Perjuangan
 fasa kedua terhenti seketika tanpa dapat dimatikan bila Jepun memasuki 
Tanah Melayu pada 1942. Penampar Jepun membuatkan Melayu jadi lebih 
lemah dan menikus lari mencari tempat selamat. Ketakutan besar dari 
kalangan penduduk Melayu, Cina dan India telah menghasilkan PKM atau Parti Komunis Malaya (1930)
 dan bersekutu dengan Inggeris menentang Jepun. Apabila Jepun tewas 
setelah hanya ‘menyewa’ Tanah Melayu selama 3 tahun lebih sebelum 
menyerah kalah dalam Perang Dunia II, Inggeris kembali beraja.
Pemerintahan di Tanah Melayu secara amnya disambung semula oleh Inggeris dan diwujudkan Malayan Union iaitu Negeri-Negeri bersekutu Tanah Melayu.
 Dari sini, PKM mula ‘memberontak’ mencabar kewibawaan Inggeris yang 
belum mahu memberi kemerdekaan atau dalam erti kata lain, masih ingin 
‘tinggal’ di Tanah Melayu. Perkataan ‘PKM memberontak’ hanya dapat 
didengar dan dibaca dari mulut dan buku-buku hari ini kerana 
mereka-mereka ini menentang Inggeris dan UMNO secara amnya walhal, PKM juga
 adalah sebuah pertubuhan yang menuntut kemerdekaan tanah air. Mereka 
juga adalah pejuang bangsa, membela nasib rakyat tanpa mengira bangsa 
dan asal usul. Dari sini, timbullah nama-nama yang kini telah 100% hilang dari lipatan sejarah negara. Mereka-mereka ini100% telah dilabelkan sebagai penjahat, pemberontak, pengganas dan perosak imej negara. Kisah-kisah seperti peristiwa Bukit Kepongdiperbesarkan dan semua jari menunding menyalahkan PKM walhal, kalau para anda tahu, kaji dan selidik ‘kisah di sebalik kisah’ peristiwa Bukit Kepong, pasti mulut terlopong penuh tanda tanya… Walau bagaimana pun, nama-nama seperti Ahmad Boestamam, Rashid Maidin, Mokhtaruddin Lasso, Arshad Arshaari, Chin Peng, Abdullah C.D., Shamsiah Fakeh dan beberapa nama lagi yang buta-buta dianggap sebagai musuh negara.

Pejuang-pejuang Melayu yang mengangkat senjata menuntut kemerdekaan.
Kebanyakkan
 nama dari golongan pejuang-pejuang ini telah dilabelkan sebagai musuh 
adalah kerana mereka-mereka ini telah giat menentang Inggeris selain 
dari UMNO. UMNO yang sememangnya 
diketahui bersekongkol dengan British. Di sini saya ingin menegaskan 
bahawasanya, sesiapa yang kenal dan tahu akan kisah-kisah disebalik 
nama Tunku Abdul Rahman dan Sultan Abdul Hamid iaitu bapa kepada Tunku, pasti akan tersenyum membaca artikel ini dan pada sesiapa yang tiada tahu termasuk geng - geng BPN, mungkin akan melopong tertanya-tanya tanda belum merdeka.
Kalau anda semua mahu tahu di Kulim Kedah ada tempat yang bernama Kampung Lindungan Raja yang berhampiran dengan Sungai Sedim tempat para pelancung bermain ‘White Water Rafting’. Jadi kepada yang tahu asal usul Kampung Lindungan Raja, pasti tahu kisah disebalik nama Tunku Abdul Rahman dan Sultan Abdul Hamid. Kisah-kisah bagaimana Sultan yang memerintah negeri tidak mahu mengaku anak apabila anak dikatakan menderhaka. Kisah bagaimana si anak melarikan diri ke England pada ketika tanah air dijajah Jepun meninggalkan ayahanda bersama penduduk negeri dan membiarkan penduduk kampung menjaga makan minum dan pakaian sang Sultan. Tak percaya? pergilah ke Kampung Lindungan Raja untuk mendapatkan kisah-kisah tersorok ini. Wallahualam.
Bilamana UMNO yang menjadi kuda tunggangan British di Tanah Melayu mula berkuasa, maka kita ‘dimerdekakan’ dengan syarat menggunakan undang-undang yang dikarang British dengan mengenepikan undang-undang Islam dan Al-Quran khususnya(Undang-Undang Reed).
 Menegaskan tidak boleh berlaku sebarang rusuhan yang membabitkan 
perkauman dalam tempoh 50 tahun kemerdekaan (Ini adalah anatara 
sebab-sebab mengapa kisah-kisah seperti 13 Mei 1969, Peristiwa Memali 1985, Reformasi 1998,
 Kisah pertembungan kaum di Kampung Melayu Subang dan beberapa kisah 
lagi telah digelapkan dari media cetak dan elektronik tempatan) dan 
beberapa syarat-syarat yang dikenakan British untuk memberi laluan 
kepada UMNO memerintah.

Berita Harian 1957 sebelum "di ikat tangannya".
PERJUANGAN KEMERDEKAAN FASA III dan Seterusnya
Sudahnya sehingga hari ini, UMNO terus memerintah dengan menidakkan suara rakyat. ISA (Internal Act Security) atau Akta Keselamatan Dalam Negeri yang ditubukan di Malaysia pada tahun 1960 bertindak untuk melindungi ’kisah-kisah dalaman’ para
 politikus tempatan. Bertindak untuk menghalang kebebasan bersuara 
khalayak. Getar-getar suara rakyat, disekat secukupnya. Jadi merdekakah 
kita sebagai rakyat yang tinggal dalam sebuah negara yang merdeka? Kini –
 Perjuangan fasa III diteruskan tetapi bukan menentang British lagi 
mahupun Portugis ataupun Belanda. Tetapi perjuangan fasa III ini 
menjerumus menentang bangsa sendiri yang telah buta hatinya dan lahap 
jiwanya dalam menelan anak bangsa sendiri.
Kini, secara hampir atau boleh jadi hanya kebetulan teori RAHMANjadi kenyataan. Turutan Perdana Menteri Malaysia mengikut namaR.A.H.M.A.N (mungkin
 diambil sempena nama Perdana Menteri pertama atau nama Yang Di Pertuan 
Agong yang pertama yang mempunyai nama sama iaitu Rahman) semakin jadi 
kenyataan. Dimulakan dengan Tunku Abdul Rahman sendiri mewakili huruf 
‘R’, disambung di bawah pemerintahan Tun Abdul Razak bin Haji Dato’ 
Hussein mewakili huruf ‘A’, disambung lagi oleh Tun Hussein bin Dato Onn
 mewakili huruf ‘H’, disambung lagi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad 
mewakili huruf ‘M’ dan kini disandang jawatan oleh Dato’ Seri Abdullah 
Ahmad Badawi mewakili huruf ‘A’. 
R = Tunku Abdul Rahman - Bapa KemerdekaanA = Tun Abdul Razak - Bapa Pembangunan
H = Tun Hussein Onn - Bapa Perpaduan
M = Tun Dr Mahathir Mohamad - Bapa Permodenan
A = Dato Seri Abdullah Badawi - Bapa Pembangunan Insan
N = Najib Tun Razak
Anak-anak kita hari ini termasuk yang tua-tua tuli digula-gulakan dengan hebat sekali bahawasanya UMNO adalah
 pemimpin. Perdana Menteri adalah Pemimpin walhal mereka itu adalah 
pemerintah! Sebuah parti politik yang memerintah sebuah negara. Perdana 
Menteri sebagai pemegang tampuk sesebuah pemerintahan. Kapten kepada 
sebuah kapal. UMNO yang dikatakan membela nasib anak 
bangsa Melayu kini membiarkan anak bangsa terus layu. Sehingga kini 
masih belum wujud Universiti atau pusat pengajian tinggi Melayu secara 
sendirian berhad. Yang ada untuk dibanggakan tinggal UiTM(Universiti
 Tongongkan Melayu). Itu pun kerajaan punya, bukan bersifat sendirian 
berhad. Sedangkan bangsa lain dah ada ‘Private University’ walaupun 
hanya bertaraf ‘Koleh Universiti’ seperti Universiti Lim Kok Wing, Universiti HELP, Universiti Sunway dan beberapa nama lagi yang rata-rata dimiliki oleh bangsa asing.

Yang di-Pertuan Agong pertama Tuanku Abdul Rahman (dari kiri) bersama High Commissioner British bagi penubuhan Federation Sir Donald MacGillivray dan Sultan Selangor, Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj.
UMNO yang
 dikatakan membela nasib anak bangsa membiarkan anak bangsa jadi Mat 
Rempit, Mat Pit (budak dadah) dan macam-macam benda yang tak elok dan 
tak senonoh. UMNO yang dikatakan sebuah parti Islam contoh membiarkan kelab-kelab malam dibuka merata selain bertari-tari sampai subuh. Islam Hadhari lah
 katakan… Islam tari menari ataupun Islam yang ada ‘had’ harinya.. 
Hari-hari tertentu sahaja Islam, hari lain jadi kafir. Sedangkan 
sepanjang perjuangan kisah Nabi dan sahabat, tak pernah keluar pun nama 
‘Hadhari’ ni. Kalau ada dalam Al Quran, tak tahu lah…
"Hmm.. Entah lah… Seribu satu perkara yang aku nak tulis fasal United Musyrikun National Organization ni. Tapi tak mampu… Terlalu banyak kepesongan mereka ni yang aku nampak. Terlalu banyak ketidak adilan berlaku. terlalu kotor permainan politik mereka. Jadi benarkah merdeka? Bila sejarah bangsa dan tanah air diubah suai sana sini. Fakta bersepah dan digelapkan dari generasi akan datang. Bila kerajaan-kerajaan Melayu dulu menggunakan Islam dan Al-Quran jadi panduan dan undang-undang, mereka-mereka ini pula sesuka hati mengubah guna tulisan manusia buat jadi pedoman. Pak-pak menteri pula bertopengkan muka-muka baik, bibir ‘pink’ tanda mulus, kulit putih melepak tanda keturunan suci… Ya Allah… Tunjukkan lah kebenaran dalam masa terdekat ini. Amin!"
Sambutan Merdeka yang berlangsung baru-baru ini pada kami pejuang Demokrasi hanyalah sambutan ulang tahun UMNO, bapa kepada semua bapa di Malaysia ini… Dan pada pejuang - pejuang yang tulen masih tetap anggap kita belum merdeka selagi SPR belum telus dalam kerja 100%. Selagi UMNO tak kacau proses pilihanraya. SelagiUMNO tak
 bersungguh-sungguh membantu anak bangsa Melayu bukannya 
bersungguh-sungguh untuk menggemukkan poket masing-masing. Selagi orang 
ramai masuk UMNO demi kepentingan peribadi, yang 
sepatutnya berniat untuk membantu anak bangsa dan memartabatkan maruah 
agama bukan hanya mencari nama, harta dan pangkat… Dan sepuluh juta lagi
 perkarang yang berlaku dari dalam dan luar UMNO itu sendiri. Kesimpulannya, biarpun 50 tahun akan datang lagi, selagi UMNO memerintah,
 selagi itu aku belum merdeka dan selagi itu kami pejuang - pejuang 
demokrasi akan terus melawan, terus berjuang dalam perjuangan fasa ke 
III… penentangan terhadapUMNO dan talibarutnya…!!
Kerana
 sering penipuan demi penipuan untuk memutar - belitkan sejarah di 
lakukan untuk terus kekal berkuasa.Mereka juga bimbang untuk memberikan 
pendidikan yang lebih proaktif kepada generasi hari ini kerana bimbang 
mereka akan tahu penipuan sejarah akan terbongkar jua akhirnya,kerana 
bimbang jadi mereka jadi generasi yang cerdik kebenaran akan terbongkar 
dengan begitu mudah tidak seperti 40 tahun dahulu pada ketika mereka 
berjaya mengawal semua kuasa - kuasa Media.
 
 Perjalanan Kemerdekaan Fasa 1.
Perjalanan Kemerdekaan Fasa 1.
Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia!
Pada post kali ini,penulis akan berkongsi tentang perjalanan sebenar Kemerdekaan Malaysia.
 
5 Ogos 1957 - Gambar diambil sebelum perjanjian menandatangani penubuhan Federation of Malaya 1957. Tiga dari kiri (duduk): The Regent of Johore, SultanPerak, Raja Perlis, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Kedah, High Commissioner, Sir Donald MacGillivray, Sultan Pahang, SultanSelangor, Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu. Berdiri di belakang Sir Donald, ialah Chief Secretary, Sir David Watherston.
ERJUANGAN KEMERDEKAAN FASA I
 
Pada post kali ini,penulis akan berkongsi tentang perjalanan sebenar Kemerdekaan Malaysia.

5 Ogos 1957 - Gambar diambil sebelum perjanjian menandatangani penubuhan Federation of Malaya 1957. Tiga dari kiri (duduk): The Regent of Johore, SultanPerak, Raja Perlis, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Kedah, High Commissioner, Sir Donald MacGillivray, Sultan Pahang, SultanSelangor, Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu. Berdiri di belakang Sir Donald, ialah Chief Secretary, Sir David Watherston.
54
 tahun berlalu sudah apabila genap tanggal Ogos 31. Malaysia jadi sebuah
 nama baru dalam memori kita, dalam memori orang-orang tua.Malaysia – Malayan Union – Malaya – Tanah Melayu – Tanah Segara Masin.
 Turutan nama tanah semenanjung dari saat kini balik ke saat ditemui 
orang-orang lari dari ’seberang’. Dari saat pembukaan Kedah Tua 
disambung ke Melaka, kemahsyuran Tanah Melayu tersohor seantero dunia 
sebelum dijajah beratus tahun dan mencapai kemerdekaan secara 
‘konon-kononnya’ dalam tahun 1957…
Sepanjang lama mananya perjuangan orang-orang terdahulu untuk membebaskan tanah air dari penjajah dalam tempoh beratus tahun epilog perjuangan tanpa henti, sepanjang itu jugalah kami ingin membongkar kisah sebenar tentangKEMERDEKAAN ini yang pernah di dakwa oleh pengasas UMNOiaitu Dato' Onn Jaafar sebagai KEMREDEKAAN YANG SEPARUH MASAK. marah, kesal, sedih dan menangis bila mengenangkan betapa jauh perjalanan untuk mencapai sebuah kemerdekaan mulia.Semoga dapat kita jadikan pedoman dan warisan buat anak cucu dan generasi akan datang. Insyaallah!
PERMULAAN KERAJAAN
Kisah bermula bila kerajaan mulai wujud sekitar tahun 1136 / 1137 dengan kemunculan Kedah Tua sehingga kemunculan Melaka dalam
 tahun 1400. Kedaulatan Raja-Raja Melayu yang turun dari jurai keturunan
 Ahlul Bait menyinari kedamaian bumi timur. Kerajaan-kerajaan Nusantara 
jadi tonggak dan pertahanan sayap kiri bagi kerajaan agung Turki Utmaniah di Timur tengah. Nama-nama besar seperti Melaka, Demak, Aceh, Pontianak, Sulu dan beberapa nama lain jadi penyambung wasilah dari Mekah, Madinah, Yaman dan lain-lain negeri di Tanah Arab. Perang salib antara Islam dan Kristian merebutkan Kota Jerusalam yang
 berlanjutan beratus tahun turut dibintangi oleh watak-watak tentera 
Melayu dan Nusantara khususnya. Tapi siapa tahu akan wujudnya fakta ini 
pada hari ini? Siapa tahu Melaka adalah sayap kiri Kerajaan Turki 
Utmaniah? Kalau tiada siapa yang tahu, merdekakah kita sebagai 
penyambung wasilah?
Bila
 kerajaan Melayu mula mahsyur, tersohor ke seantero dunia, Bahasa Melayu
 jadi bahasa utama pelaut, pedagang dan bahasa nombor dua dunia selepas 
bahasa Arab. Manusia bertutur dalam dialek Melayu di Melaka, di Arab, di China, di Eropah juga di negaraHindi.
 Itulah kehebatan orang Melayu dahulu. Bukan sekadar handal berurusan 
perihal politik, pentadbiran negeri, ketenteraan, malah bahasa sendiri 
jadi pegangan selain agama yang hak dan adat resam tinggalan warisan 
tua. Tapi hari ini, dikala kita merdeka, Bahasa Melayu makin jatuh ke 
tangga entah nombor berapa dalam gelanggang bahasa utama dunia. Bahasa 
Melayu jadi ‘bahasa antah berantah’… Tanah Melayu dan Melaka secara 
amnya mula jadi tempat tinggal bersama bagi kaum Melayu, Cina, India, 
Arab, Parsi, Siam dan beberapa kaum dan bangsa lain lagi. Pada ketika 
ini, Nusantara secara amnya telah menjadi ‘The United States’ hampir 400
 tahun sebelum kewujudan USA (1776)!
Kalaulah
 golongan hari ini sedar akan kekhilafan kita sebagai bangsa yang lupa 
atau golongan hari ini tahu akan asal usul bangsa Melayu selain yang 
dikatakan bangsa ‘lari’ dalam dialek Jawa, pasti mereka terpegun dengan 
kehebatan orang dulu. Pasti tergamam tak terkata. Pasti merdeka hati, 
fikiran dan jasadnya. Maka merdekalah mereka yang sebenar-benarnya 
merdeka.
Bila dikatakan tentang Jawa, jangan pula ada yang berselisihan dari segi Melayu-Jawa kerana orang Jawa juga dalam rumpun Melayu selain Deli, Asli, Jati, Minang, Bugis dan pelbagai lagi pecahan rumpun Melayu. Pelik? Jangan bingung! Melayu sendiri memang didalangi pelbagai rumpun lain sebelum dapat jadi sebuah bangsa yang satu. Seperti kisah asal usul nama ACEH. Asal usul kisah penyatuan empat bangsa utama dunia sebelum jadi Melayu. Tapi siapa yang tahu akan asal usul nama Aceh pada hari ini? Mungkin sedikit yang ingin mengkaji, mungkin ramai juga yang cukup mengaji tapi tiada mahu mencurah ilmu kembali buat tatapan anak cucu keturunan bangsa… Jadi merdekakah mereka?
Lantas bila Portugis dan negeri-negeri lain yang berpegang teguh pada ajaran ‘Yesus Kristus’ dan
 yang kalah teruk dalam perang salib di Timur Tengah walaupun dipimpin 
raja agung Richard The Lion Heart, mereka mula cuba cari kelemahan Turki
 Utmaniah, cuba cari kelemahan tentera dan murid Salahuddin Al Ayyubi, tapi tiada kelihatan. Maka pandangan si musuh meneroka jauh ke timur, lalu Melaka jadi sasaran dendam agama beratus tahun.
Siapa kata Portugis serang Melaka atas dasar ingin monopoli perniagaan rempah atau kuasai perdagangan laut bumi timur semata-mata? Sejarah sebenar telah diubah dari buku teks pendidikan sekolah hari ini membuat anak-anak lupa lantas jadi sasau mengenang arah tuju bangsa. Tujuan Portugis tidak lain dan tidak bukan berlandaskan 3G! Bukanlah 3G yang ada dalam talian telefon bimbit hari ini, tetapi God, Glory and Gold!Kerana tuhan. Kerana agama jadi agenda utama… Dendam perang salib belum terpadam dalam jiwa.
ERJUANGAN KEMERDEKAAN FASA I
Percubaan serangan pertama Portugis ke atas Melaka pada tahun 1509 di bawah pimpinan Diego Lopez de Sequiera berjaya dipatahkan tentera Melaka tetapi Portugis melanggar lagi pada 1511 dengan Alfonso de Albuquerque sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua. Tepat waktu subuh Ogos 24, 1511,
 lepas solat subuh, Melaka mula secara sedikit-sedikit jadi makanan 
Portugis. Bermulalah era penjajahan keatas bangsa Melayu, kerajaan 
Melayu, adat resam Melayu. Segala yang Melayu ‘diPortugiskan’
 oleh mereka, dan segala yang Portugis, kekal jadi Portugis. Jadi belum 
merdekalah kita pada masa itu. Portugis duduk seratus tahun lebih. Jadi 
raja yang batil. Jadi tuan memerintah tanah asing. Dari sini, timbullah 
nama-nama pembela bangsa seperti Hang Nadim,Panglima Awang (Henry The Black / Enrique of Malacca), Raja Haji, Daeng Kemboja, Patih Unus dan
 ramai lagi disertai tentera pembela maruah dari segenap pelusuk 
Nusantara seperti Aceh, Jawa dan Demak bergilir-gilir menentang 
Portugis.
Panglima Awang yang melarikan diri dari pelayaran Ferdinand Magellan manjadi manusia pertama mengelilingi dunia (jika diambil kira asal usulnya dari Melaka kemudian belayar ke Eropah, sebelum kembali ke kepulauan Melayu dan Melaka secara amnya) dalam tahun 1521 kembali menyerang untuk membebaskan Melaka dari tangan Portugis. Perjuangan beliau disambung oleh anaknya selapas kematian beliau. Tak lama selepas itu, Laksamana Hang Nadim muncul pula berjuang dan mendapatkan semula Melaka dalam tahun 1525 iaitu 14 tahun selepas Portugis berkuasa. Tapi tak lama, Portugis merampas semula Melaka. Dalam tahun 1615 – 1629, angkatan tentera Aceh pula menyerang Melaka dan berjaya menawan Melaka selama beberapa bulan, sebelum jatuh lagi ke tangan Portugis dan kekal dijajah…
Selepas Portugis kenyang menelan Melayu dalam lebih kurang 125 tahun, mereka dinyahkan dari bumi Nusantara oleh Belanda.
 Belanda juga tak kurang rakus dan lahapnya. Semua Melayu yang telah 
‘diPortugiskan’ oleh Potugis, ‘diBelandakan’ pula oleh Belanda. Belanda 
duduk 100 tahun lebih juga. Kehebatan Belanda membuatkan mereka menyewa 
Tanah Melayu selama 154 tahun bermula dari 1641 sehingga tahun 1795.
Secara ringkas gambaran pendudukan Belanda dalam perkiraan umur asas manusia secara rawak iaitu 50-60 tahun, jika seseorang dilahirkan dalam tahun 1641, maka saat orang itu mati – disambung pada anaknya dan anaknya mati – di sambung pada cucunya sehingga cucunya mati, barulah tamat pemerintahan Belanda dalam jumlah 154 tahun.

Perarakkan
 Kemerdekaan diketuai oleh Tunku membawa sepanduk meminta Chin Peng 
menunaikan janji untuk meletakkan senjata kerana Malaya sudah Merdeka.
Inggeris masuk ke Melaka dalam tahun 1795 dan mengambil alih pentadbiran sementara dari Belanda akibat ‘Napoleonic War‘ di Eropah. Dalam tahun 1824 mula menduduki Melaka secara sah dan menawarkan perikatan pada Belanda. Dalam tahun 1824, Perikatan Belanda -Inggeris pun dimertai. Bengkulu tempat
 permainan Laksamana Hang Tuah dan sahabat handai jadi pertukaran. 
Inggeris menyerahkan Bengkulu pada Belanda dan Melaka jatuh ke tangan 
Inggeris pula. Antara hasil dari Inggeris yang nampak hari ini ialah 
nama Bengkulu di abadikan sebagai nama jalan di Singapura dan dikenali dengan nama Bencoolen Street…
Kehebatan
 Inggeris lebih terserlah dalam era-era berikutnya bila mula campur 
tangan dalam kuasa raja-raja Melayu. Institiusi raja-raja mula 
diperkotak-katikkan dan dilambung-lambung maruah bangsa sebelum dipijak 
lumat. Sistem Gabenor diperkenalkan dan secara langsungnya melumpuhkan 
Perlembagaan Diraja. Dari era inilah bermulanya perjuangan fasa ke dua. 
Dari sini bangkitnya nama-nama pembela bangsa Melayu seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Janggut, Si Bongkok Tanjung Puteri, Datuk Maharaja Lela dan
 ramai lagi yang telah dilupakan dan hampir luput nama meraka dari 
lipatan sejarah dan dari buku-buku teks sejarah sekolah menengah..
 Dr Burhanuddin Al-Helmy..
Dr Burhanuddin Al-Helmy..
Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia!
- Dr Burhanuddin ini adalah seorang tokoh agama yang disegani di zaman pra dan pasca-kemerdekaan. Kalau zaman tersebut sudah ada istilah Protaz, maka layaklah beliau menyandang gelaran tersebut memandangkan beliau juga adalah seorang doktor homeopati. Tetapi kita patut bersyukur kerana beliau tidak memperjuangkan benda yang remeh-temeh seperti kebanyakan protaz hari ini.

Dr Burhanuddin adalah antara orang-orang kuat dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada 17 Oktober 1945. Antara tokoh-tokoh penting yang lain dalam PKMM ialah Pak Sako, Mokhtaruddin Lasso, dan Ahmad Boestaman. PKMM adalah parti kedua di Tanah Melayu yang memperjuangkan nasib orang-orang Melayu. Parti pertama adalah Kesatuan Melayu Muda, KMM yang ditubuhkan pada tahun 1938. Sesetengah orang salah faham dengan menganggap UMNO adalah parti pertama yang membela nasib bangsa Melayu. Padahal begitu banyak lagi parti-parti Melayu sebelum UMNO seperti Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Majlis Agama Tertingga Se-Malaya (MATA), dan Barisan Tani Se-Malaya (BATAS) yang menjadi sayap utama kepada PKMM.
Tetapi malangnya, kita seolah-olah hanya melihat jasa UMNO tanpa mengetahui jasa-jasa yang ditaburkan oleh parti-parti dan pejuang-pejuang yang sebelumnya. Tanpa hembusan api patriotik dari mereka, UMNO ketika itu pasti tidak boleh berjaya. Namun, kita tetap lupa. Tepat apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir: "Melayu mudah lupa". Dan oleh kerana UMNO adalah parti utama orang-orang Melayu hari ini, maka makin ramai ahli-ahlinya yang semakin lupa kepada sejarah tepat bangsa kita yang semakin membonyot layu ini.
Berbalik kepada kisah Dr Burhanuddin al-Helmi ini, beliau telah mengalami sepak terajang kemelut kemerdekaan yang berbagai-bagai, seperti dituduh sebagai radikal dan bersifat pengganas oleh British. Malah pada tahun 1948, ramai ahli PKMM dan API yang ditangkap dan dipenjarakan. Dipendekkan cerita, Dr Burhanuddin al-Helmi ini juga merupakan Presiden PAS yang ke-3 selepas Dr Hj Abbas Alias.
Jadi, apa perkara pokok yang saya ingin bawa sebenarnya dengan mendedahkan kisah Dr Burhanuddin al-Helmi dan sejarah parti politik tanah air secara sepintas lalu ini?
1) Kalau nak berjuang untuk Islam, pastikan bukan berkaitan perkara yang sangat remeh-temeh. Berjuang biar betul-betul. Kita lihat Protaz Prof Dr Burhanuddin. Beliau tahu apa prioriti zamannya, iaitu mendapatkan kemerdekaan. Sebab kalau Tanah Melayu tak merdeka, habis punah akidah anak-anak Islam. Dan habis juga kekayaan Tanah Melayu diambil oleh si puak penjajah. Sekarang kita lihat zaman kita pula. Apakah prioriti kita? Kita jangan terikut-ikut style Protaz zaman sekarang yang kadang-kadang tu mengarut-ngarut idea perjuangannya.
2) Ketahui sejarah kita yang sebenarnya. Jangan fanatik dengan mana-mana parti, baik PAS, UMNO, Keadilan, Gerakan, MCA, MIC, dan sebagainya. Pastikan kita faham dan selidik terlebih dahulu kenapa kita memillihnya. Jangan main ikut-ikut orang. Pendirian jangan ala-ala lalang ditiup angin.
3) Ketiganya, Dr Burhanuddin al-Helmi adalah seorang tokoh terbaik untuk memberikan kefahaman kepada kita semua mengapa kaum muda/'Salafi'/Wahhabi (atau apa pun kamu nak panggil sebab nama tak mengubah apa-apa), bukanlah pilihan terbaik untuk kita mengembangkan Islam ini di seantero dunia. Artikel di bawah ini, ydipetik blog Malakian, amat menarik untuk kita semua baca:
Bagi memudahkan mendekati ilmu tasawwuf dan tariqat-tariqatnya bagi mencari ilmu di zaman kebendaan dan ilmiah ini, eloklah lebih dahulu mempelajari ilmu fizik kemudian pelajari ilmu metafizik atau maa wara'a al-taba'ah, ilmu falsafah dan ilmu perbezaan antara agama-agama.Oleh itu, manusia sekarang jangan nak terikut-ikut dan terbawa-bawa fahaman Wahhabi ke dalam parti. Ikut nasihat mantan Presiden PAS ini. InsyaAllah selamat hidup kita di dunia dan di akhirat.
Dalam hal ini rasanya eloklah saya ceritakan sedikit hal-hal saya dengan tasawwuf ini. Ayahanda saya adalah seorang tasawwuf dan bertariqah Naqshabandi serta dengan lurus dan wara'nya. Maka saya dari kecilnya dilatih secara wara'nya dan mesti kuat beribadat mengikut-ngikut dia sembahyang berjamaah, membaca Quran dan [Maulid karya] al-Barzanji, ahzab dan zikir. Sebagai orang muda tiadalah saya tahu apa-apa. Saya ikut-ikut itu kerana malu dan segan jua. Saya lakukan dengan berat kerana kawan-kawan lain dapat lepas dan bermain-main saya tidak.
Bila saya lepas belajar ke luar, di Indonesia, dapat saya belajar bahasa Belanda dan guru-guru agama saya pula 'ulama-ulama' kaum muda dan berfaham progresif dalam Islam, maka fikiran saya terbentuk dengan membaca keterangan-keterangan moden dan majalah-majalah moden seperti al-Manar dan al-Fath. Saya pelajari ilmu-ilmu usul fiqh, usul al-ahkam, mazahib al-arba'ah (mazhab empat) dan membaca kitab-kitab Bidayah al-Mujtahid, Subul al-Salam, kitab-kitab [Syeikh al-Islam] Ibn Taimiyyah, Ibnu al-Qayyim, al-Shaukani, [Syeikh] Abdul Wahhab al-Wahhabi (yakni [Syeikh] Muhammad Abdul Wahhab), al-Sayyid Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh, Rashid Rida dan akhirnya Tantawi. Saya pun terbalik bertentang dengan ayah saya dalam pendirian. Saya memusuhi jumud kolot.
Pada saya, tasawwuf dan tariqatnya itu suatu ajaran mematikan semangat dan campur-aduk dengan bid'ah. Pada saya kitab tasawwuf seperti karangan Imam Ghazali (w.505H/1111M) itu saya pandang seperti madu bercampur racun, kerana saya pandang dari segi bahas fiqh, tafsir dan hadith tidak kuat menurut kaedah rawi dan sebagainya. Ini berlaku di antara 1927 hingga tahun 1940. Pendeknya ilmu tasawwuf saya ketepikan. Nafsu saya tidak mahu langsung kepadanya, apa lagi sebagai seorang wartawan muda pada tahun 1937 saya keluarkan majalah Taman Bahagia lalu tertangkap kerana saya didapati oleh penjajah berpolitik tegas dan berbahaya kepada penjajah dan akan membangkitkan kesedaran rakyat, hinggalah sekarang 'Malaya jadi Palestin kedua' masih kedengaran diperkatakan orang.
Maka saya di India saya dapat mempelajari bahasa Inggeris dan Perancis, dan dalam mempelajari ilmu-ilmu kedoktoran homeopati asas Belanda memudahkan saya mempelajari bahasa Jerman. Kemudian masuklah saya ke dalam perguruan psikologi-metafizik, ilmu al-ruhani juga falsafah dan perbezaan-perbezaan agama besar di dunia ini. Apabila menyusun-nyusun tesis untuk kedoktoran failasuf (Ph.D) maka terpaksalah saya berfikir mendalam mengambil di mana titik berat, inti sari dan pati punca perbezaan dan perbalahan. Maka termasuklah membahaskan berkenaan dengan sufi itu termasuk dalam falsafah. Saya pelajari sufi dari bahasa-bahasa Eropah. Terpaksalah balik saya mengenal al-Ghazali, al-Badawi, al-Rifa'i, al-Rumi, al-Qushairi, Ibnu 'Ata'illah dan lain-lain serta rujuk kitab-kitab Eropah itu kepada kitab Arab maka barulah saya mencari kitab-kitab Arabnya pula.
Kemudian setelah saya siasati kedatangan Islam ke Nusantara kita ini dan datuk nenek kita memeluk agama Islam yang hanif (yang lurus-peny.) ini terutamanya kesan-kesannya ialah daripada 'ulama-ulama 'Syafi'i dan 'ulama-ulama' tasawwuf, sama ada 'ulama-ulama' itu datang secara saudagar atau secara muballigh; bukan masuk melalui 'ulama-ulama' fiqh, Islam masuk di Nusantara kita ini berkembang tidak dengan kekerasan atau paksa tetapi dengan kemahuan hati dan pilihan jua yang dapat mengatasi agama Hindu dan Buddha [se]bagaimana yang diperjuangkan oleh wali songo di Jawa dan lain-lain kepulauan maka beransur-ansur nampaklah saya kesenian ilmu tasawwuf.
Hebatlah sungguh perlawanan di dalam diri saya sendiri pertentangan-pertentangan yang saya katakan dahulu itu tasawwuf kolot dan jumud dengan Islam progresif dan saintifik.
Bila kita halusi intisari alam metafizik dan pengertian alam mithal yang diterangkan 'ulama-ulama' tasawwuf dipandang dari bahas ilmiah hari ini nampaklah kita di mana ilmu tasawwuf dan tariqat-tariqatnya.
(Dipetik daripada buku Simposium Tasawwuf dan Tariqah oleh Prof. Dr. Burhanuddin, hlm. 35-38)
 Tun Dr.Mahathir Mohamad(Bapa Pemodenan)
Tun Dr.Mahathir Mohamad(Bapa Pemodenan)

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad adalah
 antara tokoh politik yang berpengaruh dan gemar membuat keputusan yang 
di luar kebiasaan. Beliau pernah memutuskan tambatan Ringgit dengan 
matawang Dollar Amerika dalam keadaan ramai yang sangsi dengan 
keberkesanan dasar itu.
Ramai
 anak muda hari ini kurang mengenali beliau. Ada yang gemar mencerca 
sedangkan mereka tidak pun tahu apakah salah Tun. Ada juga yang suka 
melambung-lambung dan memuji Tun tanpa mengenalinya dengan mendalam. 
Sewajarnya kita harus mengetahui biodata tokoh ini sebagai teladan dan 
peringatan.
Tun Mahathir Mohamad dilahirkan
 pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925. Putera kepada pasangan 
Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini dilahirkan di
 rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan 
Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Sejak kecil Mahathir 
ditimang dengan nama ‘Che Det’.
Beliau
 merupakan anak bongsu di kalangan sembilan orang adik-beradik. Tun Dr. 
Mahathir memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak 
pada tahun 1930 selama dua tahun. Beliau melanjutkan pengajian menengah 
di Goverment English School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej
 Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan Senior Cambridge yang
 cemerlang pada tahun 1945.
Dalam
 tahun 1947, selepas tamat pengajian peringkat menengah, Dr. Mahathir 
telah ditawarkan biasiswa Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang
 perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura. Semasa di 
Kolej, beliau merupakan seorang pelajar yang tekun dan 
bersungguh-sungguh dalam pelajaran, aktif dalam sukan ragbi dan sentiasa
 mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajar lain.
BIODATA RINGKAS TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
Nama:
Mahathir bin Mohamad
Tempat Lahir :
Alor Setar, Kedah, Malaysia
Nama Ayah :
Mohamad Bin Iskandar
Tarikh Lahir :
20 Disember 1925
Nama Isteri :
Tun Dr Siti Hasmah Bt Mohd Ali
Anak:
Marina, Mirzan, Melinda. Mokhzani,Mukhriz,Maizura and Mazhar
Kerjaya:
Open first Malay clinic at Alor Setar, known as Clinic Maha
Pendidikan Tinggi:
King Edward VII College of Medicine, Universiti
Malaya, Singapura, Graduated in MBBS 1953
Menteri Pelajaran:
1974
Naib Presiden UMNO:
1981
Dilantik Perdana Menteri:
16th Julai 1981
Letak Jawatan:
31th Oktober 2003
'
"Kita mampu mentadbir negara ini dan kita berupaya menangkis usaha untuk menjajah kita semula menerusi takanan ekonomi. Mari kita sama-sama berikrar untuk terus mempertahankan kemerdekaan demi bangsa, negara dan agama."
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan