Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Yee Moh Chai yang juga merupakan
 Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah pada 
23 November 2012 membuat kenyataan menggesa Kementerian Penerangan. 
Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) untuk segera menyelesaikan isu 
berkaitan penggunaan cakera bola di Sabah. Beliau berpendapat kebebasan 
dalam akses pada maklumat melalui satelit perlu diwujudkan secara 
menyeluruh di Malaysia.
Terdahulu, Datuk Dr Yee mendakwa perkembangan ini sebagai langkah KPKK 
mewujudkan monopoli untuk memperkayakan individu tertentu. Dakwaan Datuk
 Dr Yee menggambarkan seolah olah kerajaan menyekat kebebasan rakyat di 
Sabah untuk mendapat akses maklumat melalui cakera parabola. Timbalan 
Menteri KPKK pernah membuat kenyataan balas kepada dakwaan Datuk Dr Yee 
tetapi beliau tidak berpuashati kepada kenyataan balas itu. 
Khabarnya, Datuk Dr Yee kecewa dengan statistik  kadar penembusan 
internet di Sabah yang masih jauh ketinggalan dari sasaran 50% yang 
ditetapkan oleh KPKK di seluruh Malaysia.
CTS difahamkan Kerajaan sedang menyediakan kertas kerja mengenai 
cadangan pengunaan cakera parabola di kalangan individu terutama di 
Sabah dan Sarawak. KPKK dan SKMM akan mendapatkan pandangan daripada 
semua pihak sebelum kertas kerja itu disediakan untuk diangkat kepada 
Jemaah Menteri. Undang-undang sedia ada berkaitan pengunaan cakera 
parabola masih terguna pakai sehingga ada sebarang keputusan untuk 
mengubahnya oleh kabinet.
Mengikut undang-undang sedia ada, mana mana pihak yang mahu menggunakan 
atau memasang satelit parabola perlu mendapatkan lesen dan dalam keadaan
 tertentu pengecualian diberikan kepada pengguna parabola di kawasan 
pedalaman Sabah dan Sarawak. Cakera parabola tergolong sebagai barangan 
larangan dalam Jadual Kedua, Butiran 23 dan 24, Perintah Kastam 
(Larangan mengenai import) 2008 dan memerlukan permit import daripada 
SIRIM Berhad.
Ada sesuatu CTS rasakan tidak kena dengan dakwaan daripada Timbalan 
Ketua Menteri Sabah ini. Dakwaan ini memberikan gambaran seolah-olah 
kerajaan pusat khasnya KPKK meminggirkan kepentingan rakyat Sabah di 
dalam soal mencapai akses maklumat. Timbalan Menteri KPKK yang berasal 
daripada Sarawak digambarkan sebagai tidak memahami keadaan sebenar 
keperluan pengunaan cakera parabola kepada penduduk Sabah dan 
Sarawak. Pembangkang mampu memanipulasi isu ini untuk mendapat manfaat 
dan sokongan politik daripada rakyat Sabah dan Sarawak.
Apa yang CTS dapat lihat adalah Timbalan Ketua Menteri Sabah dilihat 
sebagai keliru di antara maklumat yang boleh dicapai di antara cakera 
parabola dan jalur lebar. Usaha berterusan yang dilakukan oleh kerajaan 
ini memerlukan masa untuk lebih menyeluruh di seluruh negara khasnya di 
Sabah dan Sarawak yang mempunyai bentuk mukabumi dan keadaan geografi 
yang menyukarkan kerja-kerja penyediaan kelengkapan jalur lebar. 
Kerajaan menerusi SKMM telah menjalankan pelbagai usaha berterusan untuk
 meningkat kadar penembusan jalur lebar khasnya di Sabah dan Sarawak dan
 ini membuktikan bahawa Sabah dan Sarawak tidak dianaktirikan di dalam 
soal pembangunan jalur lebar negara. Berdasarkan kepada peruntukan yang 
telah disediakan, Sabah mempunyai peruntukan yang lebih tinggi 
berbanding negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.

 
 


 ADAKAH HARI YANG DISEBUTKAN SAHAJA WAKTU SUBUR?
ADAKAH HARI YANG DISEBUTKAN SAHAJA WAKTU SUBUR?












 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
