Menjilat kemaluan isteri adalah perkara yang jarang dibincangkan
secara terbuka kerana masyarakat kita sangat sensitif dan pemalu. Jika
dibuat kajian 98 peratus pasangan suami isteri melakukan “oral sex” ini.
Jika ini membahagiakan pasangan suami isteri dalam menikmati
perhubungan seks. Sila baca posting ini. Apakah hukumnya menjilat?
Allah SWT menciptakan tubuh manusia dengan fungsi masing-masing. Justeru Islam
melarang dari mendatangi isteri dari ‘duburnya’ dan juga semasa haid
atau nifas, kesemua pengharaman ini mempunyai dalil dan nas yang khusus.
Namun isu ‘oral seks’ tidak mempunyai dalil khusus yang melarang, ini menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.
Ulama sepakat bahawa jika sekadar
menyentuh atau menggosok kemaluan suami dan isteri tanpa ‘oral seks’,
adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong dalam
bentuk aktiviti menaikkan syahwat antara suami isteri yang diharuskan.
Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-
Yang mengharuskan:
Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline.net) berfatwa
harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak
menghisap atau menelan apa jua ceceair yang keluar darinya. Menelan atau
menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu
bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan
melampaui batas dalam hubungan seksual.
Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah ‘anal sex’ atau seks
melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya,
adapun ‘oral seks’ tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yang
melarangnya.
Pandangan ‘harus’ atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir,
Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri ‘Abdul Ra’ouf (Prof Fiqh di
Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana
ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada
pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan
pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina
kelak.
Perbincangan ringkas
Namun begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk
Syeikh Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkin
boleh dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi dan air
mani.
Justeru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam
keadaan tiada sebarang ceceair dikeluarkan semasa aktivti oral sex ini
dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku kerana bagi seseorang
yang normal, nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair
pelincir iaitu mazi. Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut
mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya
suci.
Namun semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya, majoriti
pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cecair mazi
ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama kontemporari
menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena mazi tadi.
Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram
memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan
sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan
haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk
menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan
menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.
Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu perara
yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.
“Oral seks” juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia
adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit
kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.
Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh
dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut
undang-uhdang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan
sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta’zir di dalam Islam
bagi mereka yang sabit bersalah.
Ulama Yang Mengharamkan
Kebanyakan ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ini dapat dilihat dari fatwa-fatwa berikut [1] :-
Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al’Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut,
“Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka
ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat
memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar
darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama’). Apabila
(air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi
akan menyebabkan penyakit baginya.
Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting,
iaitu sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada
kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan
perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat
dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa
bakteria dan menyebabkan penyakit yang serius.
Saya teringat pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi pernah menyatakan
bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di
kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral sex’ dibimbangi boleh
membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang
mempunyai banyak bakteria dan kuman.
Selain itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu Syeikh Nasiruddin Albani berkata :-
“Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita
mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang
untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau
turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan
serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi
pula bahawa Nabi Shallallahu ‘alahi wa sallam telah melarang untuk
tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir, maka diambil juga daripada
makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan
haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu, apalagi haiwan yang telah
diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim – dan
keadaannya seperti ini – merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan”
Namun, pendapat peribadi saya mendapati pandangan dan dalil yang
digunapakai oleh Syeikh Albani ini adalah tidak begitu kukuh, namun saya
tidak berhasrat untuk membincangkannya dengan panjang lebar di ruang
ini.
Tindakan men’generalize’ semua jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai
haram secara total juga boleh didebatkan kesohihannya. Demikian juga
menyamakannya dengan perilaku binatang, benarkah binatang melakukan
‘oral seks’?, jika sekadar menjilat mungkin ye, namun menghisap kemaluan
si jantan? Adakah binatang yang melakukannya?. Saya tidak pasti.
Bagaimana pula binatang ada juga yang mencium dan memeluk pasangannya.
Adakah mencium dan memeluk juga diharamkan kerana menyerupai binatang.?
Sudah tentu tidak.
Kesimpulan
Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada
kita perbezaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadap
pendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :-
1) Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks yang lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perkara khilaf.
2) Harus bagi suami isteri untuk mencumbu kemaluan pasangan mereka
dengan syarat tidak menghisap, jilat dan menelan apa jua cecair. Ia juga
dituntut untuk membersihkan mulut dan kemaluan mereka sebelum melakukan
aktiviti ini sebaik mungkin bagai meninimakan kemungkinan penyakit.
Namun ia makruh yang cenderung kepada haram (makruh tahrimi) jika
perbuatan ini sengaja untuk meniru-meniru perbuatan aksi seks melampau golongan bukan Islam dan juga binatang.
3) Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam
mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama juga
seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan diproses
melalui dengan bahagian kimia)
4) Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi
oleh Islam atau disebut ‘rukhshah’ kepada pasangan yang amat perlukannya
bagi mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga
atau lebih dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah.
5) Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana
pasangan sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh
didakwa dengan hukuman 20 tahun penajara di Malaysia. Namun ia tidak
dianggap berzina dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam
kitab-kitab Fiqh Islam. Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau
perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam, “Apa-apa yang membawa kepada
haram, hukumnya adalah haram jua”
Sebagai akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti
jelas bahawa hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga
dan masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir samada tindakan oral seks ini benar-benar membawa sesuatu yang berharga buat keharmonian rumahtangga kita, dan apa pula kesannya kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atau semakin buas sebenarnya.
Kita bimbang, tindakan ini boleh membawa kepada keinginan nafsu yang
semakin membara dan tidak terkawal sehingga membhayakan diri dan
masyaarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan luar biasa yang
sentiasa dilayan ini. Layanlah nafsu secara berpada-pada agar tidak
ditawan olehnya kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan