Sabtu, 25 Ogos 2012

CARA MASUK GEAR

Cara Masuk Gear Kereta


Tengoh - tengoh duk layan facebook tepat jam 12.25 hujan mula turun membasahi bumi terengganu lagi.... Kuat ngat ya nangis.... sapa la buat Tranung Sohor nangis ni weh....  jangang mai wat maksiat kat Tranung Sohor ni...

Apa aku nak pos hari nie.... godek sket..... erm.... aku tertarik pada satu pencarian dalam blog menjurus pada Cara Masuk Parking walhal carian asal adalah Cara Masuk Gear....So inspirasi anime4nz kali ini akan menanya khabar pokcik google perihal ini dan sudilah kiranya anda semua membacanya... mengomennya ... betulkannya... atau apa jer lah kehendak tuan puan budiman sekalian.

Bagaimana Cara Untuk Memandu Kereta Manual?
 Langkah-langkah
1. Terdapat 3 pedal pada kereta transmisi manual. Dari kiri, klac, brek dan minyak.
2. Perhatikan pada tombol gear, kebanyakan kereta yang baru mempunyai dua H, gear satu, tiga dan lima berada diatas. Manakala gear dua, empat dan gear undur berada di bawah. Di tengah garis H ialah neutral.
3. Pastikan brek tangan dalam keadaan tidak diturunkan dan kereta berada di atas jalan yang rata.
4. Tekan pedal klac ke bawah dan gerak gear ke posisi neutral.
5. Hidupkan enjin.
6. Gerakkan gear ke gear satu sambil kaki menekan klac.
7. Gunakan brek kaki dan lepaskan brek tangan.
8. Lepaskan brek kaki apabila ingin bergerak.
9. Lepaskan pedal klac perlahan-lahan. Apabila anda mendengar bunyi enjin menjadi semakin perlahan, perlahan-lahan tekan pedal minyak sambil melepaskan pedal klac. Kereta akan mula bergerak kehadapan.
10. Pecut perlahan-lahan sehingga kereta mencecah 3000 rpm, lepaskan pedal minyak sambil menekan pedal klac dan tukar gear ke gear dua. Pastikan gear masuk dengan kemas.
11. Lepaskan pedal klac perlahan-lahan smbil menekan pedal minyak.
12. Ulang proses pertukaran gear ini pada 3000 rpm sehingga anda memandu pada kelajuan yang diinginkan.
13. Lepaskan pedal minyak perlahan-lahan apabila ingin mengurangkan kelajuan.Tekan pedal klac perlahan-lahan dan tukar ke gear lebih rendah. Apabila berada di gear rendah lepaskan klac perlahan-lahan dan tekan brek.
14. Berhentikan kereta dengan menurunkan gear ke gear dua. Gunakan klac sebaik sahaja kereta ingin berhenti.
15. Gunakan langkah yang sama seperti diatas untuk mengundurkan kereta.

Permasalahan
Jangan amalkan jalan ngan gear 2 terus. Boleh kalau terus gune gear 2…..
tapi clutch cepat rosak r…..

Kalau naik bukit yang terlalu tinggi nak guna gear apa?
Kalau dah bukit terlalu curam dan baru start naik memang kena pakai gear 1 la. Gear lain mana rok. Anda boleh guna gear 4 naik bukit dan bilamana terasa slow dan rpm / meter tetiba je merudum / beransur semput / slow.... bertukarlah gear 3 atau 2 atau 1... untuk tambah momentum dier balik..... dan tukar gear mengikut kesesuaian mengikut keadaan jalan. Kereta yang guna kuasa besar lagi mampu membelah bukit... dan saya juga pasti kita dapat beloh jugak.... jika kita memecut dari awal sebelum pendakian.... dan gear 4 dah memadai masa tu.... jangan wak hal brek tengoh jalan bukit lok... Jawabnya kena start gear 1 semula la. Berapa kerap sangat la golongan kita yang sanggup drive cam nie...HATI-HATI...!!!

Terkenang drive takumi86 (Initial D) la pulak.....he he


Bagaimana Cara Untuk Memandu Kereta Automatik?
 Langkah-langkah
1. Cari pemandu berpengalaman, seelok-eloknya guru sekolah memandu untuk mengajar anda.
2. Sekiranya anda telah belajar cara memandu kereta transmisi manual, maklumkan pada guru yang ingin mengajar.
3. Beritahu masalah yang anda hadapi. Seperti tidak tahu cara menukar gear dan macam-macam lagi.
4. Duduk disebelah guru memandu dan dengar penerangannya.
5. Perhatikan cuma terdapat dua pedal di dalam kerta transmisi automatik iaitu pedal brek dan pedal minyak.
6. Pastikan cuma kaki kanan yang menekan pedal. Kaki kiri rehatkan di lantai.
7. Perhatikan kedudukan gear. Berbeza daripada manual yang mempunyai 5 gear dan gear R. Transmisi auto mempunyai beberapa pilihan iaitu P untuk Parking, R untuk gear undur, D untuk memandu dan N untuk Neutral ( Digunakan sekiranya kereta perlu ditolak atau ditarik).
8. Periksa kedudukan gear berada pada parking (P).
9. Hidupkan enjin.
10. Tekan pedal brek dengan kaki kanan.
11. Gerakkan gear daripada kedudukan (P) ke kedudukan (D).
12. Untuk keselamatan, lihat sekeliling, termasuk titik buta (blind spots) dalam keadaan brek tangan belum diturunkan.
13. Sekiranya keadaan selamat, lepaskan brek tangan.
14. Gunakan isyarat sekiranya ada kenderaan lain.
15. Lepaskan brek kaki dengan perlahan dan kereta akan mula bergerak ke hadapan.
16. Tekan pedal minyak untuk meningkatkan kelajuan.

Kalau utk drive biase2 pakai gear D je... terus ke destinasi.
Die akan automatic shift dari gear 1-2-3-4 (kereta 4 speed auto)
Kalo letak kat 3, 1-2-3, sampai gear 3 je, kalo 2 smpai gear 2 je
Kalo dari D, masuk kat 2, die akn drop dari gear 4 ke gear 2
 
Gear 3 atau 2 biase pakai utk turun bukit(engine braking) bila nak kurangkan guna brake, sama mcm manual
Ramai orang pakai gear 3 atau 2 untuk memotong . dari D follow kereta depan bagi signal, kuar kanan, masuk gear 3 atau 2 zuuuppppp pintas....... (JANGANG memotong doble line deh)
Kalau nak speed up atau nak motong sambil naek bukit tu, bleh la tekan butang OD juga kalu ada. Jalan biase pon leh jugak kalau nak pakai OD.

kalo gear L ngan 2 biase pakai untuk panjat bukit yg curam.

Gunakanlah gear “D” , “3″, “2″, or “L” mengikut kesesuaian samada untuk mengawal kelajuan (tanpa brek) dalam keadaan tertentu seperti mendaki, kesesakan lalu lintas dan hujan.

Memandu kereta transmisi automatik berbeza sedikit berbanding dengan kereta transmisi manual. Memandu kereta transmisi automatik sangat mudah kerana pemandu tidak perlu mempelajari teknik mengawal klac dan menukar gear yang kebiasaannya menjadi satu masalah buat pemandu yang baru belajar dan juga guru sekolah memandu. Mungkin anda telah belajar memandu kereta transmisi manual dan mendapati sangat susah untuk menguasai teknik pertukaran gear dan mengawal klac. Sekiranya anda mengalami masalah ini anda boleh la bertukar kepada kereta transmisi automatik. Bagaimanapun operasi transmisi automatik dan fungsinya berbeza. Anda perlu tahu cara memandunya sebelum dapat merasai kesenangannya. Senang la pulak kalau masa test lesen pakai auto terus kan...kan.... tapi TAKKKKKK... kena susahkan dulu gak....



Tips
Kereta akan bergerak kehadapan sebaik sahaja anda memilih ke D. Pastikan kaki anda menekan brek sehingga anda benar-benar bersedia untuk bergerak.
Memandu kereta automatik lebih senang berbanding kereta manual. Anda mempunyai banyak masa utuk memerhatikan keadaan jalan dan sebarang bahaya yang akan berlaku.
Anda masih perlu untuk mempelajari cara-cara pemanduan berhemah.
Anda perlu mempelajari papan tanda jalan dan isyarat-isyarat.
Anda tidak perlu meletakkan kedudukan gear pada kedudukan Neutral N sekiranya berhenti di lampu isyarat. Tetapi sekiranya anda berhenti terlalu lama, bolehlah meletakkan gear pada kedudukan Neutral.

Permasalahan
Butang OD means Over Drive. Ia berfungsi untuk menurunkan gear . Katakan kereta anda 5 automatic speed. Bila anda tekan butang overdrive, gear akan drop dari gear 5 ke gear 4. So kereta dapat tork yg lebih dan digunakan untuk memotong atau mendaki bukit.
Sama prinsip kereta manual. Bila nak memotong, kita akan turun gear 5 ke 4 untuk mendapat tork lebih. Tu sebab kalu tak pakai, disable / off butang OD tu. Kalu tak, ia akan menyebabkan kereta sentiasa di gear 4. Then bila anda asyik menekan minyak untuk laju, clutch gear semakin panas, mungkin terbakar sedikit dan naik bau terbakar dia akan masuk dalam kabin. Lama2, automatic clutch anda akan cepat haus….. Bila dah haus, kereta dah takde power = telan minyak lagi kuat.
Kos menukar clutch untuk gear automatik biasanya 5 -6 kali ganda gear manual. Dan tak semua kedai berkemahiran nak tukar dan biasanya tokey akan suggest beli gearbox seken yang kita sendiri tak tau condition clutch didalamnya……
Long story short, gunakan butang OD dengan bijak !

Bawak auto x yah main2 gear dia….masuk kat D jalan je la….tekan break kalo kat lampu merah..pastu jalan…
Di ingatkan jgn suke2 main gearbox auto…sbb kos nak repair…memang wat ko sakit kepala….janji 20000-25000km tukar laa gearbox nyer oil…pastikan ko pakai yg ori..bukan yang murah2….klo kete x de oil transmission oil cooler…so pasang la…sbb nak jaga auto ma…nanti nak naik bukit pon senang…memang power dari manual…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan