Inilah yang boleh dikatakan satu 
pembaziran yang berlaku. Bagaimana duit yang sepatutnya disalurkan untuk
 membantu terlalu ramai yang manusia Bumi ini. Tetapi sebaliknya berlaku
 dimana, orang-orang kulit putih dari Amerika Syarikat ini lebih suka 
membelanjakan berbillion untuk mengejar sesuatu yang sebenarnya
 tidak memberikan sebarang faedah kepada manusia selain hanya mahu 
mengekalkan kuasa mereka dalam bidang angkasa lepas.
Pada hari ini, ahli-ahli astronomi dan pengkaji angkasa lepas di seluruh dunia menanti dengan penuh debaran misi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) apabila sebuah satelit dihempas ke permukaan bulan.
Satelit Pengesan dan Pemerhati Kawah 
Bulan (LCROSS) itu terbahagi kepada dua bahagian iaitu roket dinamakan 
Centaur dan sebuah kapal angkasa peninjau. Roket Centaur akan menghentam
 sebuah kawasan berhampiran Kutub Selatan di bulan itu yang dinamakan 
rantau Cabeus.
 LAKARAN imej menunjukkan Roket Satelit Pengesan dan Pemerhati Kawah 
Bulan berpisah dengan kapal angkasa peninjau Centaur (kiri).
Empat minit selepas kawah terbentuk, 
kapal angkasa peninjau akan bergerak mengesan dan mencari sama ada 
terdapat kesan air dan ais dalam debu yang terbentuk. Ia akan 
menyalurkan semua maklumat itu ke pangkalan NASA di bumi sebelum 
melakukan rempuhan yang kedua. Rempuhan itu akan menyebabkan kawah 
sebesar satu pertiga saiz padang bola sepak terbentuk.
“Kesan asap dan debu akibat letupan itu akan naik cukup tinggi untuk membolehkan ia dilihat dari bumi,” kata pegawai pengendali LCROSS, Brian Day.
Kira-kira 350 tan debu dan serpihan 
akibat hentaman itu akan naik ke angkasa lepas dan terurai kepada 
bahan-bahan asas sebaik sahaja terkena pancaran matahari. 
Saintis-saintis kemudian akan mengkaji komponen asas itu melalui 
teleskop gergasi dari bumi.
“Jika terdapat air atau sebarang bahan menarik, sudah tentu kami akan menemuinya,” kata seorang pegawai kanan misi itu, Tony Colaprete.
Misi itu dilakukan beberapa minggu 
selepas satu penyelidikan mendapati terdapat air di kawasan bulan. 
Sebelum ini, sebuah kenderaan penjelajah kawalan jauh yang dibawa roket 
Chandryaan-1 milik India mengesan kehadiran air beberapa sentimeter di 
bawah permukaan bulan.
Amerika? Biasalah, mana boleh kalah 
lebih-lebih apabila mendengar laporan yang mana sebuah kenderaan 
penjelajah kawalan jauh yang dibawa roket Chandryaan-1 milik
 India mengesan kehadiran air beberapa sentimeter di bawah permukaan 
bulan. Amerika Syarikat yang dikatakan sudah beberapa kaki menjejak kaki
 ke bulan tetapi masih belum menjumpai air di sana. India yang boleh 
dikatakan low profile dalam misinya untuk ke bulan, mampu menjumpai air 
di bulan.
P/S : Lebih-lebih lagi sekarang ini, Rusia dikatakan sudah merancang untuk menghantar angkasawannya pergi ke Marikh


Tiada ulasan:
Catat Ulasan