BAGAIMANA KESAKITAN MENGHADAPI KEMATIAN

 
Allah
 merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana  kita 
melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam  mana 
pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa  
ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya 
 dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat  
keredhaan Allah.
Manusia  begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan 
oleh Allah  SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah 
yang dipikul  akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.
Kesakitan  bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat 
dibayangkan sama  sekali. Walau bagaimanapun Rasulullah mengingatkan 
tentang mati dan  keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya 
tiga ratus kali  tetakan pedang." Bayangkanlah jika kita ditetak atau 
dipukul dengan  kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja,
 itupun sudah  tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak
 dengan tiga  ratus tetakan.
Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula  kuku daripada isinya, 
pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat  dan dilapah 
hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di  dunia ini 
tidak mampu menghilangkannya. Semuanya ini cuma secebis dari  
perbandingan kesakitan maut, malah beribu-ribu kali lebih sakitnya  
daripada itu. Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut  
oleh malaikat maut,maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu  
diamalkan.
Antaranya, sebelum tidur:
1) Bacalah surah Al-Ikhlas 3X
2) Selawat ke atas Nabi
3)  Membaca tasbih Amalan harian: Sentiasa membaca Al-Quran Memelihara  
solat terutama solat fardu Menghormati (jangan bercakap) waktu azan  
diperdengarkan Membaca tasbih Membanyakkan sedekah Sentiasa berzikir  
menyebut Allah.
Amalan yang perlu dijauhi:
1) Dusta
2) Khianat
3) Mengadu domba
4)  Kencing berdiri Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Bersuci kamu  
sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa  
kubur itu dari sebab buang air kecil.
" Pada suatu hari  malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi 
Idris as lalu Nabi  Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya
 dan kemudian Allah  menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan 
untuk Nabi Idris as  mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya 
lebih mendalam dan  teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada 
malaikatul maut supaya  mencabut nyawa nabi Idris dan dia meninggal 
ketika itu juga.
Malaikatul  maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) 
menghidupkan  kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah. Setelah di 
dapati Nabi Idris  as sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: "Ya
 saudaraku,  bagaimana rasanya kesakitan maut?"
Jawab Nabi Idris:  "Sesungguhnya jika dibandingkan sakit terkelupasnya 
kulit dalam keadaan  hidup-hidup dan rasa sakit menghadapi maut adalah 
1000 kali sakitnya."  Kata malaikat maut: "Sesungguhnya saya melakukan 
dengan secara  berhati-hati dan tidak kasar apabila mencabut nyawa 
engkau itu dan  belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun."
Dirawayatkan  lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang 
yang telah  mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir 
berkata:  "Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah
 mati yang  masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. 
Maka cuba  hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang 
awal dulu.
"  Kata Nabi Isa as: "Cubalah kamu pilihkan?" Mereka berkata: 
Hidupkanlah  untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh)." Maka Nabi Isa 
as pergi ke  kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa 
kepada Allah. Dan  Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan 
janggutnya sudah  beruban. Nabi Isa as hairan kenapa jadi begitu.
Berkata Sam bin Nuh:
"Saya  telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah 
tiba,  maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini 
dari  sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi Isa as: "Sudah berapa 
tahun kau  meninggal dunia?" Kata Sam: "Semenjak 4000 tahun lalu dan 
masih belum  hilang sakit dari sakaratul maut."
 
 
 
 
 
          
      
 
 
KETURUNAN SIAM MALAYSIA.
Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan