Ada
 disebutkan dalam Atsar, kata-kata sahabat yang menerangkan tanda-tanda 
sudah dekatnya kemunculan Imam Mahdi. Menurut riwayat apabila sudah 
dekat kedatangan Imam Mahdi akan banyak terjadi peperangan, banyak 
bencana dan banyak bala. 
 Pada 
masa itu nanti semakin banyak terjadi pembunuhan dan peperangan. Orang 
mahu berbunuh-bunuhan kerana masalah remeh-temeh. Antara satu kumpulan 
de-ngan kumpulan lain, begitu juga antara satu negara dengan negara lain
 berperang kerana masalah kecil. Bencana semakin banyak berlaku, seperti
 gempa bumi, letusan gunung berapi, angin puting beliung, banjir dan 
sebagainya. Begitu juga penyakit, semakin banyak jenis penyakit dan 
semakin ramai manusia yang berpenyakit. 
 
Menjelang datangnya Imam Mahdi nanti akan muncul api yang besar dari 
arah Masyriq (tempat terbitnya matahari) dan menerangi seluruh ufuk 
selama tiga malam. Pada masa itu juga nanti lengkaplah jumlah 
orang-orang yang mengaku dirinya sebagai nabi berjumlah enam puluh 
orang. Masa itu akan tenggelam kampung-kampung di negeri Syam. Akan 
datang angin yang hitam yang me-nyebabkan manusia ramai yang mati. 
Sungai Furat di Iraq akan melimpah (banjir) yang menyebabkan kota Kufah 
tenggelam. Akan terdengar suara seruan dari langit. Suara itu dapat 
didengar oleh semua manusia yang ada di dunia. Dan yang paling 
menghairankan lagi, suara itu dapat difahami oleh semua orang.
 Orang 
yang hanya tahu atau faham bahasa Inggeris faham mendengar seruan dari 
langit itu, begitu juga pengguna bahasa Cina, bahasa India, bahasa 
Melayu, bahasa Arab dan sebagainya. Mungkin juga panggilan itu dalam 
bahasa Arab tetapi semua orang mendengar dalam bahasanya sendiri. 
 
Terdengar suara pada tengah malam bulan Ramadan yang menyebabkan semua 
orang yang tidur terbangun atau terperanjat. Banyak pembunuhan dan 
banyak peperangan berlaku sehingga darah mengalir di jalan-jalan raya. 
Orang semkain berani berbuat jahat tidak kira tempat dan waktu. 
 Pada 
masa itu nanti yang diangkat menjadi pemimpin pun terdiri dari 
orang-orang jahat. Pemimpinnya jahat dan orang yang dipimpin pun 
sama-sama jahat. Dalam hadis dikatakan ramai manusia pada masa itu nanti
 yang beriman pada waktu petang tetapi esok paginya sudah menjadi kafir.
 Namun demikian ramai ulama yang mengertikan hadis itu dengan kafir 
nikmat. 
 Bukan 
bererti petang dia masih Islam esok harinya sudah Nasrani atau Yahudi 
misalnya. Maksud hadis itu menurut ulama menunjukkan banyaknya orang 
yang kafir nikmat. Apa-apa nikmat dan pemberian Allah tidak disyukuri 
dan tidak digunakan kepada yang diredai Allah SWT. 
 
Menjelang turunnya Imam Mahdi dikatakan pasukan tentera dari Turki akan 
datang ke jazirah Arab. Mereka datang untuk menakluki tanah-tanah 
jazirah Arab. Mereka bunuh pemimpin-pemimpinnya dan mereka kuasai 
daerahnya.
Dalam keadaan dunia yang buruk dan kacau itu tiba-tiba muncullah Imam Mahdi. Beliau datang untuk meneruskan atau menyambung perjuangan datuknya (Muhammad s.a.w) untuk mengatasi kekalutan dan kekacauan yang dihadapi umat. Semua makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi merasa gembira dengan kedatangan Imam Mahdi itu. Bukan hanya manusia yang gembira, tetapi juga binatang buas, burung-burung dan makhluk lainnya.
Dalam keadaan dunia yang buruk dan kacau itu tiba-tiba muncullah Imam Mahdi. Beliau datang untuk meneruskan atau menyambung perjuangan datuknya (Muhammad s.a.w) untuk mengatasi kekalutan dan kekacauan yang dihadapi umat. Semua makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi merasa gembira dengan kedatangan Imam Mahdi itu. Bukan hanya manusia yang gembira, tetapi juga binatang buas, burung-burung dan makhluk lainnya.
 Imam 
Mahdi itu adalah seorang lelaki yang soleh dari keluarga Rasulullah 
s.a.w yang ada ketika itu (pada masa munculnya) nanti. Dia diangkat 
orang menjadi pemimpin ketika manusia di seluruh dunia nanti sudah 
begitu buruk keadaannya. 
 Mereka 
mengangkat Imam Mahdi menjadi pemimpin ketika itu nanti setelah 
melihatnya berilmu, berakhlak dan mempunyai banyak kelebihan. Manusia 
yang ada pada zaman itu nanti mengharap semoga dia dapat mengembalikan 
dunia kepada kebaikan. Dengan perasaan yang cukup berat, dia (Imam 
Mahdi) menerimanya. Dia sendiri tidak tahu yang dirinyalah Imam Mahdi 
yang ditakdirkan Allah SWT untuk diutus ke dunia. Begitu juga manusia 
sedunia yang telah mengangkatnya menjadi pemimpin dunia, tidak tahu 
bahawa orang yang mereka angkat itu adalah Imam Mahdi. 
 Kerana 
tidak tahu yang dirinya Imam Mahdi dan tidak berapa suka menjadi 
pemimpin, sudah tentu dia pun tidak ada berkempen mengajak orang untuk 
mengangkatnya. Setelah dia memimpin dunia dengan baik barulah orang tahu
 bahawa itu adalah Imam Mahdi. Dia tunjukkan perilaku yang baik, dia 
ajak manusia mengerjakan yang makruf dan meninggalkan yang mungkar, 
kemudian orang pun mengikuti arahannya. 
 Mengapa 
manusia yang sudah begitu lama bergelimang dengan dosa mahu diajak 
kepada kebaikan? Ini tentunya samalah dengan zaman jahiliah dahulu, yang
 mana keadaan masyarakat sudah begitu buruk, tiba-tiba datang seorang 
utusan Allah untuk membaiki keadaan dunia, orang pun terus mengikutnya. 
 Manusia 
mahu diajak kepada kebaikan tentunya setelah melihat orang yang mengajak
 itu mempunyai banyak kelebihan, dan yang paling penting orang yang 
mengajak itu berjuang dengan ikhlas dan sesuai kata-kata dengan 
perbuatannya. Jadi nanti manusia seluruh dunia mengikut ajarannya 
kemudian dia pun mengatur dunia dengan baik. 
 Keadilan
 dapat ditegakkan seperti zaman Rasulullah s.a.w. dahulu. Kerana keadaan
 masyarakat sudah baik dan sudah beriman, malapetaka dan musibah 
berkurangan. Bahkan rahmat Allah pula yang datang dan rezeki melimpah 
ruah. Setelah dunia aman dan makmur serta melihat pemimpinnya tidak 
terpedaya oleh kesenangan dunia, tahulah mereka bahawa yang memimpin 
mereka itu adalah Imam Mahdi. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan