Selasa, 2 April 2013

KEBEBASAN BERSUARA DI NEGARA MALAYSIA

Dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi hak kebebasan rakyatnya mestilah terkawal mengikut undang-undang. Umpamanya hak individu untuk bersuara, hak asasi, hak golongan minoriti dan hak golongan majorit sudah ditentukan dan harus dipatuhi.

Maknanya kebebasan mutlak sehinggakan menyusahkan orang lain sudah tentu tidak dibenarkan. Contohnya, adalah tidak dibenarkan seseorang itu memaki hamun dan mencerca orang lain sesuka hatinya dan sewenang-wenangnya walaupun itu merupakan hak dia untuk berbuat demikian.    

Di negara ini ada kalanya orang tersilap taksir dengan hak kebebasan yang selalu dilaung-laungkan pihak pembangkang. Mereka seolah-olah ingin mempunyai kebebasan tanpa had. Bukan begitu. Namun yang ingin dibicarakan di sini bukanlah tentang hak kebebasan rakyat Malaysia yang nyata lebih baik berbanding sesetengah negara lain, sebaliknya tulisan ini ingin merungkai tuduhan, tohmahan, sindiran serta kecaman terhadap kerajaan yang dikatakan pihak pembangkang selama ini.

Terkini kerajaan meluluskan Akta Perhimpunan Aman. Akta ini sebenarnya walaupun siang malam dituntut oleh pembangkang, namun apabila kerajaan bersedia untuk melaksanakannya mereka tiba-tiba menunjukkan bantahan terhadap akta tersebut.

Kadang-kadang kita pelik dengan perangai pihak pembangkang ini yang sentiasa tidak merasa puas dengan apa yang kerajaan lakukan bagi memenuhi tuntutan mereka.
Kebebasan Media juga ada batasnya. Ini berlaku di seluruh dunia, sebab itu ada apa yang disebut sebagai etika kewartawanan. Tugasan wartawan tetap menerima risiko, malah ramai yang terbunuh dimedan pertempuran ketika menjalankan tugas sebagai pelapor. Semasa demontrasi bersih3 dikatakan ada wartawan yang dikasari polis akibat tidak dikenali, akibat menyamar dan akibat tidak menghiraukan arahan polis.

Semasa menyambut hari kewartawanan sedunia, akhbar cina seolah-olah berkabung. Mereka menuntut kebebasan media.. kebebasan yang bagaimana lagi yang mereka mahu. Wartawan bukan 'raja' wartawan juga rakyat biasa.


Di negara Malaysia ini pihak berkuasa bertanggung-jawab memelihara keamanan dan ketenteraman rakyat. Akhbar tidak dibenarkan sepenuhnya memainkan isu perkauaman memandangkan komposisi kaum terbesar di negara ini iaitu Melayu, Cina dan India akan mudah dibakar semangatnya dengan isu perkauman. Disamping itu sensitiviti agama juga tidak dibenarkan sama sekali dimainkan atau dimuatkan di dada akhbar.


Lain daripada itu apa yang kerajaan cuba kawal sehinggakan pembangkang di negara ini sibuk memainkan isu tidak ada kebebasan bersuara. Benarkah atau mereka sememangnya mahu bebas tanpa had supaya mudah mereka hendak menghuru harakan masyarakat.    Keliru rakyat dengan apa yang disebut oleh pembangkang sebagai kebebasan bersuara ni.


Tan Sri Kadir Shiekh Fadzir juga dalam videonya mengatakan kerajaan menyekat kebebasan bersuara. Mengongkong media..Hairan kita mendengarnya. Bolehkah pembangkang menyenaraikan dengat tepat berapa ramai yang kerajaan telah dakwa rakyat atau pemimpin pembangkang atas alasan melanggar hak bersuara?? Banyak kes kah?? Ramai ke yang kena denda?? ramai ke yang kena penjara sebab hal ini??


Siang malam mereka bebas bersuara, malah sudah terlebih bebas pula. Siang malam mereka berceramah tanpa sekatan. Siang malam mereka membuat fitnah kering, tak ada juga kerajaan dakwa mereka. Ribuan CD dibuat dan diedarkan kepada ahli, tak disekatpun.


Harakah, Roket dan Suara Keadilan dan TVPAS, sarat dan padat dengan kutukan serta maki hamun terhadap kerajaan tanpa peduli dengan etika penulisan, tak ada juga kerajaan sekat. Yang melampau, sekali dua adalah KDN panggil, itupun sekadar untuk meminta penjelasan dan akhirnya diberi amaran.


Saman individu memang ada seperti yang dilakukan oleh Dato' Seri Rais Yatim, itu sebenarnya untuk membersihkan nama baik beliau serta keluarga kerana difitnah begitu teruk oleh pembangkang


Umi Hafilda ada juga menyaman, itupun kes peribadi. Begitu juga Nuar dan Dr Hassan Ali, terpaksa menyaman kerana mereka rasa difitnah. Jadi mana tak bebasnya??.


Tindakan saman oleh Nuar mungkin ada benarnya untuk menyekat kebebasan bersuara kerana hendak mengelakan musuh-musuh beliau daripada terus membongkar kisah beliau. Tak apalah. Itu hak dia.


Ramai yang berpendapat kebebasn bersuara yang dinikmati oleh rakyat negara ini sebenarnya sudah lebih dari cukup. Buktinya penceramah-penceramah politik pembangkang yang baru hendak belajar memegang pembesar suara pun sudah berani begitu lantang menyerang pemimpin kerajaan. Mereka tetap tidak diambil tindakan. Ingat kisah pulut tiga tingkat, kisah cincin RM24 juta.?? Cincin termahalpun dalam dunia ini baru berharga RM9 juta.


Penulis blog tak usah ceritalah, beribu jumlahnya yang mengambil kesempatan daripada sikap terbuka kerajaan dalam hal bersuara ini.


Ada juga cabaran-cabaran pihak tertentu terhadap Perdana Menteri supaya menyaman pihak-pihak yang memfitnah beliau. jika itupun PM hendak layan, maknanya beliau tidak akan mempunyai masa selain sibuk menguruskan saman beliau yang tentunya berjumlah begitu banyak. Esok sekali PM tidak menyaman, maka orang akan menganggap isu tersebut benar belaka. Oleh itu beliau mengambil sikap... lantaklah nak kata apapun, nak fitnah apapun.. akhirnya rakyat akan menilai juga. Kan pembangkang selalu sebut rakyat sudah bijak.
.

BEZA ANTARA SUNNAH MENZIARAHI KUBUR DAN BIDAH BACA AL QURAN DI KUBUR



 Agama Islam amat berbeza sekali dengan agama-agama lain ciptaan manusia, Islam ada displinnya yang tersendiri. Apabila kita berbicara tentang Islam, bermakna kita berbicara tentang kalam Allah dan kalam Rasulullah saw. Ini kerana kalam Allah dan kalam Rasul ini adalah sumber utama kepada agama Islam itu sendiri.
Mengambil ringan menukilkan sesuatu dari kalam Allah adalah satu kesalahan yang besar. Demikian juga mengambil ringan dalam menukilkan sesuatu dari kalam al-Rasul (al-Hadith) adalah suatu kesalahan yang besar juga, bimbang perbuatan mengambil ringan ini, menjerumuskan kita meriwayatkan sesuatu hadith yang bukan dari Nabi saw, baginda bersabda:
“Sesiapa yang berbohong ke atas-ku secara sengaja, maka ambillah satu tempat di dalam neraka.” (HR Imam Muslim).
Al-Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith ini berkata: “Ketahuilah, hadith ini mengandungi beberapa faedah dan kaedah: (salah satunya) Diharamkan periwayatan hadith yang palsu bagi sesiapa yang mengetahui keadaan sesuatu hadith itu palsu atau sangkaan banyaknya mengatakan hadith itu palsu. sesiapa yang meriwayatkan satu hadith yang palsu dalam keadaan dia tahu atau sangkaan beratnya menyatakan hadith itu palsu, sedangkan dia tidak menjelaskan kepalsuannya ketika meriwayatkannya, maka dia termasuk dalam ancaman ini (ancaman di dalam hadith di atas), termasuk di dalam orang-orang yang berbohong atas Rasulullah saw… kerana itu para ulama berkata: Semestinya bagi sesiapa yang hendak meriwayatkan satu hadith atau menyebutnya hendaklah melihat (memastikan) ianya adalah hadith yang sahih atau hasan.” (Syarh Sahih Muslim. Al-Maktabah al-‘Asriah, Beirut. Jld 1, m.s. 64-66).
Amat mendukacitakan apabila ada beberapa individu yang memegang jawatan agama dalam Negara ini masih mengambil ringan ketika meriwayatkan sesuatu hadith. Sebagai contohnya tulisan oleh Saudara Mohd. Shauki Abd. Majid, Pengurus Penyelidikan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim). bertajuk “Amalan Ziarah Kubur Bukan Bidaah” yang disiarkan di dalam akhbar ini pada Jumaat, 19/10 yang lalu.
Di dalam tulisan tersebut Mohd. Shauki cuba mempertahankan amalan membaca al-Quran di tanah perkuburan dengan mendatangkan hadith yang lemah dan palsu. hadith tersebut ialah:
Barang siapa berziarah ke kuburan kedua-dua orang tua atau salah satu di antara mereka pada setiap hari Jumaat dan membacakannya surah Yasin, maka dia akan diampuni dosanya dan dihitung sebagai kebaikan.”  Ini adalah hadith pertama yang dijadikan sandaran oleh Mohd. Shauki di dalam tulisan beliau, tanpa beliau nyatakan darjatnya. Sebenarnya hadith ini adalah satu hadith yang tidak sahih. al-Syaukani di dalam al-Fawaid al-Majmu’ah mengatakan hadith ini Palsu (m.s. 271. Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah). Al-Haithami di dalam Majma’ al-Zawaid mengatakan hadith ini Lemah (jld 3, m.s. 87, Dar al-Fikr, Beirut). Al-Albani mengatakan hadith ini Palsu di dalam al-Silsilah al-Dhoiefa,( jld 1, m.s. 126, Maktabah al-Maarif al-Riyadh). Demikian juga Ibn al-Jauzi di dalam al-Maudhuaat dan al-Zahabi di dalam Mizan al-I’tidal, semua ulama hadith yang saya sebutkan ini menyatakan hadith ini adalah hadith yang tidak sahih, mereka mendatangkan dengan beberapa lafaz yang ada sedikit perbezaannya, yang penting hadith itu adalah hadith yang tidak sahih bahkan Palsu.Apabila ulama hadith menyatakan hadith itu palsu, ia bermaksud hadith itu bukanlah hadith yang diucapkan oleh Nabi saw. Sebaliknya ia adalah ucapan individu lain, kemudian dinisbahkan kepada Nabi saw secara palsu dan dusta. Hadith palsu ini, jika dibiarkan berterusan disampaikan kepada orang ramai ianya akan merosakkan agama dan akan menyebabkan orang ramai salah faham terhadap agama.Selain hadith ini, saudara Mohd. Shauki juga berdalilkan dari sebuah hadith lain yang agak pelik bunyinya, kononnya diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. iaitulah: “Barang siapa yang berziarah di kuburan, kemudian ia membaca al-Fatihah, Qul Huwa llahu Ahad dan Alhakumut takasur, lalu ia berdoa “Ya Allah, kuhadiahkan pahala pembacaan firman-Mu pada kaum Mukminin penghuni kubur ini, maka mereka akan menjadi penolong baginya (pemberi syafaat) pada hari kiamat.”Saya cuba mencari hadith ini di dalam perician cd carian hadith-hadith Nabi saw, namun malang saya tidak ketemuinya. Apabila saya cuba mencarinya dari Internet saya dapati hadith ini ada di dalam lamanweb sufi majelisrasulullah.org, situs artikel-artikel hot Indonesia dan sebuah laman percuma geocities yang sama terjemahannya tanpa perbezaan dan ketiga-tiga lamanweb itu tidak menyatakan sumber ambilan hadith tersebut.Persoalannya apakah benar ada kelebihan membaca surah-surah tertentu di tanah perkuburan ? Jika dilihat kepada hadith-hadith yang sahih dari Nabi saw, kita akan dapati keadaan yang sebaliknya. Sebagai contoh hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, Nabi saw bersabda:

“Jangan kamu semua menjadikan rumah-rumah kamu seperti tanah perkuburan, maka sesungguhnya Syaitan lari bertempiaran daripada rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah.” (HR Muslim dan al-Tirmizi daripada hadith Abu Hurairah)
Berdasarkan hadith ini, ia menunjukkan tanah perkuburan bukanlah tempat membaca al-Quran. ini kerana Nabi saw telah menyamakan rumah yang tidak dibaca al-Quran di dalamnya dengan tanah perkuburan. Ini sekaligus memberi isyarat tanah perkuburan itu bukan tempat untuk membaca al-Quran. Hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim ini jelas bertentangan maksudnya dengan hadith yang tidak diketahui darjatnya dari Mohd. Shauki di atas. Di samping itu, Abu Daud di dalam kitab Masailnya (m.s. 158) berkata: ‘Aku mendengar (Imam) Ahmad telah ditanya tentang bacaan al-Quran di sisi kubur, lalu dia menjawab: Tidak dibaca (al-Quran) di sisi kubur.”
Al-Syeikh Muhammad Redha, yang menulis tafsir al-Manar berkata: “Ketahuilah bahawasanya apa yang masyhur tersebar di kalangan orang Badwi dan bukan badwi dari membaca al-Fatihah kepada mayat tidak terdapat petunjuk dari satu hadith yang sahih mahupun yang dhoief, ianya termasuk di dalam bid’ah yang bertentangan dengan nas-nas yang qat’yyah, akan tetapi ianya berlaku disebabkan senyapnya orang-orang yang memakai pakaian ulama dan persetujuan mereka terhadap perbuatan tersebut, disamping ianya berterusan di lakukan oleh orang awam dalam bentuk (seolah-olah) ianya termasuk perkara sunat yang digalakkan atau termasuk dalam perkara fardhu yang dituntut.” (8/268)
Al-Syeikh Hamid al-‘Attar pula di dalam lamanweb yang memuatkan fatwa-fatwa terkini tokoh-tokoh ulama semasa dunia Arab, islam-online.net (http://www.islamonline.net/livefatwa/arabic/Browse.asp?hGuestID=0m2vUm) berkata: “Adapun bacaan al-Quran sekitar tanah perkuburan juga adalah masaalah khilafiah, sebahagian mengatakannya bid’ah dan sebahagian yang lain mengharuskannya. Dan pendapat yang mengatakannya bid’ah adalah lebih rajih (kuat) dari sudut dalil disebabkan ketiadaan petunjuk yang mengkhususkan tempat itu (tanah perkuburan untuk dibacakan al-Quran). Dan tiadalah bacaan al-Quran di kubur itu satu faedah tertentu, tidak ada juga kelebihan yang khusus, bahkan  sama seperti orang yang membacanya di rumah, dan bacaan (al-Quran) yang dilakukan di rumah itu adalah lebih afdhal sebagai keluar dari khilaf. Ketahuilah bahawasa bukan diambil kira pada membaca surah tertentu seperti al-Fatihah (kepada mayat), dan tindakan mengkhususkannya (suarh al-Fatihah) kepada mayat adalah suatu tindakan membuat syariat yang tidak diizinkan oleh Allah, yakni ia termasuk di dalam bid’ah, akan tetapi yang diambil kira ialah nilai/niat orang yang membacanya dan keikhlasan bacaannya, maka berdasarkan itu, anda boleh membaca mana-mana surah yang anda suka tanpa berkeyakinan adanya keutamaan pada satu surah tertentu.”
Semua fatwa dari beberapa ulama yang saya nukilkan di atas menunjukkan membacakan al-Quran di kubur dan mengkhususkan bacaan tertentu ketika menziarahi kubur itu tidak ada dari petunjuk Nabi saw. Disamping hadith dari Imam Muslim di atas sudah cukup untuk menguatkan pandnagan ulama-ulama tersebut kerana  tanah perkuburan bukanlah tempat untuk dibacakan al-Quran di dalamnya.
Berkenaan ziarah kubur pada hari raya, Dr. Wahbah al-Zuhaili berkata: “Ziarah kubur pada hari raya adalah suatu yang bertentangan dengan sunnah, adalah Nabi saw melarang ziarah kubur pada hari raya, kerana hari raya adalah hari untuk bergembira bukan hari untuk bersedih dan berduka-cita.” (sila lihat fatwa al-Zuhaili di dalam lamanweb rasminya http://www.zuhayli.net/index.htm)
Fatwa Dr. Wahbah al-Zuhaili ini bertepatan puls dengan hadith Nabi saw yang melarang dari menjadikan kubur baginda sebagai tempat perayaan sepertimana hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Abu Hurairah r.a.  
Menziarah kubur bukanlah suatu yang terlarang di dalam agama, bahkan ia suatu yang amat digalakkan. Demikian juga menyedekahkan pahala bacaan al-Quran kepada mayat bukan suatu yang ditegah di dalam agama berdasarkan pendapat kebanyakan para ulama, selama ia dilakukan dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang bayaran.. Yang ditegah ialah menetapkan suatu bacaan surah yang khusus untuk ditujukan kepada mayat dan menetapkan hari yang tertentu untuk menziarahinya, semuanya dilakukan di tanah perkuburan.
Perbuatan menetapkan surah yang khusus dan hari yang tertentu untuk mayat itu perlu kepada tunjuk ajar dari Nabi saw. Demikian juga perbuatan meletakkan ada kelebihan membaca al-Quran di tanah perkuburan, semuanya memerlukan petunjuk dari Nabi saw.  Jika baginda tidak memberitahukannya kepada kita bagaimana kita berani menentukannya ?

HUKUM KAUM HAWA MENZIARAHI KUBUR


بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Salah satu amalan yang sering dilakukan oleh masyarakat kita pada bulan Ramadhan dan pada Hari Raya Fitrah ialah berziarah kubur, sama ada yang diziarahi itu adalah kubur ibu bapa atau kaum kerabat. Berziarah itu pula diisi dengan membaca al-Qur’an yang pahalanya dihadiahkan kepada orang yang telah meninggal dunia.

Biasanya surah Yassin dan bertahlil merupakan bacaan pilihan masyarakat kita apabila berziarah kubur.

Berziarah kubur pula tidak hanya di bulan Ramadhan atau ketika Hari Raya sahaja, bahkan terdapat sesetengah keluarga yang menjadikannya rutin yang dilakukan seminggu sekali, sebulan sekali atau pada waktu-waktu yang dipersetujui oleh ahli keluarga yang difikirkan boleh berziarah beramai-ramai ke kubur.

Apa yang biasa dilihat, berbagai lapisan golongan ahli keluarga yang bukan sahaja terdiri daripada golongan lelaki dewasa, malahan kanak-kanak lelaki dan golongan perempuan juga
beramai-ramai turut sama berziarah.

Senario golongan perempuan turut serta pergi berziarah ke kubur menimbulkan reaksi sesetengah pihak yang beranggapan bahawa perempuan tidak dibenarkan berziarah kubur, lebih-lebih lagi perempuan yang dalam haidh. Adakah betul anggapan sedemikian?


Hukum Berziarah Kubur

Terdapat perbezaan hukum berziarah kubur bagi lelaki dan perempuan.

1. Hukum berziarah bagi lelaki

Para ulama sepakat mengatakan bahawa sunat bagi lelaki menziarahi kubur orang-orang Islam berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Buraidah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah
Shallalahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:

“Dahulu aku melarang kamu menziarahi kubur, maka (sekarang) ziarahlah.”

(Hadits riwayat Muslim)

Menurut Imam asy-Syarwani Rahimahullah, ganti nama " كم " (kum) dalam larangan dan juga " زوروا " pada perintah dalam hadis di atas adalah ditujukan kepada kaum lelaki.

Orang-orang yang sunat diziarahi kuburnya itu pula ialah:

I. Kubur kedua ibu bapa, walaupun kubur keduanya bukan di negeri di tempatnya berada.

II. Kubur kaum keluarga terdekat atau sahabat-handai yang pada ketika hidup mereka sunat untuk diziarahi, begitu juga bila mereka meninggal dunia.

III. Kubur orang lain (yang bukan keluarga atau sahabat handai) dengan tujuan berziarah untuk mengingatkan kematian, memohon rahmat daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala untuknya atau sebagainya.

2. Hukum berziarah bagi perempuan

Keadaan perempuan berbeza dengan lelaki dari segi emosi dan perasaan. Perasaan mudah tersentuh dengan apa sahaja yang berlaku sering dikaitkan dengan mereka. Apabila seseorang yang dikenali meninggal dunia, lebih-lebih lagi jika orang tersebut adalah seseorang yang disayangi atau terlalu rapat dengannya selalunya membangkitkan perasaan emosi dan ada sesetengahnyatidak dapat membendung perasaan sehingga meraung-raung di depan mayat atau di tanah perekuburan.

Menurut pendapat jumhur ulama, hukum ziarah kubur bagi perempuan adalah makruh kerana ditakuti boleh mengundang fitnah atau ditakuti mereka menangis dengan mengeluarkan suara yang nyaring meratapi kepergian si mati.

Dalil yang menunjukkan bahawa hukum bagi perempuan menziarahi kubur adalah tidak haram berdasarkan beberapa hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam seperti berikut:

1. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu,
katanya:

Maksudnya:

“Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam berjalan melintasi seorang perempuan yang sedang menangis di kubur anaknya, lalu Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bertaqwalah engkau kepada Allah dan bersabarlah.”
(Hadits muttafaq ‘alaih)

Daripada hadits di atas dapat difahami bahawa menziarahi kubur bagi perempuan tidak dilarang. Ini kerana jika perbuatan tersebut dihukumkan haram, sudah tentunyalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menegur ataupun melarang perempuan tersebut daripada menziarahi kubur.

2. Sayyidatuna ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam tentang doa yang boleh dibacanya apabila berziarah ke perkuburan. Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:

“Katakanlah: “Mudah-mudahan Allah limpahkan keselamatan ke atas ahli kubur daripada orang-orang mukmin dan orang-orang Islam dan semoga Allah merahmati orang-orang terdahulu dari kalangan kami dan orang-orang yang terkemudian, dan sesungguhnya sekiranya kami diizinkan oleh Allah kami akan bertemu dengan kamu.”

(Hadits riwayat Muslim)

Hadits di atas adalah dalil yang menunjukkan bahawa tidak haram bagi perempuan berziarah kubur.

Namun perlu diingat, bahawa hukum berziarah kubur bagi perempuan ini bergantung pada tujuan dan keadaannya ketika berziarah. Hukum asalnya adalah makruh sekalipun tujuannya
untuk mengambil iktibar, untuk mengingatkan kepada kematian, alam barzakh dan alam akhirat. Di samping itu, perempuan tersebut dapat menjaga adab kesopanan ketika berziarah, dapat menahan diri dari kesedihan atau dukacita yang bersangatan dan aman dari segala fitnah.
Manakala apabila berlaku tujuan dan keadaan yang sebaliknya, maka hukum makruh tersebut akan bertukar kepada haram.

Menurut setengah ulama, jika tujuannya adalah untuk menimbulkan semula perasaan dukacita dan untuk meratapi si mati, maka adalah haram baginya menziarahi kubur. Begitu juga jika sekiranya perempuan tersebut tidak menjaga adab kesopanannya semasa berziarah, tidak aman dari segala fitnah atau seumpamanya, maka haram baginya menziarahi kubur.

Berbeza pula hukumnya menziarahi kubur Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Hukumnya adalah sunat bagi perempuan dan lelaki. Begitu juga menurut sebahagian ulama, sunat berziarah ke kubur para nabi, para ulama dan aulia.

Hukum Perempan Haidh Berziarah Kubur

Perempuan yang dalam haidh tidak ada halangan untuk berziarah kubur, kerana untuk berziarah kubur tidak disyaratkan suci daripada hadats kecil mahupun besar. Suci daripada hadats merupakan salah satu adab yang disunatkan sahaja kepada orang-orang yang ingin berziarah ke tanah perkuburan.

Oleh yang demikian, perempuan yang dalam haidh berziarah kubur dengan tujuan yang dibenarkan oleh syara‘ serta dapat menjaga adab kesopanan ketika berziarah dihukumkan makruh sebagaimana dengan hukum perempuan yang suci berziarah kubur.

Namun satu hal yang berbeza di antara perempuan yang suci dengan perempuan sedang haidh ketika di tanah perkuburan ialah dari segi keharusan membaca ayat-ayat al-Qur’an untuk si mati. Perlu diingat, perempuan yang dalam haidh haram membaca al- Qur’an walaupun hanya satu ayat daripada al-Qur’an. Maka memadailah baginya berzikir seperti bertahlil, bertasbih dan
sebagainya atau berdoa untuk si mati seperti memohon keampunan dan rahmat atau yang seumpamanya daripada Allah untuk si mati.

Secara umumnya, adab-adab yang perlu dijaga oleh perempuan yang menziarahi kubur sama ada yang dalam keadaan suci mahupun haidh ialah:

(1) Hendaklah dia ditemani oleh suaminya ataupun mahramnya.

(2) Keluar dalam keadaan menutup aurat sepenuhnya sepertimana yang telah digariskan oleh Islam.

(3) Jangan selalu pergi berziarah ke kubur.

(4) Tidak berbual dengan percakapan kosong sebagaimana yang dilarang ke atas kaum lelaki, kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh
Buraidah Radhiallahu ‘anhu:

Maksudnya:

“(Dahulu) aku telah melarang kamu menziarahi kubur, maka (sekarang), siapa yang ingin menziarahi kubur, berziarahlah, dan janganlah kamu bercakap-cakap dengan perkataan yang tidak baik.”
(Hadis riwayat an-Nasa’ie)

Perlu diambil perhatian juga, hukum yang membenarkan perempuan berziarah kubur ini adalah tertakluk bila adanya keizinan daripada suami atau wali. Sekiranya tiada keizinan daripada suami atau wali, tidaklah perempuan itu dibenarkan untuk berziarah kubur.

Kesimpulannya, perempuan yang dalam haidh tidak dilarang menziarahi kubur kerana secara umumnya hukum berziarah bagi perempuan itu adalah makruh dengan ada syarat-syarat yang perlu dijaganya iaitu dari segi tujuan dan adab berziarah. Di samping itu, jika dia turut sama berziarah ke perkuburan bersama ahli keluarga yang lain, dia hendaklah berhati-hati agar tidak turut sama dengan yang lainnya membaca ayat-ayat al-Qur’an seperti Yassin dan yang seumpamanya kerana haram baginya melakukan yang demikian dengan keadaannya di dalam haidh itu

PADAN MUKA NEGERI KEDAH JERLUN KENA MUSIBAH RIBUT TAUFAN

Saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan thai bersyukur kepada Allah swt yang maha esa dan maha adil kerana memberi musibah di negeri kedah.Saya berdoa kepada Allah swt supaya di berikan lagi bencana dan musibah bumi negara malaysial ini.Justeru itu saya mohon kepada allah swt supaya di beri kesedaran kepada hamba-hambanya yang tidak sedarkan diri.Saya berdoa kepada Allah swt supaya di turunkan bala dan musibah di negara malaysia,Amin.

CARA MENYEKAT LNB DAN R/L SECARA OPTIMAL

Pada umumnya lnb yang ada dipasaran dirancang untuk menangkap sinyal yang berpolarisasi horisontal dan vertikal karena kebanyakan satelit yang bisa ditangkap di indonesia berpolarisasi horisontal dan vertikal.
namun ada beberapa satelit yang dapat ditangkap di indonesia berpolarisasi Right dan Left. kalau transmisi satelit tersebut menjangkau tempat kita, walaupun tidak maksimal dengan lnb berpolarisasi horisontal dan vertikal sinyal dapat kita tangkap.

Namun kalau transmisi satelit tersebut tidak nyampai tempat kita tetapi jangkauannya nyampai ketempat kita, maka sangatlah mustahil sinyalnya dapat kita tangkap dengan lnb berpolarisasi Right dan Left. seperti jangkauan satelit yamal 202 pada gambar dibawah ini. dimana pada satelit ini terdapat chanel yang konon diburu maniak parabola.

Beam Yamal 202
Untuk dapat menangkap jangkauan sinyal satelit tersebut haruslah menggunakan lnb yang dirancang untuk menangkap sinyal polarisasi Right dan Left. kalaulah kita sulit nendapatkan lnb tersebut dipasaran, kitapun bisan merancangnya sendiri karena pada dasarnya lnbnya sama, hanya yang untuk polarisasi R/L terdapat sekat yang berfungsi untuk menyearahkan frekwensi yang semula R/L menjadi H/V.

sekat ini bisa kita pasang sendiri dengan cara yang sederhana. bahan yang dibutuhkan adalah plastik tebal kira-kira 7 mm. kalau susah mencari bahan tersebut, pakai saja talenan/bantalan untuk mengiris-iris di dapur. yang bagus adalah talenan merk maspion, karena tebalnya sangat pas, kalaulah tidak ada merek maspion, pakai merek lionstarpun juga bisa. kalaulah tidak ada, bisa menggunakan keramik lantai, tetapi hasilnya tidak maksimal.

Perbandingannya adalah misalnya lnb tanpa sekat sinyalnya 30%, disekat pakai talenan maspion bisa menjadi 80%. pakai talenan lionstar sinyalnya 70%. sedangkan pakai keramik sinyalnya hanya 40%. setelah bahan didapat, tibalah saatnya untuk membentuk sekat dan memasangnya.

Ukuran optimal untuk sekat lnb adalah Panjang 17 cm, lebar sesuai diameter lnb, dan tebal 7 mm (talenan merk maspion seperti yang telah dijelaskan diatas).


Sekat LNB
Sekat LNB


setelah sekat kita bentuk, sekat tersebut kita sisipkan kedalam tabung lnb. ukuran kedalaman menyisipkan sekat yang optimal adalah sejajar jarum antena Horisontal dan sisanya biarkan tersisa diluar (melet keluar). perbandingan sinyalnya tidak seberapa, tapi lumayan kan! kisaran sinyalnya sekitar 3-5%. yang penting sekat harus melet keluar minimal 3 cm. kurang dari itu sinyalnya bisa berkurang lebih dari 5%.

CARA SETTING PARABOLA

Punya antena parabola merek Paramount, Matrix, Venus, Yuri, Falcom, hingga Andrew solid tapi belum tau/ awam cara pasang antena parabola sendiri, baik itu tipe ram/ jaring ataupun solid/ petal tanpa bantuan teknisi khusus antena parabola ? artikel ini bisa menjadi panduan awal buat anda yang sama sekali belum pernah mengenal cara seting antena parabola/ instalasi peralatan antena parabola digital namun berkeinginan untuk belajar hingga bisa atur/ pasang sendiri.
cara cepat pasang antena parabola tipe apa saja yang benar
Awalnya anda harus membeli peralatan antena parabola (tipe dish mesh/ jaring ato juga dish solid) terserah mau ukuran antena parabola yang kecil ataupun yang besar (cara mengetahui ukuran antena parabola bisa lihat pada tabel kalkulasi jarak antara LNB), disarankan untuk memulai dari peralatan parabola yang sering ditemui saat ini (dish 6 feet solid paling mudah di dapat untuk saat ini dengan merek matrix atau juga venus karena kedua merek itu yang paling sering di temui di setiap kota maupun di pelosok-pelosok Indonesia denga harga yang murah & pas di kantong kalangan menengah kebawah dengan harga di kisaran Rp. 600 ribuan) berikut alat penerima/receiver/decoder/DVB S (Digital Video Broadcasting Satellite), bagusnya receiver yang bisa blind scan/ mencari buta (receiver ini bisa mencari sendiri semua chanel yang ada di setiap satelit, untuk yang standar dengan harga murah bisa di cari Matrix Prolink HD Ethernet atau Venus HD, seri Skybox HD), Low Noise Block Frequensi (LNBF) (LNBF C Band, LNBF KU Band) yang akan di letakkan di bagian atas dish/antena parabola, merek bisa apa saja matrix, yuri, hansen, unisat, digisat, Fuji santech, stargold (harga berfariasi mulai dari Rp. 100 ribu hingga di atas Rp. 400 ribu) dan merek lainya yang ada di pasaran.
Peralatan pelengkap yang harus disediakan untuk instalasi pemasangan antena parabola :
  • Kunci Ring, pas ukuran 10, 12, 14, 17, 19 (kebanyakan ukuran ini yang di pakai pada antena parabola)
  • Obeng (akan di gunakan pada pengaturan tinggi renda, putar kiri dan kanan LNB)
  • Kompas (untuk menentukan perkiraan arah mata angin/ menentukan arah antena parabola pada awalnya ke Barat, Timur, Utara dan Selatan, LNBF C band arah 0 ke Barat, LNB KU band arah connector ke Utara mata angin), yang punya hp smartphone android bisa gunakan fasilitas kompas, dish pointer, track sat, signal enigma DM.
  • Satellite finder untuk mempermudah melihat kwalitas signal pada posisi antena parabola dan; tidak lagi melihat ke monitor TV atau bisa pakai alat tambahan seperti easycapture USB, cara penggunaannya sangat mudah dan dapat di tancapkan ke USB port laptop/ notbook dengan tambahan kabel vga sebagai penghubung dari receiver.
8 langkah pasang/ atur antena parabola sendiri yang harus diikuti setelah kita merakit, merangkaikan antena parabola menjadi satu bagian yang sebelumnya dibeli dalam keadaan terpisah-pisah. Langkah-langkahnya sebagai berikut :
  1. Tanamkan tiang penyangga/ dudukan mounting antena parabola, tegak lurus dengan cara di lihat dari sudut yang berbeda juga. (tinggi tiang sebaiknya di sesuaikan dengan postur badan anda sehingga mempermudah pengaturan antena parabola nanti, pilih lokasi untuk menempatkan antena bebas dari halangan, tembok, pohon, dll yang bisa menghalang arah pencarian nantinya).
  2. Letakkan dish/ antena parabola pada dudukan dish yang di pancangkan terlebih dahulu (apabila anda menggunakan bahan semen pada dasar tiang, anda harus menunggu sampai semennya keras & siap untuk di letakkan antena parabolanya). Usahakan posisi dish tegak lurus.
  3. Agak kencangkan baut-baut penahan yang ada di pangkal antena (adanya di bagian mounting) yang di letakkan sesuai tahap 2 supaya bisa di gerak-gerakkan untuk mencari arah mata angin Barat, Utara juga sudut kemiringan antena terhadap garis katulistiwa.
  4. Pasangkan LNB di antenna parabola dilanjutkan dengan memasangkan konektor F untuk menghubungkan antena ke receiver.
  5. Hubungkan konektor F dari antena ke receiver (hubungkan juga kabel dari receiver ke monitor tv pakai kabel vga, component, HDMI cable).
  6. Atur satelit/ parameter transponder satelit, chanel yang akan kita cari, masukkan salah satu chanel untuk di jadikan acuan mendapatkan chanel satelit yang akan kita tampilkan (pada kolom bagian atas itu untuk melihat kekuatan signal LNB (kwantitas signal), kolom di bawahnya untuk melihant kekuatan signal (kwalitas signal) dari chanel yang akan kita cari/ tampilan ini sering ditemui pda receiver biasa (DVB Mpeg-2) kalau menggunakan LNBF C Band maka pengaturan Freq. LO (Local Oscilator) LNB pilih 5150 atau 5157 untuk tipe One Cable solution (OCS) LNB, universal 9750/10600 untuk LNBF jenis Ku band offset/ prime focus, pilih 9750 untuk frekwensi di bawah 10000, 10600 frekwesi diatas 10000
  7. Tahap ini sudah bisa mencari chanel dengan melihat pada monitor anda, coba gerakkan ke kiri kanan untuk mendapatkan arah Barat/ Timur yang merupakan arah orbit satelit, dorong ke atas bawah sambil melihat pada bar kolom kualitas signal di monitor biasanya di tandai dengan anka dan persen (%), atur sampai signal terkuat/ maksimal di dapat, sambil mengencangkan baut-baut yang ada pada pangkal antena parabola/ penahan mounting dan aktuator/ besi penyangga antena (arah Barat ke Timur), jika anda memiliki motor penggerak/ aktuator bisa langsung di pasangkan sehingga nantinya kendali untuk menaikkan & menurunkan arah antena parabola langsung dari positioner atau bisa juga langsung dari receiver.
  8. Atur di receiver, cari menu untuk pilihan scan otomatic/ auto scan/ cari buta, tunggu sampai semua chanel muncul kemudian tekan OK untuk save/ simpan. Disini anda sudah bisa menikmati gratis chanel Free To Air.
Sisi teknis pengaturan antena parabola
Dari segi teknis langkah-langkah diatas berlaku juga buat pasang LNB KU Band hanya perbedaan dudukan LNB & arah konektor yang berbeda. Untuk LNB KU Band arah konektor menghadap Utara, tapi ada juga yang harus menghadap arah lain konektornya, contohnya untuk pointing ke satelit Optus Australia.
Untuk memaksimalkan signal frekwensi chanel dengan polarisation H (Horisontal) pengaturannya coba naik atau turunkan LNB, jarak antara antena parabola ke LNB umumnya di kisaran angka 36, 38 untuk ukuran antena parabola 6/ 8 feet, dish ram/ jaring 9/ 10 feet atur di angka LNB 38, 42, tinggal disesuaikan dengan memaksimalkan signal yang bisa di kunci dengan sempurna (fungsi angka - angka di body LNB itu untuk menentukan jarak ketepatan/ tinggi antara dasar/ fokus antena parabola dengan dudukan LNB sehingga menghasilkan kwalitas signal penangkapan yang maksimal).
Untuk memaksimalkan signal frekwensi chanel dengan polarisation V (Vertikal) atur sambil diputar arahnya ke kiri atau ke kanan LNB tanpa merubah angka jarak antara antena parabola ke LNB.
Trik tambahan cara atur antena parabola :
  • Untuk setingan 1 antena parabola ke 2 receiver atau lebih, gunakan peralatan tambahan switch DisEqc atau sekalian pakai multiswitch cara seting penggaturannya lebih mudah, juga bisa untuk 4 LNB 1 receiver.
  • Untuk pointing di daerah yang ada hotspot WiFi biasanya signal sering naik turun/ loncat, bungkus LNB pakai alumunium plat untuk mendapatkan signal yang bagus.
  • Untuk menguatkan signal menggunakan LNB KU Band bisa dengan Trik penggunaan dudukan LNB C Band.
Cek update terbaru daftar channel frequensi & symbol rate di satelit Indonesia palapa D & Telkom 1 lewat antena parabola. Cara mengetahui keterangan tiap channel apakah pakai receiver/ DVB Satellite channel format Mpeg 2 atau Mpeg 4, caranya lihat tabel channel per satelite di lyngsat yang ada di artikel Cara membaca keterangan tabel di lyngsat.
Pengaturan dan cara cepat seting atau mencari signal yang hilang di antena parabola ram & solid, artikel ini bisa langsung di praktekkan untuk ukuran antena parabola minimal 5 feet, sedangkan untuk pengaturan antena ukuran kecil yang sering di sebut antena parabola offset seperti milik Aora, Indovision, Telkomvision dan Orange TV bisa menjadikan trik antena parabola ini sebagai panduannya.

Cara cepat seting antena parabola ram & solid ke satelit yang akan kita cari, lokasi tempat pasti berbeda-beda berdasarkan letak & lokasi, apakah berada di atas garis katulistiwa, di bawah katulistiwa, bagian Barat atau Timur belahan bumi, contohnya untuk satelit Palapa D arah antena parabola bagi yang berada di Bagian Timur Indonesia (Pulau Sulawesi, Papua) posisi arah antena agak condong arahnya ke Barat sedangkan yang berada di garis katulistiwa (Kalimantan) posisinya tegak lurus, Bagian Barat (Sumatera dan sebagian Jawa) arah antena condong ke Timur.
Moga artikel ini berguna bagi yang sudah mampir, siapa tau bisa jadi tukang, ahli pasang antena parabola

CARA ALAMI CEPAT HAMIL

Cara Alami Cepat Hamil. Dalam kehidupan pasutri kehadiran seorang anak merupakan kebahagian yang tidak ternilai harganya, mungkin saja artikel mengenai Cara Alami Cepat Hamil Menurut Ajaran Islam di bawah ini bisa memotivasi hidup dalam rumah tangga anda.

Dalam sebuah pernikahan tentunya belum lengkap jika belum memiliki keturunan. Perlu kita sadari, bahwa apapun usaha yang kita lakukan untuk mencari cara agar cepat hamil, kita harus senantiasa berdoa agar segera memiliki momongan. Perlu disadari juga bahwa kehamilan merupakan rezeki dari Allah SWT. Tak seorangpun yang bisa memastikan metode cara cepat hamil yang diterapkan bisa 100% berhasil, karena itu semua hanya bersifat ikhtiar semata.

Bicara masalah ikhtiar bagaimana cara cepat hamil, memang kita perlu bersabar dalam menunggu kapan sebuah pasangan dipercaya untuk menerima titipan dari yang kuasa.

Berikut adalah beberapa cara cepat hamil yang bisa Anda lakukan

1. Banyaklah berdoa kepada Allah SWT, senantiasa sabar dan berserah diri. Banyaklah sholat tahajud dan berdoa pada waktu-waktu tahajud tersebut, karena waktu tersebut adalah waktu dikabulkannya doa.

2. Banyaklah bersedekah. Mungkin, Anda dan pasangan yang belum dikaruniai momongan karena terlalu banyak menahan harta untuk diberikan kepada orang yang membutuhkan terutama kerabat dekat. Bersedekahlah agar perasaan dan jiwa lebih sehat dan ini berpengaruh pada kesehatan jasmani dan juga kesuburan.

3. Tak hanya istri, suami juga sangat berperan karena pembuahan tidak akan terjadi kalau kualitas sperma buruk. Berikut tips untuk pria untuk meningkatkan kualitas sperma :

#Pakaliah celana yang longgar. Celana yang ketat akan meningkatkan suhu pada area buah zakar. Ini akan berakibat kurang baik untuk kualitas sperma. Hindari mandi atau berendam air panas dan sauna terlalu sering karena itu juga akan meningkatkan suhu tubuh.

#Jangan mengantongi HP atau alat elektronik lain yang menghasilkan gelombang elektromagnetik karena pancaran gelombang elektromagnetik bisa berpengaruh pada kesuburan.

#Makanlah makanan yang mengandung vitamin B6, vitamin C, Zat Besi FE, Zat Seng Zinc, dan air putih minimal 8 gelas dalam sehari.

4. Untuk istri, seperti tips cepat hamil untuk suami diatas, memakai pakaian yang longgar untuk kaum wanita juga pengaruh terhadap kesuburan. Wanita-wanita di India yang biasa memakai sari yang longgar cenderung lebih mudah memiliki kehamilan. Jika ingin segera hamil, tinggalkan kebiasaan memakai pakaian ketat seperti celana jin atau rok span. pakailah rok panjang yang longgar, syukur jika mengenakan hijab bagi kaum muslimah.

5. Hindari makanan yang mengandung merkuri, makanan cepat saji, mengandung pengawet, makanan kaleng seperti ikan sarden, alkohol dan rokok. Membiasakan hidup sehat adalah langkah awal agar cepat hamil.

6. Makanan berikut yang Insya Allah berkhasiat untuk penyubur sperma, yaitu : Ikan Salmon, Semangka, Tomat, Buah Berry dan Kacang-kacangan serta oatmeal.

Itulah Cara Alami Cepat Hamil Menurut Ajaran Islam. Semoga ada manfaatnya setelah anda membacanya, untuk lebih lanjut anda bisa mengklik banner di bawah ini untuk membaca Buku Panduan Cara Cepat Hamil. Terima kasih sudah berkunjung

UMNO TIDAK BERASA MALU MAKAN DUIT RAKYAT

Berdasarkan rekod kewangan syarikat projek ternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), PKR mendakwa terdapat lebih banyak penyelewengan dalam syarikat yang dimiliki oleh keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.

Pada sidang media di lobi parlimen, setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution mendedahkan bahawa skandal itu kini merebak dan turut membabitkan beberapa pemimpin Umno lain.

1. Lembu-lembu bernilai RM5,281 yang disumbangkan pada tahun 2009 kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Mansor; dan RM2,640 kepada ADUN yang hanya dikenali sebagai 'YB Yunus'.

2. Lembu-lembu bernilai RM70,000 dikatakan dijual secara kredit kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique pada tahun 2008; dan harga pembelian hanya dibayar sepenuhnya pada tahun 2009.

3. RM26,400 yang didakwa dibayar sebagai perbelanjaan yang dilakukan pada tahun 2008 oleh Shahrizat.

4. RM368,640 yang dikatakan digunakan bagi sewa pejabat dan dibayar kepada pengarah NFC - suami Shahrizat, Mohamad Salleh Ismail dan anak lelaki mereka, Wan Shahinur Izran.

Syarikat itu, sebelum ini, didakwa telah membelanjakan sebanyak RM250 juta dana awam yang diperuntukan dalam bentuk pinjaman mudah. Namun sehingga hari ini, tiada ulasan berhubung segala dakwaan yang dilemparkan dijawab.

TEMBELANG YAHUDI


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.
“Orang yang berakal itu ialah orang yang mahu mengambil iktibar dan pengajaran daripada kisah pengalaman orang lain.” Demikian pesanan yang amat mendalam daripada Saidina Ali Abi Talib.
.
Kisah puak Israel yang sering melakukan penindasan terhadap manusia dan umat Islam sejagat terutama penduduk Palestin sewajarnya dijadikan ikhtibar. Jangan sesekali ada usah di kalangan umat Islam yang menutup sebelah mata bersedia untuk mengiktiraf mereka dan juga jangan ada yang mencuba untuk mendapatkan sokongan moral golongan yang telah hilang perasaan serta sifat kemanusiaan ini.
.
Kisah kaum Bani Israel banyak dicatatkan dalam al-Quran bertujuan mendedahkan tembelang mereka dalam isu keagamaan dan kemanusiaan sejagat. Perkataan Israel pada asalnya bermaksud pilihan dan ia adalah satu sebutan khusus bagi Nabi Yaakub. Justeru, Bani Israel adalah susur galur keturunan Nabi Yaakub dan sekarang mereka lebih dikenali sebagai Zionis.
.
Sesungguhnya, Bani Israel ini adalah kaum yang dimuliakan Allah SWT suatu ketika dulu. Kebanyakan daripada keturunan bani Israel atau kaum Yahudi, mempunyai kebijaksanaan dan kelebihan yang tidak diberikan kepada kaum lain. Allah SWT berfirman:

  اذْكُرُوْا نِعْمَتِيَ الَّتِيْ أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَ أَنِّيْ فَضَّلْتُكُمْ عَلَى الْعَالَمِيْنَ

“Ingatlah olehmu akan nikmatKu yang telah Aku karuniakan kepadamu, dan sesungguhnya Aku telah pernah memuliakan kamu atas bangsa-bangsa.” (Surah Al-Baqarah, Hujung ayat 47)
.
Sebagai bangsa pilihan, mereka dilimpahi nikmat Allah yang tidak diberikan kepada bangsa lain. Antara nikmat itu ialah diutuskan ramai nabi dan rasul yang daripada kalangan mereka, selain diselamatkan daripada kezaliman Firaun dan bala tenteranya.
Allah SWT berfirman lagi dalam surah al-Baqarah:

يَا بَنِي إِسْرَ‌ائِيلَ اذْكُرُ‌وا نِعْمَتِيَ الَّتِي أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَوْفُوا بِعَهْدِي أُوفِ بِعَهْدِكُمْ وَإِيَّايَ فَارْ‌هَبُونِ ﴿٤٠

“Wahai bani Israel! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang-Ku berikan kepadamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) dengan-Ku supaya Aku sempurna perjanjian-Ku dengan kamu; dan kepada Akulah saja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain).” (Surah al-Baqarah, ayat 40)
.
Walaupun Allah SWT melimpahkan pelbagai nikmat kehidupan, mereka berubah menjadi bangsa lupa diri, sombong, takbur, mempermainkan ayat Allah dan ajaran agama, bahkan tergamak membunuh pendakwah serta nabi mereka sendiri yang sentiasa menyeru ke arah kebaikan dan kesejahteraan hidup.
Al-Quran mendedahkan kejahatan mereka yang tiada langsung sifat kemanusiaan. Dalam diri mereka ini tersemat beraneka kejahatan yang tersembunyi dalam hati mereka yang diterjemahkan dengan sifat serta perlakuan jahat.
.
Dalam satu kisah sahabat, pada suatu hari Abu Ubaidah al-Jarrah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, siapakah manusia paling dahsyat azabnya pada hari kiamat?” Baginda menjawab: “Sesiapa yang membunuh nabi atau orang yang melaksanakan amar makruf nahi mungkar.”

Kemudian Baginda membaca ayat al-Quran daripada surah al-Imran ayat 21:

إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُ‌ونَ بِآيَاتِ اللَّـهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ‌ حَقٍّ وَيَقْتُلُونَ الَّذِينَ يَأْمُرُ‌ونَ بِالْقِسْطِ مِنَ النَّاسِ فَبَشِّرْ‌هُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ ﴿٢١

“Sesungguhnya orang yang kufur ingkar ayat keterangan Allah dan membunuh nabi dengan jalan tidak benar, serta membunuh orang yang menyeru manusia berbuat adil, maka sampaikanlah berita kepada mereka dengan azab pedih.”
 .
Baginda meneruskan sabdanya: “Wahai Abu Ubaidah, ketahuilah bahawa bani Israel sudah membunuh 43 nabi pada sebelah pagi dalam satu masa. Kemudian ada 170 orang Israel yang mengajak mereka membunuh nabi berkenaan yang menyeru kepada makruf dan mencegah mereka daripada mungkar tapi mereka membunuhnya pada sebelah petang.” (Riwayat Abu Hatim dan Ibn Jarir).
.
Kaum Bani Israel berasal daripada anak-anak nabi Yaakub (a.s) seramai 12 orang yang turut dikenali dengan gelaran ‘Al-Asbaath’ (Bahasa Arab:الأسباط) iaitu Rubin, Simeon, Lawway, Yahuda, Zebulaon, Isakhar, Dann, Gad, Asyer, Naftali, Yusuf, dan Benyamin.
Antara anak-anak baginda, ada antaranya yang diangkat menjadi Rasul seperti Nabi Yusof (a.s) yang meneruskan apa yang diajarkan oleh Nabi Ibrahim kepada datuk baginda, Nabi Ishak a.s., bapa baginda, Nabi Yaakub dan akhirnya baginda sendiri yang dipilih Allah untuk meneruskan Syariat Allah dimuka bumi ini.
Terdapat ramai rasul-rasul yang terkemuka diutuskan dalam kalangan Kaum Bani Israel ini seperti Nabi Yusuf, Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Ilyas, Nabi Ilyasa, Nabi Yunus, Nabi Zakaria, Nabi Yahya dan Nabi Isa yang merupakan rasul yang terakhir yang diutuskan Allah kepada kaum ini sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan rasul yang terakhir yang diutuskan kepada seluruh umat manusia dimuka bumi Allah ini.
.
Sejarah Islam juga mencatatkan kaum Yahudi terkenal dengan sifat khianat dan mungkir janji. Hampir semua perjanjian yang termeterai antara mereka dengan Rasulullah SAW telah mereka khianati.
Maka tidak menghairankan kini rejim Zionis Yahudi di Israel kekal mempamerkan sifat yang telah sebati menjadi darah daging mereka iaitu mengulangi perbuatan zalim, khianat dan mungkir janji seperti dilakukan nenek moyang mereka dulu.
Mereka bukan saja mengkhianati seluruh isi perjanjian damai dengan bangsa Palestin, malah dengan angkuh dan sombong tidak bersedia untuk tunduk kepada resolusi diputuskan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkaitan isu perdamaian Asia Barat.
.
Kisah pengkhianatan kaum Yahudi dulu dan sekarang sekali gus membuktikan kebenaran al-Quran yang mendedahkan tembelang dan sikap kaum Yahudi sebenarnya terhadap isu keagamaan, kemanusiaan dan keamanan sejagat.
Penjajahan haram Yahudi yang begitu laparkan tanah di bumi Palestin bertindak melebar penguasaan mereka hasil daripada ‘Dasar Penaklukan Menggila’ itu.
.
Umat Islam di bumi Palestin yang dizalimi dan ditindas oleh rejim Zionis itu wajib berjihad demi mempertahankan maruah, harta benda, tanah air serta agama mereka. Bahkan, turut menjadi tanggungjawab bersama setiap Muslim di seluruh dunia untuk memboikot barangan Israel atau menberi bantuan tenaga sukarela, perubatan dan kewangan kepada saudara seaqidah di Palestin dalam mempertahankan bumi suci ketiga Islam itu.
.
Kaum Yahudi sentiasa berusaha dengan pelbagai cara dan helah, sama ada secara terang-terangan mahupun sulit agar kaum Muslimin meninggalkan ajaran agama mereka dan kembali menjadi kufur. Perilaku jahat kaum Yahudi berkenaan dirakamkan dalam al-Quran untuk dijadikan pengajaran kepada umat Islam selepasnya.
Allah SWT berfirman:

 وَدَّ كَثِيرٌ‌ مِّنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُ‌دُّونَكُم مِّن بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارً‌ا حَسَدًا مِّنْ عِندِ أَنفُسِهِم مِّن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ

“Banyak antara Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir selepas kamu beriman kerana dengki yang timbul dalam diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad SAW).” (Surah al-Baqarah, ayat 109).
.
Kisah kejahatan kaum Yahudi terhadap masyarakat Islam di Palestin khususnya di Gaza, bukanlah sesuatu yang asing jika kita singkap kembali sejarah perangai bangsa yang dilaknat Allah ini. Mereka pernah membuat onar dengan memanipulasi ekonomi negeri Yathrib (Madinah) ketika menjadi kaum yang menumpang di sana yang mana penduduk asalnya terdiri daripada kalangan Aus dan Khazraj.
Mereka memonopoli sistem ekonomi di Yathrib dan mengamalkan riba sehingga menindas kaum Aus dan Khazraj. Akhirnya kaum Aus dan Khazraj bersatu di bawah panji Islam dan berlakulah peristiwa hijrah yang mereka kemudiannya dikenali sebagai kaum Ansar.
.
Puak Yahudi pada asalnya tidak punya negara dan pendatang asing serta menumpang di Yathrib. Akhirnya mereka seolah-olah mencipta negara haram mereka sesuka hati di Yathrib. Hari ini sejarah berulang kembali. Mereka laksanakan perkara yang sama di bumi Palestin.
Israel bukan sebuah negara, kerana mereka pendatang asing yang menceroboh, merampas dan mencipta negara mereka secara haram di bumi suci Palestin. Laknatul Allah ke atas rejim Zionis Yahudi. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar!!!

Isnin, 1 April 2013

HUKUM AIR CECAIR YANG KELUAR DARI MANUSIA



Air Mani

Air mani ialah cecair putih pekat yang keluar kemaluan lelaki dan perempuan apabila sampai kepada kemuncak syahwat. Ia bukan najis tetapi hendaklah mandi wajib bagi mensucikannya untuk membolehkan seseorang itu menunaikan ibadat. Firman Allah yang berbunyi :
“(Setelah mengetahui Yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan. Ia diciptakan dari air (mani) Yang memancut (ke Dalam rahim), Yang keluar dari "tulang sulbi" lelaki dan "tulang dada" perempuan.” (At-Taariq : 5-7)

Air mani lelaki kebiasaannya berwarna putih likat seperti hingus, ia keluar ketika seseorang itu rasa nikmat yang tidak terhingga sehingga secara memancut. Manakala air mani perempuan pula lebih cair dari air mani lelaki dan ia berwarna putih. Cara ia keluar ketika wanita tersebut gersang dan nikmat yang tidak terhingga.
Hukum Air Mani

Menurut Mazhab Syafie air mani adalah suci dan tidak mengandungi najis. Hujah ini berdasarkan kepada Hadis Nabi SAW mafhumnya :
“Aku menghilangkan mani pada baju Rasulullah dengan cara mengikisnya dengan kuku, lalu baginda solat dengan baju itu.” (Riwayat Al-Bukhari)

Berdasarkan hadis di atas ini, ia menunjukkan bahawa air mani itu adalah suci kerana Rasulullah SAW menggunakan pakaiannya yang terkena air mani tersebut untuk solat. Kalau ia najis maka sudah pasti Rasulullah SAW tidak menggunakan pakaian tersebut untuk solat.

Cara Mencuci Air Mani

Bagi air mani yang kering atau menempel kepada pakaian atau sebagainya, maka cara menyucikannya adalah seperti mengikis dengan kuku atau alat-alat yang lain, setelah dikikis cucikan pula dengan air sehingga bersih, maka ia sudah dianggap bersih. Dari Aisyah ra berkata :
“Aku menghilangkan mani pada baju Rasulullah dengan cara mengikisnya dengan kuku, lalu baginda solat dengan baju itu.” (Riwayat Al-Bukhari)

Cara menyucikan air mani yang masih basah atau belum kering, maka disunatkan membasuhnya dengan menggunakan air bersih.
Air Mazi

Maksud Air Mazi adalah sejenis cecair jernih kekuningan yang keluar daripada kemaluan lelaki dan perempuan disebabkan rangsangan ketika permulaan syahwat dengan keadaan tidak sedar. Dari Ali ra berkata :
“Aku adalah seorang lelaki yang sering mengeluarkan mazi. Kemudian aku suruh seorang kawan supaya menanyakan tentang perkara ini kepada Nabi SAW. Aku malu bertanya secara langsung memandangkan puterinya telah menjadi isteriku. Kawan itu pun akhirnya menanyakan masalah ini kepada Nabi SAW dan beliau menjawab : Berwuduklah dan cucilah kemaluanmu.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Hukum Air Mazi

Para ulamak telah bersepakat mengatakan bahawa air mazi ini adalah najis, ia juga boleh menyebabkan batalnya wuduk dan tidak boleh dibawa solat. Bagi orang yang mengeluarkan mazi tidak diwajibkan mandi hadas seperti keluarnya air mani.
Cara Mencuci Air Mazi

Air mazi dianggap seperti najis mutawassitah dan ia perlu dicuci dengan cara membasuh dengan menggunakan air mutlak sehingga bersih. Rasulullah SAW bersabda :
“Berwuduklah dan cucilah kemaluanmu.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Air Wadi

Air wadi adalah air berwarna putih kental atau pekat yang keluar dari kemaluan lelaki dan perempuan setelah habisnya air kencing. Dari Aisyah ra berkata :
“Wadi keluar setelah berkencing. Oleh kerananya, hendaklah seseorang itu mencuci zakar berserta kedua-dua buahnya, lalu berwuduk dan tidak perlu mandi.” (Riwayat Ibnu Munzir)
Hukum Air Wadi

Jumhur ulamak mengatakan air wadi ini adalah benda najis mutawassitah dan hukumnya sama seperti air kencing dan mazi. Ia tidak boleh dibawa solat. Begitu juga dengan Imam An-Nawawi mengatakan bahawa air wadi itu adalah najis.
Cara Mencuci Air Wadi

Cara mencuci air wadi adalah dengan mencuci kemaluan sehingga bersih dan mengambil wuduk. Orang yang mengeluarkan air wadi tidak perlu mandi hadas.
Air Kencing

Air kencing manusia adalah najis mutawassitah dan ia dapat membatalkan wuduk seseorang dan boleh menyebabkan solat itu tidak sah disebabkannya. Orang yang ingin membuang ari kencing ini perlu berhati-hati kerana takut air kencingnya terkena pakaiannya. Semasa membuang air kencing hendaklah dipastikan bahawa air kencing tersebut keluar habis dari kemaluan seseorang, air kencing yang tidak habis akan keluar secara sedar atau tidak sedar, ia boleh menyebabkan pakaian yang dipakai seperti seluar terkenanya dan seluar tersebut tidak boleh dibawa solat. Sebagai tindakan berjaga-jaga bawalah bersama kain atau seluar untuk digantikan ketika hendak melakukan solat, perbuatan ini adalah untuk memastikan supaya pakaian dan diri sentiasa didalam keadaan bersih dan suci. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda mafhumnya :
“Bersih-bersihlah kamu daripada kencing, sebab umumnya siksa kubur itu kerana kencing. (iaitu hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya.)”

Cara untuk memastikan air kencing itu habis atau tidak habis keluarnya dari kemaluan, diantara caranya ialah seperti :
  1. Bagi wanita untuk memastikan air kencing habis atau belum, caranya mudah sahaja dengan menunggu sebentar setelah selesai kencing. Jika didapati tiada lagi air kencing, maka ia bolehlah membersihkan kemalaunnya.
  2. Bagi lelaki pula agak susah sedikit, kebiasaanya memerlukan waktu dan kesabaran. Cara untuk memastikan air kencing keluar, hendaklah diurut batang zakarnya dari pangkal hingga ke hujung kepala zakarnya. Dalam masa yang sama hendaklah berdehem-dehem untuk membantu mengeluarkan sisa-sisa air kencing di dalam zakarnya. Setalah pasti tiada lagi air kencing, maka bolehlah dibersihkan zakarnya dengan kaedah istinjak.

Hukum Kencing Sambil Berdiri

Tidak dibolehkan kencing berdiri, kerana ia bercanggah dengan sopan dan etika yang mulia, di samping mengelakkan diri daripada percikannya. Namun jika diyakini air kencing itu tidak memercik dan dapat dipastikan tidak akan terkena dirinya, maka tidak menjadi halangan baginya untuk kencing berdiri. Diriwayatkan dari Huzaifah ra yang menceritakan :
“Suatu ketika Nabi SAW singgah di suatu tempat pembuangan sampah berhampiran dengan daerah suatu kaum. Di situ, beliau membuang air kecil sambil berdiri. Melihat itu, aku segera pergi menjauh, tetapi beliau malah berkata : Mendekatlah ke mari Aku pun segera menghampirinya hingga berdiri berhampiran dengan tumitnya. Kemudian aku melihatnya berwuduk dan menyapu kedua-dua khufnya.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Petikan hadis di atas ini adalah untuk menunjukkan bahawa harus kencing sambil berdiri. Tetapi ia bukan untuk menunjukkan kebiasaan Rasulullah SAW kencing sambil berdiri. Kebiasaan Rasulullah ialah kencing secara duduk.

Imam An-Nawawi mengatakan kencing dalam keadaan duduk adalah lebih baik mengikutnya pandanganku, namun jika seseorang kencing dalam keadaan berdiri, maka itu juga tetap di bolehkan. Kedua-dua keadaan ini pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Ada sebahagian ulamak mengatakan bahawa hukum kencing berdiri adalah makruh kecuali jika ada sebarang keuzuran. Menurut mereka perbuatan Nabi kencing berdiri adalah kerana ada keuzuran bagi baginda, kemungkinan susah bagi baginda untuk duduk pada ketika itu memandangkan tempat itu ialah tempat pembuangan sampah atau mungkin juga baginda mengalami sakit tulang belakang. Menurut Imam Syafie orang Arab jika mereka mengalami sakit belakang, mereka akan kencing berdiri.

Di kalangan para sahabat sendiri terdapat khilaf tentang kencing berdiri. Terdapat riwayat menceritakan bahawa Saidina Umar, Ali, Zaid bin Tsabit, Ibnu Umar, Abu Hurairah dan Anas ra pernah kencing sambil berdiri. Antara sahabat yang memakruhkannya pula ialah Ibnu Mas’ud dan diikuti oleh Imam as-Sya’bi dan Ibrahim bin Sa’ad.

Rumusan dari perbahasan kencing berdiri di atas, maka hukumnya adalah harus jika orang tersebut mengalami kesukaran untuk kencing duduk. Manakala hukum makruh pula jika orang tersebut melakukan kencing berdiri dengan sengaja dan ia tidak mengalami apa-apa kesukaran dan musibah. Namun yang terbaik ialah kencing sambil duduk. Ini ditegaskan oleh Imam Ibnu al-Munzir :
“Kencing sambil duduk lebih aku sukai. Namun kencing berdiri hukumnya adalah harus. Kedua-duanya ada dalil dari Nabi SAW”.

















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin