 
Diatas adalah gambar Allahyarham Mohamed Hamzah, pencipta bendera 
Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang. Bendera Malaysia 
dicipta pada 1947.
Berikut adalah surat lakaran bendera Malaysia dari Allahyarham Mohamed Hamzah.
 
 
-Buat pertama kalinya bendera Malaysia dinaikkan pada 31 Ogos 1957 di depan khalayak umum.
-Pemilihan Jalur Gemilang telah diputuskan oleh Jemaah Menteri melalaui Musyawarah Kabinet pada tahun 1997.
-Pengumuman nama bendera bagi Jalur Gemilang telah diadakan pada tanggal
 31 Ogos 1997, pada jam 11.58 malam oleh Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Mahathir 
Mohamad, di padang Dataran Merdeka yang pada masa itu beliau merupakan 
Perdana Menteri Malaysia. 

-Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) mengandungi 14 jalur merah dan putih 
(melintang yang sama lebarnya, tanda keanggotaan yang sama dalam 
Persekutuan 13 buah negeri:
Johor
Kedah
Kelantan
Melaka
Negeri Sembilan
Pahang
Pulau Pinang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Selangor
Terengganu
Kerajaan Persekutuan
-Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah 
hingga atas jalur merah yang kelima  melambangkan perpaduan rakyat 
Malaysia.
-Bahagian biru tua ini mengandungi anak bulan, tanda Agama Islam.
-Bintang pecah 14 tandanya perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan
-Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.
JALUR
Menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. 
Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu laluan 
yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh 
rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan 
bangsa dan negara.
GEMILANG
Bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian,
 Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau 
bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat 
Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekalipun sama ada di 
dalam atau di luar negara.
Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej 
negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang 
lagi jelas.
Jalur atau Bendera melambangkan citra atau imej negara dan rakyat yang 
patriotis, gigih, gagah dan berani menghadapi cabaran serta sanggup 
berkorban demi agama, bangsa dan negara. Warna merah melambangkan gagah 
dan berani menghadapi cabaran. Warna putih melambangkan keluhuran budi 
dan warna biru melambangkan rakyat yang bersatu padu dan hidup rukun 
damai. Warna kuning pula melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan 
negara.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan