Ketika ini ramai di antara kita langsung atau tidak langsung 
memperdulikan kesihatan zakar kita. Jika  zaman dahulu, mereka mempunyai
 pelbagai petua untuk kesihatan zakar seterusnya penjagaan kesihatan 
batin. Melalui entry kali ini, saya ingin kongsikan petua-petua Melayu 
lama mengenai cara menjaga kesihatan tenaga batin. Kebanyakannya adalah 
berkaitan dengan Ilmu Tabib dan sedikit-sedikit mempunyai pengaruh 
Islam:
1.Mengurut Zakar.
 Bila bangun pagi sebelum buang air kecil, sebaiknya
 semasa zakar masih tegang, ambil air liur basi dari langit-langit 
menggunakan ibu jari yang kanan. Kemudian selawat ke atas Nabi Muhammad 
s.a.w. tiga kali berturut-turut. Bawa perut ibu jari itu ke kepala zakar
 lalu urut sekali lalu dari kepala zakar meughala ke lubang kencing. 
Gerakan ini membantu menyegarkan kepala zakar dan agar tidak mudah ngilu
 ketika jimak.
2.Menajamkan Zakar.
 Biji zakar yang keras akan menambah nikmat kepada 
isteri dan menegangkan zakar serta melambatkan pancutan mani. Untuk itu,
 zakar harus ditajamkan untuk mengeluarkan Biji zakar hingga dirasakan 
ia menonjol ke hujung kepala zakar apabila zakar tegang.
Cara menajamkannya ialah apabila bangun tidur. duduk dan temukan 
kedua-dua tapak kaki. Sebaiknya zakar masih tegang semasa melakukan 
latihan ini. Tarik nafas dalam-dalam sambil menekan kedua-dua lutut 
dengan tapak tangan. Cuba tekan lutut itu hingga jejak ke lantai tapi 
jangan dipaksa. Pada masa itu, kendalikan otot zakar (otot-otot pengemut
 kencing) dengan mengemutkannya.
Jika zakar masih tegang maka pastikan bahawa kepala zakar menjadi 
besar dan berkilat apabila otot itu dikemutkan. Cara kedudukan semasa 
melakukan ini ditunjukkan di dalam Scnaman Harimau langkah yang kedua.
3.Mengesatkan Kepala Zakar.
 Praktik ini bertujuan untuk mengurangkan 
sensitiviti pada kepala zakar dan memberi latihan kepada saraf-saraf 
yang berhubung dengannya agar biasa dengan rasa kengiluan yang tinggi. 
Rasa ngilu adalah antara sebab mengapa mani terpancut lebih awal. Kepala
 zakar yang lebih kesat juga akan menambahkan kelazatan kepada isteri.
Caranya ialah, mulakan dengan duduk seperti mahu bersila tetapi kedua
 tapak kaki ditemukan. Tangan kiri memegang kaki kiri dan tangan kanan 
memegang batang zakar (paling baik ialah bila zakar tegang di waktu 
pagi). Tarik nafas, kemutkan otot zakar, dekatkan kaki kiri ke kepala 
zakar dan geselkan telapak kaki ke kepala zakar ke arah lubang kencing, 
satu hala saja. Ulangilah hingga 3 kali geselan. Boleh juga diulangi 
hingga terasa ngilu barulah berhenti.
4.Cara Meminum Air Waktu Pagi.
 Air yang diminum ialah Air Masak Mati (air masak 
yang sejuk), diminum di kala pagi dalam kedudukan seperti orang mahu 
merangkak. Sebelum minum tarik nafas. Tahan nafas ketika meneguk (jangan
 dihembuskan ke dalam gelas). Tegakkan kepala ketika meneguknya, bukan 
menunggangkan gelas. Minum cara ini dikatakan dapat melegakan kerongkong
 serta berupaya membersihkan usus perut dari kekotoran dan dahak yang 
terkumpul semasa tidur. Ia dibersihkan sebagai penyediaan untuk hari 
yang baru.
Nota: Saidina ‘Ali mengajarkan bahawa sebaik-baiknya minum air hujan 
kerana ia mensucikan badan dan menyembuhkau segala penyakit. Pada waktu 
pagi minum air sambil berdiri dan waktu malam minum sambil duduk. Islam 
juga mengajarkan minum dengan meneguk dengan perlahan-lahan, paling 
sedikit 3 teguk. Mulai dengan Bismillah dan akhiri dengan Alhamdulillah.
 Rasulullah s.a.w. selalu meminum air bercampur madu di waktu awal pagi.
Ok, setakat ini dulu perkongsian dari saya, InsyaAllah, dalam entry 
akan datang, saya akan kongsikan tips bagaimana cara buang air kecil dan
 air besar boleh mengoptimumkan kesihatan zakar anda.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan