Menara Jam DiRaja Mekah: Tanda Kiamat Di Tepi Kaabah
"Apabila  melihat pembangunan 
yang sangat hebat di sekitar Mekah, saya terfikir:  ‘Apa agaknya kata 
Nabi Ibrahim melihat pembangunan sehebat itu. Ketika  Allah 
memerintahkan Nabi Ibrahim meletakkan Ismail dan Hajar di lembah  yang 
tiada tumbuh-tumbuhan, tanam-tanaman dan binaan, 
juga  ketika Allah memerintahkan
 Baginda berdua membina Kaabah dan menyeru  manusia mengerjakan haji, 
Nabi Ibrahim taat sahaja walaupun di fikiran  mungkin tertanya-tanya 
siapakah yang mendengar seruannya dan apakah yang  bakal berlaku di 
Mekah ribuan tahun kemudian. 
Saya  juga teringat dengan 
jawapan Nabi Muhammad SAW kepada Jibril yang  berupa sebagai lelaki 
segak dalam hadis Islam, Iman, Ihsan ketika Jibril  bertanya Nabi 
tentang Kiamat. Lantas Nabi hanya menyebutkan tanda-tanda  Kiamat kerana
 hanya Allah Yang Maha Mengetahui bila berlakunya Kiamat.  Yang menarik 
dari pelbagai tanda Kiamat itu-kecil dan besarnya, Nabi  Muhammad SAW 
menyebut: 
‘..apabila  engkau melihat orang
 yang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin,  pengembala kambing 
berbangga-banga menegak dan meninggikan bangunan.’  SubhanAllah! Nabi 
sebut satu tanda Kiamat dalam keadaan Mekah masih  terlalu daif dan naif
 fizikalnya. Itulah mukjizat. Itulah tanda Kiamat.  Dan itulah yang 
bakal kita lihat.
Saya  juga menerima komen di 
bawah dari pengunjung portal saya berkenaan  artikel ringkas di atas 
(Fakta benar/salah sila pastikan semula):
1.  Dalil secara Qati’ 
(putus-tidak boleh dipertikai) untuk menyokong dan  membenarkan bahawa 
Makkah al-Mukarramah adalah ‘Pusat Bumi’ seperti yang  terkandung di 
dalam kitab-kitab Samawi spt Taurat, Zabur, Injil dan  al-Quran. Diikuti
 pula ilmu sains,astronomi dan geografi sebagai kajian  dan resolusi 
kebenaran fakta tersebut. As-Syura:8 |Al-An’am:92
2.  Menyatakan bahawa Makkah 
al-Mukarramah adalah sebagai ‘Tarikan Magnet  Radiasi’ untuk Bumi. 
Bermakna tenaga semulajadi untuk jasad manusia  boleh ditambah dan 
diperolehi dengan cara bersujud secara bersolat.  Untuk mendapat cas 
tenaga ini, ciri sujud tersebut perlu betul, 
selaras  dan bertepatan 
menghadap Ka’bah sebagai ‘Kiblat Pusat Bumi’. Untuk  menetapkan Makkah 
sebagai ‘Kiblat Pusat Bumi’, penetapan serta  persepakatan dari segi 
keadaan muka bumi, waktu dan masa yang betul  perlu diseragamkan dan 
dipusatkan di sini. Maka, Makkah al-Mukarramah  bukan sahaja pusat 
tarikan Magnet radiasi, tetapi ia juga merupakan  tarikan ‘RUH’ umat 
Islam untuk melaksanakan amal ibadat.
3.  Menyangkal fakta barat yang 
menyatakan bahawa permukaan bumi ini adalah  360 darjah. Sebenarnya ia 
adalah 390 darjah berdasarkan ukuran dari  ‘Pusat Bumi Makkah’. Ukuran 
390 darjah ini adalah lebih tepat  berdasarkan persepakatan ahli di 
dalam bidang astronomi dan geografi  Islam.
4.  Mengukuhkan fakta yang 
menyatakan bahawa Ka’bah, masjid al-Quds dan  masjid Nabawi adalah 
terletak di satu garisan geografi yang sama bermula  dari Makkah dan 
berakhir di al-Quds al-Syarif. Berbeza dengan padangan  yang sebaliknya.
 
Maka,  umat Islam di Palestin 
secara khususnya menghadap ke kiblat secara  berhadapan terus ke arahnya
 tanpa perlu condong ke mana-mana arah.  Begitu juga arah kiblat mereka 
juga terus menembusi ke arah masjid  Nabawi, di Madinah al-Munawwarah. 
Ketiga-tiga masjid ini adalah  merupakan saranan nabi Muhammad s.a.w 
untuk menziarahinya kerana  keberkatan yang ada padanya.
5.  Menyatukan dan memudahkan 
urusan waktu dan masa bagi ibadat HAJI, tahun  HIJRAH dan sambutan hari 
kebesaran di dalam bulan Islam khususnya hari  wukuf di Arafah yang 
sering menjadi perselisihan setiap tahun di  Malaysia sekiranya 
menggunakan sistem GMT. Berbeza dengan sistem ‘Waktu  Muslim Sedunia’ 
ini. Segalanya lebih baik dan tersusun.
6.  Membina ‘JIHAD’ dan 
‘KESATUAN’ umat Islam sedunia dari segi fikrah  ‘MASA dan IBADAT’ dengan
 kewujudan ‘Waktu Antarabangsa Makkah’ bagi  negara-negara Islam 
khususnya dan negara non-muslim secara amnya. 
Secara  simboliknya, sistem 
Greenwich Mean Time (Waktu Min Greenwich) ini tidak  lagi relevan dan 
sesuai diguna pakai di negara-negara Islam kerana  banyak kelemahan dan 
ketidakserasian waktu dan masa untuk umat Islam.
7.  Menyatakan bahawa GMT yang 
diasaskan oleh penjajah British ini adalah  merupakan penyata garisan 
secara sangkaan salah mereka tanpa fakta dan  kajian yang benar. Hal ini
 berlaku sewaktu penjajahan mereka di seluruh  dunia pada tahun 1884 
dengan menetapkan waktu di setiap negara-negara  jajahan mereka adalah 
berdasarkan waktu dan masa di Britain. Ia  bertujuan untuk memudahkan 
urusan pentadbiran dan pengurusan politik  mereka dengan negara-negara 
tersebut. 
Oleh  itu, garisan panjang 
permukaan bumi Makkah bertepatan dengan garisan  utara Magnet iaitu 
bersamaan ‘0′ darjah berbeza dengan penyelewengan  yang telah ditetapkan
 oleh mereka berkenaan GMT iaitu dengan purata 8.5  darjah. Begitu juga 
di negara-negara selain Britain, sama ada ia berlaku  penambahan atau 
pengurangan ukuran darjah permukaan bumi. 
Ini  menyebabkan ketidakstabilan
 untuk umat Islam bagi menentukan arah  kiblat dengan lebih tepat. Oleh 
sebab itu, GMT tidak sesuai lagi untuk  dijadikan sebagai pegangan ‘MASA
 dan WAKTU’ penduduk dunia amnya dan  negara-negara Islam secara 
khususnya sebagai pengurusan harian hidup.  Bahkan Makkah al-Mukarramah 
adalah merupakan tumpuan dunia serta  fokusnya adalah kepada Ka’bah 
al-Musyarrafah. 
8.  Menyahut seruan Allah s.w.t 
untuk bersatu dan bersistem dalam soal  kehidupan manusia berdasarkan 
wahyunya di dalam al-Quran berkenaan isi  kandungan surah al-A’sr (Demi 
Masa).
Wallahu A’lam.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan