Selasa, 28 Ogos 2012

SEJARAH CHIN PENG KOMUNIS YANG BERHATI KEJAM SEPERTI YAHUDI ISRAEL.



Perjuangan Chin Peng dan PKM: Siapa yang buta sejarah?

Ekoran permintaan Chin Peng untuk pulang ke tanahair, pihak yang dipertanggungjawabkan untuk memburuk-burukkan komunisme Menteri Penerangan Rais Yatim secara tidak langsung menerapkan perasaan dendam waris-waris anggota keselamatan Malaysia dahulu.

Umno telah menggerakkan seluruh media di bawah kongkongannya untuk menjalankan sandiwara mereka dan berselindung di balik isu dendam waris-waris anggota keselamatan itu.

Sekiranya kita mengimbas kembali kejadian pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Memali, tentulah waris-waris korban kekejaman PDRM patut menaruh dendam. Adakah kerajaan BN dan media arus perdana pernah mengungkit-ungkitkan isu perasaan sakit hati Melayu yang orang kesayangan mereka terkorban?
Dan adakah juga waris-waris anggota PDRM yang maut ketika peristiwa-peristiwa berdarah tersebut akan berdendam dengan penduduk Memali?

Selama jangkawaktu selepas Darurat (1948-1960), pemimpin dan anggota Parti Komunis Malaya (PKM) tidak dibawa ke muka pengadilan atas dakwaan jenayah perang mereka. Jika didapati dan dibuktikan bersalah, maka bolehlah mereka ini dihukum mengikut undang-undang.

Dengan itu, secara tidak langsung dendam waris-waris anggota keselamatan Malaysia dahulu akan dapat dibalas.

Sekarang ini, pemimpin PKM Chin Peng diharamkan untuk pulang ke Malaysia.

Tetapi, apa yang peliknya, pejuang yang seangkatan dengan Chin Peng seperti Rashid Maidin dan Shamsiah Fakeh dibenarkan pulang ke Malaysia bersama keluarga mereka sekali. Persoalannya, mengapakah ada sikap double standard?

Malah, Rais juga mengancam akan mengambil tindakan terhadap blog-blog yang dianggap menyebarkan ‘ideologi komunis’ dan mahu sentimen yang menganggap komunisme mempunyai nilai-nilai nostalgia dan positif dilupuskan.

Justeru, habis kemeja-T di Pasar Budaya yang tercetak gambar Mao Tze Tung dirampas oleh pihak berkuasa. Agak bingung pengusaha yang berniaga dengan tiba-tiba barang-barang jualannya habis dirampas.

Sejarah dan peranan PKM

Perjuangan komunis tidak boleh dianggap sebagai perjuangan untuk kemerdekaan kerana mereka hanya berjuang untuk kepentingan PKM dan bukan untuk kemerdekaan Malaya.

Ini terbukti, komunis tetap meneruskan taktik ganas mereka walaupun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan 1957 terbukti boleh dicapai bukan dengan perjuangan menumpah darah dengan sia-sia tetapi dengan rundingan damai yang lebih berfaedah dan bermanfaat untuk semua pihak.

Namun perjuangan PKM menuntut kemerdekaan sekitar era 1948 sepatutnya diletakkan dalam satu martabat yang tinggi dan dikenang.

Nama-nama pemimpin perjuangan kemerdekaan pada waktu itu seperti Rashid Maidin, Abdullah CD, Shamsiah Fakeh dan Chin Peng patut diberi penghargaan, dan fakta sejarah dan sukatan pelajaran sejarah di sekolah kita sepatutnya menerapkan sifat perjuangan mereka.

Akan tetapi untuk sekian lama, pihak berkuasa telah berjaya menggambarkan puak komunis sebagai kelompok yang jahatnya tidak berpada.

Ketika Darurat, British dengan kerjasama golongan Melayu elit telah melancarkan perang saraf iaitu propaganda melalui media massa untuk mempengaruhi fikiran orang Melayu supaya mereka yakin bahawa PKM itu kejam dan tidak sesuai diikuti.

Pengalaman orang Melayu selepas Perang Dunia II dan taktik komunis yang membunuh beratus-ratus rakyat yang tidak berdosa menyebabkan kebanyakannya menolak cara ganas komunis.

Prinsip komunisme yang ditulis oleh Karl Marx tidak mempercayai tuhan juga bercanggah dengan nilai-nilai hidup orang Melayu. Tetapi pada hakikatnya, PKM tidak mengamalkan atheisme.

Apa yang berlaku di Tanah Melayu pada waktu itu ialah mereka mengamal juga prinsip keagamaan seperti mana yang kita dapat lihat dalam tokoh-tokoh PKM misalnya Rashid Maidin, Abdullah CD dan Suraini Abdullah. Mereka tetap mendirikan solat lima waktu walaupun di dalam hutan semasa perjuangan.

Mereka juga telah menunaikan ibadah haji. Sememangnya Rashid Maidin adalah seorang yang warak dan berilmu agama yang tinggi, malah beliau juga mengajar cucunya dan budak-budak kampung membaca Al Quran dan Tajwid.
Isu Chin Peng masakini

Salah satu parti komponen BN, Gerakan, yang kononnya liberal mahu Chin Peng dibenarkan pulang. Usul ini diutarakan oleh salah seorang pemimpin kanannya di Pulau Pinang, Teng Hock Nan.

Jelas sekali tindakan beliau sangat tidak kena pada tempatnya. Nampaknya Teng sengaja cuba mencabar kewibawaan Koh Tsu Koon, pengerusi kebangsaan parti Gerakan yang kebetulannya Menteri kabinet yang dipertanggungjawabkan menjaga soal perpaduan dan hubungan etnik di negara ini.

Siapa lagi yang merayu kepada kerajaan supaya membenarkan Chin Peng pulang?

Pada Mei 21 lalu, pengerusi badan Citizens International, SM Mohamed Idris telah mengemukakan alasan-alasan berikut:

• Melalui perjuangannya menentang imperialisme, penjajahan dan penindasan, Chin Peng telah membawa kehormatan dan maruah kepada negara dan rakyat kita;

• Telah menjadi fakta sejarah yang sahih bahawa perjuangan yang dibawa oleh gerakan pembebasan pimpinan Chin Peng, Rashid Mydin, Abdullah CD, Shamsiah Fakeh dan lain-lain telah menyumbang ke arah kemerdekaan Malaya;

• Sumbangan gerakan ini diiktiraf sendiri oleh mantan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman, bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman dan Ghafar Baba, seorang lagi mantan Timbalan Perdana Menteri;

• Perjanjian PKM dengan kerajaan Malaysia pada 1989 membenarkan bekas pemimpin gerakan gerila itu pulang ke tanahair dan menetap; kerajaan digesa menghormati butiran perjanjian tersebut.

• Beberapa bekas pemimpin kanan PKM seperti Abdullah CD, Shamsiah Fakeh dan Musa Ahmad telah dibenarkan oleh kerajaan untuk kembali, malah menetap di Malaysia.

Sungguhpun Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi mendokong Rais dengan menambah hujah bahawa sekiranya Chin Peng kembali, ia merupakan penghinaan terhadap keluarga hampir 50,000 anggota pasukan bersenjata penjajah British dan kerajaan Malaysia yang maut semasa era Darurat di Malaya.

Adakah Zahid pernah terbaca bahawa ahli sejarah menganggarkan jumlah itu kurang daripada 2,000 bagi anggota pasukan bersenjata British dan kerajaan yang gugur dalam perang, manakala kematian pasukan PKM pula mencecah 7,000?

Sebenarnya beberapa pemimpin BN pernah bertepuk dada dengan kenyataan mereka bahawa negara kita patut berbangga kerana berjaya mengecapi kemerdekaan tanpa pertumpahan darah. Sekarang apa pula?

Sejarah telah memadamkan peristiwa di mana beribu-ribu ahli dan penyokong PKM telah digantung mati, dipenjarakan, diseksa dan dibuang negeri.
 
Latarbelakang kegiatan Parti Komunis Malaya (PKM)
 
Chin Peng
  • Bapanya berasal dari kawasan Kwantung, negeri Cina.
  • Pada tahun 1940 tatkala berusia 16 tahun, Chin Peng menyertai PKM iaitu satu cabang Parti Komunis China seberang laut.
  • Menyertai Force 136, pasukan bersenjata ditubuhkan perisik British bagi menentang Jepun di Tanah Melayu.
  • Memimpin Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA), pasukan gerila diperlengkapkan senjata, kewangan, latihan dan peralatan lain oleh tentera British.
  • Menjadi setiausaha agung PKM ketika umur 23 tahun.
  • Atas jasanya terhadap perjuangan menentang pendudukan Jepun, Chin Peng dijemput ke London menerima pingat Order of the British Empire (OBE).
  • PKM di bawah pimpinannya semakin militan -- menyerang ladang getah dan gudang milik British; taktik agresifnya tidak diterima Melayu.
  • Rundingan Baling 1955: Chin Peng enggan menerima syarat pembubaran PKM; Tunku Abdul Rahman menolak PKM diiktiraf sebagai parti politik sah.
  • PKM diasak semakin jauh ke dalam hutan sehingga ke sempadan Malaysia-Thai.
  • Perjanjian Haadyai 1989: Perjanjian damai antara PKM, kerajaan Malaysia dan kerajaan Thai. Ahli PKM diterima sebagai warganegara Malaysia dan boleh kembali ke tanahair. Namun Chin Peng, Rashid Maidin dan beberapa pemimpin utama lain dibenarkan hanya menetap di sebuah perkampung khas di Yala, negeri Thai.

 Tentangan Melayu
  • Selepas Perang Dunia II, beberapa pihak radikal MPAJA keluar hutan menyiksa/membunuh mereka yang bersubahat dengan tentera Jepun dan tali barut British, dan turut membunuh penghulu dan imam kampung sebagai taktik memantapkan penguasaan mereka.
  • Orang Melayu bangkit untuk menentang komunis di bawah pemimpin seperti Panglima Salleh Selempang Merah. Akibat daripada tindakbalas ini, PKM gagal merampas kuasa.
  • Beberapa fakta menunjukkan bahawa ada pihak di dalam kelompok Melayu elit menghasut dan membangkitkan isu perkauman Cina/Melayu dalam usaha mengekalkan kekuasaan mereka. Elit ini mengharapkan British datang kembali dan seterusnya membolehkan mereka bertapak kukuh di dalam urusan politik tempatan.
  • Malah pihak-pihak ini juga menghasut agar beberapa pertubuhan dan individu dilabelkan sebagai puak kiri, serta diharamkan/ditangkap.
  • Kembalinya British menyebabkan Bintang Tiga dikekang. MPAJA meletakkan senjata api dan membubarkan tentera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin