Hari ini bayi saya cukup 2 bulan.
Tengah menjaga bayi ni, jadi blog saya beberapa bulan ini lebih
berkisar tentang bayi. Teringat semasa anak pertama, kebetulan cucu
pertama pula bagi keluarga saya. Kembar pula. Segala-galanya baru. Kelam
kabut jadinya. Nenek atuk pun nak kena refresh cara jaga bayi,
maklumlah anak bongsu dah 17 tahun.
Saya ingin kongsi pengalaman saya jaga bayi. Mungkin lain orang lain
cara. Kalau ada sesiapa lain nak kongsi, saya amat alu-alukan boleh
komen. Pada saya tip begini berguna sebab kita lakukan sendiri
pratikalnya boleh bercerita lengkap baik dan buruknya.
Bila ada bayi, segala-galanya perlu dibuat segera dan cepat. Terutama
jika menjaga sendiri tanpa pembantu. Anak sulung elok pastikan ada
orang membantu, jika tidak memang bermasalah untuk kita menjaga pantang
kita juga. Jika dah berpengalaman boleh jaga sendiri.
Bayi baru lahir, tidurnya biasa belum tetap. Ada kala lama ada kala
sekejab. Ada kala tidur siang berjaga malam dan sebaliknya. Kita perlu
mengajarnya mengenai waktu. Bila berjaga waktu siang kita main-main
dengannya. Ada kala dia tidur banyak waktu siang, kita kejut macam mana
pun masih tertutup matanya. Aha payahnya ya. Perlahan-lahan kita ajar.
Bila dia berjaga cuba lengahkan waktu tidurnya. Jika sedang tidur tidak
perlu kejutkan. Saya dapati anak-anak saya, jika kita paksa atau buat
sesuatu di luar kemahuan dia, keadaan akan jadi lebih sukar. Contohnya
waktu siang dia kurang tidur sebab dikejutkan, namun malam tidak juga
tidur. Dia meragam hingga ke malam kerana siang kena ganggu, tidak cukup
tidur. Waktu malam jika dia terjaga buat apa yang perlu sahaja sama ada
susu atau tukar lampin dan tidurkan dia semula. Jika dia tidak tidur
tidak perlu bermain-main dengannya. Selepas beberapa minggu 3 ke 6
minggu (berbeza ikut keadaan bayi) dia akan tahu siang berjaga dan malam
waktu tidur.
Bila menangis perlu dipujuk. Ada pendapat kata jangan dipujuk, nanti
akan memanjakan dan sukar dijaga. Saya pernah cuba cara biarkan menangis
dan pujuk. Cara pujuk lebih berkesan untuk anak-anak saya. Mula-mula
memang sukar sebab asyik kena berdukung, namun selepas beberapa minggu
semakin mudah menjaganya.
Mula-mula dulu, berdukung duk dalam sling. Sekarang dah tak perlu berdukung
Dalam sebulan pertama saya mandikan bayi saya sekali sehari, waktu
pagi. Petang lap sahaja badan dan tukar baju. Air mandian biarlah
suam-suam. Sebelum mandikan saya siapkan semua barang dahulu. Jika bayi
lapar, bagilah susu dulu. Kalau lapar, nak mandi pun kelam kabut sebab
asyik menangis. Pakaian dia biasanya saya dah susun atas tilam ikut
mana pakai dulu. Contohnya bawah sekali bedung, kemudian baju, barut
bayi dan lampin dia. Jadi bila sudah mandi, lap badan terus letak dia
atas pakaian dia tadi. Jadi tak perlu kita angkat bayi beberapa kali
semata-mata nak letak barang. Sesuai juga untuk ibu-ibu yang takut-takut
nak angkat bayi banyak kali. Lebih cepat buat begini. Ada bayi yang
tidak suka mandi dan dibuka baju lama. Jadi dia akan menangis. Barang
dah siap cepat kita boleh siapkan dia.
Dafinah, masa minggu ke 4 hingga 7, dia suka mandi. Angkat dari air dia akan menangis. Duk dalam air seronok betul dia. Minggu ni baru tak menangis lagi bila keluar dari air. Agaknya cuaca panas, jadi sedap duk dalam air. Anak-anak saya yang lain suka juga duk dalam air tapi tak lah sampai menangis bila keluar dari air.
Jika bayi tak menangis, saya buat urutan pada bayi selepas mandi.
Jika dah menangis tu cepat-cepat siapkan dia. Sapukan minyak (saya guna
minyak berubat herba/mustajab NR) pada perut dan tapak kaki untuk elak
kembung perut. Saya guna bedak bila perlu seperti naik ruam, jika tidak
saya tak guna langsung.
Anak sulung saya letak bedak. Tapi jadi bermasalah seperti kena asma asyik sakit, batuk dan berkahak. Saya letak anak di nurseri. Biasa orang akan letak bedak dengan banyak, boleh masuk ke dalam hidungnya. Saya tak bekalkan lagi bedak. Tapi semacam kemestian kena letak bedak, dah tiada bedak saya, bedak bayi lain digunakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan