tetapi lebih mudah lagi sekarang ada banyak bahan pencucian yang dijual di kedai aksesori untuk menghilang gris dan tar. Semburkan bahan berkenaan di tempat yang perlu, biarkan ia meresap kemudian lap dengan kain kering.
Gris dan sisa minyak pelincir perlu dibersihkan dengan segera daripada bahagian luaran enjin kerana boleh merosakkan tali kipas, paip getah dan kabel elektrik. Selain gris, debu atau lumpur yang melekat pada komponen elektrik seperti alternator (motor penghidup), generator, gegelung penghidup, pengagih dan lampu
boleh menyerap wap air dan boleh menyebabkan litar pintas. Pada terminal bateri pula jika terlihat ada endapan berwarna putih, siramlah dengan air panas kemudian
bersihkan dengan kain. Endapan itu dapat dihilangkan dengan mudah tetapi jaga jangan sampai air masuk ke dalam bateri. Lubang pengudaraan pada penutup bateri juga perlu dipastikan sentiasa terbuka.
Ketika mencuci bahagian enjin, pemilik kenderaan dapat memastikan jika ada kebocoran minyak pelincir, elemen penting bagi menjamin kesinambungan kerja setiap bahagian yang bergerak. Oleh itu, jika tahu ada kebocoran minyak pelincir, cari segera puncanya dan tambahkan minyak pelincir jika
kurang. Dalam keadaan biasa, selepas beberapa tahun, gasket kebuk enjin akan bocor sedikit dan minyak pelincir akan menitis. Ini dapat dilihat pada lantai tempat kereta diletakkan. Jika jumlah titisan itu banyak,mungkin gasket di oil sum yang rosak.
Dalam keadaan biasa minyak pelincir akan berkurang menerusi pemeluwapan dan pembakaran. Tapi jumlahnya tidak banyak kira-kira 1/300-1/500 daripada jumlah penggunaan petrol. Jumlah minyak pelincir boleh dipastikan dengan memeriksa tolok sukat. Baik periksa sendiri kerana jika dibiarkan juruteknik stesen minyak memeriksanya, dalam banyak keadaan anda sebenarnya membantu
memajukan perniagaan mereka.
Untuk membersihkan bahagian luar adalah lebih mudah. Hantar saja ke bengkel mencuci kereta dan bayar antara RM5 dan RM10. Dalam tempoh setengah jam, kereta anda sudah bersih dan cantik semula. Namun jika anda mahu membasuh sendiri, anda perlu menggunakan sabun yang sesuai untuk pencucian
kereta. Sabun basuh tidak sesuai dan kelorok tidak sesuai. Lazimnya, kereta baru dicat dengan cat bermutu tinggi. Jika permukaan itu tidak dibersihkan dengan baik,
cat akan cepat rosak.
Debu dan lumpur yang melekat pada badan kenderaan akan menyerap wap air dengan cepat dan merosakkan
permukaan cat. Selain nampak comot, cat akan luntur dan mudah menjadi retak-retak. Langkah pertama membersihkan kenderaan ialah menghilang debu dengan membuat semburan tanpa menggunakan sabun.
Apabila permukaan badan kenderaan berada dalam keadaan kering dan tidak terlalu kotor, debu yang melekat dapat dihilangkan dengan bulu ayam. Tetapi, jika kotoran tidak dapat dihilangkan, gunakan kain bersih basah. Penggunaan kain kering akan menyebabkan calar atau gurisan pada permukaan cat. Ini disebabkan kotoran
berkenaan mempunyai butir debu keras dan pasir.
Apabila membasuh kenderaan menggunakan sabun, jangan biarkan sabun melekat terlalu lama di badan kenderaan kerana ia akan meningkatkan partikel bintik-bintik putih serta bahan kimia sabun boleh memakan cat.
Setelah dibasuh, keringkan badan kereta dengan kain bersih. Untuk hasil yang lebih baik setelah kereta kering sapulah wax (lilin). Selain menambahkan kilat kereta, wax bertindak melindungi permukaan supaya tetap menarik dan hidup.
Bookmark and Share

Tips Kalis Air

May 26th, 2008 by sgianto
Biasanya, kenderaan yang kalis air (air tak lekat pada body)ialah
kenderaan yang baru sahaja dihantar poslish kat kedai. Tapi buat
sakit hati je kalau lepas polish dua tiga hari… kesan kalis air
sudah mula kurang dan akhirnya kenderaan menjadi comot.. Kos untuk polish pula bukannya murah… malah berpuluh-puluh ringgit.

Di sini saya nak berkongsi tip tentang cara mudah untuk menghasilkan body kereta yang kalis air. 
 
Rahsia saya ialah… ..bilas dengan PELEMBUT PAKAIAN.
Cara-caranya ialah:
1. Cuci kereta anda sebersih-bersihnya.
2. Bilas dengan air biasa dahulu.
3. Sediakan separuh baldi air dan bancuhkan dengan sepenutup penuh pelembut pakaiaan.
4.
Larutan tadi anda boleh lap dengan kain atau disemburkan dengan pam
pemyembur pada seluruh body kereta anda. (getah/cermin semua boleh).
5.
Biarkan larutan itu seketika pada badan kereta anda. Pada masa ini anda
akan dapat melihat kesan serta merta larutan itu terhadap air yang
melekat pada body kereta. Air yang melekat akan serta-merta menjadi
bintik-bintik dan akhirnya mengalir turun.(kenapa?..tak percaya ka?)
6. Jangan tunggu kering baru lap… .tetapi lap dengan kain lembab dengan larutan tadi sehingga kering.
Dengan
cara ini… anda seolah olah telah mempolish kereta anda. Anda boleh
ulang berkali-kali proses (4)~(6) pada bila-bila masa (kalau kereta tak
kotor sangat).
Larutan itu juga anda boleh masukkan ke dalam tangki pengelap cermin supaya cermin anda seperti mencurah air di daun keladi.
Kebaikan guna larutan ini ialah ia tidak mengaratkan logam (baik
untuk body kereta dan pemancut cecair cermin) malah menghalang pengaratan kerana benda ini selamat pada mesen basuh anda.
Semua PELEMBUT PAKAIAN adalah sesuai..tak kiralah apa brand pun.
Selamat mencuba. 
Bookmark and Share

TIPS MENGENAI AIR COND

May 26th, 2008 by sgianto Sistem
aircon kereta berfungsi menggunakan gas yang dimampatkan oleh
compressor. Gas ini akan mengalir melalui cooling coil yang berada di
dalam kabin kereta dan blower akan meniup angin melalui cooling coil
ini dan mengeluarkan angin yang sejuk. Selepas itu gas ini perlu
disejukkan kembali dan akan melalui radiator kondenser yang akan
menyejukkan gas tersebut. Begitulah secara asasnya bagaimana aircon
kereta berfungsi.
Ada berbagai masalah yang biasanya timbul akibat daripada kerosakkan peralatan aircon.

1.
Angin panas atau aircon tak sejuk. Perkara ini terjadi kerana beberapa
kerosakan. Sebaiknya periksa kandungan gas aircon kita dengan melihat
tingkap di atas penapis gas aircon (botol berwarna perak yang mempunyai
bahagian kaca di atas) Kalau anda nampak ada buih, maksudnya gas masih
ada. Jadi kerosakan bukan disebabkan kebocoran. Pasangkan aircon.
Perhatikan kipas di depan radiator kondenser. Sekiranya kipas ini tidak
bergerak. Maksudnya kipas itu rosak dan perlu di tukar. Saya cadangkan
dapatkan kipas terpakai daripada kedai potong kerana harganya lebih
murah (lebih kurang RM100-RM150). Sekiranya kipas bergerak tetapi
pergerakannya tidak laju, kipas itu perlu juga di tukar. Sekiranya
kipas bergerak laju dan aircon masuh tidak sejuk, biar aircon terpasang
dan perhatikan salah satu paip yang menyalurkan gas aircon. Sekiranya
anda nampak, bintik-bintik air mula kelihatan maka aliran gas daripada
kompressor ke cooling coil elok. Tapi airon masih tak sejuk, besar
kemungkinan, injap yang mengawal kemasukkan gas ke dalam cooling coil
tersumbat atau rosak. Untuk menukar injap ini cooling coil perlu di
buka dan gas perlu dibuang dan saya cadangkan buat service aircon
sekaligus.
2. Aircon tak cukup sejuk. Perkara ini biasanya
berlaku kepada kereta-kereta yang diimport sepenuhnya (CBU) atau
selepas aircon diservice. Tiada kerosakan sebenarnya kerana suhu aircon
di kawal oleh satu suis yang meng ‘on’kan dan meng’off’kan aircon kita
secara automatik. Minta mekanik melaraskan suis ini supaya aircon lebih
lama ‘on’.
3. Dalam perjalanan jauh, selepas beberapa ketika,
aircon tak sejuk. Perkara ini berlaku kerana suis yang mengawal ‘on’
dan ‘off’ aircon tidak dapat berfungsi dengan baik atau injiap yang
mengawal gas masuk ke dalam cooling coil rosak menyebabkan kemasukkan
gas ke dalam cooling coil berlebihan dan menjadikan cooling coil beku
atau ais terjadi hinggakan menghalang pengaliran gas keluar dan
menyebabkan hanya sebahagian cooling coil yang sejuk dan sebahagian
lagi panas. Sekiranya ini terjadi, berhentikan kereta anda selama
beberapa ketika (sehingga tiada lagi ais di paip gas) dan laraskan
thermostat ke suhu yang paling kurang sejuk. Sekiranya berlaku lagi,
maksudnya, injap atau suis aircon anda perlu di tukar.
4. Air menitik. Perkara ini berlaku disebabkan seperti perkara ‘3′ di atas.
5.
Angin aircon berbau busuk. ini berlaku kerana terdapat angin luar yang
masuk ke dalam sistem saluran angin aircon kerta anda atau aircon anda
telah terlalu lama tidak diservice hingga menyebabkan semua habuk dan
basah telah berkulat dan mengeluarkan bau busuk.
6. Asap putih
keluar Sebenarnya asap putih itu adalah kotoran dan wap air yang
terjadi. kerana gas terlalu sejuk. Sebabnya adlah seperti di ‘3′.
7.
Corong keluar angin aircon berminyak. Jika ini berlaku, maksudnya
cooling coil anda telah mengalami kebocoran dan lama kelamaan gas akan
habis dan angin aircon akan panas.
Berdasarkan pengalaman saya,
saya cadangkan aircon diservice setiap setahun setengah atau dua tahun
dan untuk perjalanan jauh di highway, jangan laraskan thermostat pada
suhu tersejuk kerana ini akan merosakkan injap cooling coil. Dan untuk
pengguna kereta buatan Malaysia, jangan terlalu ‘bermain’ dengan
thermostat aircon anda kerana ianya sangat sensitif. Kos untuk
membaikinya agak mahal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan