KHALIFAH SYARIF ABU BAKAR SYAH
YANG DI PERTUAN YANG MAHA MULIA BENUA ISLAM SIAM KEDAH
BERGELAR
   BOROMORAJA V EKATAAT MAHA DAMMAIYAZA
“Boromoraja” 
   di dalam terjemahan bahasa Siam Islam Kedah bermaksud “puak 
   berpengetahuan penyebar dakwah agama Islam” dan ekataat bermaksud, “beta 
   taat kepada allah dan rasul”. Gelaran 
   Raja Siam Cau Pija Sitammarat Maha Tammaraja (Boromokot) Raja Siam 
   Islam Dinasti Ayutia Ke-31 pula telah diberikan pada tahun 1758 selepas 
   kemangkatan ayahandanya di Pulau Langkawi Kedah iaitu Sultan 
   Maulana Muhiyuddin Mansor Syah (rujuk 
   UUK ms16,17) suami kepada Puteri 
   Raja China Hang Li Poh.
“Maha Dammaiyaza” pula bermaksud “pembesar 
   darah dari berlainan raja”. Ini adalah disebabkan ayahanda 
   Syarif Yang Di Pertuan Kedah adalah raja siam Islam dan ibunya pula 
   adalah berlainan darah dek kerana bondanya adalah Puteri Raja China 
   Hang Li Poh berasal dari Dinasti 
   Yuan yang 
   berketurunan Raja China Khaisar Indo-China tahun 1294. 
   Baginda digelar Dammaiyaza sewaktu 
   menjadi Raja 
   Siam Toung Oo di 
   Burma (Myanmar) dan pada masa itu baginda tinggal di Istana 
   Mandalay (rujuk 
   artikel kami sebelum ini mengenai nama Raja Mandalika, tercatat pada 
   Batu Bersurat Trengganu). 
Terdahulu, Istana Mandalay ini telah 
   dibina oleh nenek baginda yang bernama Aishah 
   Begum Puteri Siputeh Bawinnoung, Puteri kepadaRaja 
   Siam Dinasti Ayutia Rama Tibodi II Parameswara Melaka Sultan 
   Rijaluddin (ibni) Mohammad Syah. Aishah Begum adalah 
   permaisuri kepada Khalifah 
   Zahiruddin Mohd Bahador Syah Babur India Monghul yang 
   bergelar Maha 
   Tammaraja Chief Dinasti Ayutia 1559.
    Istana Aishah Begum diperbuat keseluruhannya dari kayu masih ada di 
   Myanmar hingga ke hari ini.
Istana Aishah Begum diperbuat keseluruhannya dari kayu masih ada di 
   Myanmar hingga ke hari ini. 
Inilah peta Empayar Islam Benua Siam Kedah dalam tahun 1686 masihi 
   (Ayuthia diserang Sukhothai tahun 1767) menurut rekod Perancis yang 
   membuat perhubungan perdagangan dengan Siam di zaman Narai 
   Tun Saaban memerentah 
   di Ayuthia sebagai Syah Alam Yang Maha Mulia. Narai Tun Saaban 
   menurut waris adalah adinda Khalifatullah 
   Akhirul Zaman Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Syah Melaka. 
   Kalau harapkan Inggeris atau kerajaan Thailand hari ini jangan mimpi 
   mereka akan mendedahkan peta sebegini kepada umum.(click untuk 
   b esarkan)
esarkan) 
   “As to history, the 
   Malays had occupied a lot of land in Southeast Asia since time 
   immemorial. Today, much 
   of our land has become part of neighbouring countries, 
   having been conquered 
   or because of treaties entered into by the British. We 
   should really go to war to regain our land especially as there are 
   Malays living there.” Tun 
   Dr Mahathir Mohammad,dari Blog Che Det, perkara 9, jawapan kepada 
   Saudara Hanan.
Selepas serangan keatas Mandalay, 
   baginda Maha Dammaiyaza telah diusir oleh tentera penjajah Raja 
   Buddha Aluang Phraya Burma Chakri Sokho Thai yang mana pada masa itu 
   telah mula menubuhkan Kerajaan Buddha Lanna Thai di Luang 
   Phra Bang, dalam negeri Siam sekitar tahun 1736. 
   Baginda telah berpindah bersama pengikut-pengikutnya dari Istana 
   Mandalay Toung Oo Siam ke Kota 
   Ayuthia Shahrul Nuwi. Bukti pengusiran dapat dilihat di 
   dalam buku sejarah “A history of South East Asia; 1995; DGE Hall”. 
   Manakala gelaran Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam 
   Islam Kedah pula boleh dilihat catatannya dalam buku transliterasi 
   Teks Undang- Undang Kedah yang diselenggarakan oleh Mariyam Salim 
   Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2005 pada muka surat 42 dan 43 
   dan Sejarah Kerajaan Melayu Patani dimana baginda disebut sebagai 
   Raja Bakar @ Raja Nambang.
    Raja 
   Bakar @ Raja Nam-bang bermaksud air telok jelas disebut sebagai 
   penguasa yang melantik beberapa orang raja daerah di Patani dalam 
   Hikayat Patani.
Raja 
   Bakar @ Raja Nam-bang bermaksud air telok jelas disebut sebagai 
   penguasa yang melantik beberapa orang raja daerah di Patani dalam 
   Hikayat Patani. 
Pada tahun 1767 pula, 
   Boromoraja V Ekataat Raja Siam Islam Dinasti Ayutia Ke-33 telah 
   diserang kali kedua oleh tentera Raja Buddha Burma Aluang Phaya dari 
   Kota Ayuthia dan baginda berundur ke Istana 
   Kota Raja Siam Cau Pija Si Tamrat Na Khun Si Tamrat Kota Ligur 
   Nambang Siam di 
   Semenanjung Melaka. Beribu-ribu tentera telah terkorban dalam 
   serangan ke atas Ayuthia yang dikepung selama beberapa hari untuk 
   memutuskan bekalan makanan. Terdahulu, Kota Istana Cau Pija Si 
   Tammarat di Ligur Nambang Na Khun Si Tamrat ini telah dibina oleh 
   Raja Siam Cau Pija Si Tamrat Mahatamaraja (Boromokot) Dinasti Ayutia 
   Ke-31, Maulana 
   Sultan Muhiyuddin Mansor Syah.
“Dalam tahun Masehi 1767 Kota 
   Ayuthia pusat pemerintahan Siam pada masa itu telah dapat ditawan 
   oleh orang-orang Burma menyebabkan sentisa berlaku kacau-bilau yang 
   hebat dan orang-orang Burma telah masuk memerintah Kota Ayuthia 
   itu.” di petik dari Sejarah Kerajaan Melayu Patani.
Di Nambang Na Khun Si Tammrat baginda Boromoraja Ekataat V di kenali 
   dengan nama sebenarnya iaitu Raja 
   Bakar @ Raja Nambang (bermaksud 
   air telok). Ayahanda baginda, Maulana Syah Alam Sultan Muhiyuddin 
   Mansor Syah juga pernah tinggal di Istana 
   Kota Palas Gunung Raya Pulau Langkawipada tahun 1668 Masihi. 
   Catitan yang berkaitan boleh dilihat di dalam Buku Undang-Undang 
   Kedah di muka surat 16 dan 17.
“Sekalian kerabat diraja dan orang-orang besarnya telah bermesyuarat 
   mencari persetujuan untuk memilih siapa yang patut dan layak menaiki 
   takhta kerajaan. Pada masa itu telah ada seorang pembesar yang 
   tertua bernama Raja Bakar duduknya di kampung Teluk yang layak 
   sekali menjadi pemerintah itu. Di dalam permesyuaratan yang tersebut 
   masing-masing telah bersetuju melantik Raja Bakar ini menjadi 
   pemerintah lalu dijemputnya menaiki takhta kerajaan Patani tetapi 
   tiada berapa tahun sahaja Raja Bakar memerintah di atas takhta 
   kerajaan itu pun mangkat.”
Sila rujuk di sini,  
   
   History Of Patani
   tapi awas Siam Islam di sebut sebagai thai 
   Buddha,
 
Kota Palas hari ini telah ditukar namanya ke Padang 
   Madsirat bertempat 
   di Pulau Langkawi Kedah. Istana Kota Palas ini asalnya dibina oleh 
   Raja Siam Islam Dinasti Ayutia Khun Wara Wangsa (1548) Sultan 
   Yaakob Jalil Syah yang 
   dikenali juga sebagai Raja 
   Siam Langkasuka Benua Siam Islam Kedah. Hari ini, Makam 
   Almarhum Sultan Yaakob Jalil Syah ini berada di Kepala Titi Limbung 
   Kapal (pejabat TDC) Bandaraya Alor Setar Kedah Darulaman dalam 
   keadaan terbiar. Nama Almarhum Sultan Yaakob Jalil Syah ini ada 
   tercatit di dalam Buku Undang-Undang Kedah pada muka surat xi iaitu 
   di bahagian pendahuluan. Ketika Sultan Rijaluddin Mohammad Johan 
   Syah menetap di Kota Naga, Raja 
   Jalil Putera menjawat 
   jawatan Syahbandar di Kota Setar Kedah. Catatan Naka dalam UUK Kedah 
   sebenar nya adalah Naga dan sekali gus mengesahkan bahawa Bandaraya 
   Alor Setar telah pun lama wujud dari yang telah diwartakan.
Sebagai tambahan di sini, di dalam peta semenanjung Siam Melaka pada 
   tahun1754 dari 
   Perancis, ada ditandakan tiga Kota Siam Melaka yang telah dibina 
   oleh Raja Siam Islam Cau Pija Sitamrat Maulana Sultan Muhiyuddin 
   Mansor Syah. Kota yang pertama adalah Kota 
   Ligur Na Khun SiTamrat (asalnya 
   Tammaraja), kota kedua adalah Kota 
   Kuala Kedah dan 
   yang ketiga adalahKota 
   Pagoh di Johor 
   yang berada didalam wilayah Johor Riau Lingga, Empayar Islam benua 
   Siam Kedah.
Berdasarkan bukti catitan dari Buku Undang-Undang Kedah pada muka 
   surat 43 dan 44, ianya menunjukkan bahawa Syarif Yang Dipertuan Yang 
   Maha Mulia Benua Islam Siam Kedah adalah penguasa di Semenanjung 
   Siam Melaka. Pemerintah Raja Siam Islam muthlak kemudiannya telah 
   bertitah kepada semua jemala Datuk Bendahara agar bermuafakat dengan 
   semua pegawai serta mengatur adat pada fasal aduran @ aduan hamba 
   allah iaitu pada hijrahnya Nabi Muhammad s.a.w 1199 bersamaan 1778 Masihi 
   bertempat di Kota Istana Ligur Nambang Na Khun Si Tamrat. Kota 
   Istana ini masih wujud lagi di Na 
   Khun Sitammarat (asalnya 
   tammaraja) berdekatan Segenting 
   Kra, Thailand.
Datuk Bendahara pula pada ketika itu adalah Raja Siam Islam Negeri 
   Champa @ Kemboja Pho 
   Chan Koya Long Sultan Mad Zafar Syah III Kedah yang mana juga adalah 
   anak lelaki sulung Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia. 
   Paduka Seri Maharaja Jalil Raja Siam Negeri Bangkok Koya Ngah 
   Sultan Megat 
   Terawis pula 
   anak lelaki kedua Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia. Anak ketiga 
   baginda ialah Raja Siam Negeri Chang Mai Koya Shuib Sultan Megat 
   Shuib Syah. 
   Datuk Paduka Maharaja Koya Nai Chau Megat 
   Manja Abu Kasim 
   Raja Siam Negeri Tenasirim pula adalah anak lelaki keempatnya. 
   Negeri Tenasirim yang dimaksudkan di sini sekarang ini berada di 
   dalam Negara 
   Burma (Myanmar).
   “Keturunan Megat menguasai jawatan Orang besar Empat, diantara nama 
   penyandang gelaran Bendahara ialah Megat 
   Terawis, Megat Shuib, Megat Manja, Megat Iskandar,…”. Rujuk 
   Cempaka Sari, Sejarah Kesultanan Negeri Perak, M.A Fawzi 
   Basri,ms140.
Datuk Paduka Maharaja anak lelaki keempat Syarif Yang Dipertuan Yang 
   Maha Mulia ini dan Datuk Ku Raja Cenak Raja Siam bagi Negeri 
   Songkhla Sultan Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang (anakanda 
   Datuk Bendahara Sultan Mad Zafar Syah III Kedah). Datuk Paduka Raja 
   Sultan Raja Siam Negeri Johor Riau Koya Fai Sultan (Megat 
   Iskandar)Iskandar pula adalah anak lelaki kelima baginda Syarif Yang 
   Dipertuan Yang Maha Mulia. Manakala Raja Seri Bongsu adalah adik 
   ipar kepada Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia ini. Gelaran 
   untuknya adalah Raja Seri Bongsu Sultan Mohammad Jiwa Nainal Adil 
   Perdana Menteri Benua Siam Islam Kedah. Datuk Seri Raja Putera ialah 
   Raja Siam Negeri Legeh Sultan Tengku Long Putera Ibni Sultan 
   Mohammad Jiwa Nainal Adilin.
Bentara Seri Dewa Raja Siam Negeri Perlis pula adalah Nai Ta Syed 
   Mohammad Hatta Ibni Datuk Bendahara Sultan Mad Zafar Syah III Kedah 
   iaitu anak lelaki kedua kepada Syed Alang Alauddin (keturunan Raja 
   Perlis sekarang). Bentara Seri Indera Raja Siam Kota Setar Kedah 
   Sultan Syed Yahya Tajuddin Syah pula adalah anak lelaki ketiga 
   kepada Datuk Bendahara. Sejarah diputar belitkan dengan mengatakan 
   bahawa Ahmad Tajuddin Halim Syah (marhum Melaka) adalah Sultan 
   Kedah, mungkin tercelaru dengan nama Syed Yahya Tajuddin Syah 
   seperti diatas. Pada muka surat 40 dan 47 Buku Undang-Undang Kedah, 
   jika diteliti dengan jelas, Datuk Paduka Seri Bongsu hanyalah Datuk 
   Paduka Seri Perdana Menteri Anak Bukit. Paduka Seri Sultan Mohammad 
   Jiwa Nai Nal Adilin jelasnya, bukanlah Sultan Negeri Kedah (Paduka 
   Seri Sultan adalah gelaran bagi raja-raja daerah). Siapa pula yang 
   menjadi raja ketika itu kalau sudah ada Perdana Menterinya? Tak lain 
   tak bukan ialah Yang Di Pertuan Kedah, Khalifah Syarif Abu Bakar 
   Syah.
Sebagai penambahan lagi di sini, Tun Pekerma Dewa Raja Siam Albani 
   Australia Nai Long Ena Sultan Dili Tengku Ali Ibni Sultan Mad Zafar 
   Syah III Kedah adalah Tun Pekerma Dewa Putera yang keempat. Sang 
   Setia Lela Raja Siam Manila Filipina Sultan Ismail Ibni Sultan Mad 
   Zafar Syah III Kedah adalah Sang Setia Lela Sultan Ismail Manila 
   Filipina Putera yang kelima.
Mengikut rujukan di muka surat 26 dan 27 Buku Undang-Undang Kedah, 
   jelas dikatakan bahawa Perdana Menteri Kedah iaitu Sultan Mohammad 
   Jiwa Nai Nal Adilin telah menghantar bunga emas kepada Raja Siam 
   Dinasti Ayutia Ke-33 iaitu Boromoraja V Ekataat Syarif Yang 
   Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Islam Kedah di Benua Siam Kota 
   Ligur Nambang Na Khun Sitamrat pada tahun1778 Masihi. 
   Empat tahun selepas itu iaitu pada tahun 1782, 
   Kota Raja Ligor Nambang Na Khun Sitammarat telah diserang oleh Raja 
   Buddha Burma Aluang Phraya yang diketuai oleh General Chula Luak 
   Rama I Dinasti Chakri Sokho Thai iaitu selepas mereka berjaya 
   merampas kuasa daripada General Taksin di Ayutia Siam.
Serangan tentera musuh Chakri Sukho Thai tersebut telah ditewaskan 
   tentera Islam siam yang diketuai oleh Panglima Bukit Gantang Datuk 
   Ku Raja Cenak Syed Alang Alauddin, Raja Siam Songkhla. Kawasan 
   tentera Islam siam yang terkorban telah digelar “cherat” dalam 
   bahasa siam yang bermaksud “tanah 
   perkuburan para syuhada di Na Khun Sitamrat Thailand” 
   dalam bahasa siam. Makam-makam mereka masih ada lagi hingga ke hari 
   ini.
Pada tahun 1782 Masihi 
   pula, Raja Siam Islam Kota Ligur Na Khun Sitammarat telah membina Kota 
   Meang Kuang @ 
   Kota Negara Luas Benua Siam Kedah di mukim Wang Tepus daerah Kubang 
   Pasu Kedah Darulaman Malaysia. Pada tahun 1788 Masihi 
   pula, tentera penjajah inggeris telah menyerang Raja Siam Albani 
   Australia iaitu Sultan Nai Long Ena Tengku Ali @ Sultan Dili Ibni 
   Raja Siam Kamboja Pho Chan Koya Long Sultan Mad Zafar Syah III 
   Kedah.
Disebabkan peristiwa itu, Sultan Dili berundur bersama- sama umat 
   Islam Albani Australia ke Pulau Timor, Timor Leste Benua Siam Islam 
   Kedah. Australia Benua Siam Islam Kedah telah dijajah oleh penjajah 
   inggeris bermula pada tahun1788 dan 
   Australia itu seperti dinyatakan sebelum ini adalah sebagai tempat 
   buangan banduan dari England, juga pada zaman Raja Siam Dinasti 
   Ayutia Ke-33 Boromoraja V Ekataat Syarif Yang Dipertuan Yang Maha 
   Mulia tinggal di Istana Benua Siam Kedah Kota Meang Kuang mukim Wang 
   Tepus daerah Kubang Pasu Kedah Darulaman Malaysia.
   
 
Jelas dari bukti peta Tallis bertarikh 1851 di 
   atas, puak sukhothai yang menjajah negeri Siam tidak menguasai 
   Selatan Thailand hari ini. Ketika itu dari Sergenting Kra ke bawah 
   masih berada di bawah jajahan Raja Siam Islam, Yang Di Pertuan Kedah 
   Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang (1825-1862). 
   Peta di atas telah mula menyebut BANGKOK sebagai ibu negeri Siam 
   kerana setelah menawan Ayuthia mereka tidak lagi menjalankan 
   pemerentahan dari situ. Sekiranya begitu, raja siam manakah yang 
   berjaya ditipu muslihat oleh Tunku Anum kalau bukan raja siam Islam. 
   Kenapa pengkhianat kepada Raja Maha Besar diakui dan dikatakan wira 
   dalam Sejarah Kedah?, dinamakan sekolah atas namanya?, di mana 
   pengiktirafan kita hari ini terhadap Khalifah Syarif Abu Bakar 
   Syah?(click untuk besarkan)
   
 
Peta tahun 1851 ini 
   membuktikan bahawa mereka ketika itu sibuk merampas semula wilayah 
   siam Islam di Champa yang enggan bernaung di bawah Raja thai Buddha. 
   Mereka menangkap, menyiksa dan membunuh raja-raja Islam yang enggan 
   tunduk kepada mereka dan berjaya berkuasa di sana sahaja, tidak di 
   selatan Siam. Wilayah di Champa, Laos ini kemudiannya dirampas oleh 
   Perancis. Manakala Inggeris pula sudah menguasai Semenanjung Melaka 
   dan menukar nama semenanjung ini kepada Semenanjung Tanah Melayu 
   atau Malaya. Proses memelayukan pelbagai masyarakat di sini pun 
   bermula. (click untuk besarkan).
Pada tahun 1819 pula, 
   pihak tentera raja inggeris telah menyerang Timor Leste dan 
   kemudiannya membunuh Sultan Riau Lingga Sultan Dili dan juga 
   membunuh adik Sultan Riau Lingga iaitu Sultan Manila Filipina yang 
   mana mereka berdua ini adalah cucu kepada Raja Besar Benua Siam 
   Kedah Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia. Pada tahun 1819 ini 
   juga, penjajah inggeris telah bekerjasama dengan pengkhianat untuk 
   mengusir Sultan Iskandar dari Istana Raja Pagoh, Johor.
Selain itu, di dalam Buku Undang- Undang Kedah di muka surat 27 dan 
   28 telah tercatat “maka pada zaman Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin 
   Halim Syah Ibni Sultan Abdullah Mukaram Syah naik kerajaan pada 
   tarikh 1222 tahun 
   alif, dilebihkan tinggi bunga emas dan bunga perak sebab baginda 
   sendiri mengadap Raja Maha Besar Benua Siam”. Dari catitan tersebut, 
   ia telah membuktikan Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah 
   telah diberikan pangkat di dalam kerajaan oleh Raja Maha Besar Benua 
   Siam Kedah Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia iaitu pada tahun 1812. 
   Beliau telah dilantik sebagai Pemerintah Angkatan Laut Kedah yang berjawatan 
   Laksamana dan 
   (bukanlah sebagai Sultan Kedah) bertugas di Kota Kuala Kedah untuk 
   memungut cukai perdagangan.
Berkenaan dengan cukai perdagangan ini, cukai tersebut telah 
   disampaikan sendiri oleh Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim 
   Syah ke Benua 
   SiamKota Meang Kuang mukim Wang Tepus daerah Kubang Pasu 
   Kedah. Ini adalah disebabkan kedudukkan Kota Kuala Kedah dan Kota 
   Meang Kuang melalui jalan sungai dan laut adalah berdekatan. Malah 
   nama-nama tempat seperti Tanjung Pauh, Pedu, Anak Bukit, Naga yang 
   disebut dalam UUK di ms 25 masih ada lagi hingga ke hari ini di 
   Kedah.
Pada tahun 1821, 
   Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah telah belot dan membawa 
   masuk tentera-tentera musuh Chakri Sokho Thai Raja Buddha Rama II 
   secara senyap dan menyerang Kota Meang Kuang Benua Siam Islam Kedah 
   secara serang hendap. Khalifah Syarif Abu Bakar Syah telah dibunuh 
   di Istana Kota Meang Kuang. Dek kerana itulah tahun serangan tahun 1821 digelar 
   “tahun musuh bisik”, ibaratkan musuh dalam selimut. Ini juga ada 
   dicatit sebagai bukti oleh ahli sejarah inggeris iaitu Robert 
   Adison. Tentera-tentera Thai telah mencuri harta khazanah 
   Syarif Yang Di Pertuan seperti Bunga Emas dan membawa balik ke 
   Bangkok. Dengan itu, hari ini sejarah kita mengatakan bahawa Bunga 
   Emas di hantar kepada mereka di Bangkok, pada hal ia di rampas di 
   Istana Kota Meang Kuang dalam tahun 1821.
Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah telah mengikut jejak 
   langkah ayahnya Sultan Abdullah Mukarram Shah iaitu Raja Pulau 
   Pinang (bukan Sultan Kedah) menjadi pembelot Syarif Yang Di Pertuan 
   Kedah. Terdahulu, Sultann Abdullah telah membuat perjanjian sulit 
   dengan penjajah Inggeris untuk menyerahkan Pulau Pinang kepada 
   penjajah Inggeris Francis Light pada tahun1786 Masihi. 
   Dia berbuat demikian adalah kerana tamak dan inginkan pihak penjajah 
   inggeris mengiktiraf dirinya sebagai Sultan Kedah iaitu di zaman 
   Raja Maha Besar Benua Siam Islam Kedah masih ada dan tinggal di Kota 
   Meang Kuang Benua Siam Islam Kedah di mukim Wang Tepus daerah Kubang 
   Pasu Kedah.
Antara yang menjadi mangsa musuh bisik oleh tentera Raja Buddha 
   Chakri Sokho Thai Rama II pada tahun 1821 adalah 
   seperti Raja 
   Maha Besar Benua Siam Islam Kedah Boromoraja V Ekataat Dinasti 
   Ayutia Ke-33 Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia yang 
   dimakamkan di Makam Diraja Siam Kampung Tualang mukim Tualang Kota 
   Setar Kedah bersama anak lelaki keduanya iaitu almarhum Raja 
   Siam Negeri Bangkok Koya Ngah Sultan Megat Terawis. Kedua, 
   makam Permaisuri 
   Maha Raja Siam Tengku Suria Ibni Sultan Tengku Marin Langkat 
   Sumatera Pasai(makamnya digelar makam Tok Jame berada di 
   Alor Rambai Kota Meang Kuang Kubang Pasu Kedah).
Ketiga adalah makam Sultan 
   Marin Langkat Sumatera Pasai yang 
   makamnya berada di Jeti Kuala Kedah yang digelar makam 
   Tok Pasai. Sultan Marin ini adalah cucu kepada Tun 
   Saaban yang 
   bergelar Iskandar 
   Mahkota Alam semasa 
   menjadi Raja Acheh (sebagai Laksemana ketika muda bergelarHang 
   Tuah dan ketika 
   menjadi Raja Ayuthia baginda bergelar Narai).
Kemudiannya makam Sultan Johor Riau iaitu Sultan 
   Iskandar Koya Faiyang berada di Kota Meang Kuang mukim Wang 
   Tepus Kubang Pasu Kedah. Makam Raja Siam Tenasirim Burma (Myanmar) 
   iaitu Sultan 
   Koya Nai Chau Abu Kasim @ Sultan Datuk Maharaja Megat Manja Abu 
   Kasim yang 
   berada di Kampung Kubang Lintah Langgar Kedah pun menjadi mangsa 
   musuh bisik. Antaranya termasuk makam Raja 
   Siam Chang Mai Sultan Koya Shuib @ Megat Shuib yang 
   berada di Alor Raja Langgar mukim Langgar Kota Setar Kedah.
Seterusnya, makam Raja Legeh Kok Nanas Jeli Kelantan Sultan 
   Tengku Long Taha Ibni Sultan Tengku Long Putera yang 
   berada di Kampung Kota Sarjana Alor Ganu Anak Bukit Kedah. Antara 
   lain lagi adalah makam Raja Bang Nara Yala Sultan 
   Tunku Nong Chik Ibni Sultan Tunku Long Putera yang 
   berada di Kampung Kota Sarjana juga. Makam Raja MindanaoSultan 
   Koya Tunku Ali Ibni Sultan Tunku Long Putera berada 
   di Kampung Kubang Besar mukim Tualang Kedah juga menjadi mangsa dan 
   juga makam Perdana Menteri Benua Siam Islam Kedah Sultan 
   Tunku Long Putera Laksemana Datu Ibni Sultan Mohammad Jiwa Nainal 
   Adilinyang berada di Kampung Kepala Bendang mukim Tualang 
   Kota Setar Kedah.
Selain itu ialah makam Laksamana 
   Mad Sirat Tunku Mohammad Chan Keramat Tok Tekai Ibni Sultan Legeh 
   Tunku Long Taha yang 
   berada di Permatang Harimau mukim Lesong Kedah. Kemudiannya makam 
   cucu Sultan Idris Jammu Patani Almarhum Radin 
   Megat Mad Ibni Radin Megat Tam Tunggal dan 
   makam isterinya Tunku 
   Puteri Dayang Ibni Sultan Tunku Long Putera Laksemana Datu.
Terdapat juga lain-lain yang terlibat dalam perang dan mati syahid 
   seperti makam Putera Sultan Idris Jammu Patani Radin 
   Megat Tam Tunggal yang 
   berada di Tanjung Inggeris Pekan Langgar Kedah, makam Raja Siam 
   Perlis Nai 
   Ta Sultan Syed Mohd Hatta Ibni Sultan Mad Zaffar Syah III Kedahyang 
   turut berada di Tanjung Inggeris Langgar juga dan makam Sultan 
   Idris Jammu Patani dan Puteri 
   Majapahit yang 
   berada di Masjid Kampung Sena Mukim Tobiar Pendang Kedah serta makam 
   Raja Siam Kota Setar Sultan 
   Syed Yahya Tajuddin Syah yang 
   berada di Kampung Alor Siam, Mukim Tajar.
Pada tahun 1821 ini 
   lah juga tentera Raja Buddha Rama II Chakri Sokho Thai telah 
   diserang balas dan diusir keluar dari Negeri Kedah oleh  Panglima 
   Bukit Gantang Datuk Ku Raja Chenak Sultan Syed Alang Alauddin Panglima 
   Bukit Gantang yang mana ketika itu baginda menjadi Raja Siam 
   Songkhla. Baginda telah mendapat bantuan tentera china Manchu 
   memandangkan baginda adalah menantu kepada Maharaja itu. Kemudiannya 
   angkatan tentera China Manchu ini telah belayar ke Istana Bukit 
   Chandan Perak untuk menjemput Raja Champa Kamboja Pho Chan Koya Long 
   Sultan Mad Zafar III Kedah (juga disebut Putera Raja Siam Ligor) 
   untuk datang bersemayam ke Kota Sarjana Alor Ganu Kedah.
Sultan Mad Zafar Syah III Kedah adalah ayahanda kepada Datuk 
   Panglima Bukit Gantang Raja Siam Songkhla Sultan Syed Alang 
   Alauddin. Selepas itu Sultan Mad Zafar Syah III Kedah telah 
   ditabalkan menjadi Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah. 
   Wilayah pemerentahan baginda adalah seperti peta semenanjung di 
   atas. Pada ketika inilah Ahmad Tajuddin Halim Syah melarikan diri ke 
   Pulau Pinang dan dihantar oleh Inggeris ke Melaka. Di sana sebagai 
   penaung penulisan sejarah dan dengan bantuan kewangan dari penjajah 
   Inggeris (mereka membawa agenda freemason), Ahmad Tajuddin Halim 
   Syah telah bertindak menulis semula Sejarah Melayu (agenda inggeris, 
   tanpa pengarang), Hikayat Hang Tuah dll. Beginilah kita semua 
   mengetahui sejarah bangsa melayu hari ini, tersasar dari hakikat 
   sejarah Islam sebenarnya.
Antara senarai nama-nama bagi raja- raja negeri yang dilantik oleh 
   Sultan Mad Zafar Syah III Kedah adalah Ku 
   Din Ku Meh bagi 
   menjadi Raja Negeri Setoi (atau negeri Satun, bersebelahan Perlis 
   hari ini). Kedua adalah Tunku 
   Mohammad Diah Kerabat Tok Bai yang 
   dilantik menjadi Sultan Kelantan dan Terengganu atau dikenali 
   sebagai Raja Legeh Kok Nanas Jeli Kelantan dengan gelaran Sultan 
   Mohammad I Kelantan. Antara lainnya adalahSyed 
   Harun Ibni Sultan Syed Mohd Hatta yang dilantik menjadi Raja Negeri 
   Perlis, Nai 
   Doi Ibni Sultan Datuk Maharaja dilantik 
   menjadi Raja Kubang Pasu, Nai 
   Moreh (Tok Moreh) Ibni Sultan Syed Mohd Hatta yang 
   dilantik menjadi Sultan Kota Setar, Tunku 
   Ibrahim Tunku Meh dilantik 
   menjadi Raja di Kuala Muda, Nai 
   Long Abu Taha Ibni Sultan Syed Alang Alauddin Raja 
   Siam Songkhla dilantik menjadi Raja Selama termasuk Pulau Pinang, Nai 
   Long Jaafar Ibni Sultan Syed Alang Alauddin Raja 
   Siam Songkhla yang dilantik menjadi Raja Siam di Larut Matang. 
   Kemudiannya Nai 
   Long Ismail @ Sultan Ismail Kinta Ibni Sultan Syed Mohd Hatta yang 
   dilantik sebagai Raja di Kinta dan Raja 
   Lumu anak saudara kepada permaisuri baginda Puteri Raja Bugis Sri 
   Andalas pula telah dilantik sebagai Raja Negeri Selangor.
Sultan Mad Zafar Syah III Kedah telah mangkat pada tahun 1825 di 
   Berahman Indera Balai Besar Alor Setar Kedah setelah memerentah 
   selama 4 
   tahunsahaja. Jenazah baginda telah dimakamkan di Makam 
   Diraja Siam Kampung Tualang mukim Tualang Kota Setar Kedah. Kemudian 
   selepas kemangkatan baginda, anak lelaki baginda iaitu Sultan Syed 
   Alang Alauddin Datuk Ku Raja Chenak Syed Alang Alauddin Panglima 
   Bukit Gantang ketika itu menjadi Raja Siam Songkhla ditabal menjadi 
   Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Islam Kedah. Baginda 
   menetap di Istana Kuning Berahman Indera Alor Setar Kedah pada tahun 1825 dan 
   memerentah sehingga tahun 1862 dan 
   dimakamkan di Makam Diraja Siam Kampung Tualang Mukim Tualang Kota 
   Setar Kedah. Anak lelaki baginda Nai 
   Long Jaafar kemudiannya 
   kembali dari menjadi Raja Larut Matang dan ditabal menjadi Raja 
   Besar Benua Siam Islam Kedah bergelar Sultan 
   Jaafar Mad Azam Syah dan 
   baginda pula melantik Che Ngah Ibrahim menjadi menteri di Larut 
   Perak pada tahun yang sama menggantikan tempatnya.
Pada tahun 1875, 
   penguasa penjajah inggeris, J.W.W. Birch yang mula menguasai negeri 
   Perak telah dibunuh di Sungai Pasir Salak oleh Datuk Maharajalela. 
   Fikirkan lah saudara pembaca budiman, arahan siapakah yang 
   menyebabkan Datuk Maharajalela berani bertindak sedemikian rupa? 
   Penguasaan Inggeris di Perak bermula semenjak Perjanjian 
   Pangkor 1874yang mengenepikan peranan Yang Di Pertuan 
   Kedah. Penjajah kemudiannya telah memohon bantuan tentera penjajah 
   Raja Rama V Chakri Sokho Thai Chula Luang Khun agar menyerang Nai 
   Long Sultan Jaafar Mad Azam Syah yang pada masa itu berada di Istana 
   Pulau Tiga Sungai Merbuk Kuala Muda Kedah. Istana ini asalnya adalah 
   istana lama milik Raja Iskandar Zulkarnain Raja China Siamen. 
   Selepas itu pada tahun 1876 Masihi, 
   Nai Long Sultan Jaafar Mad Azam Syah telah dibunuh oleh tentera Raja 
   Rama V Chakri Sukho Thai Chula Luang Khun di Gurun Kedah. Makam 
   almarhum kini berada di Makam Diraja Siam Kampung Tualang mukim 
   Tualang Kedah.
Mayat baginda telah dibawa di dalam dulang besar (dalam keadaan 
   berkecai dipijak gajah) oleh tentera China Manchu dari Gurun ke 
   Kampung Tualang untuk dikebumikan. Penglibatan tentera China Manchu 
   yang beragama Islam adalah disebabkan ibu kepada Nai Long Sultan 
   Jaafar Mad Azam Syah adalah Puteri Raja China Manchu Siamen China 
   dan tentera Manchu Islam ini dihantar oleh Maharaja Cina Manchu 
   untuk mengawal baginda. Merekalah yang mengorek terusan Alor Cina di 
   Kg Tualang Kedah untuk tujuan pengairan air ke sawah padi. Keturunan 
   tentera China Manchu Islam hari ini masih ada di Kedah, tetapi hari 
   ini mereka dikenali sebagai Melayu kerana berkahwin dengan orang 
   tempatan, dengan paras rupa berwajah bujur sireh, berkulit putih 
   kemerah-merahan. Kekecohan yang dilakukan oleh Inggeris di China 
   untuk menjatuhkan Maharaja China Manchu itu kemudiannya tidak 
   memungkinkan lagi Maharaja itu menghantar bantuan ke Benua Siam.
Ahli sejarah Inggeris Colonel 
   James Low diminta 
   menjadi pencatat sejarah fantasi (dia bukan pakar) dengan bayaran 
   lumayan atas arahan Raja Thai Rama V Chakri Sokho Thai Thailand 
   Chula Luang Khun supaya tentera buddha Thailand dapat memusnahkan 
   bahan bukti Empayar Islam Benua Siam Kedah. Raja Thai ketika itu 
   telah menjalankan pemerintahan Tentera Buddha Thai dibawah seorang 
   Raja Perempuan Thai, Mak 
   enche Manjalara di 
   negeri Kedah selama lima tahun dari 1876 sehingga 1881. Mak 
   Enche Manjalara ini kemudiannya berkahwin dengan Sultan 
   Abdul Hamid dan 
   beliau pun dilantik menjadi Sultan Kedah.
Tentera-tentera thai telah ditempatkan di seluruh negeri kedah untuk 
   memastikan tiada siapa yang berani membuat penentangan terhadap 
   wakil Raja Thai, Sultan Abdul Hamid dan Mak Enche Manjalara. Pada 
   masa ini waris Raja-raja Siam Islam terpaksa mendiamkan diri bimbang 
   ditangkap dan dibunuh oleh tentera thai, hinggalah ke hari ini 
   mereka bangun menyuarakan wasiat yang dituntut oleh agama Islam. 
   Keturunan tentera thai ini masih ada di Kedah dan dikenali sebagai 
   orang siam (beragama Buddha) kerana orang siam Islam di Kedah sudah 
   di Melayukan oleh penjajah Inggeris. Lagi pun tentera-tentera ini 
   datang dari negeri Siam yang tidak ditukar namanya setelah dijajah 
   oleh raja Thai dengan sebab itu mereka masih lagi dipanggil 
   orang-orang siam. Malahan di Kedah dan Malaysia amnya, rakyat negara 
   ini masih memanggil Thailand sebagai Siam. Situasi yang sama berlaku 
   di Patani di mana orang-orang Melayu Patani begitu marah dengan 
   tentera siam (pada hal mereka ini thai) kerana mereka pun sudah pun 
   di melayukan sepertimana kita yang berada di Malaysia.
Antara yang dimusnahkan tentera thai sewaktu zaman penjajahan ini (1876-1881) 
   adalah istana-istana Ayutia Raja Siam Islam Kedah, makam-makam dan 
   juga masjid-masjid yang bersejarah dan tinggalan sejarah di sekitar 
   Lembah Bujang, Kedah. Kebijaksanaan orang-orang kedah dahulu pula 
   antara lainnya mereka telah bertindak menimbus makam Sultan Syeikh 
   Abdul Kadir ibni Hussein Syah Alirah bertarikh 904 
   masihi di 
   Tanjong Inggeris, makam Maulana Sultan Muhiyuddin Mansur Syah di 
   Kota Palas Pulau Langkawi.
Malangnya, makam Maulana Sultan Muhiyuddin Mansur Syah kini dikenali 
   sebagai “makam purba milik seorang perempuan” walaupun nama baginda 
   ada disebut dalam Undang-Undang Kedah dan dimaklumkan kedudukkan 
   makam tersebut oleh warisnya hari ini melalui penulisan di blog ini. 
   Terkini, saudara pembaca sakelian para penyelidik dari USM, Pulau 
   Pinang menjumpai lagi 3 tapak kesan tinggalan bangunan sejarah yang 
   diterbalikkan dan dikambus di zaman dahulu oleh penjajah Inggeris 
   dan thai sewaktu Kedah dijajah. Lokasinya hanya 2-3km saja dari 
   makam Raja Merong Mahawangsa yang bergelar Sultan 
   Madzaffar Syah I.
Istana Ayutia dan masjid- masjid yang dibina di zaman Raja Iskandar 
   Zulkarnain Raja China Saimen di Pulau 
   Tiga Sungai Merbuk daerah 
   Kuala Muda Kedah Darulaman telah diletupkan dan dicampak ke dalam 
   Sungai Merbok. Yang tinggal hanyalah candi kubu tentera China Siamen 
   Raja Iskandar Zulkarnain (lihat artikel kami sebelum ini) yang 
   dikelilingi gok membuat arang daripada kayu-kayu bakau dari zaman 
   Raja Maha Besar Benua Siam Kedah Nai Long Sultan Jaafar Mad Azam 
   Syah untuk kegunaan kapal- kapal. Tempat-tempat bersejarah lain yang 
   hanya tinggal nama di Kedah antaranya, Kota Sarang Semut, Kota Meang 
   Kuang, Kota Sarjana, daerah Kota Kuala Muda, Kota Aur dll.
Pembaca yang dihormati semua, bukan lah tujuan kami untuk mengaibkan 
   sesiapa. Sejarah harus diceritakan semula dengan niat kebenaran 
   mengatasi segalanya. Sejarah realiti ini hanya boleh diriwayatkan 
   semula oleh waris-warisnya yang menanggung pelbagai kesusahan, 
   siksaan, dihina dan dikeji, tohmahan termasuk dipadam langsung dari 
   sejarah bangsa Melayu hari ini, mereka hilang pengiktirafan oleh 
   sejarawan dan pentadbiran kerajaan Malaysia semenjak negara kita 
   mula merdeka lagi.
Kami sebagai waris tidak perlu takut disebut derhaka kerana kami 
   kini ada manuskrip Undang Undang Kedah, kami dari golongan yang 
   melantik mereka-mereka dahulu sebagai raja-raja daerah walaupun 
   kemudiannya mereka belot dan bersubahat dengan penjajah untuk 
   mendapatkan kuasa dan kekayaan lantas mengenepikan undang-undang 
   Islam. Orang kebanyakkan tidak menerima wasiat dan kefahaman sejarah 
   mereka amatlah terhad (dengan maaf) jadi amat sukar untuk mereka 
   meriwayatkan semula sejarah realiti, mungkin dituduh derhaka dsbnya. 
   Raja-raja daerah zaman dahulu telah bertindak megenepikan Maharaja 
   Benua Islam Siam yang bergelar Khalifah, Kaifa dan Maulana 
   sepertimana tercatat dalam Undang-Undang Kedah. Sehingga hari ini, 
   sejarah negara kita masih ditulis dalam acuan penjajah dan 
   mereka-mereka yang engkar terdahulu. Jadinya, sejarah bangsa Melayu 
   hari ini hanya mengikut betul mereka sajalah.