Saya mempunyai masalah ketakutan dan fobia utk membawa
kereta.Saya pernah ada lesen kereta, tetapi di sebabkan tak bawa kereta selama
5 tahun, lesen sy telah mati.
Saya masih ingin membawa kereta,..tetapi jadi takut, berdebar2 dan gelisah bila
nak mula bawa.
Sebenarnya, selepas beberapa hari mendapat lesen, sy mengalami kemalangan bila mengelak, sekumpulan kanak2 berbasikal yang tiba2 datang dari belakang ketika saya sedang undurkan kereta. Pada masa tu cuaca agak gelap..belakang kereta sy terkena salah seorang kanak2 tersebut tetapi alhamdullilah, cuma jatuh sahaja.Kereta saya pula senget & terjatuh ke dalam parit kecil.
Mula dari tu, sy rasa macam takut nak bawa, takut terlanggar orang.
Jika saya tak bawa kereta pun, dalam kereta sy jadi takut bila lalu tepi lori kontena atau lori yang besar2.
Macam mana, ya...dalam hati masih ada cita2 nak bawa kereta, rasa cemburu juga dengan kawan2 yang boleh bawa kereta..
harap kawan2 dapat bantu saya berikan cara saya atasi masalah ini
Jawapan 1:
selamat mencuba.
Jawapan 2:
salam,
ana lepas dapat lesen ana gantung ( tak bawa kereta selama 2 tahun sebb takut). Tak tahu lah sebab apa ,nak kata exm n test driving past just for one time. mungkin sebab satu peristiwa ana cuba bawa dan terlanggar kereta org, sikit je kena tapi kena pau smpai 200. Lepas tu ana gantung lesen 2 thun.
Puas shbt ana nasihat , ibubapa nasihat tapi fobia. Benar doa dan usaha ana berjaya dan juga nasihat seorang kakak ni.. Sebenarnya orang yang di atas jalan raya bukan semuanya berani, semuanya berhati-hati..anggaplah kereta tu seperti kereta sorong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan