Sabtu, 9 November 2013

BALA DI TURUNKAN OLEH ALLAH SWT KEPADA HAMBA-HAMBANYA.

Firman Allah SWT:

ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِى ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِى ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِى عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). Ar-Rum (41).




15 MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA

Ertinya: Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: ” Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

5. Anak derhaka terhadap ibunya.

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain”. H.R Tarmizi.

Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah s.a.w. Ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.

Firman Allah SWT:

لَهُ ۥ مُعَقِّبَـٰتٌ۬ مِّنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهِۦ يَحۡفَظُونَهُ ۥ مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمٍ۬ سُوٓءً۬ا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۥ‌ۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ  

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. Ar-Ra'du (11).

 FirmanNya yang lain:

أَلَمۡ يَرَوۡاْ كَمۡ أَهۡلَكۡنَا مِن قَبۡلِهِم مِّن قَرۡنٍ۬ مَّكَّنَّـٰهُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ مَا لَمۡ نُمَكِّن لَّكُمۡ وَأَرۡسَلۡنَا ٱلسَّمَآءَ عَلَيۡہِم مِّدۡرَارً۬ا وَجَعَلۡنَا ٱلۡأَنۡهَـٰرَ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہِمۡ فَأَهۡلَكۡنَـٰهُم بِذُنُوبِہِمۡ وَأَنشَأۡنَا مِنۢ بَعۡدِهِمۡ قَرۡنًا ءَاخَرِينَ

Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain? Al-An'aam(6).

Jumaat, 8 November 2013

SEJARAH NEGERI PERLIS.


(PERLIS INDERA KAYANGAN) Perlis adalah negeri di bawah naungan negeri Kedah. Bukti-bukti pra-sejarah yang terdapat di Bukit Tengku Lembu di Beseri menunjukkan kewujudan negeri ini. Tempoh selepas pra-sejarah menunjukkan pengaruh ideologi Islam yang mengambil alih pengaruh Hindu dan Buddha pada akhir abad ke-12 kerana berdasarkan cara hidup masyarakat tempatan.Ideologi ini juga dipengaruhi oleh sultan Kedah yang menunjukkan imej negeri tersebut. Terdapat beberapa pendapat yang berlainan mengenai sejarah pembentukan negeri Perlis. Menurut Ahmad Ismail dan YB Dato' Yazid bin Mat dalam buku mereka iaitu "Negeri Perlis Indera Kayangan: Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri Berdaulat" nama Perlis diambil dari nama pokok iaitu "Pokok Perlis". Ketika itu, jajahan Perlis adalah di tenggara sempadan Satun, di barat daya daerah Kubang Pasu, bertentangan dengan Selat Melaka dibarat, di timur laut Songkhla. Namun terdapat fakta sejarah bahawa kawasan jajahan negeri Perlis sebenarnya lebih luas dari itu.Pendudukan Siam ke atas Kedah dan jajahannya pada tahun 1821 menyebabkan serangan dan tindakbalas penduduk tempatan secara besar-besaran, akhirnya telah membawa kepada pengunduran Siam dan penyerahan kuasa mentadbir kepada pembesar tempatan bagi mentadbir Kedah, Setul, Kubang Pasu dan Perlis.Bagi negeri Perlis, Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor, manakala Syed Hussin Jamalullail sebagai timbalannya. Detik ini merupakan detik bersejarah bagi negeri Perlis yang telah mendapat pengiktirafan dari status tanah jajahan kepada status sebuah negeri naungan. Sejarah mengenai asal-usul nama negeri Perlis adalah kurang jelas. Terdapat banyak kisah atau andaian yang menceritakan tentang asal-usul nama Perlis. Berikut merupakan beberapa andaian atau kisah yang diketahui:- 1) Menurut seorang tokoh sejarawan Malaysia iaitu Haji Buyong Adil, terdapat beberapa cerita yang mengisahkan kononnya nama Perlis itu berasal daripada perkataan Siam iaitu “Phrau Loi” (Maphrau Loi) yang bermaksud kelapa hanyut. Perkataan tersebut telah dipelat dan dipendekkan bunyinya oleh orang Melayu lalu menjadi ‘pereleh’ atau Perlis. 2) Sumber kedua menyatakan bahawa kononnya nama negeri Perlis berasal daripada perkataan ‘peroleh’ yang membawa maksud kurnia daripada kerajaan Kedah. Perkataan itu disingkatkan lalu menjadi Perlis. 3)Sumber yang ketiga pula menyebut negeri Perlis mendapat namanya daripada nama sebuah kubur di Bukit Mengulang iaitu kubur Tok Perlis. Kubur tersebut adalah milik seorang tokoh ulama yang terkemuka di Nusantara iaitu Tok Perlis. 4)Sumber yang keempat mengatakan nama negeri Perlis berasal daripada perkataan ‘perlus’. Kebanyakan tanah dalam di Perlis ialah tanah sawah. Pada musim kemarau, tanah sawah akan merekah. Sesiapa yang berjalan akan ‘terperlus’. Dari perkataan ‘perlus’ itulah, Perlis mendapat namanya.Menurut sebuah buku yang tulis oleh Ahmad Ismail dan Yazid Mat, dipercayai bahawa nama negeri Perlis berasal daripada nama sejenis pokok yang dikenali sebagai pokok perlis. Pokok ini dahulunya tumbuh dengan begitu banyak di negeri tersebut, terutama sekali di kawasan pinggir sungai. Kini, pokok perlis ini telah pun pupus. Meskipun terdapat banyak kisah atau andaian tentang asal-usul nama negeri Perlis, kebanyakan sejarawan percaya bahawa negeri Perlis dinamakan bersempena dengan nama pokok perlis. :::MerongWangsa:::





(PERLIS INDERA KAYANGAN) Perlis adalah negeri di bawah naungan negeri Kedah. Bukti-bukti pra-sejarah yang terdapat di Bukit Tengku Lembu di Beseri menunjukkan kewujudan negeri ini. Tempoh selepas pra-sejarah menunjukkan pengaruh ideologi Islam yang mengambil alih pengaruh Hindu dan Buddha pada akhir abad ke-12 kerana b...erdasarkan cara hidup masyarakat tempatan.Ideologi ini juga dipengaruhi oleh sultan Kedah yang menunjukkan imej negeri tersebut. Terdapat beberapa pendapat yang berlainan mengenai sejarah pembentukan negeri Perlis. Menurut Ahmad Ismail dan YB Dato' Yazid bin Mat dalam buku mereka iaitu "Negeri Perlis Indera Kayangan: Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri Berdaulat" nama Perlis diambil dari nama pokok iaitu "Pokok Perlis". Ketika itu, jajahan Perlis adalah di tenggara sempadan Satun, di barat daya daerah Kubang Pasu, bertentangan dengan Selat Melaka dibarat, di timur laut Songkhla. Namun terdapat fakta sejarah bahawa kawasan jajahan negeri Perlis sebenarnya lebih luas dari itu.Pendudukan Siam ke atas Kedah dan jajahannya pada tahun 1821 menyebabkan serangan dan tindakbalas penduduk tempatan secara besar-besaran, akhirnya telah membawa kepada pengunduran Siam dan penyerahan kuasa mentadbir kepada pembesar tempatan bagi mentadbir Kedah, Setul, Kubang Pasu dan Perlis.Bagi negeri Perlis, Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor, manakala Syed Hussin Jamalullail sebagai timbalannya. Detik ini merupakan detik bersejarah bagi negeri Perlis yang telah mendapat pengiktirafan dari status tanah jajahan kepada status sebuah negeri naungan.

Sejarah mengenai asal-usul nama negeri Perlis adalah kurang jelas.
Terdapat banyak kisah atau andaian yang menceritakan tentang asal-usul nama Perlis. Berikut merupakan beberapa andaian atau kisah yang diketahui:-
1) Menurut seorang tokoh sejarawan Malaysia iaitu Haji Buyong Adil, terdapat beberapa cerita yang mengisahkan kononnya nama Perlis itu berasal daripada perkataan Siam iaitu “Phrau Loi” (Maphrau Loi) yang bermaksud kelapa hanyut. Perkataan tersebut telah dipelat dan dipendekkan bunyinya oleh orang Melayu lalu menjadi ‘pereleh’ atau Perlis.

2) Sumber kedua menyatakan bahawa kononnya nama negeri Perlis berasal daripada perkataan ‘peroleh’ yang membawa maksud kurnia daripada kerajaan Kedah. Perkataan itu disingkatkan lalu menjadi Perlis.

3)Sumber yang ketiga pula menyebut negeri Perlis mendapat namanya daripada nama sebuah kubur di Bukit Mengulang iaitu kubur Tok Perlis. Kubur tersebut adalah milik seorang tokoh ulama yang terkemuka di Nusantara iaitu Tok Perlis.

4)Sumber yang keempat mengatakan nama negeri Perlis berasal daripada perkataan ‘perlus’. Kebanyakan tanah dalam di Perlis ialah tanah sawah. Pada musim kemarau, tanah sawah akan merekah. Sesiapa yang berjalan akan ‘terperlus’. Dari perkataan ‘perlus’ itulah, Perlis mendapat namanya.Menurut sebuah buku yang tulis oleh Ahmad Ismail dan Yazid Mat, dipercayai bahawa nama negeri Perlis berasal daripada nama sejenis pokok yang dikenali sebagai pokok perlis. Pokok ini dahulunya tumbuh dengan begitu banyak di negeri tersebut, terutama sekali di kawasan pinggir sungai. Kini, pokok perlis ini telah pun pupus.

Meskipun terdapat banyak kisah atau andaian tentang asal-usul nama negeri Perlis, kebanyakan sejarawan percaya bahawa negeri Perlis dinamakan bersempena dengan nama pokok perlis.

SEJARAH PERJANJIAN KERAJAAN SIAM KEPADA BRITAIN PADA TAHUN 1909.

Pada hari ini dalam tahun 1909, Perjanjian Britain-Siam yang dikenali juga sebagai Perjanjian Bangkok 1909 ditandatangani di Bangkok, ibu negeri Siam. Di antara perkara-perkara penting yang terkandung dalam perjanjian ini ialah:
  • Kerajaan Siam bersetuju menyerahkan kepada Britain kedaulatan, pertahanan, pentadbiran dan segala hak milik ke atas negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan pulau-pulau yang berdekatan;
  • Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu akan menangugung semua hutang-piutang keempat-empat negeri Melayu itu terhadap Kerajaan Siam;
  • Britain hendaklah menyerahkan hak-hak ekstrateritorialnya (extraterritorial rights) di Siam kepada Kerajaan Siam.
Perjanjian ini sebenarnya adalah di luar pengetahuan Sultan negeri-negeri yang terlibat. Hal ini kemudiannya dibangkang oleh negeri-negeri itu, misalnya Kedah. Kedah tidak menentang pertuanannya dipindahkan oleh Kerajaan Siam kepada Kerajaan British, malah menyukainya, “. . . . tetapi apa yang dibangkangnya ialah mengapa ia tidak dirundingkan terlebih dahulu berkenaan dengan segala hal itu”.  Perjanjian ini adalah hasil dari rundingan-rundingan sulit Siam-British mengenai masalah-masalah kawasan pengaruh (bagi British) dan maruah (bagi Siam). Britain khuatir dengan saingan perdagangan dan pengaruh Perancis, Rusia dan German, sementara Siam pula ingin mendapatkan kembali maruah dan dignitinya yang telah hilang akibat hak-hak ekstrateritorial yang terpaksa diberikannya kepada kuasa-kuasa Barat itu - Perancis dan British. (Siam telah memberikan hak-hak ekstrateritorial kepada Britain melalui Perjanjian Bowring 1855). Dengan memberikan hak-hak itu kepada kuasa-kuasa asing, Siam walaupun bebas dalam hal ehwal politiknya tetapi terhad kuasa jurisdiksinya ke atas sebahagian penduduknya, terutamanya ke atas rakyat British dan Perancis. Dalam tahun 1874 dan 1883 Britain telah menyerahkan semula beberapa aspek dari hak-hak ekstrateritorialnya kepada Siam kerana bimbangkan persaingan Rusia dan German di Siam. Dalam tahun 1907 Perancis telah menyerahkan seluruh hak ekstrateritorial terhadap rakyatnya yang berbangsa Asia kepada Siam. Memandangkan keadaan itu pihak British terpaksa berbuat yang sama jika mahu memenangi hati Siam. Pihak British dapat berbuat demikian dengan mengambil kesempatan dari hubungan persahabatannya yang baik dengan Perancis hasil dari Perjanjian Inggeris-Perancis (AngloFrench Treaty 1904) yang ditandatangani pada 8 April, 1904. Perjanjian itu telah menamatkan permusuhan Perancis-Inggeris di Siam dan dengan itu menghilangkan kekuatiran pihak British untuk melaksanakan dasar campur tangan di negeri-negeri utara Tanah Melayu kerana Perancis tentu tidak akan menentang. Dengan itu rundingan-rundingan pun dijalankan untuk Britain menamatkan seluruh hak ekstrateritorialnya di Siam dan Siam pula untuk menyerahkan negeri-negeri utara Tanah Melayu kepada Kerajaan British. Perunding bagi pihak Kerajaan Siam ialah Ketua Penasihatnya, Strobel (bangsa Amerika) dan bagi pihak Kerajaan British ialah Menterinya di Bangkok, Ralph Paget. Oleh kerana Kerajaan Siam merasakan sukar untuk mengawal ekonomi dan pentadbiran negeri-negeri utara Tanah Melayu yang berlainan bangsa, budaya dan agama darinya itu dan ingin pula menitikberatkan pembangunan dalam negerinya sendiri, dan Inggeris pula sanggup melindungi negeri-negeri tersebut maka persetujuan pun mudah tercapai. Hasilnya, pada hari ini dalam tahun 1909 Perjanjian Britain-Siam ditandatangani. Dengan perjanjian itu yang meletakkan   negeri-negeri utara Tanah Melayu-Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu (dulunya Negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu) ke dalam kekuasaan British maka seluruh Tanah Melayu termasuk dalam kawasan pengaruh British sepenuhnya. Bagaimanapun perjanjian ini hanya disahkan pada 9 Julai, 1909 dan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Berikutan dari perjanjian itu, Kelantan adalah merupakan negeri yang pertama menandatangani perjanjian dengan Britain dan menerima Penasihat British pada tahun 1910. Pada 14 Julai, 1909 istiadat memindahkan kuasa pemerintahan Terengganu daripada tangan Siam kepada British dilangsungkan. Bagaimanapun hanya pada bulan April 1910 seorang pegawai British bertaraf Konsul dilantik di Terengganu, dan pada tahun 1919 barulah dilantik seorang Penasihat British apabila Terengganu menandatangani perjanjian dengan Britain dan menerima pemerintahan British. Kedah pula menerima Penasihat British pada 15 Julai, 1910 tetapi hanya menandatangani perjanjian dengan Britain sebagai negeri naungan pada tahun 1923. Pada tahun 1930 Perlis pula menandatangani perjanjian dengan Britain. Dengan itu Semenanjung Tanah Melayu dikuasai sepenuhnya oleh Britain dan hubungan dengan negeri Siam terus terputus.

MENIPU DAN MENGAMBIL HAK ORANG LAIN.



سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 

Sahabat yang dirahmati Allah, 
Di dalam ajaran Islam , Islam cukup mengambil berat hak-hak orang lain supaya tidak ada sesiapa dikalangan umat Islam cuba mengambil hak-hak orang lain, walaupun hak tersebut dimiliki oleh orang bukan Islam.

Allah SWT memberi ancaman kepada semua penipu, perampas dan "mencuri" hak orang lain tanpa hak dengan ancaman neraka dan seksaan yang berat di hari akhirat.

 Perkara-perkara yang dilarang untuk diambil hak orang lain adalah seperti berikut :

Pertama : Tanah. (Pencabulan hak harta tidak wajar dibiarkan walaupun sedikit) :

Jika seseorang telah mengusahakan tanah terbiar berpuluh tahun dan memohon geran daripada kerajaan untuk mendapat geran kekal atau TOL tiba-tiba tanah tersebut diberikan kepada ahli keluarga atau kroni oleh Pegawai Daerah atau pihak berkuasa negeri maka perbuatan tersebut dikira sebagai merampas hak individu tersebut dan akan mendapat dosa besar kerana merampas hak orang lain.

Di berikan geran hak milik kepada bukan pengusaha asal tanah tersebut.   Islam amat mementingkan amalan yang ikhlas, jujur, tidak menipu, tidak rasuah dan tidak mengambil hak orang lain. Walaupun darisegi zahirnya tanah tersebut telah ditukar kepada nama seseorang (jika dibawa ke mahkamah akan kalah dalam perbicaraan) tetapi di sisi Allah SWT pegawai terbabit atau pihak berkuasa negeri akan bertanggungjawab kerana menafikan hak sebenar kepada pemilik tanah tersebut.

Dari Said bin Zaid r.a. katanya : "Rasulullah SAW. bersabda :"Sesiapa yang mengambil tanah orang lain sejengkal dengan cara yang zalim(tidak sah), maka akan dikalungkan oleh Allah di hari kiamat dengan tujuh lapisbumi."
(Hadis sahih riwayat Muslim)


Oleh yang demikian, apabila sudah terbukti jelas dan nyata, seseorang melakukan kezaliman, maka menjadi kewajipan umat Islam untuk membela dan memperjuangkan hak. Keutamaan mestilah diberikan dalam usaha menentang kezaliman dan membela hak.     

Kedua : Perbicaraan tidak adil di mahkamah hakim berpihak kepada pihak berkepentingan sahaja.

Jika seseorang menang dalam perbicaraan kerana hakim bersikap berat sebelah dengan memutuskan sesuatu keputusan bukan berdasarkan fakta dan bahan bukti tetapi lebih kepada andaian-andaian dan alasan yang tidak munasabah, maka keputusan tersebut mengundang kemurkaan Allah SWT.   

Hakim perlu bersikap adil dan tidak perlu memandang kepada siapa hukuman patut dijatuhkan, tidak kira samaada dia seorang pemimpin masyarakat atau pun rakyat biasa.  

Firman Allah SWT maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(Surah al-Maaidah ayat 8)  

Allah memerintahkan orang-orang yang beriman untuk selalu menegakkan kebenaran dan berlaku adil. Menjadi seorang hakim wajib berlaku adil dan tidak boleh langsung berat sebelah atau bias untuk memutuskan seseorang bersalah atau tidak. Kerana semua bukti-bukti perlu di ambil kira samaada daripada pihak pendakwa atau pembela , kerana kegagalan seorang hakim berlaku adil sebenarnya dia menyedikan tempat duduknya di dalam neraka Jahanam.  


Sabda Nabi SAW maksudnya : "Hakim terdiri dari tiga golongan. Dua golongan hakim masuk neraka dan segolongan hakim lagi masuk syurga. Yang masuk syurga ialah yang mengetahui kebenaran hukum dan mengadili dengan hukum tersebut. Bila seorang hakim mengetahui yang hak tapi tidak mengadili dengan hukum tersebut, bahkan bertindak zalim dalam memutuskan perkara, maka dia masuk neraka. Yang segolongan lagi hakim yang bodoh, yang tidak mengetahui yang hak dan memutuskan perkara berdasarkan kebodohannya, maka dia juga masuk neraka. (Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ath-Thahawi)

Sabda Nabi SAW maksudnya : " Lidah seorang hakim berada di antara dua bara api sehingga dia menuju syurga atau neraka. (Hadis Riwayat  Abu Na’im dan Ad-Dailami)  

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim*,maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu), kamu tidak mendapat pertolongan"
(Surah Huud (11) ayat 113) 

  *Tafsir Pimpinan al-Rahman: Iaitu janganlah kamu wahai orang Islam bersahabat, atau bekerjasama, atau bersubahat atau pun menyetujui perbuatan orang yang melakukan kezaliman dalam segala bentuknya; lebih-lebih lagi orang yang menjadi musuh Islam dan umat Islam.

Ketiga : Berlaku penipuan semasa daftar pemilih, penipuan semasa pengundian dan juga  ketika kiraan undi di dalam pilihanraya. (memberi kad pengenalan biru kepada warga negara asing  tanpa melalui prosedur yang betul adalah satu jenayah kepada negara)

Semua parti politik dan rakyat jelata berhak untuk bertanding atau menjadi calun di dalam pilihanraya. Menang atau kalah perkara kedua yang penting perjalanan pilihanraya mesti telus , jujur dan amanah. Pilihanraya mestilah bersih tidak boleh ada pendaftar pemilih yang meragukan, dan tidak boleh ada pengundi luar atau warga asing yang diberikan kad pengenalan sebagai warganegara untuk mengundi di dalam pilhanraya.

Tidak boleh ada sabotaj dan provokasi kepada semua calun yang bertanding. Dalam Islam jika seseorang atau organisasi yang diberi amanah untuk menjalankan tugas menyelia pilihanraya WAJIB  berlaku jujur dan amanah dan tidak boleh merampas hak orang lain dengan cara penipuan. Jika badan ini gagal melaksanakan amanah ini sebenarnya dia menempah untuk menjadi muflis di hari akhirat.

Nabi SAW. bersabda yang bermaksud : “Sebenarnya Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini ,menumpah darah orang itu dan juga memukul orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.” (Hadis Riwayat Muslim dan Tirmizi)


 Jika penipuan berlaku, calun yang kalah diistiharkan menang sebenarnya dia telah merampas jawatan orang lain secara haram , mendapat elaun dan peruntukan yang  haram . Jika pilihanraya berikutnya dijalankan selepas lima tahun maka selama itulah sumbernya dan rezekinya daripada sumber yang haram dan tidak akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Mereka yang terlibat untuk mendapat dosa dan makan daripada sumber yang haram adalah golongan yang terlibat secara langsung termasuk calun yang bertanding, ketua mereka dan agensi yang merancang penipuan tersebut. Penyokong juga akan mendapat sahamnya kerana bersubahat dalam penipuan tersebut.    

Ramai manusia berfikiran singkat dan sanggup menjual akhiratnya dengan harga dunia yang sedikit. Bukankah hidup di dunia ini hanya sementara kenapakah manusia sanggup mendapat kutukan daripada Allah SWT disebabkan jenayah pilihanraya yang dilakukannya.? Adakah habuan yang diperolehi dapat menepis bala yang akan datang?

 Sahabat yang dimuliakan,
Sebarang usaha yang boleh mendatangkan dosa besar hendaklah  dihentikan. Alasan dan dakwaan yang tidak berasas dan memberi peluang kepada penzalim untuk terus untuk berkuasa dan menindas adalah tertolak.  Sesiapa yang mengambil hak orang lain di akhirat nanti pahala solat, puasa dan zakatnya akan digunakan untuk membayar hak atau milik orang lain yang dirampas secara penipuan. Jika pahalanya tidak cukup dosa orang yang dizalimai akan diberikan kepada yang membuat fitnah dan orang yang melakuakn penipuan.

 Jika kalian telah melakukan penyelewengan seperti perkara di atas perlulah bertaubat dan kembalikan hak-hak yang  telah ambil secara haram (tipu) Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Tiada seorang ( pemimpin )yang diamanahkan oleh Allah memimpin rakyatnya, kemudian ketika ia mati diadapati telah menipu rakyatnya (berlaku tidaka adil ), maka Allah pasti akan mengharamkan baginya syurganya. ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )

Rasulullah SAW  bersabda lagi dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim maksudnya: "Siapa yang ditugaskan oleh Allah dalam mengatur umat, lalu ia tidak menyelesaikan hajat atau menolak aduan ( tidak membantu ) orang yang di bawah pimpinannya, maka di akhirat kelak Allah akan menolak hajatnya."

AKIBAT HUBUNGAN SEKS SEBELUM MENIKAH.

1. Beberapa penyakit yang siap mendatangi seperti, herpes, HIV Aids, Raja singa, dan penyakit lainnya. Anda lihat beberapa penyakit yang tidak bisa disembuhkan bukan?
2. Hamil di luar pernikahan akan menimbulkan permasalahan baru, apabila anda masih kuliah atau sekolah tentu saja orang tua anda akan sangat kesal kepada anda. Dan anda pun takut untuk jujur kepada orang tua anda dan pasangan anda, akhirnya anda memutuskan untuk melakukan dosa baru yaitu aborsi.
3. Apabila anda menikah di usia muda, permasalahan yang belum siap anda hadapi akan datang, seperti masalah keungan, masalah kebiasaan, masalah anak.
4. Nama baik keluarga akan tercoreng oleh sikap anda. Keluarga anda akan menghadapi masalah yang anda buat apabila anda mendapatkan efek buruk dari seks bebas ini.
5. Apabila anda hamil dan pasangan anda tidak mau bertanggung jawab, apa yang akan anda lakukan?. Akan banyak pikiran buruk yang akan mengganggu anda. Seperti ingin bunuh diri, berpikir tidak rasional yang mengakibatkan gangguan mental atau gila.

Akibat Melakukan Seks Sebelum Menikah
Akibat Melakukan Seks Sebelum Menikah :: Perilaku seks yang di anggap melanggar norma bukanlah barang baru. Di beberapa kota metropolitan beberapa remaja sudah mulai “esek-esek”, walaupun kebanyakan secara sembunyi-sembunyi. Memang kegiatan seks yang dianggap lepas kontrol masih sering dirasakan sebagai ancaman. Karena itu seks bebas dijadikan bahan pembicaraan lagi oleh beberapa pakar. ( Akibat Melakukan Seks Sebelum Menikah 12/12 )
Namun, selama ini, apa yang dimaksud dengan seks bebas itu jarang dibicarakan rinci. Apakah seks diluar nikah sama dengan seks bebas. Apakah segala bentuk penyelewengan seks menurut norma bisa dikatakan seks bebas?
Apakah bila seseorang melakukan hubungan seks satu kali belum menikah bisa disebut, melakukan seks bebas?
Apakah perempuan yang berperut buncit di pesta pernikahannya hanya karena berhubungan seks dengan satu orang saja bisa dikatakan telah berseks bebas, dan disamakan dengan pria yang telah dari ranjang satu keranjang lainnya dengan beberapa wanita?
Selama ini, yang disebut seks terkontrol, berdasarkan agama dan peradaban, adalah seks dengan satu orang sesudah menikah. Seks di luar nikah sering dikaitkan dengan seks bebas dengan tindakan yang tak beradab, memang manusia punya kontrol, punya asa dan budaya.
Oleh karena itu manusia menganggap dirinya tidak berbudaya, birahi seks pun jadi sesuatu yang rasional, dilandaskan hukum dan kontrol. Tetapi walaupun binatang bisa kawin tanpa nikah, bentuk dan praktik mereka tidak lepas dari suatu kontrol. Kalau hukum dan kontrol dianggap sebagai buah kebudayaan dan menandakan masyarakat yang tidak primitif, binatang pun mempunyai satu hukum. Dan hukum rimba adalah satu hukum yang beradab. Karena bila hukum rimba tidak dipatuhi, rantai makanan akan morat-marit. Ekologi akan hancur.
Walau tidak mengenal nikah binatang juga mempunyai aturan kawin. Mereka tidak akan kawin sembarangan. Mereka melakukannya pada musim-musim tertentu dan juga punya aturan serta upacara yang cukup rumit dalam berhubungan seks. Sepasang merak, misalnya, harus mencari selama beberapa lama sebelum kawin.
Akibat Melakukan Seks Sebelum Menikah :: Jadi, tidak saja birahi seks, tetapi kontrol dan hukum adalah bagian dari naluri juga. Karena itulah, seperti berlanjutnya kontrol dan hukum dalam hidup manusia, naluritas seks juga seharusnya diberi perhatian. Namun yang ditekankan dalam kehidupan manusia sekarang adalah kontrol dan hukum akan birahi seks. Seakan-akan kontrol dan hukum adalah irasional. Jadinya, kontrol dan hukum itu dapat menguasai dan melebihi birahi seks. Akibatnya adalah peraturan seks yang serba kaku dan melibatkan kutukan moral bagi para pelanggarnya.
Serba Kolot
Bahaya seks bebas memang bisa menakutkan. Dan bahaya seks bebas sering kali dibahas dan disebut-sebut. Tetapi, pengutukan akan segala, bentuk seks bebas dan pelarangan kolot akan seks juga menimbulkan resiko lain yang akan dibahas. Karena seks adalah kebutuhan naluri manusia, kontrol yang yang ketat akan seks malah akan menimbulkan pencuri. Seperti juga orang yang kurang makan akan mencuri dan orang yang kurang uang akan mencuri. Dari curi-mencuri ini, yang dirugikan terutama dari pihak wanita.
Perempuan bisa dideteksi keperawananya dengan mudah. Mereka mempunyai selaput dara. Karenanya bayak kisah lelaki yang mengeluh karen istrinya sudah tak berselaput dara pada malam pertama. Lalu lelaki? Mereka hanya bisa jadi pencuri yang baik. Lari tanpa jejak dan tanpa resiko. Dan bisa pura-pura jadi manusia yang ‘beradab’ lagi setelah mencuri. ( Akibat Melakukan Seks Sebelum Menikah 12/12 )
Perempuan juga bisa hamil. Sebab itu, yang dijadikan contoh seks bebas oleh salah satu pakar adalah perut buncit waktu menikah. Yang dijadikan perhatian adalah si perempuan., Tetapi, bukankah dalam perut buncit ini si lelaki juga ikut menanam modal?
Akibatnya adalah tersedianya dua definisi yang kontras untuk perempuan: wanita suci dan perek. Wanita suci adalah perempuan yang tidak kawin sebelum menikah, dan setia sampai mati pada suami. Perempuan yang sudah “gituan” sebelum nikah tidak bisa disebut suci lagi, walaupun dia mungkin berbuat seperti itu cuma dengan satu orang seumur hidupnya. Karena definisi yang membedakan wanita hanya pada dua ekstrem, perempuan yang mau “begituan” sebelum menikah terkadang disamaratakan. Perek, Binal. Bisa diajak main.

Akibat Melakukan Seks Sebelum Menikah :: Padahal, perempuan yang telah berhubungan seks diluar nikah dengan beberapa orang, bisa menjadi istri yang mencintai dan setia pada suaminya. Perempuan yang sudah berhubungan seks dengan beberapa pria bukan langsung bisa disebut perek. Bisa jadi, si perempuan berhubungan seks dengan pria-pria ini berdasarkan cinta. Dan perek atau pelacur pun bukan otomatis jadi perempuan bebas pakai.
Perempuan yang tidak perawan jadi mudah mengutuk dirinya sendiri. Perempuan korban perkosaan akan lebih menderita batin seumur hidupnya karena kehilangan “mahkota” meraka. Dan karena curi mencuri ini, aborsi gelap terjadi di mana-mana. Karena aborsi tidak dilegalkan, namun perempuan hamil sebelum menikah jarang mendapatkan dukungan moral.
Birahi seks adalah keindahan. Seperti keindahan menyanyi dan membaca puisi. Bagaimana pun juga manusia tidak dapat lepas dari naluri kebinatangannya. Karena itu, seorang perawan di Saman pun berkata bagaimana dia ingin menjadi unggas yang “kawin begitu mengenal birahi”. ( Akibat Melakukan Seks Sebelum Menikah 12/12 )

HUKUM MEMASUKAN JARI KE DALAM DUBUR KETIKA HUBUNGAN INTIM

Saat berhubungan badan, saya suka meminta istri saya untuk memasukkan jarinya ke dalam dubur saya guna mencari variasi dalam mencapai kenikmatan. Apakah hukum dari tindakan ini?
Dari: Pasha

Jawaban:
Bismillah was shalatu was salamu ‘ala rasulillah, amma ba’du,
Pertama, Islam melarang keras seseorang melakukan hubungan badan melalui dubur (anal seks). Bahkan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengancamnya dengan laknat. Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَلْعُونٌ مَنْ أَتَى امْرَأَةً فِي دُبُرِهَا
Terlaknat orang yang melakukan hubungan dengan istrinya melalui dubur.” (HR. Ahmad 10206 dan dihasankan oleh Syuaib al-Arnauth).
Diantara hikmah mengapa hubungan intim melalui dubur dilarang, karena dubur adalah tempat keluarnya kotoran. Ini sebagaimana kaum muslimin juga dilarang melakukan hubungan ketika istri haid. Hubungan ketika haid dilarang, karena darah haid yang keluar adalah darah kotor.
Kedua, sebagian ulama melarang memasukkan jari ke dalam dubur. Diantaranya adalah lembaga fatwa Syabakah Islamiyah, di bawah bimbingan Dr. Abdullah al-Judai. Diantara alasan pelarangan hal ini,
1. Ulama menegaskan bahwa alasan dilarangnya anal seks adalah menyentuhkan anggota badan dengan benda najis. Mereka mengatakan,
إن الله ‏حرم في محكم كتابه الوطء في الفرج زمن الحيض للأذى العارض، فأولى أن يحرم ‏الوطء في الدبر الذي هو محل الأذى في كل حين
“Sesungguhnya Allah mengharamkan dalam Alquran, hubungan badan pada saat haid, karena adanya kotoran (darah haid) yang keluar. Karena itu, anal seks lebih layak untuk dilarang, karena dubur merupakan tempat keluarnya kotoran setiap saat.”
Dan alasan ini ada pada orang yang memasukkan jarinya ke dubur. Karena secara sengaja, dia menyentuhkan jarinya dengan benda najis.
2. Para ulama menegaskan bahwa menyentuh najis dengan sengaja tanpa kebutuhan hukumnya terlarang. Karena itulah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memisalkan orang yang bermain dadu, sebagaimana orang yang mencelupkan tanganya ke tumpukan daging babi beserta darahnya.
3. Jika anal seks yang itu bisa menimbulkan kepuasan hukumnya terlarang. Padahal itu memasukkan alat kemaluan yang merupakan puncak syahwat. Maka memasukkan selain alat kemaluan ke dubur statusnya terlarang. Karena manfaat yang didapatkan lebih ringan dibanding anal seks.
4. Perbuatan ini terkadang bisa membahayakan lubang anus. Karena kuku jari bisa menggores lubang anus.
5. Perbuatan semacam ini merupakan sarana terjadinya homo. Istri yang memasukkan jarinya ke dubur suaminya, dikhawatirkan melatih suami untuk menjadikorban homoseks. Karena homo yang terjadi pada umat Nabi Luth ‘alaihis salam, diawali dari anal seks. Diriwayatkan dari seorang ulama tabiin, Thawus bin Kaisan, beliau mengatakan,
كان بدء عمل قوم لوط إتيان النساء في أدبارهن
Pemicu pertama terjadinya perbuatan homo di kalangan kaum Luth adalah mendatangi istri melalui dubur (anal seks).” (Tafsir al-Qurthubi, 3:96)
Kami nasehatkan agar kaum muslimin mencukupkan diri dan merasa puas dengan yang Allah halalkan. Untuk mendampingi hal itu, perbanyak berdoa memohon kepada Allah perlindungan dari nafsu yang tidak pernah puas dan merasa puas dengan apa yang Dia halalkan, sehingga tidak mengharapkan yang dilarang syariat.

BERZINA PADA BULAN RAMADAN.

Soalan; saya ada beberapa kemusykilan agama. Soalan di bawah ini daripada seorang sahabat saya, pening saya nak menjawabnya. Harap sangat ustaz dapat bantu saya mencari jawapan kepada sahabat saya ini.
1- Kalau berzina di bulan puasa, apakah hukumnya dan bagaimana cara hendak ganti puasa? adakah kena kifarat? kalau kena, bagaimana nak lakukannya? Adakah diqiaskan macam jimak di siang hari bulan Ramadhan?
2- kalau berzina 4 hari berturut-turut di bulan puasa, bagaimana nak ganti puasa itu?
3- Bagaimana pula kalau berzina di bulan Ramadhan, tetapi penzina itu memang tidak berpuasa. Adakah dia kena ganti sebab zina ke atau sebab tak puasa tu?
4- hukum bernikah dengan perempuan mengandung, tidak kiralah sama ada anak dalam kandungan itu anak dia atau anak orang lain.
Terima kasih atas bantuan ustaz, semoga mendapat rahmat Allah.

Jawapan;

1. Berzina hukumnya haram dan dosa besar bukan sahaja di bulan Ramadhan, tetapi juga di bulan-bulan lain. Cuma melakukan zina di bulan Ramadhan lebih dikeji kerana pelakunya tidak menghormati bulan Ramadhan. Orang yang berzina di siang hari di bulan Ramadhan, batal puasanya dan ia bukan sahaja wajib mengqadha puasa hari itu, tetapi juga diwajib Kaffarah atasnya. Kaffarah ialah denda yang dikenakan ke atas seorang yang membatalkan puasanya dengan bersetubuh di siang hari di bulan Ramadhan dengan sengaja. Orang yang sengaja melakukan persetubuhan di siang hari pada bulan Ramadhan di samping ia wajib menggantikan puasanya yang terbatal itu, ia dikenakan pula denda berat oleh Syara’ iaitu mengikut urutan di bawah;
a) Membebaskan seorang hamba mukmin sama ada lelaki atau wanita
b) Jika tidak didapati atau tidak mampu, hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut (yakni tanpa selang)
c) Jika tidak mampu, hendaklah ia memberi makan 60 orang miskin dengan setiap orang satu cupak makanan asasi penduduk setempat. Bagi penduduk Malaysia, makanan asasinya ialah beras.

Menurut ulamak; termasuk dalam erti persetubuhan yang mewajibkan kaffarah ialah; mensetubuhi faraj, dubur (iaitu meliwat), persetubuhan melalui zina atau syubhah atau dalam nikah yang fasid, sama ada mensetubuhi lelaki atau perempuan, manusia atau binatang. Persetubuhan-persetubuhan ini memberi kesan yang sama kepada puasa jika cukup syarat-syaratnya iaitu; (1) Wajib diganti puasa, dan (2) Wajib kaffarah atasnya.

2. Apabila berbilang hari berlaku persetubuhan maka berbilang jugalah kaffarah yang mesti ditunaikan. Contohnya, jika persetubuhan belaku pada empat hari, maka kaffarah yang mesti ditunaikan ialah empat juga.[1] Adapun jika persetubuhan berlaku berulang-kali pada hari yang sama, maka kaffarah yang dikira hanya sekali sahaja.[2]

3. Jika seseorang itu membatalkan puasa dengan perkara lain selain persetubuhan (seperti dengan makan, minum atau sebagainya), kemudian setelah puasanya batal barulah ia bersetubuh dengan isterinya, menurut mazhab Syafi’ie; ia tidak dikenakan kaffarah kerana kafffarah diwajibkan ke atas orang yang membatalkan puasanya dengan jima’ (persetubuhan). Dalam masalah ini, puasa itu batal dengan sebab makan atau minum, adapun persetubuhan ia berlaku setelah terbatalnya puasa.

HUKUM ZINA DENGAN TANGAN

Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk. (QS. Al-Israa’ ayat 32)
Permasalahan onani/ masturbasi (istimna’) adalah permasalahan yang telah dibahas oleh para ulama. Onani adalah upaya mengeluarkan mani dengan menggunakan tangan atau yang lainnya. Hukum permasalahan ini ada rinciannya sebagai berikut:
1.       1 Onani yang dilakukan dengan bantuan tangan/ anggota tubuh lainnya dari istri atau budak wanita yang dimiliki. Jenis ini hukumnya halal, karena termasuk dalam keumuman bersenang-senang dengan istri atau budak wanita yang dihalalkan oleh Allah. Demikian pula hukumnya bagi wanita dengan tangan suami atau tuannya (jika ia berstatus sebagai budak).
2.     2.  Onani yang dilakukan dengan tangan sendiri atau semacamnya. Jenis ini hukumnya haram bagi pria maupun wanita, serta merupakan perbuatan hina yang bertentangan dengan kemuliaan dan keutamaan. Pendapat ini adalah madzhab jumhur (mayoritas ulama), Al-Imam Asy-Syafi’i, dan pendapat terkuat dalam madzhab Al-Imam Ahmad. Pendapat ini yang difatwakan oleh Al-Lajnah Ad-Da’imah (yang diketuai oleh Asy-Syaikh Ibnu Baz), Al-Albani, Al-’Utsaimin, serta Muqbil Al-Wadi’i.
dan orang yang memelihara kemaluannya, kecuali terhadap istri-istri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Tetapi barang siapa mencari di balik itu (zina, dan sebagainya), maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. (QS. Al-Mu’minuun ayat 5-7)
Perbuatan onani termasuk dalam mencari kenikmatan syahwat yang sifatnya melanggar batasan syariat yang dihalalkan, yaitu di luar kenikmatan suami-istri atau tuan dan budak wanitanya.
Namun apakah diperbolehkan pada kondisi darurat, yaitu pada suatu kondisi dimana ia khawatir terhadap dirinya untuk terjerumus dalam perzinaan atau khawatir jatuh sakit jika air maninya tidak dikeluarkan?
Jumhur ulama mengharamkan onani secara mutlak dan tidak memberi toleransi untuk melakukannya dengan alasan apapun. Karena seseorang wajib bersabar dari sesuatu yang haram.
Apakah pelaku onani/ masturbasi mendapat dosa seperti orang yang berzina?
Penetapan kadar dan sifat dosa yang didapatkan oleh seorang pelaku maksiat, apakah sifatnya dosa besar atau dosa kecil harus berdasarkan dalil syar’i. Perbuatan zina merupakan dosa besar yang pelakunya terkena hukum hadd. Nash-nash tentang hal itu sangat jelas dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah.
Adapun onani/ masturbasi dengan tangan sendiri atau semacamnya (bukan dengan bantuan tangan/ anggota tubuh dari istri atau budak wanita yang dimiliki), terdapat silang pendapat di kalangan ulama. Yang benar adalah pendapat yang menyatakan haram. Hal ini didasarkan ayat 5-7 dari surah Al-Mu’minuun dan ayat 29-31 dari surat Al-Ma’aarij. Onani termasuk dalam mencari kenikmatan syahwat yang haram, karena melampaui batas syariat yang dihalalkan, yaitu kenikmatan syahwat antara suami istri atau tuan dengan budak wanitanya. 
Kesimpulannya, masturbasi tidak bisa disetarakan dengan zina, karena tidak ada dalil yang menunjukkan hal itu. Namun masturbasi adalah maksiat yang wajib untuk dijauhi. Barangsiapa telah melakukannya hendaklah menjaga aibnya sebagai rahasia pribadinya dan hendaklah bertaubat serta memohon ampunan Allah.
”Barangsiapa yang menjaga diri (iffah) maka Allah akan menjaganya, barangsiapa yang meminta pertolongan kepada Allah maka Allah akan menolongnya, barangsiapa yang bersabar maka Allah akan memberikan kesabaran kepadanya dan tidaklah seseorang diberikan suatu pemberian yang lebih baik atau lebih luas daripada kesabaran.” (HR. Bukhori, didalam Fath no 1469)
Zina Mata
Menundukkan pandangan di tengah bertebarnya kerusakan di sekitar kita memang bukan soal mudah. Keimananlah yang kemudian menjadi filter terhadap apa-apa yang dilihat oleh mata.
Di dalam Islam ada jenis maksiat yang disebut dengan ‘zina mata’ (lahadhat). Lahadhat itu, pandangan kepada hal-hal, yang menuju kemaksiatan. Lahadhat bukan hanya sekadar memandang, tetapi diikuti dengan pandangan selanjutnya. Pandangan mata adalah sumber itijah (orientasi) kemuliaan, juga sekaligus duta nafsu syahwat.
Dalam musnad Ahmad, disebutkan, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
“Pandangan adalah panah beracun dari panah-pandah Iblis. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari keelokkan wanita yang cantik karena Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya manisnya iman sampai hari kiamat”.
Melihat adalah sumber dari segala bencana yang menimpa diri manusia. Melihat melahirkan lamunan atau khayalan, dan khayalan melahirkan pemikiran, pikiran melahirkan syahwat, dan syahwat melahirkan kemauan, kemauan itu lantas menguat, kemudian menjadi tekat kuat dan akan terjadi selagi tidak ada yang menghalanginya. Dalam hal ini ada hikmah yang mengatakan:
“Menahan pandangan lebih ringan dari pada bersabar atas kesakitan (siksa) setelah itu”.
Syariat Islam telah mengatur hukum pandang memandang terhadap lawan jenis yang bukan mahram. Dalam Al-Qur’an surah An-Nuur ayat 30, ditujukan kepada laki-laki yang beriman agar menjaga pandangannya. Sementara ayat berikutnya, An-Nuur ayat 31, ditujukan kepada perempuan yang beriman. 
Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. (QS. An-Nuur ayat 30)
Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama islam) mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan laki-laki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung. (QS. An-Nuur ayat 31)
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bahkan pernah memalingkan wajah Fadhl bin Abbas ke arah yang lain ketika ia menatap wajah perempuan yang bukan mahramnya saat hajjatul wada’. Ketika itu ada seorang perempuan yang meminta fatwa kepada Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi wa Sallam. Ibnu Abbas yang meriwayatkan hadits ini mangatakan, “...maka Fadhl mulai mengarahkan pandangannya kepada perempuan itu, sedangkan dia adalah seorang perempuan yang cantik. Maka Nabi pun memegang dagu Fadhl dan memalingkan mukanya ke arah lain,” (HR Bukhari dan Muslim).
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam saja sudah begitu hati-hati ketika menatap wajah yang bukan mahramnya. Bagaimana dengan aurat yang lainnya? Terlebih, kemaluan yang merupakan aurat mughollazoh (aurat besar).
Memang ada pengecualian boleh memandang lawan jenis di luar aurat mughollazoh, yakni ketika ada kemaslahatan yang lebih besar seperti saat khitbah atau melamar, dalam pengobatan jika tidak ada lagi dokter perempuan, atau menjadi saksi dalam suatu perkara di pengadilan atau transaksi jual beli.
Secara umum, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam melarang umatnya melihat dan memperlihatkan aurat mughollazoh. Tidak saja kepada lawan jenis, bahkan sesama jenis pun tidak dibenarkan. Seperti dalam hadits “seorang lelaki tidak boleh melihat kemaluan laki-laki dan seorang wanita tidak boleh melihat kemaluan wanita” (HR. Muslim).
Sehingga, menonton film porno dengan alasan apapun tidak bisa dibenarkan. Termasuk, jika tujuannya untuk keberlangsungan hubungan suami-istri. Masih ada cara-cara halal yang dibenarkan Islam untuk hal itu. 
Jadi, zina tidak terbatas hanya pada apa yang telah dilakukan oleh kemaluan seseorang. Namun, mata juga bisa melakukan zina dengan melihat dan memandang sesuatu yang diharamkan seperti melihat aurat orang lain. Apalagi melihat adegan hubungan suami istri yang bisa jadi pelakunya bukanlah pasangan suami istri. Kemaluanlah yang membuktikan seseorang tersebut telah berzina dan berhak mendapatkan sanksi/ hadd bagi pelakunya.
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
“Sesungguhnya Allah menetapkan atas anak Adam bagiannya dari zina, dia akan mendapatkannya, tidak mustahil. Maka zinanya mata dengan memandang (yang haram) dan zinanya lisan dengan berbicara, sementara jiwa itu berangan-angan dan berkeinginan. Sedangkan kemaluan yang membenarkan semua itu atau mendustakannya.” (HR. Al-Bukhari no. 6243 kitab Al-Isti’dzan, bab Zinal Jawarih dunal Farj dan Muslim no. 2657 kitab Al-Qadar, bab Quddira ‘ala Ibni Adam Hazhzhuhu minaz Zina wa Ghairihi dari Abu Hurairah)
Dalam lafadz lain disebutkan:
“Ditetapkan atas anak Adam bagiannya dari zina, akan diperoleh hal itu, tidak mustahil. Kedua mata itu berzina dan zinanya  dengan memandang (yang haram). Kedua telinga itu berzina dan zinanya dengan mendengarkan (yang haram). Lisan itu berzina dan zinanya dengan berbicara (yang diharamkan). Tangan itu berzina dan zinanya dengan memegang. Kaki itu berzina dan zinanya dengan melangkah (kepada apa yang diharamkan). Sementara hati itu berkeinginan dan berangan-angan, sedangkan kemaluan yang membenarkan semua itu atau mendustakannya.” (HR. Muslim no. 2657)
sabda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam: ”Janganlah engkau ikuti pandanganmu dengan pandangan yang selanjutnya.” (HR. Tirmidzi, dan dihasankan di dalam shahihul jami’)
Pernyataan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam  bahwa zina  mata dengan memandang kepada apa yang tidak halal merupakan dalil yang jelas tentang keharaman perkara tersebut, sekaligus peringatan dari hal tersebut.
Al-Imam An-Nawawi  berkata: “Makna dari hadits di atas adalah anak Adam itu ditetapkan bagiannya dari zina, maka di antara mereka ada yang melakukan zina secara hakiki dengan memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan yang haram (bukan pasangan yang sah),
dan di antara mereka ada yang zinanya majazi dengan memandang yang haram, mendengar perbuatan zina dan hal-hal yang mengantarkan kepada zina, atau dengan sentuhan tangan di mana tangannya meraba wanita yang bukan mahramnya atau menciumnya, atau kakinya melangkah untuk menuju ke tempat berzina, atau untuk melihat zina atau untuk menyentuh wanita non mahram atau untuk melakukan pembicaraan yang haram dengan wanita non mahram dan semisalnya, atau ia memikirkan dalam hatinya.
Maka semuanya ini termasuk zina yang majazi. Sementara kemaluannya membenarkan semua itu atau mendustakannya, maknanya terkadang ia merealisasikan zina tersebut dengan kemaluannya dan terkadang ia tidak merealisasikannya dengan tidak memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan yang haram sekalipun dekat dengannya.” (Syarhu Shahih Muslim, 16/206)
Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang tersembunyi dalam dada. (QS. Gaafir ayat 19)
Mata yang merupakan anugerah Allah 'Azza wa Jalla, bisa mendatangkan kemuliaan, tetapi juga bisa mendatangkan laknat yang membinasakan. Mata yang selalu melihat fenomena kehidupan alam dan seisinya, kemudian menimbulkan rasa syukur kepada sang Pencipta akan mendatangkan kemuliaan dan kebahagiaan di sisi-Nya. Sebaliknya, mata yang merupakan anugerah yang paling berharga itu, bisa mendatangkan laknat yang membinasakan bagi manusia, bila ia menggunakan matanya untuk berbuat khianat terhadap Rabbnya.

SKIM PERUMAHAN RAKYAT

Perumahan menjadi suatu isu di kalangan rakyat terutamanya di kalangan kelas menengah dan bawah akibat kenaikan mendadak harga rumah pada tahun-tahun kebelakangan ini. Harga rumah telah meningkat sehingga di luar jangkauan menjadikan impian untuk memiliki rumah sendiri sekadar angan-angan atau igauan ngeri kepada sebahagian besar rakyat terutamanya golongan pekerja. 
Sebahagian dari punca kenaikan harga adalah kekurangan bekalan berbanding permintaan dari dalam dan luar negeri. Ini mengakibatkan perumahan menjadi satu komoditi rebutan dan dimanipulasi oleh spekulator hartanah. Menurut National Property Information Centre (NAPIC), bekalan rumah baru dalam setahun di seluruh negara adalah kira-kira 100,000 unit, manakala keperluan di Kuala Lumpur dan sekitarnya sahaja menjangkau 1 juta unit jika populasi setempat meningkat dari 6 juta kepada 10 juta menjelang tahun 2020 seperti dijangka oleh PEMANDU (Datuk Alan Tong K.M. dalam StarProperty.my pada 10 Ogos 2013) .
Beberapa program telah diperkenalkan kerajaan dalam usaha mengubah keadaan ini bagi membolehkan rakyat memiliki rumah. Antaranya adalah Skim Rumah Pertamaku serta Skim Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia. Ucapan ini bertumpu kepada Skim Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia. Skim ini membolehkan rakyat yang kurang berkemampuan memiliki rumah sendiri setelah melalui beberapa proses yang digariskan. Skim Rumah Mesra Rakyat adalah di bawah pengurusan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan). 
Berdasarkan sedikit sebanyak maklumat yang di kumpul melalui sumber yang ada di ruang maya, Skim Rumah Mesra Rakyat telah diperkenalkan mungkin seawal 2002 dan telah dijenamakan semula sebagai Skim Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia. Dilaporkan SPNB telah meluluskan 31,311 permohonan dan 17,479 rumah telah siap dibina, antaranya, Johor (4920 unit), Kelantan (4813 unit), Terengganu (4756 unit) dan Perlis (800 unit). Satu jumlah yang agak besar. 
Di bawah program ini, pemohon yang berjaya akan ditawarkan sebuah rumah bernilai kira-kira RM65,000 dengan potongan RM20,000. Rumah tersebut perlu dibina atas sebidang tanah yang dimiliki oleh pemohon atau tuan tanah yang memberikan keizinan untuk binaan rumah di atas tanah mereka. Pembayaran rumah adalah melalui ansuran bulanan RM150 selama 26-30 tahun. Permohonan dilakukan melalui wakil rakyat tempatan, biasanya wakil rakyat UMNO atau pejabat cawangan UMNO. 
Penerima yang berjaya wajib menandatangan perjanjian gadaian dengan SPNB Construction Sdn. Bhd. di mana hak milik tanah tersebut menjadi taruhan. Jika mana-mana penggadai dan/atau penerima biaya memungkiri salah satu dari sembilan (9) syarat-syarat yang dikenakan, termasuklah gagal membayar satu atau lebih ansuran atau mati sebelum tamatnya tempoh perjanjian atau menyelesaikan baki pembiayaan, maka pemegang gadaian (SPNB) serta-merta berhak mendapatkan kembali jumlah wang yang masih terhutang, termasuklah dan tidak terhad kepada tindakan perlelongan, seperti yang terkandung dalam peruntukan Kanun Tanah Negara. 
Apa yang menjadikan perjanjian gadaian ini satu perjanjian syaitan (Pact with the Devil) adalah kerana tanah yang menjadi cagaran tidak terhad kepada tapak rumah sekangkang kera yang berukuran antara 700-866 kaki persegi, sebaliknya merangkumi keseluruhan geran tanah di mana rumah tersebut di bina. Sebagai contoh, jika rumah tersebut dibina di atas geran tanah seluas 2 hektar, maka keseluruhannya akan tergadai jika berlaku kemungkiran seperti yang dinyatakan. Jika tanah tersebut dimiliki oleh beberapa pemilik selain daripada pemohon, kesemua pemilik perlu bersetuju atas pegangan gadaian dan berisiko kehilangan hartanah yang sedia ada. Jika berasaskan bilangan 30,000 unit yang dirancang di mana jika setiap unit dibina di atas tanah seluas 1 ekar maka SPNB memegang gadaian sekurang-kurangnya 30,000 ekar. 
Saya berpendapat peraturan ini sangat zalim. Kerajaan dikatakan mahu membantu golongan yang tidak memiliki rumah, akan tetapi ia boleh mengakibatkan kehilangan milik tanah, jikalau syarat-syarat yang dikenakan tidak dapat dipenuhi. Saya ingin tahu sejak bila syarat ini telah dikenakan dan sila berikan maklumat berapa kes penggadaian atau kehilangan milik yang telah berlaku. Sekiranya belum berlaku sebarang kes penggadaian atau kehilangan tanah, saya menggesa agar peraturan ini difikirkan semula untuk diubah supaya tidak menjadi beban yang berat kepada mereka yang sangat-sangat berharap untuk membina rumah, terutama sekali dari kalangan mereka yang susah atau berpendapatan rendah.
Gerakan Yahud telah meluas di seluruh dunia melalui berbagai-bagai pertubuhan sulit seperti yang akan diterangkan. Di Malaysia juga terdapat pertubuhan sulit ini yang berselindung di sebalik tabir pertubuhan atau badan kebajikan dan kemanusiaan. Free Missionery, Kelab Rotary dan Kelab Lion serta Bahai telahpun bertapak di Malaysia. Inilah sebabnya gerakan Islam tidak boleh bergerak dengan lancar. Gejala-gejala keruntuhan akhlak berleluasa dan fahaman sekularisme semakin hari semakin kuat. Pertubuhan-pertubuhan ini terdapat di ibukota dan di daerah-daerah di seluruh Malausia. Pada suatu masa terdapat di sebuah hotel di ibukota satu perhimpunan Kelab Rotary telah diadakan. Ini bererti kelab ini bergerak dengan cergas. Pada malam Jumaat 4 Oktober 1974 Kelab Rotary telah mengadakan jamuan makan malam sempena persefahaman dunia yang bertempat di Ipoh, Perak dan dihadiri orang-orang kenamaan di tempat itu. Ajaran Bahai juga terdapat di negeri Kedah dan Kelab Lion pula bergerak dan meluas di seluruh Malaysia. Ini bererti gerakan Yahudi bermaharajalela dalam negara kita yang dicintai. Seorang peguam yang berbangsa Amerika yang beragama Yahudi iaitu Andre Clain telah membentangkan kepada masyarakat Amerika di New York bahawa protokol-protokol pendita Sahyun(pendita Yahudi) sebenarnya satu gerakan sedunia yang dijalankan oleh majlis San Handren. Beliau juga telah menulis di dalam akhbar suara wanita Chicago pada tahun 1945. PBB yang terletak di New York bukanlah satu hasil kajian dan keputusan kongres yang berlangsung pada 1945 di San Fransisco tetapi adalah keputusan Khahila sebelum kongres tersebut. Amerika sekarang dalam genggaman Khahila. Sir Henry Ford 1 (pengasas dan ketua syarikat motor Ford) telah menerbitkan petikan protokol Yahudi itu pada awal lagi. Menurut catitannya, pergerakan Yahudi sebagaimana yang diperjelaskan oleh Prof. Serges Alnilus dalam sebuah risalah yang bernama ‘Protokol Zionis’ yang dicetak pada tahun 1905 bahawa para cerdik pandai Yahudi telah membuat satu rancangan yang berupa teori untuk menjajah secara aman di seluruh dunia. Prof. Sergei Alnilus adalah rakyat Rusia yang merupakan seorang paderi gereja Ortodoks. Daripada Prof. Sergei Alniluslah dunia mengetahui segala rahsia zionis itu dan buku-buku catitan rahsia Yahudi itu dipamerkan di muzium British pada tahun 1905. Hasil muktamar paderi-paderi seluruh dunia De Faui Sazelic sejak tahun 1897 – 1905 adalah seperti berikut : 1) Melenyapkan sistem pemerintahan Islam. 2) Menghapuskan Al-Quran atau mengaburi gambaran yang sebenar sehingga menjadi kabur. 3) Hancurkan akhlak Islam, fikiran mereka, hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka menurut hawa nafsu. 4) Melenyapkan persatuan muslim. 5) Meragu-ragukan muslim terhadap agamanya. 6) Melemahkan bangsa Arab. 7) Mendirikan negara-negara diktator di negara- negara Islam. 8)Pisahkan muslim dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan bangsa-bangsa barat. 9) Menyekat tokoh-tokoh Islam dan tamatkan gerakannya serta menghinakan para ulama- ulama Islam. 10) Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas. 11) Menubuhkan seberapa banyak sekolah di merata-rata negara Islam dengan dipimpin oleh beberapa tenaga pengajar Kristian dan Yahudi. 12) Menghantar sebanyak mungkin pengembang-pengembang agama Kristian ke seluruh dunia Islam. 13) Membuka pintu seluas-luasnya kepada belia-belia Islam yang menyambung pelajaran ke negara-negara Kristian supaya dapat menguasai kebudayaan Kristian dan mereka kosong dengan prinsip-prinsip secara Islam. 14) Mengeluarkan dan menyebarkan buku-buku yang boleh merosakkan belia-belia Islam dan melalaikan mereka daripada penumpuan kepada ilmu pengetahuan yang tulen. 15) Menguasai pengajaran di negara-negara Islam dengan sistem sekular yang bebas dari agama dan akidah. 16) Tindakan yang bersungguh-sungguh ke arah merosakkan belia-belia Islam dengan hidangan minuman keras, perempuan-perempuan pelacur, gambar-gambar bogel, kisah-kisah lucah, penyanyi-penyanyi dan kesenian muzik. 17) Memonopoli semua kegiatan ekonomi, mengawal pusat-pusat membeli-belah dan mungkin kekayaan di negara-negara Islam. 18) Menghidupkan semula tamadun lapuk seperti tamadun jahiliah yang dijadikan satu adat kebiasaan supaya menutup mata para belia Islam dan generasi baru Islam daripada melihat tamadun Islam di zaman yang silam. 19) Mengubah fakta sejarah Islam dan mengaburi peristiwa-peristiwa serta membesarkan beberapa sudut kelemahan yang remeh-temeh sehingga belia-belia Islam benci kepada peristiwa-peristiwa yang tertentu yang akhirnya akan benci kepada Islam. 20) Menciptakan fahaman-fahaman dan aliran serta dasar-dasar hidup duniawi, memesongkan parti-parti politik yang kosong dari roh agama dan menceraikan agama dengan kedaulatan. 21) Memperalatkan Yahudi sebagai batu loncatan, diasaskan permusuhan ke atas Islam di Palestin kerana di situ asalnya pusat negara Islam. Sebanyak 21 protokol Yahudi yang diringkaskan daripada 24 protokol iaitu keputusan dan cadangan pendita-pendita Yahudi mengenai cara-cara untuk menghancurkan Islam dan umatnya. Mereka telah berjaya menjalankan segala rancangan mereka dan mereka telah berhasil meracuni dunia Islam. Umat Islam masih tidur dan masih lupa terhadap kewajipan dan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Kejatuhan negara-negara Islam dan ditakluki oleh orang bukan Islam serta dipecah-pecahkan mereka seperti kejatuhan Turki, penaklukan negara Mesir dn perpecahan Baghdad di samping Baitul Maqdis tanah suci umat Islam ke-3 diambil secara haram oleh rejim Israel adalah sebab umat Islam tidak patuh kepada hukum-hukum Allah dan leka dengan kemewahan dan kemegahan dunia serta lalai dengan nikmat-nikmat yang ada pada mereka. Maka akhir sekali mereka ditakluk dan ditindas. Protokol ini dibuat pada tahun 1905. Sekarang kita berada di alaf baru. Sudah berapa tahun protokol ini dilaksanakan dan bagaimana dengan natijahnya terhadap umat Islam. Kita boleh lihat sendiri hasil-hasilnya. Apakah tindakan kita yang mengetahui peranan sebagai seorang muslim dan daie umat Islam pada masa akan datang ? - See more at: http://kiff-isme.blogspot.com/2010/09/yahudi-ingin-melenyapkan-sistem.html#sthash.5DJg65xw.dpuf

Sumber dari: http://kiff-isme.blogspot.com/2010/09/yahudi-ingin-melenyapkan-sistem.html

Khamis, 7 November 2013

7 TANDA SEORANG ISTERI DURHAKA KEPADA SUAMI



Sesungguhnya, beruntung menjadi seorang isteri kerana diberikan ruang dan peluang yang maha luas untuk mendapat tempat di syurga. Dosa isteri ditanggung oleh si suami dan si isteri pula diberikan tempat tinggi di sisi Allah apabila mereka juga bergelar ibu. Syurga di bawah telapak kaki ibu, begitulah nilai seorang ibu buat anak-anak. 
Rasulullah saw dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah Radhiallah r.a bermaksud :
"Aku pernah bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?"
Baginda menjawab : "Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya". 
Kemudian aku bertanya lagi : "Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?"
Baginda menjawab : "Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya."
(Riwayat Bazar dan al-Hakim)
Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud : 
"Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya."
(Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)
Kita jangan keliru, apabila wanita disebut sebagai isteri, bukanlah untuk merendahkan taraf wanita itu. Ia adalah sebagai suatu jaminan hak supaya mereka itu dipelihara, dilindungi dan dibela dengan baik oleh suami.
Antara sebabnya ialah mudahnya si wanita bergelar isteri melakukan kederhakaan kepada suaminya. Mungkin tak sedar, tetapi begitulah manusia, sering terbabas ke kancah khilaf akibat nafsu dan hasutan. Wahai isteri, sesungguhnya kedudukan si isteri adalah bersama suaminya. Betapa buruk dan teruk pun suami itu, adalah tanggungjawab isteri untuk menghormati dan memperbetulkan kesilapan si suami. Ingatlah syurga bagi isteri adalah terletak pada suaminya sendiri.
Jika ada para isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada suami dengan sebaik-baiknya, dan menganggap tanggungjawab terhadap suami itu hanya membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sedemikian itu dikhuatiri termasuk di dalam kategori isteri yang menderhaka atau nusyuz.
Seorang isteri tentulah mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suami. Tanggungjawab ini adalah suatu perkara yang serius dan tidak boleh diabai-abaikan. Isteri yang mengabaikannya senang mendapat laknat dan dikhuatiri termasuk ke dalam kategori isteri derhaka.
Apakah ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? Ini perlu diketahui semata-mata untuk dijadikan langkah waspada agar para isteri terhindar daripadanya. Berikut diketengahkan antara ciri atau tanda isteri derhaka.
Terdapat 7 tanda-tanda awal isteri derhaka kepada suami.
1 - Menghina atau mengumpat suami
Bersifat amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri dan menjaga maruah suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi dan rumah tangga. Isteri ialah orang yang paling hampir kepada suami yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya. Membuka rahsia suami atau menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami, sekali gus menggugat keharmonian rumah tangga kerana suami telah hilang kepercayaan terhadap isteri. Jika membuka rahsia suami dianggap menjejaskan kewibawaan suami, apatah lagi menghina atau mengumpat suami.
2 - Mengherdik dan menceritakan kelemahan serta kekurangan suami pada orang lain
Sifat ini terlalu berat dan buruk untuk ditanggung oleh seorang suami. Si isteri tidak sepatutnya dalam apa keadaan sekalipun mengherdik dan menceritakan kelemahan serta kekurangan suami pada orang lain. Adalah sepatutnya kita sebagai isteri sentiasa bersedia untuk menggembirakan hati suami, sama ada dengan tingkah laku yang menawan, tutur kata yang menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan batin. 
Rasulullah saw bersabda :
Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang solehah.
3 - Isteri keluar rumah tanpa kebenaran suami
"Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali."
(Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat) 
4 - Isteri mendoakan kecelakaan buat suami
Isteri yang solehah adalah isteri yang sentiasa mendoakan kebaikan, kesejahteraan dan rahmat Allah swt bagi suaminya dan bukannya sebaliknnya. 
5 - Membenci kegemaran suami
Mengakui dan menerima kenyataan bahawa suami adalah ketua di dalam kepimpinan keluarga sesebuah rumah tangga. Tiada siapapun yang menyangkal bahawa suami telah diberikan kelebihan satu darjah daripada isteri. Satu kurniaan Allaw swt yang meletakkan suami bertanggungjawab menjaga serta mengawal keselamatan dan kesejahteraan perjalanan hidup keluarganya di dunia dan akhirat serta suami wajib memberi nafkah isteri dan anak-anaknya. Sememangnya ada ketika dan masa kita rasa kehendak kita sebagai isteri tidak dipenuhi sewajarnya. Namun yang demikian itu tidak bermakna kita dengan sewenang-wenangnya berhak menafikan kesukaan atau kegemaran si suami.
Firman Allah :
Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. (An-Nisa : 34)
6 - Menjadi tekanan kepada suami
Tidak dinafikan keadaan ekonomi hari ini adakalanya mampu memberi impak besar kepada sesebuah institusi kekeluargaan. Namun begitu, si isteri perlu bersikap bijaksana dan rasional dalam mentadbir harta benda suami tanpa membazirkannya. Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuannya kerana hal yang demikian akan menyebabkan tekanan dan ketegangan di dalam kehidupan suami. Di samping itu juga, adalah lebih baik jika si isteri sama-sama membantu menguruskan rumahtangga agar ini dapat mengurangkan tekanan kepada si suami.
Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat membelanjakannya.
(Riwayat Ibnu Majah)
7 - Mengungkit-ungkit janji suami
Redha dan bersyukurklah dengan setiap pemberian suami. Sesungguhnya itulah nikmat dan rezeki yang terbaik bagi isteri.
Sabda Rasulullah saw :
"Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah saw ditanya: "Mengapa demikian ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup."
(Riwayat al-Bukhari)
Dalam hadis yang lain Rasulullah saw bersabda dan bermaksud :
"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."
(Riwayat Muslim)

















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin