Anak kucing yang baru dilahirkan masih 
terlalu lemah untuk melawan sebarang penyakit. Oleh itu, anak kucing 
anda perlu mempunyai antibodi di dalam badan. Namun antibodi anak kucing
 selalunya diperolehi dari induknya sendiri iaitu melalui air susu 
ibunya. Kolostrum adalah cecair pra susu yang dihasilkan dari puting 
susu induk setelah melahirkan anak dalam masa 48 jam pertama. Air susu 
ini berwarna keputihan serta kental dan ia mengandungi protein antibodi,
 vitamin dan beberapa nutrisi seperti immunoglobin, lactoferrin, 
lactalbumin, glycoprotein, cytokine dan lain-lain yang berkesan untuk 
melawan virus seperti bakteria, kulat, alergi dan toksin.
Kolostrum mengandungi khasiat yang lebih
 tinggi daripada susu dan ia sebenarnya membekalkan faktor imun untuk 
menyokong kehidupan dan faktor pertumbuhan bagi menjamin kesihatan dan 
daya hidup kepada anak kucing anda yang baru lahir.Antibodi ialah proten
 yang berbentuk molekul besar yang akan berpecah menjadi kecil di dalam 
sistem pencernaan. Hanya setelah 24 jam tempoh air susu yang keluar 
kebiasaannya tidak akan mengandungi kolostrum lagi.
Oleh itu anak kucing yang baru di 
lahirkan harus diberikan susu segera supaya mendapat antibodi yang masih
 mengandungi kolostrum. Kemudian, barulah kita boleh memberikan vaksin 
untuk menggantikan antibodi melalui susu induknya. Untuk pengetahuan 
anda, tidak semua antibodi yang terdapat dalam kolostrum akan memberi 
kebaikan kepada anak kucing anda. Jika anak kucing yang mempunyai 
perbezaan jenis darah dengan induknya kolostrum ini boleh mengancam 
nyawa anak kucing.
Tempoh kekebalan antibodi dari kolostrum
 sebenarnya adalah bergantung kepada jumlah antibodi yang terdapat pada 
induk kucing. Oleh itu jika jumlah antibodi yang terdapat pada induk 
kucing adalah kurang, maka potensi kekebalan anak kucing juga adalah 
rendah. Antibodi dalam kolostrum juga dikenali sebagai antibodi 
maternal.
Antibodi maternal yang terdapat pada 
darah anak kucing akan berkurangan sedikit demi sedikit, dalam tempoh 
minggu ke 6 - 8. Oleh itu anak kucing sebaik-baiknya diberikan vaksin 
pada umur 9 minggu, agar anak kucing mempunyai kekebalan antibodi yang 
cukup untuk melawan sebarang penyakit dan seterusnya barulah anak kucing
 anda diberikan vaksin mengikut jadual.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan