BAGAIMANA KESAKITAN MENGHADAPI KEMATIAN
Allah
merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita
melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana
pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa
ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya
dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat
keredhaan Allah.
Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan
oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah
yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.
Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat
dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Rasulullah mengingatkan
tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya
tiga ratus kali tetakan pedang." Bayangkanlah jika kita ditetak atau
dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja,
itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak
dengan tiga ratus tetakan.
Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya,
pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah
hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini
tidak mampu menghilangkannya. Semuanya ini cuma secebis dari
perbandingan kesakitan maut, malah beribu-ribu kali lebih sakitnya
daripada itu. Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut
oleh malaikat maut,maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu
diamalkan.
Antaranya, sebelum tidur:
1) Bacalah surah Al-Ikhlas 3X
2) Selawat ke atas Nabi
3) Membaca tasbih Amalan harian: Sentiasa membaca Al-Quran Memelihara
solat terutama solat fardu Menghormati (jangan bercakap) waktu azan
diperdengarkan Membaca tasbih Membanyakkan sedekah Sentiasa berzikir
menyebut Allah.
Amalan yang perlu dijauhi:
1) Dusta
2) Khianat
3) Mengadu domba
4) Kencing berdiri Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Bersuci kamu
sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa
kubur itu dari sebab buang air kecil.
" Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi
Idris as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya
dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan
untuk Nabi Idris as mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya
lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada
malaikatul maut supaya mencabut nyawa nabi Idris dan dia meninggal
ketika itu juga.
Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah)
menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah. Setelah di
dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: "Ya
saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?"
Jawab Nabi Idris: "Sesungguhnya jika dibandingkan sakit terkelupasnya
kulit dalam keadaan hidup-hidup dan rasa sakit menghadapi maut adalah
1000 kali sakitnya." Kata malaikat maut: "Sesungguhnya saya melakukan
dengan secara berhati-hati dan tidak kasar apabila mencabut nyawa
engkau itu dan belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun."
Dirawayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang
yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir
berkata: "Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah
mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati.
Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang
awal dulu.
" Kata Nabi Isa as: "Cubalah kamu pilihkan?" Mereka berkata:
Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh)." Maka Nabi Isa
as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa
kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan
janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as hairan kenapa jadi begitu.
Berkata Sam bin Nuh:
"Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah
tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini
dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi Isa as: "Sudah berapa
tahun kau meninggal dunia?" Kata Sam: "Semenjak 4000 tahun lalu dan
masih belum hilang sakit dari sakaratul maut."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan