Khamis, 30 Ogos 2012

BANGSA MELAYU YANG HILANG



BANGSA YANG HILANG (The Lost Tribe) Apakah kepentingan mencari bangsa yang hilang bagi Yahudi?Bagi Yahudi Ortodoks tiada apa kepentingan yang amat perlu pun.Jika ada,hanyalah untuk menjejak sejarah mereka sahaja.Tetapi bagi Yahudi Zionis,teramat perlu.KERANA MEREKA AMAT PERCAYA DENGAN RAMALAN DI DALAM KITAB-KITAB AGAMA LEBIH-LEBIH LAGI DI DALAM ALQURAN.Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno,terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu: 1. Reuben 2. Simeon 3. Levi 4. Judah 5. Issachar 6. Zebulun 7. Dan 8. Naphtali 9. Gad 10. Asher 11. Joseph 12. Benjamin Di dalam 12 puak yang hilang ini,hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi.Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim.Mengikut satu kitab Yahudi, satu ‘lost tribe’ Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin.Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula,ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur. Antaranya, Afghanistan , Pakistan Utara (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador , sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.amun begitu kesemua mereka tahu tentang asal-usul mereka (bercanggahan dengan prinsip ‘lost tribe’). Termasuk di Afghanistan dan Pakistan Utara juga (namun yang beragama Islam cuma di Afghanistan dan Pakistan Utara – sebab itu mereka diserang oleh Yahudi Amerika dan Russia).

Dalam pada itu, seorang professor di Amerika bernama Ralph Olssen telah membuat hipotesis baru. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh ‘the lost tribe’. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Kemudian Prof Ralph Olssen mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang Melayu pun yang tahu mengenai salasilah keturunan Bani Israel mereka.MALA ADALAH THE LOST TRIBE YANG SEBENAR,LEBIH TERSEMBUNYI DARI THE TRIBE OF DAN.Jadi kalau berpandu kepada kitab Yahudi tua bahwa ‘lost tribe’ dari kalangan Manasseh (anak Nabi Yusuf a.s.) yang bakal berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan bakal menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel daripada peta dunia adalah terdiri daripada orang-orang Melayu. Ini tidak bercanggahan dengan mana-mana hadis mengenai Imam Mahdi. Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi,sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel , iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh , iaitu anak kepada Nabi Yusuf a.s. . Nabi Yusuf ada 2 orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim). Mengikut DNA yang dilakukan kepada 86 lelaki Melayu oleh seorang professor perempuan di UKM baru-baru ini, terdapat 27% variant Mediterranean dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah dari bangsa Euro-Semitik termasuk dari Bani Israel! Hipotesis ini terdapat separuh kebenaran di dalam kesamaran.Orang Melayu bukanlah 100% berasal dari keturunan Manasseh (Yahudi Kuno) tetapi teori Ralph Olssen mengenai pengembaraan bangsa yang hilang ‘the lost tribe’ ke Bumi Mala adalah sesuatu yang menarik dan amat bertepatan dengan apa yang dibincangkan sebelum ini.Kenapa Ralph Olssen menyebut Tanah Melayu ini ‘Bumi Mala’?Apakah yang diceritakan di dalam manukrip kuno tentang satu bangsa misteri yang berjalan dan berlayar ke hujung dunia?


sambungan……. Yang tinggal adalah MELAYU YANG PENUH PERASAAN ‘INFERIOR’ terhadap bangsanya sendiri.Menganggap bangsa sendiri adalah kolot dan agama Islam adalah jumud padahal bangsanya adalah ahli pengembara dan pelaut terbaik dunia.Apabila berbincang mengenai kehebatan bangsa Melayu adn kerajaannya,asyik-asyik terhenti pada Empayar Melayu Melaka.Benarkah bangsa Melayu mampu membina Empayar dan menjadi pengurus pemerintahan bermula dari era Melaka?Bagaimana dengan sebelum itu?Logikkah orang-orang Melayu yang duduk dikampung-kampung dipinggir-pinggir hutan,tiba-tiba menjadi pengurus sebuah empayar dan pelabuhan antarabangsa paling strategik dan terkaya di dunia?Sehinggakan para pedagang yang mahu berurusan di pelabuhan Melaka wajib mempelajari bahasa Melayu untuk berbincang dengan syahbandar-syahbandar Melayu dan berniaga dengan pedagang lain.
Tahukah anda jumlah kapal yang berlabuh di pelabuhan Melaka pada satu-satu masa? Jumlahnya beratus-ratus!!Ini bukan main-main kerana sumber-sumber Portugis dan Sepanyol yang tersimpan rapi di perpustakaan-perpustakaan Eropah yang menyebutnya begitu. Jika mahu mengetahui keupayaan sebenar bangsa Melayu,kita harus mengkaji manuskrip pengembara Eropah di universiti-universiti Eropah seperti di Leiden dan surat-surat serta dokumen-dokumen para pengurus,pegawai dan bangsawan Melayu dahulukala ketika itu.Bukannya hanya membaca hasil kajian atau tesis para pengkaji sejarah Melayu dari Barat kemudian mengganggap tamadun Melayu setakat bermula dari zaman Melaka sahaja. Malangnya semua manuskrip itu tidak terdapat di sini.Semuanya hilang dibawa ke Eropah dalam satu operasi pembersihan fakta sejarah Melayu besar-besaran ketika penjajahan Barat (rujuk Munsyi Abdullah).Jadi apa yang tinggal di sini hanyalah buku-buku teks sekolah yang berasaskan kajian pembohongan para orientalis Barat serta ulasan dari sarjana Melayu pemalas yang hanya mengkompilasikan hasil kajian Barat.Jadi yang tertera adalah zaman Batu seperti Paleolitik,Mesolitik dan litik-litik lainnya kemudian terus ke tajuk Empayar Melaka seterusnya zaman Penjajahan.Hanya itukah sejarah bangsa Melayu????
Padahal kapal perang Melayu ketika zaman Melaka dan Acheh lebih besar dari kapal induk Portugis malah lebih pantas dan hebat dari kapal The Black Pearl dalam filem Pirates The Caribbean dan orang Melayu mampu mentadbir sebuah pelabuhan yang lebih kaya dari Port Royal.Ini belum lagi masuk bab empayar Melayu lain seperti Srivijaya dan Majapahit.INILAH RAHSIA PENJAJAHAN BARAT KE ATAS UMAT MELAYU.Ketika kaum Islam lain seperti Arab,Bosnia atau Chechen menghadapi kaedah penghapusan etnik yang ganas,tetapi lain pula dengan bangsa Melayu.Pihak Barat tidak mengejar-ngejar orang Melayu untuk dihapuskan tetapi memburu manuskrip-manuskrip berharga,surat-surat cinta Melayu dan perutusan diraja untuk disimpan (bukan pula untuk dibakar atau dimusnahkan,pelikkan taktik Illuminati ini?)…….bersambung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin